Monday 26 February 2018

HawkEye



Ayam ni mulai hari ini, SMk namakan dengan nama HawkEye. Ayam ini pernah SMk hendak jual dengan harga RM500 sahaja sebelum ini. Tetapi tiada yang berminat untuk memilikinya.

Ayam ini sekarang telah mulai lock dan bercuting. Jika tidak dijadikan ayam game, ayam ini mungkin SMk akan jadikan sebagai pembaka untuk asas warna Ara direban SMk bagi membantu ayahnya BlackRose dalam membina legasi ara di reban SMk.

Keistimewaan ayam ini ialah ianya memiliki kaki yang berwarna kuning bersih dan amat menarik dengan warna tubuh berwarna gelap. Balung juga kemas dan cantik kecil dan sepadan dengan kepalanya. Ayam ini sekarang meluruh dan dalam pertukaran Remaja ke Muda.

SMk

Thursday 22 February 2018

FireKencana



Anak ini SMk namakan sebagai FireKencana mengikut aliran bloodline asalnya. Jika mengikut FireCroc (FC) makanya warna anak ini nanti akan berubah sesikit kuning kemerahan.

Semoga terus sihat dan membesar dengan baik. Aamin.

Tuesday 20 February 2018

Reban SMk Semariang Aman


Pada 16 Februari yang lepas, SMk telah menerima baki 3 almari ayam serama dari Junai seperti yang telah ditempah sebelum ini. Cuma perbezaan reban ini, ianya tidak memiliki laci seperti almari serama yang sedia ada direban SMk.  Ini kerana reban ini adalah lebih kepada untuk kegunaan induk mengeram dan membawa anak. 



Setelah disusun atur, bergitulah keadaan Reban Serama SMk di Semariang Aman. Ada sedikit decoration akan dilakukan nanti kepada 3 almari yang baru tersebut. Buat masa sekarang ianya telah dicat dengan warna Oren seperti almari yang sedia ada. Bagi mengemaskan susun atur reban, SMk mungkin akan memasukkan satu almari rak bagi menyusun peralatan dan barangan lain didalam reban ini agar lebih teratur dan kemas.

SMk

FireWijayaMala



FireWijayaMala semakin positif, dengan tubuh yang agak menarik. Mengikut pengalaman SMk, line ini akan mula datang watak atau perangainya sekitar berumur 2 bulan keatas. Oleh itu, penjagaannya amat diberi penekanan agar anak ini bersedia terlebih dahulu dari segi jasmani sebelum muncul perangainya nanti. 

SMk bagi tempoh 3 minggu lagi bagi melihat perkembangannya selepas ini.

SMk

Review Reban SMk


Boleh dikatakan berjaya, projek SMk setakat ini telah banyak menghasilkan anak-anak ayam serama dari baka terbaik yang telah SMk kumpul serata Malaysia. Status terkini, ada 9 ekor induk masih mengeram (2 ekor pada pagi ini). 

Projek kali ini mengabungkan pengunaan Induk dan juga Inkubator secara sistematik bagi memastikan hasil yang lebih maksima. Induk yang digunakan untuk projek ini adalah rata-ratanya induk muda dan pertama kali dimasukkan bersama Pembaka Jantan.

Bagi Projek ini, SMk telah melakukan breeding bagi pembaka dari reban seperti berikut:
a. Ryan Jr (Reban Pok Syed)
b. Grey Tail TRW (Reban Meng KB)
c. Master (Reban Juwe)
d. Mr69 (Reban Man Serama)
e. BlackRose BOTB (Reban Hilmi Alwi)
f. Sri Semariang BOTB (Reban Sri Ratu)
g. FireCroc (Reban SMk)
h. FireBlade (Reban SMk)
i. Panglima Purut (Reban Nazrul Amir Ganu)
j. GKP (Reban Gopeng KP / Ijat)
k. Godic Super Jr (Reban Abe Lan Godic)
l. Pawang merah (Reban Hilmi)
m. Super Rinting (Reban SMk)

Projek terbaru SMk memasukkan DirtyAryan sebagai pembaka baru. Pasangan ini dijangka akan memperolehi telur pertama dalam minggu ini apabila mengambilkira jadual kesuburan induk.



Namun demikian, akan ada beberapa induk baru sampai yang akan dimasukkan dengan pembaka diatas juga apabila mengambilkira kekosongan reban breeding. Oleh kerana penumpuan adalah 100% kepada breeding maka buat masa ini SMk tidak akan menyertai bon sekurang-kurangnya sebulan lebih atau lebih dari tempoh tersebut.

Ini kerana SMk memberi penumpuan sepenuhnya kepada breeding dan menghasilkan anak-anak reban yang berpontensi untuk digunapakai sebagai ayam game dimasa akan datang.

SMk

Monday 19 February 2018

Line Ara





Anak induk ara comel kecik molek ni yang diperolehi dari Terengganu telah mula menetas. Telur ini adalah sebahagian telur yang SMk ambil dari induk dan dimasukkan kedalam inkubator. Manakala telur yang dieramkan oleh induk muda ini dijangka menetas dalam tempoh seminggu lagi.

Apa yang penting adalah, induk muda ini terbukti walaupun bersaiz AAA jika ianya dijaga dengan baik, sihat dan cergas maka tiada masalah untuknya menurunkan generasi. Sebab selama ini, induk seperti ini akan diselubungi masalah telur lembik, jantan tak boleh panjat, dan bermacam-macam cerita. Setakat ini, SMk memiliki dua ekor induk bersaiz AAA direban SMK.

Kedua-dua ekor induk ini, bertelur cantik dan mengeram dengan baik. Semoga ianya terus menjadi penyambung kepada legasi ara direban SMk.

Tuesday 13 February 2018

Hatching



Sejak 2 minggu ini, banyak induk reban SMk telah membawa turun anak bagi projek suku pertama 2018. Setakat ini, anak-anak dari ayam-ayam yang pernah mendapat juara/BOTB di Semenanjung dan Sarawak ini telah SMk asingkan bagi tujuan penumpuan untuk latihan apabila sampai waktunya nanti. 

Isolation ini juga penting bagi menjaga bloodline setiap anak-anak ini agar tidak bercampur bagi memastikan ketulinan darah atau bloodline mereka direban SMk. Kualiti amat dititik beratkan berbanding kuantiti. Perkara kualiti ini sememangnya telah diterapkan direban SMk sejak reban di Kuantan lagi. Maka ianya bukanlah suatu perkara yang baru bagi SMk.

Setakat ini, peratusan penetasan telur adalah 99.3 peratus dengan kadar kematian anak tetasan masih ditahap zero. Penjagaan dan kekuatan baka atau kestabilan baka amat menyumbang kepada kejayaan setakat ini. Semoga rezeki ini berterusan. Aamin.

SMk

Remaja



Remaja Line Ara ini dari line Mahizan Mohamad @ Jang Botak yang dibiak direban SMk sendiri sejak pertengahan tahun lepas. Ayam ini memulakan semula latihannya setelah diberhentikan buat sementara waktu sebelum ini kerana cuaca yang kurang baik di Kuching.

Ayam ini akan dilepaskan jika ada yang berminat, namun jika tiada jodohnya meninggalkan reban SMk, si remaja ini nanti akan dijadikan sebagai pembaka pelapis kepada bapanya.

SMk

Pembaka BlackRose


Pada 1 Februari 2018, BlackRose telah bergelar bapa kepada beberapa ekor anaknya direban SMk di Semariang Aman, Kuching Sarawak. Anak kepada pembaka ini ada telah ditempah oleh kawan-kawan dan follower SMk. Tetapi ada syaratnya, SMk hanya akan melepaskan anak jantan sahaja buat permulaan ini kerana SMk masih kekurangan ayam betina direban SMk.

Apa yang penting adalah anak-anak ini sihat membesar sehingga dewasa dan berbakti direban SMk. Setakat hari ini, semua anak-anaknya masih sihat dan cergas.

SMk

Thursday 1 February 2018

Layan Ayam


BlackRose


BOTB Sri6


DirtyAryan


Muda (Unnamed)

SMk

Anak A Sold





Kedua-dua anak A ini telah SMk lepaskan kepada tuan Akub Matang. Anak ini jika dilatih dan diteruskan dengan perawatan yang betul akan menjadikan anak ini lebih positif dibon. Seekor yang berwarna kuning berdarah Fire manakala seekor lagi berwarna seakan ara berdarah reban Pok Syed seorang player terkenal di utara semenanjung. Ayam dari reban pok syed SMk ambil sendiri dan tidak melalui orang tengah. Ini kerana SMk lebih mengutamakan keaslian produk sesebuah reban. 

Semoga anak ini berjasa direban baru mereka nanti. Aamin.

SMk

FireWijayamala


Seekor anak reban SMk iaitu adik beradik kepada FireAdruja telah mula SMk latih dimeja. Anak ini amat positif dengan memiliki tubuh yang sama seperti abangnya. 


Setakat ini, anak ini lebih kelihatan sebagai anak jantan. Selepas 1 bulan nanti SMk akan teruskan dengan memindahkannya ke reban diluar rumah bagi sesi latihan yang maksimum.

SMk

Game Suka Suki 28 Januari 2018


Pada Ahad yang lepas, SMk telah mengadakan satu pertandingan ayam serama Suka Suki di rumah SMk. Acara tersebut berlangsung dengan baik sekali dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan iaitu sebanyak 38 ekor ayam serama. Jumlah itu selalunya adalah jumlah ayam yang dipertandingkan bagi pertandingan setempat yang biasa dianjurkan sekitar Sarawak atau Kuching Semarahan amnya. Game Suka Suki bukanlah game tertutup, tetapi game terbuka untuk semua peminat serama, cuma hadiah yang diberikan tidak semewah pertandingan yang biasa dilakukan kerana tujuan game Suka Suki adalah mendidik peminat supaya lebih berilmu dalam hobi berserama.

Atas kejayaan tersebut, SMk akan mengadakan setiap hujung bulan satu game Suka Suki dengan syarat tiada game anjuran oleh PKKASKS pada bulan yang sama. Ini adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada peserta dalam menyediakan ayam masing-masing, setelah mendapat maklumat dan markah ayam mereka di Game Suka Suki pastinya pengubahsuaian dapat dilakukan oleh peserta tersebut bagi game yang lebih besar.

Game Suka Suki ini, SMk gunakan sebagai base kepada mendedahkan ilmu dalam penyediaan ayam ke pertandingan dan juga menyampaikan maklumat yang tepat mengenai penilaian sebenar skema markah bagi seekor ayam serama. Susulan dengan itu, satu penganjuran kursus penilaian ayam serama akan dianjurkan kepada mereka yang benar-benar berminat.

SMk