Nampaknya penularan penyakit telah berhenti, pagi ini seekor telah mati(sakit sejak semalam) bermakna 2 ekor anak reban SMk telah mati (tidak termasuk anak ekor kelabu milik Aman Apm). Bagaimapun yang penting, tiada jangkitan baru dikesan. Semoga dua ekor anak reban SMk ini bertahan dan dapat sembuh semula.
Untuk rekod, MiszA400m masih mengeram dengan 4 biji telur bagi batch ketiga dan akan menetas pada minggu hadapan. Manakala anak-anak yang sakit sekarang adalah terdiri dari batch kedua.
Induk Muda MiszNo6 telah dimasukkan dengan pembaka utama FireSpring12 bagi meneruskan silang reban SMk dari Kuantan dengan reban SMk di Bandar Baru semariang untuk menguatkan darah Fire yang sedia ada dan menjadi Fire version 3.0 tidak lama lagi.
Untuk anak-anak yang sakit SMk akan mengikuti rapat perkembangannya dan akan diupdate pada post seterusnya.
"Patah tumbuh hilang berganti" dan "setiap dugaan ada hikmahnya" pasti menjadi pegangan setiap breeder kerana ianya akan memberi kita kematangan serta kesabaran dan pastinya kejayaan. Berusaha tanpa henti jangan bimbang pasti ada pertolongan dari Allah s.w.t. Amin.
SMk
No comments:
Post a Comment