Wednesday 24 April 2019

Pengadil Pertandingan Ayam Serama


Pada hujung minggu ini, SMk dijemput untuk menjadi pengadil bagi pertandingan ayam serama yang bakal dianjurkan oleh pihak KPASS di Summer Mall Kota Samarahan iaitu pada Ahad, 28 April 2019. Oleh itu, SMk telah melakukan persediaan yang sewajarnya bagi pertandingan tersebut iaitu menyediakan borang-borang markah skima untuk pertandingan.

Semoga Allah memberi SMk ketangkasan dalam fikiran bagi menilai ayam serama yang bakal diadili dengan sebaiknya dan sejujurnya. Sebab pada SMk, jika ayam tersebut layak menang, ianya tetap menang. Tidak mengambilkira kemenangan dari segi watak atau aksesori. Walaupun sebaik-baik serama terbaik adalah ayam yang memiliki watak yang paling agresif dan berprestasi tinggi diatas meja. 

SMk

Sunday 21 April 2019

DirtyWarrior



Akan dilatih sebaiknya sepanjang bln may ini dan akan dilihat potensinya selepas Raya Puasa nanti. Setakat ini, anak ini nampak sangat positif.

SMk

DirtyAryan Bloodlines

Untuk kali ini, SMk akan menyimpan beberapa ekor line DirtyAryan dan DirtyAryan Jr untuk dijadikan sebagai pelapis reban.


Anak ini adalah dari Pasangan asal sedarah DirtyAryan dan SMk namakan anak ini dengan nama DirtyWarrior. Setakat ini anak ini dalam keadaan yang baik. Ubat cacing telah diberikan kepada anak ini setelah ianya berumur 1 bulan 1 minggu.


Manakala anak tina putih ini pula adalah anak kepada DirtyAryan Jr dengan pasangannya. Betina ini pada pandangan SMk mempunyai ciri-ciri DirtyAryan yang amat kuat dengan perangainya yang agak menyerlah.


Manakala seekor ini pula adalah anak DirtyAryan dari induk A13 yang memang dirancang untuk menurunkan anak DirtyAryan. Kelihatan anak ini telah ada upgrade kerana warna dari anak ini iaitu dari induk A13 telah menyebabkan warna kemerahan pinang masak telah berkurang menjadi kuning agak cerah. Adakah anak jantan dari induk ini akan memiliki warna yang sama? Sama-samalah kita nantikan 😊.

SMk

Friday 19 April 2019

Pembungkusan Makanan Ayam


Semalam SMk telah mendapatkan bekalan makanan ayam dipasar seperti biasa iaitu seguni Dedak 201 dan Jagung C. Hari ini SMk terus membungkus semula dengan dibahagikan kepada beg plastik bagi memastikan makanan ayam ini disimpan dan terhindar dari sebarang serangga atau kutu dan ulat.

Setelah dibungkuskan, SMk akan menyimpan makanan ini didalam suasana suhu bilik bagi memastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan baik. Pada SMk, kualiti makanan adalah amat penting dan kritikal bagi mastikan ayam serama berada pada kondisi yang baik. Makanan yang baik juga menyumbang kepada kesihatan ayam dan juga perkembangan ayam itu sendiri. Masalah seperti tuku, rusuk juga akan dapat dielakkan dengan pengambilan makanan yang konsisten dan berkualiti.

Makanan yang segar dan baik juga dapat mengelak dari penyakit seperti Puru, dan berak putih.

SMk

Friday 12 April 2019

Ayam berak Kapur



Ayam berak kapur atau Polorum biasa terjadi kepada kebanyakkan jenis unggas. Penyakit ini kebiasaannya boleh dirawat sekiranya diubat awal sebelum melarat.

Ini kerana, ayam yang terkena berak kapur akan menjadi lemah dan semakin lemah setiap hari oleh kerana ayam tidak berselera makan dan kurang minum.

Kejadian ayam berak kapur ini pada ayam serama adalah kebanyakkannya terjadi kepada ayam yang baru bertukar reban (peralihan cuaca atau faktor sekitar) dan juga cuaca yang agak panas setelah suatu ketika dimusim hujan. Ini kerana ayam tersebut kekurangan air dari segi minuman sehingga menjejaskan kesihatan ayam tersebut ditambah dengan faktor cuaca yang panas telah membuatkan suhu badan ayam menjadi terlalu panas dari biasa.

Untuk mencegah penyakit ini atau merawat penyakit ini, SMk lebih suka mengunakan cecair merah ubat jenama SK Champion dengan sukatan 3ml 2 kali sehari yang memang diakui berkesan. Jika tiada air ubat ini, pemelihara serama boleh juga memberi ayam mereka makan ubat Tetraclhore sebiji sehari sehingga sembuh.

Dalam apa jua situasi, peminat ayam serama harus rajin bertanya kepada mereka-mereka yang memelihara serama juga untuk mendapatkan nasihat yang sesuai. Ini kerana setiap ubat mengandungi dosage atau sukatan ubat yang berbeza jadi tidak semua ubat untuk unggas secara amnya adalah boleh digunapakai untuk ayam serama.

SMk

Wednesday 10 April 2019

Jualan Serama


Alhamdulillah rezeki SMk hari ini dimana dua kotak berlepas ke dua destinasi. Satu kotak ke Pasific dan satu kotak lagi ke tengah Sarawak.

Ayam yang berlepas ke pasific SMk hantar jam 4 pagi hari ini dan kotak dalam Sarawak pada tengahari tadi. Semoga bloodline Fire dan bloodline Meng bertebaran dikawasan baru diseluruh pelusuk dunia.

SMk

Pertandingan Ayam Serama di Kompleks Sukan Asajaya


Alhamdulillah, pihak PKKASKS telah berjaya menganjurkan pertandingan ayam serama siri 01/2019 pada 7 April yang lalu. Pertandingan kali ini mendapat sambutan yang mengalakkan dengan 60 lebih jumlah penyertaan.

Pertandingan kali ini juga jelas menunjukkan potensi player-player baru didalam arena pertandingan ayam serama di Sarawak. Semoga player baru dan lama akan terus memeriahkan suasana pertandingan ayam serama dimasa akan datang.

Pada hari tersebut, SMk telah diberi amanah untuk menjadi pengadil ayam serama. Tugas ini digalas sebaiknya sejujurnya dan dilakukan dengan seikhlasnya. Alhamdulillah, proses pemarkahan berjalan dengan lancar, cuma terdapat dua ekor ayam yang tersilap kategori. Selain dari itu, segalanya berjalan dengan baik.

SMk

Tuesday 2 April 2019

Anak Reban


Satu line tertapi dari pembaka yang berbeza. Anak berwarna putih adalah anak kepada pembaka SMk bernama DirtyAryan Jr iaitu anak kepada DirtyAryan. Manakala yang berwarna kuning pula adalah anak kepada DirtyAryan. 

Anak DirtyAryan adalah batch pertama bagi tahun ini, permulaan yang baik sekali. Sedangkan anak kuning adalah adik beradik kepada Puteri Duyung dan Puteri Salak. Pada pandangan SMk, anak kuning tersebut akan selam dengan cuting slim tinggi. Sama-sama kita nantikan perubahannya.

SMk

Induk Reban Menetas




Semalam tiga ekor induk reban menetas dengan membawa anak-anak dari line 69, line Fire dan line Pok Syed. Semoga anak-anak kali ini banyak jantan dan membesar hingga dewasa dengan baik dan sihat.

SMk

KingOne


Remaja ini SMk namakan mulai hari ini dengan nama KingOne, semoga dengan nama ini akan lebih menyerlahkan lagi potensi remaja ini. Pada hemat SMk, remaja ini akan lebih ready apabila siap remaja sepenuhnya iaitu hujung bulan April ini. 

Sekarang, ayam ini dalam proses didikan dan penjagaan yang rapi bagi menyiapkannya untuk menjadi seekor remaja yang berpeluang besar jika dibawa ke bon tanpa sebarang potongan markah kepada aksesori seboleh-bolehnya. 

Diet ayam ini juga dijaga dengan teliti dengan suppliment yang berjadual dan rapi. Apa yang penting adalah ayam ini akan SMk kekalkan direban SMk sebagai pelapis pembaka suatu masa nanti.

SMk