Thursday 31 December 2015

Selamat Tahun Baru 2016


SMk mengucapkan selamat menyambut Tahun baru 2016 kepada semua peminat ayam serama di seluruh dunia terutama kepada pengunjung blog SMk yang tidak seberapa ini. Terima kasih banyak tahun 2015 yang banyak memberi banyak kenangan manis buat SMk dalam dunia seramamania.

SMk

FireRain


Anak ni SMk namakan dengan nama FireRain kerana mengambil kira cuaca di Kuantan sekarang yang mula memasuki musim hujan. Nampak gaya semakin positif di meja. Insya Allah jika bon Jerantut jadi diadakan pada 16 Januari 2016 ini maka SMk akan membawa FireRain ke meja pengadilan.



Seperti biasa, setiap anak reban SMk akan melalui proses yang sama demi menentukan proses melahirkan anak reban SMk menepati ciri-ciri dan kehendak semasa ayam yang berkualiti pertamdingan. Biar sedap dimata dan seronok melihat markahnya di skema pertandingan.

SMk

Wednesday 16 December 2015

Line Fire



Alhamdulillah, akhirnya line atau bloodline yang SMk create telah diakui dan disahkan oleh pemilik asal puteri Duyung pada SMk. Walaupun pembaka Jantan dalam projek bloodline Fire adalah dari reban SMk dikawinkan dengan Puteri Duyung, ianya telah menjadi satu bloodline terbaru dan semakin menjadi satu tarikan dalam dunia serama. Malah menjadi satu alternatif kepada baka-baka yang sedia ada.

Ciri-ciri utama line Fire adalah adalah ayam cutting slim tinggi dan tubuh yang mempunyai posisi hampir 80 ke 90 darjah. Posisi tubuh boleh dicapai sejak umur anak ayam dalam usia 3 minggu.

SMk

Monday 7 December 2015

Game Jerantut



Mulai dari hari ini FireSharp akan dipersiapkan untuk pertandingan kesenian dan kecantikan serama di Jerantut pada 16 Januari 2015 nanti.

Ekor sudah semakin penuh, SMk percaya masuk bulan januari nanti ekornya akan penuh sempurna. Kita lihat nanti kategori apa kah yang layak untuk kita masukan FireSharp nanti.

Walaupun kalau ikut perkiraan SMk, ABS adalah kategori yang pasti. Namun jika diberikan peluang dan ayam sempat siap lawi, maka SMk akan cuba main kan FireSharp pada kategori ayam A.

Apa pun kita tunggu nanti bila tiba waktunya. Kemungkinan besar, SMk cuma akan membawa FireSharp untuk bon kali ini kerana mengambil kira tugas SMk sebagai salah seorang dari urusetia pada hari pertandingan tersebut.

SMk

Saturday 5 December 2015

Masalah semut di reban

Hari ini SMk mendapat satu pertanyaan dari sahabat, bagaimana hendak menghilangkan masalah semut gatal yang selalu menggangu reban terutama anak ayam.

Jawapan SMk


Ini lah ubat yang paling berkesan. Apa yang perlu dilakukan ialah menaburkan serbuk tersebut di arah atau lorong perjalanan semut atau anai-anai. Maka serbuk yang terlekat kepada badan semut yang terkene serbuk ini akan mengakibatkan keseluruh populasi semut atau anai-anai tersebut akan terhapus.

SMk

Monday 30 November 2015

FireQueil



Alhamdulillah FireQueil aka si puyuh telah mendapat tempat ke2 di game bulanan STG iaitu bon bulan november 2015.



Walaupun warna nya tidak kuning, tetap membawa rezeki pada SMk. Sebenarnya FireQueil ni dari line Fire iaitu SubSg.

Semoga lebih berbakti di masa depan untuk reban SMk.

Wednesday 25 November 2015

Kunjungan Sahabat



Semalam SMk menerima kunjungan dari seorang player lama dari Raub Pahang. Ada banyak perkara yang diperkatakan terutama bab pemarkahan serta skema terbaru dan perbezaan cara pertandingan diadakan pada masa dulu dan kini.

Permasalahan yang dibawa oleh kebanyakkan orang lama ialah, kenapa sayap macam gantung? Boleh ke dapat markah?

Jawapannya amat mudah, pada waktu dahulu sememangnya kedudukan sayap harus sama dengan tegaknya kaki dan hampir mencecah lantai. Itu berlaku kerana kedudukan tubuh ayam pada masa itu adalah 45 darjah. Berbanding dengan kedudukan tubuh ayam sekarang yang berdiri tegak dan tubuh pada kedudukan 90 darjah. Apabila tubuh lurus tegak, secara semulajadinya sayap akan nampak tergantung tambah lagi jika ayam tersebut menarik kepala kebelakang dan tubuh/dada dinaikkan kerana pergerakan leher tersebut, sayap juga akan berubah kedudukan kehadapan sedikit bagi mengimbangi stand/gaya berdiri yang dilakukan.

Dengan penjelasan SMk itu, sahabat lama tersebut akur dengan penerangan SMk. Tambah lagi dalam suasana ilmiah maka Safian dan SMk berdiskusi dengan keadaan yang baik.

Bagi SMk.. tak ada masalah langsung dengan perbezaan pendapat tetapi ada perbezaan yang jelas jika ianya melibatkan kefahaman pada skema pertandingan.

Dalam serama, kita boleh main baka apa sekalipun, warna apa sekali pun dan akhirnya penentuannya adalah kemuncak tetap keputusan pada skema pertandingan yang dicatit pengadil semasa ayam berada di atas meja.

SMk

Bon Bulanan STG (Bulan November)



Untuk bon kali ini, sekali lagi SMk akan bertindak sebagai Urusetia/pendaftaran bagi pertandingan. Insya Allah akan dilakukan dengan sebaik yang mungkin dengan harapan agar tidak banyak masalah yang timbul.

Untuk kali ini juga SMk akan menghantar 4 wakil iaitu kategori Induk, Anak dan ABS.


Induk


Induk


Anak A


ABS

semoga ianya dapat memeriahkan pertandingan yang diadakan nanti.

Thursday 12 November 2015

Hari Deepavali

Pada petang hari deepavali dua hari yang lepas SMk sempat melawat reban Zul Muda Sg. Soi di kempadang. Hajat SMk hendak melihat FireStar tercapai dan bolehlah memegangnya setelah sekian lama direban tuan barunya. FireStar dalam keadaan meluruh ekor tetapi itu tidak menghalang FireStar untuk terus menjadi Pembaka kandang buat Zul Muda.

Banyak anak-anak FireStar nampak sangat positif, semoga terus berbakti pada tuan barunya dengan melebarkan legacy Fire terus meriah di Kuantan. Ianya menjadi suatu kebanggaan buat SMk kerana dapat menghasilkan line Fire milik SMk sendiri.

SMk

Anak Reban

CUXUjM

Product terbaru SMk, line Fire. Sepatutnya 2 ekor tetapi seekor lagi telah mati mungkin kerana cuaca yang tidak menentu di Kuantan sekarang. Walaupun seekor, harapannya amat besar sekali buat SMk kerana cutting anak ini amat menyerlah dan mengembirakan hati dan mata SMk. Oleh kerana warnanya bukan Yellow kemungkinan besar SMk akan simpan anak ini untuk menjadi pembaka reban nanti insya Allah. Jika menjadi jantan SMk akan simpan untuk kali ini. Kerana stok selain yellow sudah tiada direban.

SMk

Bon Bulanan STG

AAA

Bon Bulanan STG bagi bulan November akan diadakan persekitaran di Masjid Al Bukhori Nurul Aman, Taman Seri Mahkota Aman Batu 11, semperna sambutan Hari Cinta Masjid anjuran pihak AJK Masjid. Dengan itu SMk mewakili pihak STG dan AJK Masjid menjemput semua hadir bagi meramaikan majlis pada 29 November 2015.

Technorati Tags:

Sunday 25 October 2015

Pembaka SMk



Nampaknya selepas ini SMk perlu update semula pembaka yang ada kerana ada sedikit pengubahsuaian dilakukan setelah beberapa review dijalankan keatas ciri-ciri anak yang dikeluarkan sejak 6 bulan yang lalu.

Mungkin lewat petang ni jika tiada apa-apa hal SMk akan mula melakukan sedikit perubahan.



Baru selesai memberi madu pada pembaka-pembaka SMk seperti biasa. Aktiviti ini telah menjadi satu rutin mingguan pada SMk didalam memastikan setiap pembaka adalah didalam keadaan yang tip top dari segi kesihatan dan kemampuan.

SMk

Pawah



Induk putih milik Radzi STG ni dimasukkan sekali lagi dengan FireSharp setelah percubaan kali pertama gagal kerana induk tidak mahu mengeram. Semoga lepas ni induk boleh mengeram dan mengeluarkan hasil.



Manakala induk kuning Radzi STG ni juga telah mengeram setelah dimasukkan dengan FireGiant. Harapan SMk adalah apabila tuannya kembali dari operasi di Lahad Datu Sabah, anak-anak ini boleh menjadi permainan kepada beliau.

SMk

Friday 23 October 2015

Pasangan Bekeng

Bapak kali ini adalah pertama kali digunakan untuk breeding iaitu Pembaka V FireSpirit.

FireSpirit dimasukkan dengan Induk line Fire juga. Namun bila dimasukkan pada permulaan si betina sangat garang melebihi si jantan. Siap nak bergaduh lagi tu. Harap-harap boleh rukun damai lah hendaknya.

Kita lihat nanti penyatuan ini samada dapat mengekalkan anak-anak yang mempunyai sifat-sifat jahat.

SMk

Anak Reban

6Kvuv0

Setelah maintain dengan darah yang sama, SMk dapati hasil anak-anak reban semakin positif dan boleh dikatakan dari 10 ekor 90% adalah kuning dan cuma 10% sahaja yang warna ara.

Walaupun demikian, oleh kerana darah asalnya kuning dan bukan ara anaknya nanti kembali pada warna kuning jika dipadankan dengan induk kuning.

SMk

Monday 19 October 2015

Bon STG 18 Okt 2015

12088382_492409907607507_1485861548637744083_n

Semalam pihak STG telah berjaya menganjurkan bon dengan penyertaan 92 ekor ayam dan juga berjaya melaksanakan impian kebanyakan peminat ayam serama di Pahang. Kerana kali terakhir pertandingan ayam serama di anjurkan di Pahang adalah pada sekitar tahun 2000 di tapak letak kereta Kompeks Teruntum.

Rezeki SMk juga ada semalam bila FireSharp mendapat Juara bagi kategori Tanpa Lawi (campuran) dan layak untuk ke acara Best Of The Best (BOTB). Alahamdulillah.. BOTB juga menjadi milik FireSharp.

Seekor lagi ayam Muda SMk mendapat saguhati tempat ke 4 dan mendapat hadiah hamper. Hamper tak sempat nak snap gambar sebab anak dah bersukaria dahulu. Rezeki anak-anak juga sambil kita memenuhi impian kita berhobi.

SMk

Wednesday 14 October 2015

Persiapan BON STG

Dr8VBG

Syukur, SMk telah siap menyediakan borang-borang untuk digunapakai pada Bon STG ahad ini. Biar semangat sikit walaupun SMk tidaklah terlalu bersedia dengan ayam-ayam untuk dipertandingkan. Cuma niat SMk untuk membantu agar bon di Pahang berjaya dijalankan setelah kali terakhirnya dijalankan pada sekitar tahun 2000 dahulu.

Semog segalanya dipermudahkan. Amin.

SMk

Technorati Tags:

Ciri-ciri bagi ketegori Ayam Serama

9Rtp2c

Anak A
- bulu kapas masih kelihatan ditubuh dan kepala
- bersuara anak
- ekor pertama
- kepala dipenuhi bulu roma
- tubuh bersaiz kecil (Anak A)
- Berat 100gram kebawah

Anak B
- bulu telah memenuhi tubuh
- bersuara anak
- ekor kedua tidak memenuhi masih terdapat ekor pertama
- kepala masih terdapat bulu roma
- tubuh bersaiz besar (Anak B)
- berat 140gram kebawah

Serama Remaja
- bulu tengkok,rambai (pertama) kelihatan
- bersuara remaja(belajar berkokok)
- ekor kedua telah memenuhi
- kepala masih terdapat kesan bulu roma
- lawi tidak meebihi kepala

Serama Muda
- bulu tengkok, rambai telah memenuhi tetapi tidak terlalu berkilat
- kaki ada taji cuma paling besar butir jagung
- punggung dan peha warna pucat
- lawi tidak melebihi kepala
- warna keseluruhan ayam masih pudar
- ekor remaja masih ada sedikit
- umur antara 5 - 8 bln 9bergantung pada ayam)

Serama betina
- bulu berkilat
- punggung merah
- muka merah tidak kelihatan bulu roma di kepala
- bersuara ibu
- ekor telah memenuhi (ekor ketiga)
- mengawan (hendak berlaki)

Ayam A

- Bulu matang berkilat

- berat 350 gram ke bawah

- tubuh bersaiz A

 

Ayam B

- Bulu matang berkilat

- 351 gram – 500 gram

- tubuh bersaiz B

Ayam ABS

- Lawi tidak ditikira

 

Friday 9 October 2015

FireFz vs Misz Rinting

2015-10-09 16.23.592015-10-09 16.24.332015-10-09 16.24.35

Akhirnya Misz Rinting bertelur juga setelah dimasukkan dengan FireFZ. Apa yang SMk harapkan adalah agar semua telurnya nanti berisi benih. Kerana pasangan ini tidak pernah dipasangkan sebelum ini, jadi penumpuan dan perhatian perlu diberikan agar kita dapat menilai samada pasangan ini serasi atau tidak dari segi benih dan keturunannya.

SMk

Technorati Tags:

Pelapis reban 2016

Bi9OAV

Diantara pelapis reban SMk kerana selepas ini kebanyakkan telur akan ditumpukan pada projek 2016 maka untuk mainan tahun hadapan nampaknya inilah sahaja yang tinggal. Belum ada nama yang diberikan kepada setiap ekor anak-anak ini tetapi nanti bila masa yang sesuai SMk akan fikirkan.

Biarlah namanya sesuai dengan wataknya. Jantan tetap Fire dan bertina tetap Misz..

SMk

Technorati Tags:

FireSharp

r628Jk

Walaupun dah menjadi pembaka, namun FireSharp tetap sedap dipandang dan masih ada perangai bila diletak diatas meja. Semoga banyak hasil anak-anaknya akan menjadi di Kuching Sarawak nanti. Biarlah ada anaknya yang akan menjadi mainan dimasa lapang SMk nanti bila tiba masa dunia bersara datang kepada SMk.

SMk

Technorati Tags:

Persiapan Bon STG

u9Q42M 9b02wi

Sejak dari semalam SMk telah mula memandikan ayam untuk dibawa bagi support bon anjuran STG pada 18hb Okt 2015 minggu hadapan.

Dengan ditambah lagi dengan 2 ekor lagi anak A, insya Allah semuanya lebih dari 10 ekor penyertaan bagi pihak SMk. Semoga segala usaha yang SMk lakukan ini demi SeramaMania positif dan terus positif.

Mulai minggu hadapan juga SMk akan menyerahkan tugas setiausaha STG kepada Asraf Serama Kuantan bagi meneruskan usaha dan impian setiap peminat ayam serama. Ini kerana bagi melatih setiausaha baru agar terus membawa STG kearah yang lebih baik. SMk juga dengan ini memohon ampun dan maaf jika semasa SMk memegang jawatan sebagai setiausaha SMk telah menyakiti hati kawan-kawan tak kira yang didalam persatuan atau di luar persatuan semasa mewakili STG di Bon-bon luar. Maaf ampun beribu ampun.

Selepas ini SMK akan bantu sekadar mampu dari sebalik tabir kerana SMk mohon undur diri dari dunia Game buat sementara waktu. Kerana SMk mengimpikan kejayaan Projek 2016 maka usaha SMk akan lebihkan pada usaha tersebut.

Terima kasih pada semua rakan-rakan yang SMk kenal sepanjang bermain di negeri-negeri kawan semasa menyertai bon. Sesungguhnya dunia ayam serama memang indah jika adalah sebahagian darinya.

SMk

 

Poster Bon STG

Poster bon 18-10-15 terkini B

Alhamdulillah syukur kerana SMk berkesempatan membuat banner untuk bon STG di SK SG Isap Kuantan. Walaupun agak mudah untuk melakukannya tetapi bagi SMk ianya amat mencabar kerana sepanjang minggu ini dah 2 kali SMk format PC gara-gara masalah dalam sistem operasi Window 10 sehingga hampir habis semua usaha SMk selama ini.

Walaupun Blog SMk yang lain telah gagal diselamatkan, namun SMk tetap bersyukur sekurang-kurangnya akaun untuk Serama Malaysia ku tetap dapat beroperasi dengan baik. Semoga usaha SMk terus dipermudahkan Allah.

Bagi bon ini, SMk akan membawa lebih kurang 10 atau 11 ekor ayam bagi membanyakkan penyertaan dan support bon anjuran STG ini. Biarlah SMk tidak lekat sebarang nombor pun kali ini namun SMk akan berusaha membawa sebanyak mungkin penyertaan lagipun tempat anjuran adalah disekolah dan pada masa yang sama juga hari tersebut adalah hari terbuka bagi sekolah SK Sg Isap. Oleh itu usaha SMk adalah lebih kepada untuk mempromosi minat dalam berhobi ayam serama.

Insya Allah pada hari tersebut juga SMk akan terlibat dengan Urusetia penganjuran namun SMk akan cuba sebaiknya dalam memelihara kualiti penganjuran bon agar mencapai tahap sekurang-kurangnya taraf bon kecil. Pelapis-pelapis STG juga akan SMk pastikan untuk mengambil bahgian dalam pemberian markah, steward dan juga pendedahan dalam perkiraan markah.

Pastinya pada hari tersebut SMk akan mengambil sebanyak mungkin gambar untuk diabadikan pada masa akan datang sebagai kenangan terindah SMk didalam dunia serama dimana dari “0” hingga di Pahang sekarang ada persatuan dan ahli yang mencapai jumlah hampir 50 orang. Kemuncaknya bagi SMk adalah usaha penganjuran bon.

SMk

Istilah Ayam lawan meja

Kira baka lawan meja kite sendiri kene mencarinya...kiranya pembaka kite bergaya dan sering beraksi bila berada di meja pengadil ada kemungkinan keturunannya juga mengikut jejak langkah pembaka tersebut tidak kira baka apa yg digunakan...

kiranya induk jugak perlu memain peranan dlm penghasilan anak yg mewarisi pembaka jantan tersebut...itu yg dinamakn istilah induk kandang...pandangan kite yg newbie...kalu saloh minta maaf deh...😔😔😔😔😔😔

Kiranya apabila terputus salah satu pembaka tersebut(bapak atau induk)...pencarian perlu dibuat semula...pendapat kite dok tahulah betul ke saloh...😔😔😔😔

P/s.. ni pendapat sahabat SMk seorang otai yang kini mula aktif semula tapi SMk tidak menyangkal.. ada benarnya disitu.

Monday 28 September 2015

Update Projek 2016





Pagi tadi SMk telah berjaya mendapatkan kotak dan Plastic Sealant Sealer. Maka dengan adanya 2 barang ini ianya telah menjadi satu permulaan untuk projek ini diteruskan dengan baik.

Jika tiada aral, insya Allah minggu hadapan SMk akan mula menghantarkan telur ke kampung.

Maklumat terkini dari syafik, esok Inkubator akan di pos ke Kuching. Inkubator ini telah ditempah mengikut kehendak SMk sendiri. Ini adalah berdasarkan pengalaman sepanjang 2008-2013 SMk memang banyak mengunakam inkubator dan brooder bagi tujuan penetasan.

SMk

Saturday 26 September 2015

Projek 2016





Persediaan untuk memulakan projek 2016 telah SMk mulakan dengan membeli inkubator dengan saudara Syafik dari negeri sembilan. Walaupun untuk permulaan ini SMk cuma mengunakan inkubator jenis manual tetapi insya Allah jika ada pertambahan budget nanti SMk akan upgrade inkubator yang ada itu dengan tambahan satu lagi inkubator automatik. Harga inkubator manual adalah $200 dan tambahan sebanyak $60 untuk kos penghantaran terus ke Kuching, Sarawak.

Selain itu, SMk juga telah berjaya mendapatkan Wrapping Bubble Plastic sebanyak 10 meter dengan kos $2.80 semeter. Keseluruhannya untuk wrapping bubble adalah $28.

Insya Allah esok lusa, SMk akan mendapatkan info bagi kos penghantaran termasuk mengunakan kotak Pos Laju.

Esok lusa juga SMk akan cuba mendapatkan Plastic Sealant di kuantan bagi tujuan packing. Setiap step pembungkusan akan didokumentasikan dan di upload pada blog Serama MalaysiaKu.

SMk

Friday 25 September 2015

Teknik penghantaran telur

https://youtu.be/leiWMCX36nU


Sesuatu yang bagus untuk dikongsikan bersama untuk dijadikan teknik terbaik dalam penghantaran telur.

SMk

Thursday 17 September 2015

FireSharp + Misz Momoku

image

Baru bertelur 2 biji semalam, kalau ada rezeki pastinya akan bertambah lagi hari ini. Hasilnya nanti jika berjaya akan menjawab persoalan samada FireSharp masih membawa genetik warna kuning, merah atau coklat atau terus ke warna Ara.

Kita lihat bagaimana hasilnya, kerana jika hendak meneruskan FireSharp sebagai Pembaka II dan seterusnya menjadi Pembaka I menganti bapanya maka FireSharp juga harus membawa genetik kuning supaya dapat mengekalkan penyertaan anak reban SMk di pertandingan kecantikan ayam serama di serata Malaysia.

Persediaan juga perlu SMk lakukan bagi penyediaan anak-anak reban yang kekal darah pure SMk sendiri bagi membawa projek ini ke Sarawak kemungkinan besarnya pada hujung tahun hadapan atau selewat-lewatnya bulan Julai atau Ogos 2017 nanti.

Sesungguhnya, menjadi impian besar buat SMk sendiri supaya dapat mengekalkan line yang ada sekarang sebagai pemangkin untuk adunan dan ramuan yang akan dibreed secara besar-besaran di Sarawak pada masa akan datang.

SMk

Saturday 12 September 2015

Pelapis Baru

image

dua ekor anak A dari dua ibu yang berlainan. Kalau mengikut salasilah yang putih adalah anak buah kepada yang warna Ara. Kerana Ibu warna Ara tu adalah ibu kepada ibu si putih.

Nampaknya sekarang telah keluar warna mengikut darah sebelah SG yang agak kuat dari warna kuning sebelah bapa. Namun demikian dari tetasan yang lain masih mengekalkan warna yellowish untuk reban SMk.

SMk

FireZilla

image

Adik beradik satu tetasan dengan FireSharp tapi FireZilla memang tidak diberi rawatan serta penjagaan sebagai ayam serama untuk pertandingan. FireZilla memang hanya diberi makan dan minum sahaja sehingga tubuh pun telah membesar sehingga menjadi seekor ayam B.

Tetapi FireZilla akan tetap disimpan kerana ianya memiliki darah terdekat kepada FireSharp. Maka akan disimpan sebagai backup kontigensi plan bagi pembaka reban SMk.

SMk

Thursday 10 September 2015

Anak FireSharp



Induk line VIs yang dikawinkan dengan FireSharp telah menetas pada awal pagi ini. Nampaknya sihat dan jelas 2 ekor kuning.

Harapan hati, semoga membesar dengan baik dan boleh dibawa ke meja pengadil dimasa akan datang.

SMk

Wednesday 9 September 2015

Stok Farmasi SMk



SMk selalu ditanya kawan-kawan tentang masalah perawatan ayam serama sejak dari mula-mula buka akaun FB sehingga kini. Tetapi bagi SMk perlu bagi setiap peminat ayam serama mengetahui kebaikkan, kelebihan pada sesuatu ubatan agar ayam-ayam mereka ditahap kesihatan yang maksimum.

Merujuk pada gambar di atas, maka itulah ubat-ubatan yang SMk guna untuk menjaga tahap kesihatan ayam SMk dalam keadaan yang optimum. Namun setiap breeder pasti mempunyai cara dan mengunakan ubat yang berbeza diatas pengalaman masing-masing juga mengambil kira tahap kesesuaian ayam serama direban masing-masing.

SMk

Monday 7 September 2015

Induk SMk bon melaka 6/9/2015





Terbaik Induk Reban SMk ini, kerana berjaya melekatkan dirinya untuk kedudukan kelima dan melayakkannya untuk mendapat saguhati. Suatu kepuasan kerana anak reban yang boleh menurunkan anak-anak comel serta berkemampuan di meja pengadilan juga.



SMk

Remaja STG bon Melaka 6/9/2015





Ayam remaja ini adalah ayam yang diasuh SMk, alhamdulillah ayam ini menunjukkan bakat yang amat baik dan berpotensi untuk menyerlah di masa yang akan datang. Tetapi perlu dijaga dengan baik kerana ayam dalam tempoh ini mempunyai fasa-fasa kritikal dan perlu penjagaan yang teliti.



Ayam remaja ini dapat meletakkan dirinya dikedudukkan naib juara untuk bon kali ini.



SMk

Anak A SMk bon Melaka 6/9/2015





Anak Reban SMk ini tetap tidak mengecewakan SMk dengan persembahan yang menarik. Anak ini turut dalam kelompok 10 terbaik bagi kategori anak A.



SMk

FireSharp bon Melaka 6/9/2015





Persembahan FireSharp diatas meja pengadil semasa bon Melaka. Ayam kurang berprestasi kerana telah dimasukkan dengan bertina. Walaupun demikian jumlah point yang diperolehi tetap meletakkannya disenarai 10 terbaik kategori Muda.



SMk

Menyertai Pertandingan Serama Park

image

Pada 6 Sep 2015, SMk dan rakan-rakan dari Persatuan Serama Tok Gajah (STG) telah menyertai Pertandingan Kesenian dan Kecantikkan Ayam Serama di Serama Park. Alhamdulillah SMk telah membawa sebanyak 5 ekor ayam untuk beberapa kategori.

image

Kategori yang SMk sertai untuk kali ini ialah

Anak A dua Ekor

Induk seekor

Muda seekor

Remaja seekor

Syukur dan alhamdulillah SMk ucapkan kerana untuk kali ini kerana telah berjaya dalam 2 kategori yang disertai iaitu :

Kategori anak A

2015-09-06 13.59.13

Keputusan : Sangkar no 5 dan 6. (kedudukan adalah dalam senarai top ten)

Kategori Induk

2015-09-06 14.56.31

Keputusan : Sangkar no 5 . (kedudukan No5 dan lekat saguhati)

Kategori Remaja

2015-09-06 15.55.03

Keputusan : Sangkar no 5. (kedudukan No 2 dan lekat Naib Johan)

Kategori Muda

2015-09-06 17.10.32

Keputusan : Sangkar no 5. (kedudukan adalah dalam senarai top ten)

image

2015-09-06 16.53.33

Rezeki untuk kali ini. Semoga akan berterusan rezeki dimasa akan datang. Amin.

SMk