Wednesday 28 September 2016

Update Bloodlines FireBlades


Ayam nampak cantik dengan penjagaan yang amat baik oleh pemiliknya iaitu Mohd Zahid dari Petaling Jaya. Bilah ekor ibunya memang nampak kuat ke arah Fire dan amat cantik. Tahniah kepada tuannya, ayam ini dibeli masa anak A kalau tak silap SMk. Semoga ayam ini terus sihat dan menjadi pembaka kepada reban beliau nanti.


Ayam dimeja ini adalah adik kepada batch ayam milik Mohd Zahid, mempunyai ciri-ciri yang kebanyakkan sama terutama dari segi muka, bentuk balung dan kedudukan tubuh. FireBlades asalnya adalah line VIP yang SMk upgrade dengan lebih menumpukan kepada warna lebih kearah ara dan SMk panggil Bloodlines FireBlades.

Alhamdulillah, SMk tupang gembira kepada Mohd Zahid. Memang cantik ayam dia ni. Dibawah ada 2 lagi gambar ayam Zahid untuk hidangan mata.




SMk

Tuesday 27 September 2016

Pertanyaan Pembeli Ayam Serama


Beberapa hari ini SMk telah menerima banyak pertanyaan melalui aplikasi Whatsapp dan Messenger yang bertanyakan jika SMk berminat untuk menjual atau melepaskan ayam SMk di Reban Sarawak iaitu di Bandar Baru Semariang.

SMk memang berniat untuk menyebarkan minat berserama di Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan jika berpeluang cuma buat masa ini SMk masih belum boleh menjual ayam di reban disana kerana ayam belum mencukupi dari segi jumlah dan masih dalam breeding program. Walaubagaimana pun, SMk boleh melepaskan ayam-ayam dalam jagaan SMk sendiri di Kuantan jika ada yang berminat. Ini terbuka kepada semua follower SMk terutamanya kepada peminat di Sabah. Ini kerana ayam boleh dihantar ke Sabah dan Labuan dengan mudah.

Tetapi sekali lagi, SMk tekankan disini untuk serama di reban SMk yang berada di Bandar Baru Semariang memang SMk belum berniat untuk menjual lagi. Insya Allah jika SMk telah berpindah ke sana munkin SMk akan lepaskan. Ini kerana SMk bukanlah seorang bisnesman atau penjual serama, SMk memelihara serama adalah seratus peratus kerana minat dan hobi.

SMk

FireBlades Bloodlines


FireBlades Bloodlines, semakin memikat hati. Ayam yang cantik semoga boleh menjadi pembaka II untuk Reban SMk di Bandar Baru Semariang dan menguatkan jalinan bloodlines FireBlades.

SMk

Reban Di Bandar Baru Semariang Sarawak



Update reban SMk di Bandar Baru Semariang, anak-anak FireSpring12 vs MiszA400m segar dan sihat semoga terus membesar dengan baik hendaknya. Manakala dalam batch ke 2 penghantaran ke Sarawak SMk dapati banyak anak ayam yang dihantar disana amat positif dan kebanyakkan berpotensi selam genetik semulajadi tanpa urutan. Memang ayam-ayam jenis ini yang SMk harapkan untuk mendapatkan lebih banyak ayam selam semualjadi.

SMk

Tina Dara Pindah Reban


Pada 22 September 2016 yang lalu SMk telah menghantar seekor anak dara reban SMk ke rumah baru iaitu di Kem TUDM Kuantan. Semoga berjasa sebaiknya kepada tuan barunya Pauzie Harun.

SMk

Thursday 22 September 2016

FireMontizuma


FireMontizuma adalah dari bloodlines FireBlades 2.0 dan merupakan third batch bagi FireBlades ini. Cuma bila kita masukkan breed secara terperinci hasilnya semakin positif dengan cutting yang nampak cantik dan menawan. Kita akan pantau perkembangannya nanti secara berkala.

SMk

Pertanyaan - Induk bertelur lekat di punggung



Sebenarnya SMk serbasalah bila terbaca soalan ini didalam whatsup baru-baru ini kerana jawapan yang diberikan adalah tidak masuk akal. Sahabat kita bertanya " macam mana hendak selesaikan masalah induk bertelur lekat dipunggung".

Soalannya mudah jika menjawab dengan ilmu dan pengalaman. Tetapi SMk dapati jawapan yang diberikan agak mengecewakan dan kasihan SMk terhadap yang bertanya.

Jawapan yang mereka berikan adalah :
- Sembelih je
- Kalau betina masalah ni tak payah simpan
- letak minyak dipunggung ayam dimana terdapat telur
- urut dalam baldi
- ada yang kata induk selam muda ni jangan bagi masuk jantan, biar bertelur kosong dahulu baru mudah
- bagi pecah dan tidak kurang ada yang cadangkan bawa kepada Dr Haiwan

Heran SMk dengan peminat-peminat serama ni, kalau tak tahu kata saja tak tahu kan senang. Taklah menyusahkan peminat baru yang tercari-cari jawapannya.

Bagi SMk, jawapannya mudah.

# Hanya beri minum minyak bijan atau minyak zaitun sebanyak 3 sudu setiap 2 jam. Insya Allah telur akan jatuh sendiri kerana SMk dah pernah melaluinya dan SMk juga pernah bantu beberapa kawan SMk dalam masalah yang sama.

Kenapa tidak digalakkan memecahkan telur dipunggung ayam? Jawapannya kita bimbang tertinggal kulit telur dan cecair telur yang pecah juga boleh mengakibatkan jangkitan pada induk tersebut sehingga boleh menyebabkan kematian.

SMk

Tuesday 20 September 2016

Kata-kata Dr Ahar UPM



Beliau antara pengkaji ayam serama secara saintific dan lebih teknikal sehingga ke anatomi tulang ayam serama. Lihat pada kata-kata beliau mengenai seni dalam serama dan apabila peminat serama yang mempunyai "passion".

Semoga kata-kata beliau terus menjadi pemangkin buat SMk dalam menghasilkan ayam yang lebih baik.

SMk

Sunday 18 September 2016

MiszA400m menetas


Alhamdulilah.. ada rezeki dari reban SMk di Sarawak bawah jagaan Aman Apm. Mungkin penganti kepada kematian 2 ekor anak reban disana juga sebelum ini. Ini adalah batch ketiga bagi MiszA400m. Tugasnya sebagai induk utama reban bakal dikongsi bersama oleh MiszNo6 yang semakin galak jantan dan dah mula bertelur. Yellows.

Setiap yg belaku pasti ada hikmah, yg penting tekun dan percaya pada kuasa Allah s.w.t

Semoga anak2 ini terus sihat dan membesar meneruskan legasinya disana.

Untuk rekod tarikh menetas 18 September 2016.

SMk

Pertandingan Ayam Serama Stadium Sultan Muhammad IV



SMk

Saturday 17 September 2016


Reban SMk terkini di Kuantan dan di Bandar Baru Semariang. Reban Kuantan diselenggara oleh SMk seratus peratus manakala reban Bandar Baru Semariang dikelolakan bersama dengan Aman Apm adik SMk.

Melihat kepada hasil ayam terkini dikedua-dua reban amat memberikan kepuasan terutama reban di Bandar Baru Semariang kerana ayam yang terhasil disana adalah bebas jarum, gosok dan latihan tetapi tetap kelihatan cantik dan tidak turun meja. Terutama Bloodlines Fire SMk.

SMk

Infectious Bursal Disease


Gumboro Disease
- akut
- berjangkit
- kematian pada ayam berusia 3-6 minggu (sehingga 3 bulan bagi ayam serama)

Etiologi
- Virus IBD
- membiak dalam najis ayam
- merebak melalui sangkar/reban dan bekas makanan

Pencegahan
- Disinfeksi sangkar/reban
- vaksinasi IBD melalui mata, minuman, atau bawah kulit dan juga perlu dilakukan sebelum waktu bertelur.

SMk


Reban SMk di Bandar Semariang (update)


Update Reban SMk di Bandar Baru Semariang, 3 hari lepas reban SMk disana diserang sakit ayam. Sakit yang mempunyai ciri2, monyok kurang selera makan dan tanpa sebab mati dalam tempoh 24 jam. SMk merasakan ianya adalah penyakit Gumboro desease (Infectious bursal desease).

Terima kasih atas bantuan adik SMk Mohammad Here (pakar ubat ayam sabung) kerana membantu memberikan ubat yang sepatutnya sehingga reban kembali aman dan ceria. Terima kasih juga buat Aman Apm kerana mengambil berat penjagaan ayam SMk disana sehingga ambil off kerja. Komitmen sebagai bakal breeder yang terbaik dari aman apm.

Sepanjang tempoh tersebut SMk kehilangan 2 ekor anak reban disana dan beberapa anak ayam milik aman apm.

Namun atas usaha adik2 SMk dan limpah kurnia Allah s.wt semuanya kembali normal.
Alhamdulillah, syukur kehadrat mu ya Allah...

Dugaan sebagai breeder yang pasti dialami oleh sesiapa sahaja yang berkecimpung didalam dunia unggas. Yang penting kesabaran, pasti ada jalan dan hikmahnya..

SMk

Friday 16 September 2016

Reban SMk di Bandar Baru Semariang (update)



Nampaknya penularan penyakit telah berhenti, pagi ini seekor telah mati(sakit sejak semalam) bermakna 2 ekor anak reban SMk telah mati (tidak termasuk anak ekor kelabu milik Aman Apm). Bagaimapun yang penting, tiada jangkitan baru dikesan. Semoga dua ekor anak reban SMk ini bertahan dan dapat sembuh semula. 

Untuk rekod, MiszA400m masih mengeram dengan 4 biji telur bagi batch ketiga dan akan menetas pada minggu hadapan. Manakala anak-anak yang sakit sekarang adalah terdiri dari batch kedua. 

Induk Muda MiszNo6 telah dimasukkan dengan pembaka utama FireSpring12 bagi meneruskan silang reban SMk dari Kuantan dengan reban SMk di Bandar Baru semariang untuk menguatkan darah Fire yang sedia ada dan menjadi Fire version 3.0 tidak lama lagi.

Untuk anak-anak yang sakit SMk akan mengikuti rapat perkembangannya dan akan diupdate pada post seterusnya.

"Patah tumbuh hilang berganti" dan "setiap dugaan ada hikmahnya" pasti menjadi pegangan setiap breeder kerana ianya akan memberi kita kematangan serta kesabaran dan pastinya kejayaan. Berusaha tanpa henti jangan bimbang pasti ada pertolongan dari Allah s.w.t. Amin.

SMk

Thursday 15 September 2016

Anak Reban SMk


Nampak positif juga anak FireSharp dan MiszRed ini, anak betina memang lebih kepada cutting ibunya. Manakala anak jantan ni nampaknya lebih kepada warna cemar.  Adakah akan menjadi warna ara? Kita nantikan perkembangan semasa anak jantan ini nanti jadi macam mana.

SMk

Anak B Sakit (Update)


Semalam SMk telah memohon bantuan adik SMk iaitu Mdh V3.0 untuk merawat ayam-ayam yang sakit di reban SMk di Bandar Baru Semariang. Sebagai langkah awal semua ayam telah diberikan vaksin untuk mencegah sebarang penularan jangkitan yang menyerang unggas. Selepas 24 jam semua ayam-ayam tersebut akan diberikan pil bagi mengekalkan kesihatan bagi yang telah terkena jangkitan. 

Setakat pagi tadi, seekor lagi anak ekor kelabu milik Aman Apm telah mati kemungkinan kerana terlalu lemah. Namun ayam-ayam yang lain nampak positif. Setelah dijemur ayam yang sakit telah memberi reaksi positif terhadap vaksin yang diberikan. 

Sangkar-sangkar yang ada telah bersihkan dan dilakukan penyahkuman dengan membakar beberapa keping surat khabar didalam setiap sangkar yang ada.

Kita akan nantikan progress seterusnya pada malam dan esok hari nanti.

SMk

Pertandingan Ayam Serama Pulau Pinang Peringkat Antarabangsa



SMk

Wednesday 14 September 2016

Ayam Serama anak B sakit




Hari ini SMk mendapat sedikit berita kurang baik, tetapi bagi SMk ini adalah adat dalam main serama dan semestinya dugaan ini haruslah diterima dengan redha. Berita tersebut adalah anak-anak ayam milik adik SMk, Aman Apm (nama FB)yang dari baka ekor kelabu/putih telah dijangkiti sakit ayam lemah dan murong dan ada seekor telah mati pada pagi tadi. Penyakit ini telah mula berjangkit kepada anak C anak reban SMk iaitu dari anak FireSpring12 dengan MiszA400M.

Oleh kerana ayam-ayam ini jauh dari SMk dan adalah sukar bagi Smk memantau kesihatan atau merawat ayam-ayam ini. Oleh itu, SMk telah memohon bantuan adik SMk MDH V3.0 (Nama FB) untuk merawat ayam-ayam yang telah sakit. Pastinya kali ini, ubat-ubat yang digunakan nanti adalah bukan ubat kebiasaan yang digunapakai oleh breeder serama kerana adik SMk lebih pakar dalam bidang Cock Fighting dan antara back yard breeder yang dihormati di Sarawak didalam bidang cock fighting.

Esok hari SMk akan update tentang ubat-ubat yang digunakan dan melihat apakah cara penyediaan ubat-ubat tersebut. Setelah itu SMk akan memantau dari jauh dan akan update kondisi ayam-ayam tersebut nanti.

SMk

Poster Game Dungun


SMk

Ayam Serama SonicDuechento


Ayam jantan ini kalau mengikut perancangan akan dihantar ke Sarawak semasa anak B bersama-sama dengan anak-anak ayam version Godic pada penghantaran Batch ke 2, tetapi hasrat tersebut terpaksa dibatalkan kerana mengambil kira kondisi ayam tersebut pada masa itu agak cenderung untuk lari rusuk dan ekor.

Setelah dirawat, bagi melebarkan baka ayam ini ke Sarawak, SMk bercadang untuk memasukkan ayam ini ke dalam program breeding reban SMk dan anak-anaknya akan SMk cuba untuk bawa ke Sarawak jika balik bercuti pada hujung tahun nanti. Buat masa ini, SMk pairkan SonicDuechento ini dengan MIsz VIP untuk melihat bagaimanakah potensi anak jantan ini sebagai pembaka.

SMk

Telur Ayam Serama



Sebelum balik ke kampung Isteri SMk di Lunas Kedah, SMk telah menerima 4 biji telur ayam serama dari sahabat sekerja SMk yang juga memelihara serama iaitu saudara Shalihin dari Batu 11 Jalan Gambang. Telur tersebut sebelum ini beliau simpan di dalam inkubator manual. Oleh kerana hendah bercuti panjang, dikuatiri tiada orang yang boleh membantu beliau memutarkan kedudukan telur tersebut nanti selang 12 jam. 

Maka SMk mencadangkan kepada beliau, tandakan telur-telur tersebut dan tumpang saja pada induk-induk SMk yang tengah mengeram. Maka penyelesaian ini SMk lihat lebih mudah dan praktikal.

Oleh itu, SMk bawa blik telur-telur tersebut dan ditumpangkan kepada induk MiszSharp. Insya Allah nanti isnin minggu hadapan akan SMk kembalikan semoga segalanya berjalan dengan baik. Amin.

SMk

Serama FireFz ke Gurun Kedah


Pada cuti Hari Raya Aidil Adha yang lalu, SMk telah menyerahkan FireFz (berdarah Vis) kepada abang Mad Sop (FB) atau yusof digurun. Pada masa yang sama juga SMk turut memberi seekor betina darah (Carl D'Pingiran) dan remaja (Carl D'Pingiran). 

Semoga berbakti kepada abang yusof di Gurun nanti. Ini kerana SMk dalam proses mengurangkan kuantiti direban SMk bagi memberi laluan hanya kepada breeding untuk mendapatkan telur-telur yang jika berpeluang akan SMk bawa balik bercuti jika diizinkan pada cuti sekolah yang akan mendatang nanti dihujung tahun. 

Semoga segala perancangan yang SMk rancangkan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah s.w.t.

SMk

Sunday 11 September 2016

Salam Aidiladha



SMk mengucapkan salam aidil adha buat semua pembaca blog SMk yang seadanya ini. Semoga kita lebih maju bersama-sama dalam membangunkan semangat Seramamania di Rantau ini.

Biar apa pun yang kita lakukan turut menjadi satu pengorbanan buat diri kita demi keluarga, bangsa dan agama.

Ingat, hobi sekadar hobi jangan sampai kita mengabaikan keluarga dan agama.

SMk

Thursday 8 September 2016

Ubat Cacing


Alhamdulillah, ubat cacing yang ditunggu telah tiba. Ubat cacing ini memnag terbaik pada pendapat SMk kerana ianya tidak memerlukan ayam serama untuk disiapkan dengan berpuasa. Ubat ini boleh terus diberi tanpa puasa. Ianya juga tiada kesan sampingan seperti kebanyakkan ubat cacing jenama lain diluar sana.

Esok insya Allah SMk akan serahkan beberapa keping yang telah ditempah oleh sahabat SMk di Batu 11 Jalan Gambang. Semoga dapat membantu beliau dalam menjaga tahap kesihatan ayam=ayam peliharaannya dalam keadaan yang baik dan 100% bebas dari masalah cacing.

SMk

Tuesday 6 September 2016

Tina Pelapis Reban


Dua ekor anak betina ini akan dijadikan pelapis reban SMk bagi mengisi masa penghujung 2016 dan seterusnya sehingga SMk balik ke Kuching Sarawak sekitar Jun atau Julai 2017. Tiada anak jantan untuk tetasan yang lepas ini bermakna SMk akan stay tidak ke bon buat sementara waktu.

SMk

Sunday 4 September 2016

Induk telur bersepah


Masalah induk telur bersepah ini kerap terjadi kepada induk muda atau baru bertelur. Tetapi ada juga induk tua yang mempunyai masalah yang serupa. namun demikian induk-induk mudalah banyak bermasalah seperti ini.

Apa yang SMk lakukan adalah mengutip telur yang bersepah tersebut dan meletakkannya semula didalam bekas telur (tempat mengeram). Selalunya induk-induk ini kemudiannya akan bertelur dan mengeram didalam bekas tersebut, Perlu diingat bahwa induk ini memang akan mengambil masa yang panjang untuk mengeram, dan apabila naluri keibuannya datang ayam ini akan mengeram ditempat tersebut secara semulajadi. Jangka masa yang diambil adalah berbeza ada yang selepas 2 3 minggu ada yang sampai melebihi tempoh sebulan pun ada juga. 

Kesabaran breeder adalah amat ditagih dan induk tersebut jangan diganggu, dibiarkan masuk mengeram dengan sendiri dan jangan dipaksa. Insya Allah alam semulajadi akan lebih membantunya.

SMk

Senarai Pertandingan Ayam Serama 2016

Pertandingan / Aktiviti Ayam Serama seluruh Malaysia

1. 16 Julai 2016 Game Pasar Datuk Keramat X
2. 23 Julai 2016 Game Manir Terengganu X
3. 30 Julai 2016 Game Alor Setar Kedah X
4. 5 Ogos 2016 bon kenaf kelantan X
5. 14-15 Ogos 2016 Pameran Serama SK Sg Isap Kuantan X
6. 13 Ogos 2016 Bon mini Dungun X
7. 13 Ogos 2016 Bon mini Bangi X
8. 27 Ogos 2016 Game Raja Kenyir X

9. 17 Sep 2016 Game Penang X
10. 24 Sep 2016 Bon Kenaf X
11. 25 Sep 2016 Bon Melaka X
12. 1 Okt 2016 Bon Terengganu

13. 2 Okt 2016 Bon Melaka (dibatalkan)
14. 8 Okt 2016 Bon Meru Selangor
15. 8 Okt 2016 Bon Muzium Padi Kedah
16. 15 Okt 2016 Bon Manir Terengganu
17. 29 Okt 2016 Game Kota Bharu Kelantan

Last Updated 28 September 2016
SMk

Senarai Pertandingan Ayam Serama 2018

Pertandingan / Aktiviti Ayam Serama seluruh Malaysia

Last Updated 12 Jan 2018.

2018
1. 13 Jan 2018 Bon Santai Melaka
2. 20 Jan 2018 Bon Taman Orchid Kelantan Komuniti
3. 28 Jan 2018 Bon Aiman Mall PKKASK
4. 3 Feb 2018 Bon SP Kedah
5. 18 Feb 2018 Bon Persek Kelantan
6. 25 Feb 2018 Bon KSN Seremban N9
7. 3 Mac 2018 Bon Kelantan
8. 17 Mac 2018 Bon KSSKL @ Kerajaan Langit Selangor
9. 31 Mac 2018 Kelantan ( dlm perbincangan)
10. April Kelantan (dlm perbincangan)
11. 12 Mei 2018 Persek Kelantan

2017
1. 28 Jan 2017 Bon Alor Setar Kedah PPASK X
2. 28 Jan 2017 Bon Tumpat Kask X
3. 18 Feb 2017 Bon Besut PPSAR X
4. 25 Feb 2017 Bon Penang PPASPP X
5. 26 Feb 2017 Bon Mini Semarahan X
6. 4 Mac 2017 Bon Durian Burung, Terengganu X
7. 5 Mac 2017 Bon Pauh Perlis PPASK X
8. 12 Mac 2017 Bon Suka Suki Tmn Shahzan Kuantan (KSK) X
9. 19 Mac 2017 Bon Kenyir (dibatalkan)
10. 26 Mac 2017 Bon Mini PKKASK (GBBs) Asajaya Sarawak X
11. 1 Apr 2017 Bon Kelate KASK (dibatalkan)
12. 2 Apr 2017 Bon Putrajaya X
13. 2 Apr 2017 Bon Suka Suki Tmn Shahzan Kuantan (KSK) X
14. 8 Apr 2017 Bon Mini KB (Selepas H5N1) X
15. 9 Apr 2017 Bon Speed carwash Behor Empiang perlis (Peminat Serama Perlis) X
16. 22 Apr 2017 Bon Balai Ringin PKKASK (GBBs) X
17. 22 Apr 2017 Bon Kuala Terengganu (GBS) X
18. 29 Apr 2017 Bon Terengganu X
19. 5 Mei 2017 Pantai Geting Tumpat (JKKN) X
20. 6 Mei 2017 Bon Bachang Melaka KPSM x
21. 1 Mei 2017 Bon dataran Kenaf, KB Kelantan (KASK) x
22. 5 mei 2017 Bon Geting, Tumpat X
23. 13 Mei 2017 Bon Durian Burung Terengganu X
24. 14 mei 2017 Bon Santai Putrajaya X
25. 20 Mei 2017 Bon Melaka (GS kopi O Corner) (dibatalkan)
26. 20 Mei 2017 Bon KASK (dibatalkan)
27. 8 Jul 2017 Bon Kota Bharu Kelantan X
28. 15 Jul 2017 Bon Semeliang Agro Farm, Kuala Nerang Kedah X
29. 23 Jul 2017 Bon PKKASK, Sebandi Matang, Asajaya, Sarawak X
30. 28 Jul 2017 Bon Petang KB X
31. 29 Jul 2017 Bon Hari Peladang Kulim, Kedah X
32. 30 Jul 2017 Bon Taman Warisan Putrajaya X
33. 5 Ogos 2017 Bon Hari Koperasi, Pantai Murni yan, Kedah X
34. 13 Ogos 2017 Bon Putrajaya X
35. 19 Ogos 2017 Bon Ganu X
36. 26 Ogos 2017 Bon KSSKL X
37. 29 Ogos 2017 Bon Tasik Darul Aman Jitra, Kedah X
38. 9 September 2017 Bon Bilis Uptown Asajaya, Sarawak (dibatalkan)
39. 9 September 2017 Bon SG Petani X
40. 16 September 2017 Raja Serama Tasik Kenyir 2017 X
41. 24 September 2017 Pekan Sadong Jaya Samarahan, Sarawak
42. 30 September 2017 Bon kelantan
43. 1 Oktober 2017 Bon Pesta Simunjan
44. 7 Oktober 2017 Bon Santai Kedai Zam Bagan Penang/Kedah
45. 15 Oktober 2017 Bon KSKL


2016
1. 16 Julai 2016 Game Pasar Datuk Keramat X
2. 23 Julai 2016 Game Manir Terengganu X
3. 30 Julai 2016 Game Alor Setar Kedah X
4. 5 Ogos 2016 bon kenaf kelantan X
5. 14-15 Ogos 2016 Pameran Serama SK Sg Isap Kuantan X
6. 13 Ogos 2016 Bon mini Dungun X
7. 13 Ogos 2016 Bon mini Bangi X
8. 27 Ogos 2016 Game Raja Kenyir X
9. 17 Sep 2016 Game Penang X
10. 24 Sep 2016 Bon Kenaf X
11. 25 Sep 2016 Bon Melaka X
12. 1 Okt 2016 Bon Terengganu X
13. 2 Okt 2016 Bon Melaka (dibatalkan)
14. 8 Okt 2016 Bon Meru Selangor X
15. 8 Okt 2016 Bon Muzium Padi Kedah X
16. 15 Okt 2016 Bon Manir Terengganu X
17. 23 Okt 2016 Bon Mini Melaka X
18. 23 Okt 2016 Bon Mini Jengka (Pahang Closed) X
19. 29 Okt 2016 Game Kota Bharu Kelantan X
20. 29 Okt 2016 Game UMS Sabah X
21. 11 Nov 2016 Bon Kemas Kedah X
22. 12 Nov 2016 Game Serama Galeri (Besut/Grik) X
23. 3 Dis 2016 Bon GTS Melaka X

SMk

Tips balung anak kuning atau pucat



Jika ada anak ayam yang balung kuning atau pucat, terlebih dahulu SMk akan beri ubat cacing dahulu. Kemudian diberi madu dan akhir sekali balung perlu dilapkan dengan air suam beberapa hari. Insya Allah akan kembali sihat.

SMk

Ubat merah SK Champion



Ini adalah ubat-ubatan keluaran dari SK Champion tapi sayangnya ada juga yang tiruan diluar sana. Jika anda mengunakan ubat merah yang asli, kesannya memang nyata dan amat berkesan.

SMk sendiri telah mengunakan ubat ini sejak lama dan diteruskan dalam pembiakan serama direban SMk. Oleh itu SMk berharap, jika anda membeli ubat ini, pastikan keaslian dan tarikh luputnya supaya ayam-ayam anda kekal sihat.

SMk

Saturday 3 September 2016

Maksud kesenian dalam serama

Apa kah maksud sebenar pertandingan KECANTIKAN dan KESENIAN ayam serama? Nampaknya banyak anak muda telah lari dari konsep asal. Mungkin aku yang dah salah atau aku bkn peminat sebenar?

Apa yang aku paham...

Jangan salah faham, ayam serama adalah ayam yang senatiasa berevolusi dan berubah patennya dan gayanya. Kita tidak blh menghalang perkembangan evolusi serama. Dulu tarik leher saja.. kemudian selam lonjak.. pastu kibas byk kali.. skrg kibas lompat.

Ayam serama adalah satu2nya ayam yg dinilai dari segi perwatakannya.  Disinilah timbul keseniannya..

MAKA

Apa yang diwarisi kita adalah falsafah bermain serama yg perlu dikekalkan kerana ini lah warisan kesenian yg kita perjuangkan selama ini. .. Falsafah..

Kesenian ayam serama (terjemahan skema ini adalah gaya)
- tingkahlaku ayam dia atas meja dengan tarian, lenggang lengkuk sambil berkibas mempamerkan kemegahan dan dgn bangga mengeluarkan dada perkasanya sambil sayapnya menutup kaki dengan sopan(kalau kedepan sedikit diterima jgn lebih sgt). Kemudian lock melihatkan bentuk tubuhnya yg V dari tepi dan seperti jantung pisang dari pandangan depan.

Kecantikkan (terjemahan skema ini adalah aksesori)
- adalah kecantikan warna bulunya, kekemasannya ekornya penuh seperti susunan sirih junjung, muka yg bersih paruh yang sekata.. eber yang sesuai dgn saiz kepala dan balung. Kaki yang tegak bergaya.

Pandai bab teknikal persiapan ayam itu bukan seni.. itu pakar teknikal ayam game (bomoh/tukang siup dan sbgainya).

Kesenian ayam serama bukan bab persiapan, itu perlulah difahami.. kesenian ayam serama adalah persembahan ayam itu sendiri diatas meja.. (gaya-tubuh-galak dan sbgainya)

Memikirkan konsep sebenar ayam serama hobi ku.. atau tahun milinium dah berubah?

Rujuk : catitan 2012 dan tel Sep 2016 dgn Pok Mang..

Pertemuan dengan Pok Mang


Sepatutnya dibincang dlm SMO tajuk ni.. tp memikirkan byk yg ada dah terkeluar konsep.. rasanya baiklah diperbetulkan semula haluan. Semoga post artikel ini FB mendapat banyak share supaya boleh menyebarkan falsafah sebenar permainan ayam serama. Warisan permainan dari kampung yang semakin mendapat tempat diperingkat global.

Maka itu ayam serama yang terbaik boleh mencapai harga yang mahal bukan hanya bergantung kepada persiapan. Malahan ada ayam yang tidak BOTB pun boleh dijual mahal atas kerana kekurangan persiapan yang perlu diterapkan. Manakala ayam BOTB memang boleh dijual mahal tetapi biasanya pembeli ayam sebegini adalah diantara player sendiri kerana hanya orang yang boleh mempersiapkan ayam tersebut sahaja akan mampu meneruskan kecermerlangan ayam tersebut.

SMk

Friday 2 September 2016

Imbasan Sejarah bersama Raja Serama



Disini Pok ki nak cerita sedikit pengalaman yg memjadi kepuasan bagi pok ki walaupun tidak tercapai. Semoga ada kawan-kawan kita yang akan meneruskan perjuangan ini. Pok ki pernah berjumpa bekas PM Tun Abdullah Badawi semasa beliau masih menjadi PM dan usulkan ayam serama sebagai ikon Malaysia. Pok ki mohon pertimbangan supaya gambar ayam serama mengantikan bunga raya pada duit dan logo kereta nasional .


Alasan Pok ki ayam serama satu-satunya ayam yang tercantik dan termahal di dunia dan yang berasal dari Malaysia, dimana setiap negara berbangga dengan haiwan masing-masing, contohnya Australia berbangga dgn kanggaro, Asia barat berbangga dengn untanya. Thailand dengan gajahnya dan Singapura dengan Singa dan Todaknya. Kita berbangga dgn harimau dan bunga raya, sedangkan harimau di negara lain ada banyak malah lebih besar, manakala bunga raya terdapat beratus jenis di Hawaii. Tidak salah kalau ayam serama dijadikan Ikon Malaysia sebagai tarikan pelancong. Pak lah nampak termenung sekejap dan dia cakap ini satu pandangan yang terbaik. Ini cuma sekadar cerita ringkas sahaja.. panjang lagi cuma tak larat nak taip maklum la faktor usia....selamat berjuang kwan-kawan.

(Petikan kata-kata Pok Ki Raja Serama dated 01 August 2016)

Raja Serama @ Pok ki adalah antara orang yang SMk amat sanjung dan hormati.

SMk

.

Offer Merdeka TAMAT


Offer untuk memberi ayam serama secara percuma sepanjang bulan Ogos telah tamat. Hanya 2 ekor saja yang telah diberikan kepada peminat yang memberi maklumbalas kepada Offer kali ini. Oleh itu ayam yang selebihnya akan SMk hantar ke kedai Petshop sebagai langkah mengurangkan anak reban. Walaupun ayam-ayam ini memiliki darah yang baik, tetapi kerana perlu menyediakan ruang bagi kemasukkan anak-anak A yang semakin membesar maka langkah ini harus dilakukan. Semoga dipermudahkan Allah. Amin.

SMk