Apa kah maksud sebenar pertandingan KECANTIKAN dan KESENIAN ayam serama? Nampaknya banyak anak muda telah lari dari konsep asal. Mungkin aku yang dah salah atau aku bkn peminat sebenar?
Apa yang aku paham...
Jangan salah faham, ayam serama adalah ayam yang senatiasa berevolusi dan berubah patennya dan gayanya. Kita tidak blh menghalang perkembangan evolusi serama. Dulu tarik leher saja.. kemudian selam lonjak.. pastu kibas byk kali.. skrg kibas lompat.
Ayam serama adalah satu2nya ayam yg dinilai dari segi perwatakannya. Disinilah timbul keseniannya..
MAKA
Apa yang diwarisi kita adalah falsafah bermain serama yg perlu dikekalkan kerana ini lah warisan kesenian yg kita perjuangkan selama ini. .. Falsafah..
Kesenian ayam serama (terjemahan skema ini adalah gaya)
- tingkahlaku ayam dia atas meja dengan tarian, lenggang lengkuk sambil berkibas mempamerkan kemegahan dan dgn bangga mengeluarkan dada perkasanya sambil sayapnya menutup kaki dengan sopan(kalau kedepan sedikit diterima jgn lebih sgt). Kemudian lock melihatkan bentuk tubuhnya yg V dari tepi dan seperti jantung pisang dari pandangan depan.
Kecantikkan (terjemahan skema ini adalah aksesori)
- adalah kecantikan warna bulunya, kekemasannya ekornya penuh seperti susunan sirih junjung, muka yg bersih paruh yang sekata.. eber yang sesuai dgn saiz kepala dan balung. Kaki yang tegak bergaya.
Pandai bab teknikal persiapan ayam itu bukan seni.. itu pakar teknikal ayam game (bomoh/tukang siup dan sbgainya).
Kesenian ayam serama bukan bab persiapan, itu perlulah difahami.. kesenian ayam serama adalah persembahan ayam itu sendiri diatas meja.. (gaya-tubuh-galak dan sbgainya)
Memikirkan konsep sebenar ayam serama hobi ku.. atau tahun milinium dah berubah?
Rujuk : catitan 2012 dan tel Sep 2016 dgn Pok Mang..
Pertemuan dengan Pok Mang
Sepatutnya dibincang dlm SMO tajuk ni.. tp memikirkan byk yg ada dah terkeluar konsep.. rasanya baiklah diperbetulkan semula haluan. Semoga post artikel ini FB mendapat banyak share supaya boleh menyebarkan falsafah sebenar permainan ayam serama. Warisan permainan dari kampung yang semakin mendapat tempat diperingkat global.
Maka itu ayam serama yang terbaik boleh mencapai harga yang mahal bukan hanya bergantung kepada persiapan. Malahan ada ayam yang tidak BOTB pun boleh dijual mahal atas kerana kekurangan persiapan yang perlu diterapkan. Manakala ayam BOTB memang boleh dijual mahal tetapi biasanya pembeli ayam sebegini adalah diantara player sendiri kerana hanya orang yang boleh mempersiapkan ayam tersebut sahaja akan mampu meneruskan kecermerlangan ayam tersebut.
SMk
No comments:
Post a Comment