Tuesday 3 March 2020

Kunjungan Sahabat Baru


SMk memohon seribu kemaafan kerana lama tidak mengemaskini blog Ayam Serama Malaysia Ku kerana masalah laptop SMk yang masih tidak berfungsi dengan baik. Alhamdulillah setelah laptop SMk ditukarkan Hardisc kepada baru ari jenis SSD maka bolehlah SMk berblog kembali. Semoga selepas ini, laptop ini terus berfungsi dengan baik.

Pada beberapa hari yang lepas, Reban SMk telah dikunjungi oleh sahabat baru dalam dunia ayam serama iaitu pada hari Ahad lewat petang SMk telah dikunjungi oleh saudara Shariman dari Demak Kuching. Beliau lebih berminat tentang permainan ayam serama dan hobi serama. Minat beliau lebih menjurus kepada warna putih. SMk turut berkongsi pendapat dan pengalaman dengan beliau.


Semalam SMk turut dikunjungi oleh seorang lagi sahabat baru dalam dunia ayam serama iaitu oleh saudara Miruan dari Tabuan Kuching. Beliau menyatakan berminat dengan ayam serama, dan ingin cuba memelihara ayam serama sebagai hobi.


SMk turut melepaskan seekor anak B siap untuk beliau kerana beliau berkenan dan benar-benar ingin memiliki ayam serama sebagai satu mainan hobi. Semoga kedua-dua sahabat ini akan terus berminat dengan hobi berserama dan suatu hari nanti boleh menjadi player serama di Sarawak. Aamin.

SMk