Monday 30 June 2014

Rezeki Ramadhan

2014-06-27 20.14.442014-06-27 20.15.04

Awal mula pertama mula Ramadhan ini beberapa ekor telah berjaya dikeluarkan dari reban menemui tuan-tuan yang baru. Semoga keadaan ini berkekalan bergitu sekurang-kurangnya semasa ada berbaki 2 tahun lebih di kuantan. Kalau tak, penuh lah rumah dengan ayam. Maklum lah tinggal pun kat kuarters. Tapi biasalah, kita ayam biasa-biasa saja tiada keistimewaan apa-apa. Kalau mata orang melihat cantik, cantik lah, kalau nampak hodoh, hodohlah.

Namun demikian bagi memastikan semangat tetap kekal maka kotak-kotak game telah ditempah dan Alhamdulillah telah sampai.

2014-06-29 21.38.51

Semua ada 5 kotak ni, 1 lagi tak muat nak masuk dalam bonet, jadi kat dalam kereta. Tak snap gambar kotak satu lagi tu. Apapun semangat lepas raya nanti tetap diteruskan.

Friday 27 June 2014

Ubat peringkat kedua untuk Unnamed

2014-06-26 19.31.162014-06-26 19.36.18

Bagi peringkat kedua, setelah Unnamed melalui proses pengubatan dengan Trimezyn dan sekarang tiba masanya pengunaan ubat Selectrogen untuk pemulihan dalaman badan Unnamed. Semoga menemui kejayaan dan boleh sihat kembali dengan izin Allah s.w.t.

SMk

Tuesday 24 June 2014

Telur

24-6-2014 10-34-17 AM

Alhamdulillah, sempat juga membuat penghantaran Telur ke Sri Aman Sarawak. Biasalah tak semestinya menjadi tapi usaha tetap usaha. Itulah saja cara yang berkesan untuk dilakukan untuk membantu pembiakan serama di Sarawak.

Semoga berhasil lah usaha ini, sekor atau 2 pun jadilah.. yang penting usaha. Semuanya atas izin Allah..

SMk

Sunday 22 June 2014

Pagi ahad yang ceria

2014-06-01 08.40.522014-06-11 04.40.35
2014-06-01 08.35.30aviary_1401528926055



Alhamdulillah cuaca amat baik pagi ni. Bolehlah menjemur ayam-ayam pembaka yang ada sekejap. Ni lah 4 bapak pembaka yang digunakan oleh SMk untuk breeding.

Cuma kebanyakkan penumpuan adalah pada Patinggan kerana anaknya memang sah ada kualiti dan ciri-ciri yang saya gemari.

Saturday 21 June 2014

FireStorm vs King Cup

Fire Storm

Tgok patennya badannya dah mengembirakan hati, insya Allah nanti lekat dan ada perangai sepenuhnya pasti akan memberi sedikit kebanggaan. I like it so much.

SMk

Monday 16 June 2014

Induk Sammy menetas





Alhamdulillah.. induk Sammy menetas.. seperti yang saya duga anak banyak ikut ciri ibu namun harapan agar mengekalkan ciri selam bapanya Kiwi amat diperlukan. Adakah akan menjadi? Kita akan tahu dalam masa 3 bulan lagi insya Allah.

Walaupun cuma seekor anak, namun sudah cukup mengembirakan hati. Lagi anak reban yang berpontensi.

SMk

Sunday 15 June 2014

Penghantaran ke Lepar



3 ekor ayam ni dihantar ke lepar, semoga berjasa pada tuan barunya. 2 induk tina SG dan sekor jantan.

Induk 2 ekor memang darah SG dumah, induk ni ditukar dengan pembaka SG Ara sebab dirumah cuma ada 2 pejantan. Dengan adanya kehadiran 1 lagi pembaka jantan insya Allah akan membantu dalam proses breeding. Tetapi Patinggan tetap menjadi pembaka utama kerana paten anak-anaknya terbukti menjadi.

SMk

Saturday 14 June 2014

Tempahan ke Kulim

2014-06-14 20.25.322014-06-14 19.12.22

2014-06-14 09.52.31

Alhamdulillah, seekor induk pembaka telah di hantar ke kulim. Semoga berbakti kepada tuan barunya nanti disana,

SMk

2 darah berbeza.



Darah dan bloodlines yang berbeza, sebelah kiri FireStorm anak reban yang aku dah biasa dan sebelah kanan King Cup satu darah baru dalam dunia serama yang aku perlu pelajari. Walaupun lama dah main serama namun ilmu serama seperti juga ilmu dunia yang lain, tetap masih banyak yang aku perlu pelajari. Selagi masih bernafas maka selagi itu kita perlu belajar dan belajar sehingga nafas yang terakhir.

Semoga kedua-dua anak ini akan menyerikan hidup ku dan menambah lagi ilmu pada ku dalam dunia serama.

SMk

King Cup



Alhamdulillah.. semoga makin ada patennya. Anak ni tak lah diasuh sangat, tetapi nampaknya memang ada bakat rasanya. Kalau baka baik memang mudah cuma budget lah jadi payah.

Lagipun ni lah kali pertama kita main baka ni. Harap ada keserasiannya nanti.

SMk

Friday 13 June 2014

Projek 2nd term 2014





Pembaka jantan ini adalah dari SAJ (abg rosli) akan di masukkan dengan induk jalak Serama Kayan + Toq Nadoq. Diharap akan melahirkan sesuatu yang berlainan.

Potensi bapak adalah SG Ara yang nampak aksesori halus manakala sebelah induk memang ada perangai dan berkebolehan lempar sayap. Kedua-dua pasangan ini secara sahnya baru dimasukkan bersama pada hari ini.
Semoga mendatangkan hasil.

SMk

Thursday 12 June 2014

Last Breeding



Sebelum bermula Ramadhan.. ini lah breeding last untuk pertengahan tahun ini.. insya Allah akan disambung semula selepas raya nanti.

SMk

Monday 9 June 2014

FireStorm



Adik FireFlash mulai hari ini akan dikenali sebagai FireStorm. Semoga menjadi ribut yang menganas di meja.

SMk

King Cup






Alhamdulillah akhirnya dapat juga sepasang baka sohor. Iaitu dari baka serama Wan Sabri. Maka dengan ini setelah berpindah reban ke SMk akan di jenamakan semula sebagai King Cup untuk si jantan dan Queen Cup untuk betina. Semoga panjang umur dan boleh melahirkan banyak anak-anak yang boleh diketengahkan nanti.

SMk

Monday 2 June 2014

Perginya Voltron



Sudah jodoh ketentuannya, maka hari ini Voltron telah pergi buat selama-lamanya. Tapi takpelah saya redha, insya Allah pasti ada yang lebih baik rezeki dari Allah. Terima kasih Voltron.

SMk

Sunday 1 June 2014

Anak dan bapa


Gambar FireFlash


Gambar bapanya Patinggan

Masih nampak banyak ciri-ciri bapanya, cuma anaknya lebih halus dan banyak mengambil sebelah ibunya.

SMk