Thursday 30 July 2020

Hari Raya Aidil Adha



SMk mengucapkan, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua peminat ayam serama serta pengunjung Blog SMk. Maaf jika ada salah dan silap. 

SMk

Saturday 25 July 2020

Bagi mandi Induk Muda


SMk bagi mandi induk muda dulu hari ini, sebagai persiapan kerana esok semua betina ini akan dimasukkan ke reban breeding bagi pusingan yang pertama bagi batch ini. Apa bila masuk induk-induk muda untuk program breeding bermakna SMk perlu melebihkan masa direban bagi memantau keadaan induk-induk ini. 

Ini adalah kerana, menjadi perkara biasa bagi induk pusingan pertama untuk bertelur bersepah, lambat mengeram dan sebagainya. Jika ada yang bertelur dengan baik ditempat bekas mengeram, induk tersebut SMk akan tanda kerana SMk boleh membiarkannya secara berdikari kerana kebolehannya. Manakala yang masih belum pandai akan dipantau agar boleh menjadi induk reban yang baik. 

SMk

Senarai Trusted Seller Ayam Serama


SMk telah mengumpukan satu senarai penjual ayam serama bagi kemudahan peminat ayam serama agar terlindung dari scammer yang semakin berleluasa di dunia maya sekarang ini. Semoga usaha ini mendapat sokongan dan dokongan dari semua peminat serama di malaysia khususnya. 

SMk

Pertanyaan dari peminat serama


Alhamdulillah, hari ini SMk sempat berkongsi pandangan dari soalan sahabat-sahabat peminat ayam serama iaitu dari Apit Kedah dan Clark Dexter (BGS Ayam).

SMk

Thursday 23 July 2020

Pelapis Induk Reban


Pelapis Induk Reban SMk bagi line DirtyAryan yang ada direban SMk. Rasanya adalam sebulan dua lagi, induk ini akan matang dan sesuai untuk breeding.

SMk

Monday 20 July 2020

Ayam Serama Remaja


Ayam ini telah memasuki usia remaja dan masih dalam penjagaan, diletakkan berpasangan kerana SMk berhasrat menjadikan ayam ini sebagai pelapis pembaka reban SMk. Semoga ayam ini terus sihat dan menjadi pembaka yang baik direban SMk.

SMk

Sunday 19 July 2020

Sri Salak


Nampaknya ada pelapis untuk ayam dari reban Nasrul Amir (Terengganu) di reban SMk. Semoga ianya membesar dengan sihat dan menjadi pembaka yang baik suatu hari nanti. 

SMk

Thursday 16 July 2020

Baju Tema Rasta untuk Ayam Serama


Syukur alhamdulillah, design baju kali ini berjaya disiapkan walaupun agak memakan masa yang lama dari biasa. Insya Allah akan mula dihantar ke kilang untuk production minggu hadapan. Sebenarnya baju ini, SMk akan gunakan untuk personal tetapi tanpa diduga, kali ini SMk telah menerima tempahan dari sahabat peminat ayam serama. 

Oleh itu, bagi memudahkan proses tempahan, SMk buka jualan baju ini dengan harga seperti berikut

Round Neck RM40 dan Kolar RM46.

Jika ada yang berminat boleh menempah di Whatapp SMk 013-7706010.

Sekian, harap maklum. 

SMk.

Saturday 11 July 2020

Pertanyaan tentang Saiz Reban Ayam Serama


Alhamdulillah, pagi ini SMk berpeluang menjawab soalan sahabat peminat ayam serama, berkenaan "saiz reban yang sesuai untuk ayam serama'. Walaupun soalan ini telah dijawab sebelum ini diblog SMk, namun dengan berulangnya soalan sebegini, maka sebaiknya SMk jawab dengan video agar mudah untuk diakses dimasa hadapan. 

Semoga bermanfaat untuk peminat ayam serama amnya. Insya Allah SMk akn cuba menjawab soalan lain yang dilontarkan kepada SMk. 

SMk

Friday 10 July 2020

Induk SG Menetas


Alhamdulillah Induk SG SMk telah menetas pada pagi tadi dengan tiga ekor anak berjaya menetas dengan baik. SMk telah memindahkan family ini kebilik brooder untuk penjagaan seterusnya. Semoga membesar dengan baik dan menjadi pelapis untuk reban SMk dimasa akan datang. 

SMk

Wednesday 8 July 2020

Pok Ki Raja Serama



Makanan Ayam Serama


Semalam SMk telah mendapatkan bekalan makanan ayam serama di Bandar Kuching dan terus packing semula seperti biasa yang SMk lakukan. Setelah diPacking semula, makanan ini disimpan ditempat yang selamat, kering dan jauh dari haiwan perosak seperti tikus dan sebagainya.

SMk

Tuesday 7 July 2020

Serama Game Show Group Serama USA


Alhmdulillah, syukur kepada ilahi, hari ini SMk berpeluang sekali lagi menjadi juri bagi pertandingan online anjuran Group FB Serama USA. Penilaian terus SMk lakukan dan keputusan skema telah SMk serahkan kepada sahabat SMk andrian untuk rujukan dan tindakan pihak mereka selanjutnya disana. 

Apa yang penting, dalam berhobby mesti ada "Happy".

SMk

Sunday 5 July 2020

Pelapis Reban Serama Man K



Anak ayam ini SMk akan simpan direban untuk dijadikan pelapis pembaka bagi tahun 2021. Setakat ini, seperti yang jelas dimeja SMk telah ada dua ekor anak jantan line Godic dan Fire. Rasanya seekor lagi jantan line Ara masih dengan ibu dan menunggu masa untuk diasingkan. 

SMk

Pertanyaan Peminat tentang Induk Sihat & Ayam Sakit Mata


Assalamualaikum selamat pagi sahabat SMk, hari ini SMk berpeluang menjawab dua pertanyaan iaitu mengenai macam mana untuk kita memastikan induk kita sihat dan benar-benar boleh menjadi induk yang baik, dan satu lagi soalan tentang macam mana cara merawat ayam sakit mata direban.

SMk

Saturday 4 July 2020

Mesyuarat mencadangkan Penganjuran Pertandingan Ayam Serama


Pada jam 3 petang tadi, SMk dan sahabat iaitu saudara Amzah Jon telah menghadiri satu mesyuarat di Surau Taman Alamanda Malihah untuk cadangan Penganjuran Pertandingan Ayam Serama dengan kerjasama Ajk penduduk Taman Alamanda Malihah. Dengan kesempatan yang diberikan, SMk telah cuba menerangkan serba sedikit mengenai cadangan penganjuran pertandingan tersebut. 

Walaupun agak ringkas, namun SMk merasakan semua yang hadir faham akan perkara yang dicadangkan dengan baik dan positif. Akhir sekali ianya terpulang kepada pihak Ajk Taman tersebut untuk membuat penilaian seterusnya samada hendak meneruskan atau tidak. 

Bagi pihak persatuan, SMk mengambil peluang ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada KK Abd Talib atas kesempatan dan ruang yang beliau berikan kepada pihak PKKASKS, dan terima kasih juga SMk ucapkan kepada saudara Amzah Jon kita diatas usaha yang beliau lakukan bagi mendapatkan peluang tersebut. 

Apa yang penting sebagai sebuah persatuan, PKKASKS telah berusaha dengan mempromosikan pertandingan serta hobi ayam serama ini kepada masyarakat setempat. Semoga sambutan akan lebih baik dimasa akan datang. 

SMk


Wednesday 1 July 2020

Cadangan Pertandingan Ayam Serama di Taman Malihah


Sebentar tadi, SMk telah berjumpa dengan sahabat serama SMk iaitu Amzah Jon, bagi menyerahkan kertas kerja penganjuran pertandingan ayam serama di Taman Malihah. Menurut Amzah Jon, perkara tersebut akan dibawa ke Mesyuarat KK nanti pada hari Ahad. Semoga dipermudahkan urusannya. Aamin. 

Semasa berbincang di Sahabat Khan tadi juga, SMk dan Amzah Jon didatangi oleh seorang lagi sahabat serama iaitu saudara Manto. Sembang serama terus rancak dan menarik. Semoga sahabat-sahabat SMk terus ceria dengan hobi ayam serama dan menikmati hobi tersebut dengan kepuasan dan keseronokan. 

SMk

Inkubator Ayam Serama


Hari ini, SMk menjawab persoalan tentang pengunaan inkubator untuk ayam serama. Semoga jawapan dan tips serta pengalaman yang dikongsikan turut bermanfaat kepada sahabat-sahabat SMk yang menonton video tersebut. 

SMk