Friday, 2 September 2016

Imbasan Sejarah bersama Raja Serama



Disini Pok ki nak cerita sedikit pengalaman yg memjadi kepuasan bagi pok ki walaupun tidak tercapai. Semoga ada kawan-kawan kita yang akan meneruskan perjuangan ini. Pok ki pernah berjumpa bekas PM Tun Abdullah Badawi semasa beliau masih menjadi PM dan usulkan ayam serama sebagai ikon Malaysia. Pok ki mohon pertimbangan supaya gambar ayam serama mengantikan bunga raya pada duit dan logo kereta nasional .


Alasan Pok ki ayam serama satu-satunya ayam yang tercantik dan termahal di dunia dan yang berasal dari Malaysia, dimana setiap negara berbangga dengan haiwan masing-masing, contohnya Australia berbangga dgn kanggaro, Asia barat berbangga dengn untanya. Thailand dengan gajahnya dan Singapura dengan Singa dan Todaknya. Kita berbangga dgn harimau dan bunga raya, sedangkan harimau di negara lain ada banyak malah lebih besar, manakala bunga raya terdapat beratus jenis di Hawaii. Tidak salah kalau ayam serama dijadikan Ikon Malaysia sebagai tarikan pelancong. Pak lah nampak termenung sekejap dan dia cakap ini satu pandangan yang terbaik. Ini cuma sekadar cerita ringkas sahaja.. panjang lagi cuma tak larat nak taip maklum la faktor usia....selamat berjuang kwan-kawan.

(Petikan kata-kata Pok Ki Raja Serama dated 01 August 2016)

Raja Serama @ Pok ki adalah antara orang yang SMk amat sanjung dan hormati.

SMk

.

No comments: