Friday 16 November 2012

Bakal Pembaka

DSCN9052

Ayam muda ini saya dapat dari seorang kawan baru dalam bidang ini di utara tanah air. Insyaallah saya akan gunakan sebagai pembaka bila tiba masanya nanti. Buat sementara untuk hiburkan mata sahaja.

DSCN9050

Induk Utama Reban

DSCN9063

Ini ada induk utama yang akan diteruskan bagi mendapatkan generasi selam insyaallah. Percubaan kali pertama dan kedua nampak positif. Jadi kita akan lihat hasilnya pada 2013.

Pembaka Utama Rebanku

DSCN9069

Pembaka utama rebanku, alhamdulillah setakat ini telah ada beberapa lapis anak yang telah mengikuti dan ada yang diupgrade untuk mendapat hasil yang saya kehendaki. Minat masing2 berbeza oleh itu citarasa setiap individu terhadap bentuk ayam serama juga berbeza.

Serama Kubing Versi aku

 

DSCN8940

Anak dari Pembaka Utama dan Induk asal.

DSCN8968

Juga dari Pembaka asal cuma induknya adalah adik beradik kepada ayam pada gambar di atas. Nampak penambahbaikan dari segi chasis dan ekornya. Alhamdulillah.

Sunday 20 May 2012

Saiz sebenar Ayam Serama ku

 

SDC16336

SDC16328

berikut adalah video untuk lebih nampak perbezaan saiz. Disini saya membandingkan saiz Ayam Serama ini dengan Air Tin 100 Plus standard size can.

Jantan 1A

 

Jantan 1B

Saturday 12 May 2012

Anak Serama

 

Gambar anak ayam serama untuk dikongsi mata..

Jantan 1C dan Induk 1C

 

Beberapa gambar yang di ambil semsa ayam telah dimandikan. Jantan dan Induk bertina ini nampak berpontensi darisegi postur badan.

Jantan 1B

 

Ayam Serama jantan ini pulak aku namakan sebagai 1B. Ayam ni kecil dan ekornya boleh tahan cuma ayam masih muda dan bulu masih hendak bertukar lagi.

Jantan 1A

 

Ayam Serama jantan ini aku namakan senagai 1A.  Ayam baru lepas mandi dan ini ada beberapa shot untuk di kongsikan.

Saturday 28 April 2012

Ayam Serama Remaja

 

2012-04-02 13.23.042012-04-02 13.22.502012-04-02 13.22.392012-04-02 13.22.332012-04-02 13.22.252012-04-02 13.22.16

Ayam Serama yang dari batch pertama ini telah mula meningkat remaja, bulunya belum naik sepenuhnya tetapi telah menampakkan watak dan warna yang asas. Kemunginan akan matang sepenuhnya dalam 2 bulan lagi.

Open-mouthed smile

Saturday 31 March 2012

Video anak serama

 

Serama Malaysia Ku

Video ini saya rakam pada 2 minggu yang lepas, ni lah tempat anak-anak ayam ini tidur.

Apa pun setakat ini semuanya sihat-sihat belaka. Vitamin mula dicampur ke dalam bekas minuman anak-anak ayam ini.

Winking smile

Anak ayam 5 minggu

 

 

Gambar ini adalah progress anak-anak ayam ini setelah 5 minggu lebih. Alhamdulillah semuanya sihat cuma seekor mati pada minggu ketiga. Jumlah yang tinggal terkini adalah 6 ekor.

Nampak gaya macam ada yang boleh dikira baik juga dari segi keterampilannya.

Rolling on the floor laughing

Anak Ayam

 

Ini adalah hasil yang diperolehi setelah memadankan Ayam Serama jantan dan Ayam Serama bertina (pada bulan Disember 2012).  Alhamdulillah semua anak ayam ini sihat dan semuanya ada 7 ekor semuanya.

Ada yang nampak gaya macam boleh tarik-tarik dan ada yang jinjang juga lehernya, namun bagi beginner macam saya ini dah dikira baik sangat-sangat dah. Syukur  Alhamdulillah.

Open-mouthed smile

Induk Ayam Serama Ku

 

2012-01-08 13.10.58

Induk yang masih remaja ini bakal digunakan sebagai induk yang akan ditempatkan bersama ayam jantan yang ada sekarang. Agak-agaknya menjadi tak?

Namun besar harapannya semoga menjadi… Hehehehe..

Embarrassed smile

Baka Ayam Serama ku

 

2012-01-08 13.12.43

Ayam Serama jantan ini saya telah perolehi semasa bercuti di pantai timur pada awal tahun 2011 yang lalu. Alhamdulillah walaupun saya agak ayam ini agak berusia namun ianya amat sihat dan baik untuk dijadikan pembaka.

Ayam Jantan ini kekadang juga tarik pada masa-masa tertentu. Namun tidaklah macam ayam yang digunakan untuk pertandingan Bon. Tetapi kira oklah untuk budjet masa tu. Lagipun ini adalah kali pertama saya bertukar suasana dari memelihara ayam sabung dan ayam kampung kepada ayam serama.

Insyaallah ianya akan berjaya. Daya usaha amtlah penting disamping kesabaran.

Be right back