Sunday 31 December 2017

Fire Adruja




Anak ayam berumur 4 minggu, berdarah Fire mengikut susur galur breedingnya. Maka dengan itu, hari ini SMk menamakannya dengan nama FireAdruja. Semoga sesuai dengannya, yang pasti adalah jika ayam ini masih bersama SMk pastinya ianya akan menjejakkan kakinya ke bon 😃.

SMk

Saturday 30 December 2017

Sold Anak B



Seekor anak B milik SMk telah dijual kepada seorang peminat yang telah booking agak lama. Ini merupakan anak King650 dan menetas di reban SMk.

Semoga ayam ini berjasa kepada tuan barunya. Amin.

SMk

Friday 29 December 2017

Fire Bloodlines



Hari ni SMk pasangan darah Fire iaitu FireCroc vs MiszCroc. Kedua-dua pasangan ini mempunyai gaya yang tersendiri diatas meja dan merupakan ayam bebas jarum hasil rnd SMk sendiri sejak di Kuantan satu ketika dahulu.

Setelah membuka backyard farm serama baru di Semariang Aman ini, SMk mempunyai cukup masa untuk meneruskan inbreeding bagi membina satu legasi kepada jenama Fire itu sendiri. Di semenanjung, line Fire masih dipelihara oleh beberapa orang peminat diutara, lembah klang dan beberapa sahabat SMk di Kuantan.

Semoga ilmu dan pengalaman yang ada pada SMk dimasa lalu dapat SMk gunakan sebagai satu asas kepada membina satu line yang kukuh dan semulajadi tanpa jarum insya Allah.

SMk

Induk menetas



Dob 29/12/2017

Syukur alhamdulillah, induk muda yang mengeram dah mula menetas. Nampaknya musim rahmat musim hujan yang lepas telah memberi seribu rahmat kepada reban SMk di Semariang Aman ini.

SMk bagi tempoh selama 24 jam untuk induk tersebut mengeram dan SMk akan sediakan brooder bagi induk tersebut menjaga anak-anaknya nanti.

SMk

Thursday 28 December 2017

Induk mata buta



Induk utk pasangan ini telah bertelur pada pagi ini. Induk ini matanya buta sebelah sejak anak C. Kesihatan baik dan bertelur dgn baik, harap2 blh turun anak. Aamin.

P/s: induk Abe Lean
Jantan line Godic Jr

SMk

Wednesday 27 December 2017

Harga serama



Hari ni dan sejak beberapa bulan yang lalu, SMk sentiasa diajukan soalan tentang harga ayam direban SMk. Oleh itu bagi menjawab kepada persoalan tersebut SMk memberi jawapan seperti berikut :

Cuting biasa
Anak A RM150 ke RM200
Anak B RM200 ke RM350
Anak C RM380 ke RM450
Remaja RM550 ke RM750
Muda RM700 ke RM800

Cuting atau potensi game
Anak A RM500 ke RM1k
Anak B RM650 ke RM1.1k
Anak C tidak dijual
Remaja RM900 ke RM1.5K
Muda RM2k keatas

SMk

SMk Backyard Serama Farm



Setelah diwarnai dengan warna basic tema SMk iaitu oren dan kuning, pengisian ayam berpasangan telah dilakukan. Kali ini lebih sistematik dengan setiap pasangan akan dikekalkan pintunya dan direkod setiap hasil dari pintu tersebut.

Insya Allah pemantauan secara rapi akan dilakukan bagi memastikan pasangan yang mengeluarkan hasil positif akan dibeei keutamaan dalam breeding. Buat masa sekarang, tina muda dan induk diasing masih disimpan didalam sangkar bagi persediaan breeding yang berikutnya.

SMk

Anak King650



Anak kepada King650 ini telah ditempah oleh sahabat dari sibu. Jika diizinkan Allah ianya akan bertukar tangan pada jumaat atau sabtu nanti. Semoga dipermudahkan amin.

Semoga berjasa disana nanti, jika jodohnya disana.

SMk

Reban baru



Syukur kehadrat ilahi, reban SMk yang ditempat dua bulan lepas telah siap separuh. Reban jenis berlaci ini SMk tempah dari FB Ya'akub Tamin sahabat SMk yang pakar dalam pembuatan kabinet dapur. Almari reban ini sebanyak 4 almari dengan 5 pintu setiap satu.

Almari ini, SMk akan gunakan fokus kepada breeding sahaja. Separuh lagi almari, masih dalam pembuatan dimana almari tersebut pula lebih kepada untuk menempatkan induk-induk yang mengeram dan membawa anak. Semoga almari yang separuh lagi dapat disiapkan cepat untuk digunapakai direban SMk.

Secara sahnya, dengan ketibaan almari-almari reban ini bermakna bermulalah reban SMk di Semariang Aman, Kuching secara sah beroperasi 😉.

SMk

Anak Pelapis Disember 2017



Alhamdulillah anak reban semakin positif. Cutting dominan Fire seperti product di Kuantan telah ditambah baik dengan pemilihan induk-induk reban yang lebih fokus kepada aksesori dan perangai.

Untuk batch ini, kebanyakkannya telah ditempah dan dibayar oleh peminat serama disekitar Bintulu, Miri dan Sibu.

SMk turut rasa bersyukur, selain sambutan yang baik dikalangan peminat di Sarawak ianya juga memberikan satu pengiktirafan kepada produk dari reban SMk. Sesungguhnya produk dari reban SMk mempunyai tarikan dan kelebihannya tersendiri iaitu lebih kepada 'gaya' berbanding saiz yang mana saiz kecil telah lama disukai di Sarawak berbanding ayam bergaya di atas meja.

Semoga ayam serama terus mendapat sambutan dikalangan peminat, bukan saja sebagai ayam untuk pertandingan tetapi juga sebagai pets di setiap rumah.

SMk

Tuesday 26 December 2017

Pertandingan Ayam Serama di Melaka



SMk

Bon Suka Suki Serian


Bon Suka Suki Serian
Tarikh 17/12/2017

Syukur alhamdulillah.. satu bon Suka Suki PKKASK telah dijayakan di Serian pada pagi 17 disember. SMk mewakili Pengerusi En. Muhd Zaid Muhd Zaid dan semua Ajk mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran sahabat-sahabat terutama tuan rumah yang sporting iaitu Paul Paul 😃👍
Tahniah kepada semua pemenang, kepada yang tak berjaya boleh cuba lagi dibon Suka Suki yang akan datang.


SMk

Masuk Mengeram


Setakat hari ini, Inilah seekor induk legend bagi reban SMk kerana merupakan satu-satunya induk yang masuk mengeram walaupun bertelur sebiji. Walaupun SMk pernah memiliki induk betina yang tidak mengeram dan bertelur sehingga 354 biji dan mengeram dikala biji telurnya 355. Namun kali ini agak melucukan bagi SMk kerana ayam ini hanya bertelur sebiji dan terus masuk mengeram. 

Setelah dilakukan candling pada pagi ini, SMk mendapati telur tersebut berbenih dan mempunyai saluran darah. Semoga anaknya nanti sihat dan baik.

SMk

Anak FireCroc


Setakat ini, dalam banyak-banyak hasil tetasan, anak ini paling menarik kerana cutingnya telah jelas lebih awal sinonim dengan line Fire yang ada. Buat masa ini, ayam ini SMk tidak lepaskan kerana hendak melihat perkembangannya nanti.

SMk

Line Pok Syed


Menetas 12/12/2017

Untuk anak line ini, SMk tidak akan melepaskannya atau dijual kerana ianya akan dimasukkan semula dengan ibubapanya bagi breeding 2018 nanti. Setakat ini anak ini telah membesar dengan baik.

SMk

Anak Reban November 2017

Line King650

Line GStar

Buat masa sekarang SMk memiliki beberapa anak ayam yang berpontensi dijadikan mainan di bon dan beberapa ekor yang amat positif untuk digunapakai sebagai ayam game.

SMk


Anak C Sold




Anak Reban SMk ini telah dilepaskan ke Bintulu kepada peminat disana. Ini diikuti oleh adiknya juga telah berpindah reban disana juga.

SMk

DirtyAryan


Agak lama juga SMk tidak update blog kerana kesibukkan bagi persediaan pernikahan adik SMk Aman Apm, Kenduri masuk rumah dan juga sambutan Aqiqah anak SMk yang bongsu. Namun dikala kesempatan yang ada ini, SMk cuba mengimbau kembali beberapa peristiwa yang telah berlaku disepanjang 2 atau 3 minggu yang lalu.

Kita mulakan dengan video DirtyAryan, yang SMk ambil secara spontan dihadapan rumah SMk. Ayam ini telah matang dalam kategori Ayam Muda dan telah siap sepenuhnya. Mungkin boleh diturunkan lagi bagi bon yang akan datang.

SMk

Thursday 14 December 2017

Selamat tinggal Serama Mania Tok Gajah



Assalamualaikum, sahabat2 rakan2 adik2 abg2. Saya SMk @ Man K, mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesempatan dan peluang yg diberikan semasa menumpang di negeri Tok Gajah mencari rezeki terutama dlm bidang atau hobi berserama disana.

Sepanjang berserama dinegeri Tok Gajah, byk pahit manis yg telah dilalui. Namun nilai2 persahabatan dan sokongan sahabat2 terutamanya Abe Sedi, Cj, Apis Pasir Mas, Zack Zacarea, Rizal Fahamee Sairudin, jo kempadang, jo temerloh, syam, aziq, alang, dan semua ahli KSK amat saya hargai. Semoga terus kekal bersahabat hendaknya.

Saya doakan agar semangat berserama terus marak meriah di sana. Terima kasih kerana memberi peluang kpd saya utk turut mewarnai hobi berserama disana selama ini, pastinya ianya akan kekal dlm ingatan saya.

Dengan ini bermakna saya secara rasminya berpindah ke Sarawak kerana isteri saya telah dapat posting ke Sarawak. Bagaimana pun, jika ada jodoh pasti kita akan bersua muka kembali kerana hobi berserama tetap saya julang selamanya. 😊👌.

Akhirkata, saya mohon maaf beribu ampun, jika ada tersalah silap dan kelakuan sepanjang berada dikuantan/Pahang amnya, saya mohon dimaafkan dihalalkan makan minum dan segala gurau senda jika ada yg tersimpan dihati.

Jika ada sahabat2 ke Kuching nanti, hello2 lah saya, pastinya saya akan menyambut sahabat2 dgn sebaik yg mungkin. 👌😊

Salam SeramaMania.

SMk


Kredit Dr Azhar

A - Z Pasal Ayam (35/17)

Coretan babitkan karekter ayam sudah biasa dijadikan tauladan.

Berikut adalah contohnya:

KISAH BAPAK AYAM TUA..
....umur saja dah tua....tapi otak geliga

Seorang peladang mempunyai 10 ekor ayam betina dan seekor ayam jantan Tua. Oleh kerana ayam jantan Tua sudah tidak efektif lagi menurunkan bakanya, peladang itu membeli seekor lagi ayam jantan Muda untuk jadi pembaka...

Selepas ayam jantan Muda sampai, dia disapa oleh ayam Tua...

Tua : Selamat datang, kita boleh bekerjasama membuntingkan semua ayam betina ni agar tuan kita gembira...
Muda : Kerjasama?? Kamu sudah tua dan patut bersara...biar aku uruskan semua kerja pembiakan ini...

Tua : Kamu bagilah aku seekor betina pun jadi laa...
Muda : Tak boleh, aku gagah dan mampu melaksanakan kerja pembiakan tanpa bantuan kamu ayam tua...

Tua : Ok kalau kamu gagah perkasa esok kita lumba lari...kalau kamu menang aku tak akan ganggu walau seekor pun ayam betina...
Muda : Ok aku setuju esok pagi kita lumba...

Keesokannya...
Tua : Oleh kerana aku dah tua kamu kena bagi aku lari dulu lepas sepuloh langkah baru kamu mula berlari...
Muda : Ok lah dan Si Tua apa lagi lari lah...

Ayam tua berlari dengan perlahan kemudian dikejar oleh ayam muda...dalam 10 meter ayam muda mengejar ayam tua dan sudah hampir di bontot ayam tua...

Tiba-tiba ⚡🔫 bam.. 🔫⚡ bam...ayam muda tersungkur rebah...

Tuan ayam telah menembak ayam muda sambil menyumpah... Chiss !!! Sudah tiga ekor ayam jantan. aku beli ni semuanya Gay... huh...

Moral of the story:

1)Jangan sombong dengan orang lama...
2)Respek la otai...
3)Otai2 ni banyak taktik yang tidak disangka-sangka
4)hidup jgn dengki mendengki
5) ingat laaa qada dan qadar

SEKIAN

Tuesday 28 November 2017

Seloka Hj Nor

Kredit utk nukilan Hj Nor

Rutin harian bg pencinta serama selain penjagaan rapi mkn minum ubatan kena lh di bg setiap hr.
Dlm jangkamasa tu kite akn dpt pelbgai ilmu dan pengalaman pahit manis berkaitan serama. Terutama tentang karakter Serama,ada yg jinak ada jg yg liar cam pelesit.

Ayh Mung nk crite pengalaman menangani aym liar cam pelesit.

Dr ank hingga siap muda
Kite duk gosok belaimanja dia dgn sepenuh jiwaraga Eh.ehh..x mkn nasehat pun dia..camtu je..klau berubah pun x smpai pun 20% .Klau di ikut kan hati dh lama dh dia arwah.. tp Ayh cuba teguhkan iman didada sbb tiap kali dia nmpak je kite huihh..bkn main dia bergaya ..

Dgn gaya jln catwalk nya terhinjut2,mendasar laut selamnya,menadah sayapnya persis si alim berdoa.. fushh hingga menjilat jari kite dibuatnya dgn "gaya mutu dan keunggulan nya..aumm dahsyat lg power giler. org pun dh offer tinggi kat kite..

Suatu pg yg sempoii..dlm Ayh duk asyik bg mkn kat kwn2 dia, tiba lh turn dia Ayh bukak je pintu.. hulur tgn nk kasi mkn..opph2 dia suuppp..terbang is likes jet pejuang tepat sasarannya kemuka ayh..serentak dilepas skali dgn peluru penaburnya yg masih hangat2 tahi dia tu. fusshhh bygkan dgn kepala ayh yg setipis lapisan ozon tanpa ber awan buat kite jd tergamam,terpana gelap gulita bagaikan diserkup dgn kawah kenduri..nafas mula sesak dek terhidu gas beracun nya..

Justru itu tersirat muncul darah kepahlawanan Ayh Mung disaat tu..dgn tangkasnya Ayh tempis dgn backhand smashing mengalahkan Chong Wei..berkiong2 bunyi nya serta bersepai2 bulu2nya..gedebuk jatuh menyembah bumi.. meronta2 jdnya.
Ayh terus terkam mendakapnya dan cuba utk memulihkan nya malangnya ia dh pergi sebelum sempat melafazkan Hey2 bye2 buat AyhMung..

Bila Ku tersadar dr mimpiku..1001 mlm penyesalan mula menghantui ku.. AstarfirullahhaAzimm3..oh berdosanya aku! Disaat tu Ku perasan ada Kelibat susuk di belakangku..bile Ku toleh Ku dpti Isteriku dgn terbeliak tajam kedua biji matanya, dgn bengis memerhatikan aku..dgn spontan Mok Aji Mung membahasakan aku
"Ek..ekleh nk bela serama konon..Awak tu layak bela Rimau je bang!!
Terdiam aku dgn 1000 bhsa..hukhuk
Tammat

Monday 27 November 2017

Induk Mengeram


Alhamdulillah.. bakal bertambah rakyat nampaknya.. 
Mengeram 27/11/2017
Tunggu lagi 16 ke 21 hari.. 
Induk line Pok Syed
Induk line Meng KB

SMk

Personal View


Coretan di blog milik SMk ini adalah pandangan peribadi SMk selama bermain serama sejak 90an tetapi masa itu SMk tidak berblog cuma menyertai dunia forum-forum serama. Oleh kerana pada pagi ini SMk dikritik kerana pos SMk berkenaan satu pertandingan yang SMk sertai maka mengambil positif SMk mengeluarkan pos tersebut dari dilihat secara umum, walaupun pada perasaan dan kebebasan bersuara perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana pandangan yang dibuat SMk adalah pandangan peribadi selaku orang yang mengalaminya sendiri, tetapi nampaknya pandangan tersebut tidak dapat diterima oleh pihak-pihak tertentu.

Tidak mengapa, SMk selalu positif walaupun dimedia tertentu SMk pernah dikatakan tiada telur oleh pihak berkenaan kerana tidak menubuhkan persatuan atau menganjurkan pertandingan tetapi SMk tetap cool. Jika mereka yang terkena macam tu agaknya macam mana?

Selepas ini, SMk tidak akan review mana-mana topik berkenaan pihak tersebut. Positive.

Sebab itu jika kita tidak mahu orang mengkritik kita, kita jangan mengkritik orang terlebih dahulu atas apa jua motif. Tetapi sekali lagi SMk nyatakan dengan jelas, apa yang SMk coretkan diblog ini adalah pandangan peribadi SMk. 

SMk

Sunday 26 November 2017

Anak Reban November 2017

Batch 1/2017
bloodline Mahizan Mohamad Ganu.

Batch 2/2017
DOB 21/11/2017
bloodline Godic

Batch 3/2017
DOB 25/11/2017
bloodline Hilmi Alwi (Jantan) vs Pok Syed (Induk)

Alhamdulillah semuanya sihat dan cergas, semoga terus membesar sebagai johan di arena serama nanti.

SMk

Monday 20 November 2017

Keratan Akbar







Kredit to Berita Harian Online
www.bharian.com.my/berita/wilayah/2017/11/353062/ayam-serama-sumber-pendapatan-lumayan

SMk

Monday 13 November 2017

Sendaloka Tuan Hj Nor

#LINTAS_LANGSUNG #TVSERAMA .#COM #D'#BON #SANTAI_GST 11/11/2k17 #TGANU.

Rasa suke hati pon ada,bebesor hati pun ada..sakit hati takdok lh..Mau tidok nya..bila Ayah Mung mencemar duli hadir ke Bon Santai Penutup Tirai KT 11/11/2k17.bru ni..

AyahMung selak kera kelih ramai kwn2 kite sanggup dtg..byg kan utara selatan timur barat semua adaa oii..Wlaupun Bon berskala kecil je..tp bila Ayh Cuba sifir +- jumlahnya 162 penyertaan..fussh dahsyat jg ni..Allah aje lh mampu membalas budibaik kwn2 semua ..Amin

OK crite nya begini..Ayah Mung sapa kat Bon dlm pkol 11pg..

Ayh perati kelih sbelah kanan pintu msuk dewan tu penuh sesak dgn puok serama Dungun je..semua ketogori ada mari .Serama B 5x Salin Bulu abg Madzi pun ada,muda tersalah ketogori cam pok Suri pun ada,remaja supo aym B cam Abe Long pun ada mr blake..Aym balong punoh supo#Zul_Wodar ada jgok..nk main Gaya Kate nya..hushh hebat2..

Pusing tengok ke sbelah Kiri hitam gelap cam lalat hurung tahik ramai nya manusia..ingat kan ada org accident..rupa nya duk lekong ke Sekuntum Mawar selaku Pendaftar duk skali dgn Mc Adk #Madi_Manir hok mata ripit cam Jepon tu..sambil duk umum no cabutan.. hadioh berupa hamper,Beras dan Jagong..leklek cam lh Yb bg bantuan mangsa banjir..kahkah

Lepas tegursapa beramah mesra Serta bersalaman dgn saing2 kite hok jauh hok dekat ayh terus langkoh kaki msuk ke dewan..kelih kekanan napok Pokjang dgn Cap kaler Orange sign TTB Khusyuk lg Tawadho' terbongkuk duk kira markah dgn artis Adk Amir UK,Hilmi678,Jack Saudi n Jai Nasi Dagang..huhu Pusing kiri plok napok bdk Korea adk Faiz dgn otai Taliban si Rahidi duk dpn Along Tok Nadok duk asyik tengok aym naik Meja Ayohwan Ngadil..

Ayh Mung terus angkat sarang msuk ke kategori Remaja disambut olih adk Cg Ha Lim iaitu jkkk kg Cina Adk ZulOne Ha Kim Mi sambil dia sapa "comel Remaja Ayh"..ayh buat lembu kenyang je wlaupun punggung Ayh dh mengembang cam keropok Losong kena goreng..hihi

Pah selesai je msuk aym..ayh ajak Man Mrg,Pok Rosid Gsm,Zul Muda,Hafsyam PSP,Along Tok Nadok dgn ank bini dia skali pi lunch sambil bukak bon kat kedai kopi lh plok..kahkah

Sambil duk rancak sembang dtg Pok6 Semut Merah bokali mr nk cari gula tu..sbb pompuan tokey kedai tu manis supo gulo..dikuti olih Rj Anok Abe Mie Tumpat pon ada skali.. geger duk odar "nasi kukus so" aym nk Peha..aym nk peha..yakhh berahi peha tehh..Pah pok6 pun mitok Peha jgok..tp tokey royak Peha habis dh..jwb pok6 "dada pun dado lh"..kihkih
Sambil pok6 mkn kwn tanyo dio "Mano Tok Pajak,MdRoza Bedozer Amran AsuhAnk dll?..spontan Pok6 jwb "tanyo gapo!! ore hok hati supo Tissue Toilet tu"..hukhuk parokk nise

Dlm duk seloroh dgn Zul Muda n Hafsyam di peratikan Nadim SAG sambil kutuk udoh molek ko AbeTim dgn N Junaidi sambil ngilau kok kik kok kik tu tibo2 Mc Bdk Jepun tu umum cabutan lg..masing2 pakat hunggar terkam gi..Ayh Mung pun teringat hutang zohor belum berbyr lg..Ayh pun tarik layar betulkan kemudi ke Masjid.. terserempak dgn musoh tradisi Ayah is Pokjang..dia tanya "nk chaww lh tu" kahkah Ayh jwb "ehh mana adaa.."haha.Bila Pokjang msuk je Masjid..Ayah Mung pun slow2 herek Moto Ducati kena sumpah jd c70 Ayh tu keluar..skali nyek je Broomm Brommm injin hidup..apa lg jatuh je Gear suppp haluss tembor blik rumah..kahkah

Mlm lpas imsyak buka FB terpampang Gmbar MohdLazim Aka Rj Gaya Ganu Termewek senyum simpul nya dinobatkan
Juara BOTB Bon Penutup Ganu.

Akhir Qolam ayh mung mohon berbyk2 ampun maaf bg pihak Warga Serama GST buat semua rakan dan taulan Serama semua dimana jua anda berada..
Aslamkum/Slamat sejahtera.

Selain Burong ada Serama
Lain tahun lg kite bersama

◦kredit hj Nor

Perjuangan Bon Summer Mall

Assalamualaikum, Pada Pagi tadi 12/11/2017 SMk dan Aman Apm telah hadir ke bon di Summer Mall untuk bersama-sama ahli PKKASK yang lain yang turut juga berada disana untuk menyertai pertandingan.



Ayam SMk kategori Remaja

Ayam remaja SMk sangkar nombor 11

Ayam SMk kategori Muda

Ayam Muda SMk sangkar nombor 12



Ini pandangan dari view jauh yang menampakkan persembahan semua ayam

View yang lebih dekat



Untuk kali ini walaupun tiada rezeki acara BOTB SMk dan Aman Apm berjaya mendapat Juara kategori Muda dan tempat ketiga untuk kategori Remaja setelah kalah timbang kerana markah yang sama.

SMk

Thursday 9 November 2017

Ragam Pemain Serama di Bon

#RAGAM_PEMAIN_SERAMA_DIBON

1.Ada Mereka 90% X pernah ponteng bon jauh/dekat bon kecil/besar..malah seberang laut depa pi..
2.Ada org tu..dia lh selalunya org yg paling awal dtg punch card di mana2 bon..malah terawal dia dr petugas..
3.Ada org tu klau diperhatikan aym yg dibawak nya x dilulus SIRIM pun..tp krn semangat juang yg tinggi tetap di daftarkan..lwn tetap lwn..
4.Ada plok tu.. dr dulu sapa skrg asyik duk main Ank je..seolah2 cam aym dia tu x besar2..Kahkah
5.Ada plok tu asyik duk main induk je memanjang..cam lh..induk dia tu x blih beranak yg jantan..
6.Ada setengah tu bawa byk aym sekor pun x Di daftarkan..semua nya utk dijual je..ni btol2 jenis Bisnesman
7.Ada yg asyik duk tanya.. 'Aym ni tak nk jual ke bang? peliknya yg tuan nk jual dia x nk..hehe
8.Ada setengah tu dtg bon cam mak inang..melenggang2..bwak batu je.. aym sekor pun tak bwak..hehe
9.Ada jg yg dtg bon utk tunjuk muka je..cover line katakan..huhu
10.Ada yg jd doctor..Klau dia start je operation n setting Aym..terus x mkn x minum x tegur sapa..al maklum lah fokus katakan..
11.Ada yg Asyik duk Ronda je..kehulu-ke hilir aym sendiri org lain urus..dia entah kemana..lesap
12.Ada plok tu Hobi dia duk skodeng aym org je..jelajah dr 1 sangkar ke 1 sangkar entah apa yg di carinya..
13Ada yg cam artis kejap Shooting kejap screne test jap duk Selfie..
14.Ada yg aka Pengintip or Paparazzi duk snap curi gmbar org je..hehe
15.Ada org tu duk buat bon dlm kedai kopi je..asyik oder je..pah tea o ping..kopi o ping..last rebah bleping 16.Ada plok is kaki sembang.. x Kira Di mana tetap sembang..tambah plok di bon lg lh rancak.. klau Di tanya aym sapa yg menang?kopom dia x tau..sbb no sangkar aym dia Di panggil dpt cabutan pun dia x tau..melopaih gitu je.. huhuhu...17.Ada jg org spesis tersalah ambik aym/sangkar org..ni bahya..huhu
18.Ada org tu klau lh aym dia dpt no senyum sampai telinga..bila x dpt PUK pek PUK pek..member bg Slm pun x brape nk jwb..adoii
19.Ada jenis bus dh nk jln dh..dia baru sampai..
20.Ada jgok jenis menyusahkan kwn dan penganjur..dh konpom dh aym dia dpt Slm buat apa pi duk berbatu nautika..dh tu melenggang plok tu dtg ke pentas..pening2
21.Dtg je dia..penganjur senyum lega..mau tidaknya 1 batalion aym dia aje..bisik2 penganjur..Selamat kite!
22.Jenis Muka BerBillor.. awal aym dia no..pah jatuh saguhati..last2!! Aumm yg lekat bekas rotan je..huhu
23.Tak larat dh Ayh Mung nk taip..byk sgt ragamnya.. cukup sini je lh..hehe

MAAF LAH YA, Apa yg Ayah Mung
Crite ni berlaku di Bon kat Amerika and Eropah je!! Bkn kat M'sia tau..

Arkib File TV Serama.com
Hasil nukilan Hj Nor

Monday 6 November 2017

Pertandingan Ayam Serama di Pesta Sadong Jaya


SemalamAhad 6 November 2017 telah dijayakan satu pertandingan ayam serama di Pesta Sadong Jaya, pertandingan ini dikelolakan oleh pihak Persatuan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama Kuching - Sri Aman (PKKASKS). Manakala pada 5 November 2017 pameran ayam serama turut dijayakan ditapak yang sama bagi menarik lebih ramai peminat meminati ayam serama di Sarawak.

Pameran ayam serama turut menarik peminat warga Sadong jaya.

Pada masa yang sama, YB Awla bin Idris ADUN N25 telah bersetuju menjadi Penanung kepada PKKASKS dan beliau berhasrat untuk menjadikan ayam serama sebagai ikon bagi Sadong Jaya dan sekitarnya.

Semalam acara BOTB turut dijalankan, dan dimenangi oleh ahli PKKASKS iaitu Aman Apm adik SMk. Berikut adalah rakaman acara BOTB semalam.

Acara BOTB


Keseluruhannya ayam dari reban SMk berjaya mendapat tempat iaitu :
1. Juara Tanpa Lawi & BOTB
2. Juara Muda
3. Tempat ketiga bagi kategori Remaja

SMk

Tuesday 31 October 2017

EM yang telah AKtif


Setelah dieram maka hari ini ianya telah boleh dituai dan digunakan semula. EM ini merupakan EM aktif (ibu) yang boleh digunakan untuk campuran kepada minuman ayam serama. Ini bagi memberikan kesihatan yang optimum kepada ayam dan ayam juga menjadi lebih segar dan aktif, Sekarang dengan adanya EM ini dikampung halaman SMk maka reban SMk akan lebih menjadi produktif insya Allah.

SMk

Pameran Ayam Serama di Garage Sale Satok


Pada 28 dan 29 Oktober 2017, SMk telah terlibat dengan pihak Ranting Muda Hashim Satok dalam menjayakan aktiviti mereka iaitu Garage Sale Satok, Kuching. SMk telah membuka booth pameran Ayam Serama ditapak yang telah disediakan oleh mereka.

Sepanjang pameran, SMK dibantu rapat oleh Aman Apm dan beberapa ahli PKKASK seperti Malek, Sapari, Mely, Cikgu Shharin dan saudara Akub.

Pada hari pertama kunjungan dari warga setempat amat mengalakkan dengan segala macam pertanyaan, tidak kurang juga yang mengambil peluang ini untuk bergambar dan berselfie dengan ayam serama yang terkecil di dunia ini.


Disini juga SMk mendapati ramai kanak-kanak sangat suka dengan serama dan turut mempengaruhi ibu bapa mereka untuk turut berkunjung ke booth pameran ayam serama. Ianya telah mengalakkan kedatangan sekali gus menjadi wardah rekreasi yang sangat bermanfaat bersama keluarga mereka.

Pada hari kedua SMk didatangi oleh kebanyakkan pengunjung dari hari pertama yang lebih berminat dan ada yang mula membeli ayam serama yang telah SMk sediakan bagi jualan. Impak pameran ini sangat besar kerana SMk boleh mendekati masyarakat secara rapat dan memberi pendedahan mengenai serama secara langsung.

SMk sangat berpuashati dengan hasil yang diperolehi dan jika ada lagi peluang selepas ini, pastinya SMk akan melakukan sesuatu yang lebih menarik lagi.

SMk

Friday 20 October 2017

Ori atau tak ori

Ada kawan-kawan bertanya kepada SMk..
Apa pandangan abg man tentang ayam ori atau bukan ori?



Jawab SMk

1. Hak masing-masing, SMk tidak pernah menghalang kawan SMk main ori atau nak saloon atau tidak ori. Sebab dunia serama tidak besar mana. Alik-alik orang itu juga. Apa yang penting jangan berpecah.. perlu satu hati.

2. Cuma jika perlu modifikasi kepada ayam, buat dirumah jangan dibon secara terbuka. Terutama balung.. jangan tunjuk dimedia sosial dan media arus perdana. Kita banyak group FB tertutup.. post disitu sudah memadai itu pun jika difikirkan perlu.

3. Jika ayam ada masalah rusuk atau apa-apa yang lebih bahaya.. minor surgery perlu dilakukan bagi membantu ayam tersebut sihat berbanding dari terus sakit dan tersiksa.

4. Nak ubah sesuatu yg lazim boleh.. tetapi kene berhemah jangan lawan arus dan provok orang, silap-silap tidak kemana.

5. Sebab kite main serama nak berkawan. Mana ada orang main serama nak main ayam seorang diri? Lain jadinya kalau terjadi bergitu. Sekurang-kurangnya mesti dengan famili atau bersama seorang dua kawan.

Itu jawapan yang SMk berikan kepada si bertanya. Yg penting SMk sentiasa positif demi menaikkan nama serama. Jangan jatuhkan serta pecahbelahkan perpaduan dalam dunia serama. Kita perlu mempertahankan Ayam Serama sebagai sebuah industri dan itu sentiasa perkara pokok dan keutamaan. SMk akan lebih kepada arah positif untuk dunia serama. Serama Mania.

SMk

Wednesday 18 October 2017

Pembaka Rinting


Pembaka Rinting SMk sekarang telah dijadikan pembaka bagi menguatkan aliran rinting direban SMk. Ayam ini bertubuh tinggi dan jenis rajin dan agak bergaya. SMk akan menantikan hasil breeding ayam ini dalam tempoh dua bulan yang akan datang. Insya Allah.

SMk

Tetasan Inkubator


Tetasan dari Inkubator SMk bermula pada 13 Oktober 2017. Tiga ekor anak pertama ini adalah anak dari Induk Reban Mahizan Mohamad @ Jang Botak. Selepas itu pada 16hb diikuti oleh seekor anak dari Bloodline Godic. Bagi membezakan anak-anak ini, SMk telah menandakan anak Godic Jr dengan warna merah dikepala bagi memudahkan pemantauan dilakukan.

SMk

Pertandingan Ayam Serama di Kelantan



Anjuran PERSEK

SMk

Sunday 8 October 2017

Reban Almari No3


Pada reban ini, SMk menempatkan Pembaka-pembaka muda milik SMk dan dipasangkan dengan pasangan masing-masing. Antaranya ialah pembaka line Godic iaitu anak kepada Godic Jurnior milik SMk. Anak muda yang dijadikan pembaka ini SMk namakan sebagai Godic Alpha dan Godic Bravo.

Selain itu, didalam reban ini turut diletakkan Pembaka Muda yang diperolehi dari Pok Syed dan dinamakan sebagai Ryan Junior. Pada 2 pintu terakhir dibawah ditempatkan FireBlade dan Pembaka Muda Fire 2.0.

Setakat ini, SMk telah berhasil mendapatkan beberapa telur yang SMk masukkan kedalam Inkubator bagi mengelakkan kerosakkan kepada telur. 

SMk

Acara BOTB Bon Penang


BOTB telah dimenangi oleh ayam kategori Muda milik Man Serama dan Raqid Penang.

SMk

Telur Serama


Masya Allah, Telur ini telah menampakkan kuasa Allah s.w.t. Sesungguhnya jika Allah berkehendak akan kehidupan pasti mudah baginya, Terima kasih Allah kerana sentiasa mengingatkan aku akan dikau didalam apa jua yang aku lakukan. Sesungguhnya aku amat malu dan takut kepada kasih sayang mu terhadap aku. Semoga aku boleh menjadi hamba mu yang dikau redhai. Amin.

Telur batch ini, akan mula menetas pada awal pertengahan bulan ini, setakat ini hampir 80% dari isi inkubator telah mempunyai jalinan kehidupan pada telur-telur tersebut, Semoga semuanya sihat dan menjadi peluru buat SMk. Amin.

SMk