Monday 15 December 2014

Rezeki Musim Hujan

image

Ada 5 ekor induk tengah mengeram, rezeki musim-musim hujan semoga semuanya menjadi. Ada 2 ekor induk ni milik Saiful Hashim Sri Damai nak tumpang kerana dia kene pergi sabah 3 bulan. Insya Allah, akan dijaga sebaik mungkin.

Induk ada 4 ekor lagi tengah bertelur, kalau semua menjadi alamatnya kene buat reban baru.

SMk

Technorati Tags: ,

Thursday 11 December 2014

Puteri Redland



Semakin cergas.. baru 4 hari. Tapi nampak cergas dan sihat. Dari pandangan mata nampak anak-anaknya mempunyai badan yang blh tegak. Jika menjadi batch ni.. maka induk ni akan terus dimasukkan kedalam senarai breeding untuk batch yang seterusnya.

SMk

Tuesday 9 December 2014

Puteri Redland

image

Alhamdulillah menetas pada hari Ahad dengan 2 anak. Bila balik dari Game Melaka tgok balik ada 3 ekor. Syukur Alhamdulillah semoga terus hidup dan segar sehingga dewasa.

Dari segi anak nampak semua warna anaknya berwarna kekuningan, walaupun ada sedikit warna gelap di bahagian atas kepala. Rasanya lebih pada warna kuning anaknya mengikut bapa.

Kalau semua warna kuning bermakna ibu ini lebih mudah mengikut genetik bapak yang diturunkan pada anaknya. Cuma nanti perlu diperhalusi dengan melihat kondisi cutting badan, dan eksesori anak-anaknya bila besar nanti.

SMk

Tuesday 2 December 2014

Berkunjung ke Terengganu

IMG-20141126-WA0067

Alhamdulillah pada 26 Nov 2014,  sekitar jam 5 petang, SMk sempat singgah dan berkunjung ke Durian Burung iaitu ke rumah Otai serama terkenal Pok Mang (Man Dagangan).

Urusan kunjungan adalah untuk merapatkan 2 generasi lama dan baru supaya selari dan sefahaman dalam meletakkan ayam serama sebagai Produk Malaysia di peringkat dunia dimana segala skima pemarkahan perlulah merujuk Malaysia sebagai standard utama.

Apakah Kesenian dan Kecantikkan Ayam Serama?

Melalui perbincangan dan ilmu yang dicurahkan dan diperhalusi maka, pada Pok Mang.

Ayam sekarang hanya kebanyakkannya ayam jenis gaya. Apa maksudnya Ayam Gaya? Ayam Gaya disini bermaksud, apabila Steward (pengangkat ayam) meletak ayam di tengah meja. Ayam tersebut akan berjalan-jalan hingga ke tepi selalunya. Mengibas dan kemudian selam. Kelakuan ini berulang-ulangan maka ini lah dikata ayam yang ada gaya.

Apakah sudah terbaik bagi ayam itu apabila ada Gaya?

Jawapan Pok Mang belum cukup.

Disini kebanyakkannya orang lama atau lebih ramai peminat baru tidak tahu dan paham, seni dalam gaya itu sendiri ada. Tapi dimana? Sebagai contoh seorang model yang berhenti dan mengayakan baju yang dipakai, dengan kaki bersilang dan memusing badan maka itu adalah Gaya. Jadi macam mana dikatakan bergaya?

Ayam yang bergaya adalah seperti seorang model yang berhenti silang kaki (lagak agak seksi) memperagakan pakaian yang dipakai (Gaya) dan berjalan-jalan selangkah demi selangkah dengan goyangan pinggang dan gaya tangan yang lemah gemalai sambil mengayakan baju dipakai. Maka itu lah dipanggil bergaya.

Jadi, pada ayam macam mana kita hendak menilai seekor ayam itu ayam bergaya?

Ayam bergaya adalah apabila steward meletakkan ayam ditengah-tengah meja pengadil, Ayam terus bergaya dengan mengibas dan selam (jika tak selam pun tak apa yang penting pergerakkan tarik) kemudian ayam berjalan, sambil berjalan langkah satu-satu cermat dan asyik disamping menayangkan dada nya yag seksi. Ditambah goyangan kepala (getar/gegar) dan sambil tarik maksimum/selam. sampai ke satu tempat, ayam parking dan kibas serta selam lock. Itulah gaya ayam yang dikatakan sebagai seni dan diperakui sebagai ayam bergaya.

Maka apa pula di katakan sebagai Kecantikan ayam serama?

Kecantikan ayam serama di nilai dari warna, bulu yang sihat berkilat, penuh jumlah ekor mengikut kategori, balung yang mengikut skima. Ayam hendak lah mengikut skima yang telah ditetapkan baru lah cantik dimana Skima yang menentukan kemenangan atau juaranya sesekor ayam. Bukan pemilik atau kerana ayam tertentu yang menentukan skima.

Contohnya, jika ayam lempar sayap sekadar sedikit sahaja lebih dari kaki atau mata ayam lebih dari kaki sudah menentukan markah penuh kalau sayap terlebih hingga separuh itu telah lebih dari kehendak skima dan selayaknya markah di potong, bergitu juga dengan ayam selam yang matanya melebihi kedudukan kaki maka ayam ini dipotong markah. kerana ayam yang ideal itu adalah ayam yang mengikut kehendak skima permakahan Ayam Serama di bawah persatuan yang berdaftar dengan pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Nampaknya perkara ini perlu disedari setiap peminat ayam serama, barulah Ayam Serama kekal genuine di peringkat kebangsaan malahan dunia.

Disini perlu diperbetulkan, bukannya bermaksud seekor ayam itu selam ayam itu bagus. Maka perlu penilaian dan permahaman semula supaya mainan ini kekal menjadi warisan berharga Malaysia.

SMk

Technorati Tags: ,

Monday 1 December 2014

Raden Mas & Dayang Mas

image

Gambar terkini Raden Mas dan Dayang Mas ini di ambil semasa berkunjug ke rumah seorang sahabat SMk di Bukit Rangin, Kuantan.

Pada waktu ni, Raden Mas masih belum segar sepenuhnya tetapi telah diberi Ubat cacing dan ubat Tetraclore.

Alhamdulillah, sekarang selera makannya dah kembali dan nampak aktif semula. Jika berterusan, couple ini akan di bawa berjalan-jalan ke Game Melaka pada 7hb Disember 2014 bertempat di Tapak Ayam Serama Melaka.

Semoga SMk murah rezeki pada hari tersebut dan ayam-ayam SMk ini beraksi.

Sunday 30 November 2014

Puteri Sri Damai

image

Induk Puteri Sri Damai dah mengeram untuk kali pertama, tapi sayangnya untuk percubaan pertama ini cuma sebiji telur dia yang elok.

Biarlah, janji boleh belajar mengeram pun ok gak. Oleh itu, SMk masukkan telur Miss MMD 5 biji kat dia. Jadi ada 6 biji. Minggu depan kita teropong lihat macam mana. Ada benih atau tidak.

Technorati Tags: ,

Saturday 29 November 2014

FireStorm vs Puteri Duyung



Alhamdulillah, pasangan ni mudah sekali bertelur dan serasi. Ini adalah pasangan ke2 buat FireStorm. Pasangan pertama dengan induk muda Puteri Sri Damai gagal.

Harapan agar pasangan ini membuahkan hasil.

Monday 24 November 2014

Puteri Duyung terkini

image

masih menunggu kekosongan tempat breeding, akan dimasukkan dengan pembaka utama setelah bersedia nanti.

Technorati Tags: ,

Raden Mas

image

Ayam remaja yang semakin menarik untuk ditatap. Semoga terus sihat dan akan di bawa ke game jika ada ruang dan peluang. Insya Allah.

Technorati Tags: ,

Wednesday 19 November 2014

Dyg Mas



Alhamdulillah.. Dyg Mas semakin baik gayanya. Bulu ekor dah tumbuh cuma belum siap panjang sepenuhnya. Awal tahun ni akan jadi meriah dengan ada 2 3 ekor ayam yang boleh dibawa berjalan-jalan ke game.

SMk

Saturday 15 November 2014

Remaja

2014-11-14 14.22.35

Remaja ini telah bertukar reban ke Pekan Pahang, semoga berbakti kepada tuan barunya disana.

SMk

Saturday 8 November 2014

Pameran Ayam Serama

Hari ni SMk terlibat membantu dalam penganjuran pameran di Sekolah Sg Isap, Kuantan semperna Hari Kokoria PIBG sekolah tersebut.




Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada Ahli-ahli Serama Tok Gajah yang mengambil bahagian dan membantu memeriahkan booth STG dengan ayam-ayam terbaik.





SMk turut ditemuramah oleh radio Pahang.. demi untuk mempromosikan serama di Pahang..

SMk

Thursday 6 November 2014

Ayam Serama Malaysia

 

20-11-2013 6-08-02 PM19-3-2014 8-49-28 PM

Sekarang timbul cerita Patent Ayam Serama atau asal nya ayam serama. Ini terjadi bila pihak di US yang cuba menidakkan teguran pihak breeder dan player dari Malaysia.

Pada pandangan pihak dari US, asal ayam tu kecik dipanggil Serama, maka ini telah tersalah konsep. Sampaikan ada Silky Serama, dan Serama bulu balik.

Ini terjadi apabila pihak dari US mendapatkan ayam Serama dari Malaysia pada tahun 2001 dan mula melakukan breeding di US sehingga menubuhkan sebuah Group. Iaitu Ayam Serama American. Itu perkembangan yang bagus, cuma yang menjadi masalah adalah ayam yang dibawa ke US dan di breed sehingga 2014 itu adalah ayam kapan. Dengan kata lain, ayam yang berkualiti rendah. Orang luar banyak tersalah faham kerana dahulu tahun 90 an dan 2000 ayam Kapan dipertandingan juga seiring dengan serama. Tujuan utamanya pada masa itu adalah menarik sebanyak mungkin penyertaan. Kerana tidak ramai yang memiliki Serama seperti sekarang. Tetapi bila orang luar tanpa selidik dengan rapi terutama Mat Salih dari US ni dia dia telah terbeli Kapan dan bukan nya Serama. Kapan adalah seperti gambar dibawah.

download (2)download (1)

Kalau nak bandingkan perbezaan memang banyak, malas nak cerita ke situ. Tapi apa yang SMk nak kata ialah sepatutnya pihak US mengunakan apa yang ada di Malaysia didalam mengukur standard bagi Ayam Serama seperti pihak-pihak lain diantaranya Indonesia, Thailand, Myanmar, Dubai, Philipine, Turki dan banyak lagi.

Barulah ayam mereka boleh mengikuti standard yang sama seperti di Malaysia. Kalau nak bertegas dengan kapan boleh, tapi janganlah namakannya Serama. Kalau dulu masa beli Kapan dari Malaysia dari pembeli yang menyatakannya Serama maka ternyata memang pihak US telah ditipu. Ini kerana nak membezakannya mudah. Amik gambar ayam terbaik Serama US tu bandingkan dengan Serama dari Pilipine atau Indonesia. Maka dari situ terserlahlah perbezaan ayam tersebut dari segi kualiti, saiz, rupa balung dan sebagainya. Ini kerana ayam dari Indonesia juga setaraf ayam dari Malaysia dari segi kualiti kerana pihak dari indonesia banyak membeli ayam serama terkini dari Malaysia dari penjual atau breeder yang betul-betul memelihara serama.

Perlu diingat dengan pantasnya teknologi maklumat kini, jika sebarang info salah maka akan cepat diketahui oleh masyarakat antarabangsa. Maka Kapan tetap Kapan. Serama tetap Serama.

Insya Allah, bagi meneglakkan sebarang kekeliruan pada masa depan SMk dengan bantuan rakan-rakan persatuan Ayam Serama di seluruh Malaysia akan melakukan sesuatu yang drastik demi masa depan Ayam Serama Malaysia.

Antara langkah-langkah yang akan dilakukan adalah mempatenkan Ayam Serama Malaysia dan mengekalkan Ayam Serama sebagai warisan kesenian Malaysia.

SMk

Technorati Tags: ,

Sunday 2 November 2014

StormRider

2014-10-21 19.50.39

StormRider si jantan sebelah kiri ini telah diberikan kepada Mamak STG sebagai buah tangan perkenalan. Semoga berbakti kepada tuan barunya.

SMk

Perginya UnNamed

2014-11-02 08.33.59

Setelah mengihap sakit punggong yang berpanjangan, akhirnya UnNamed pergi jua akhirnya. Namun disebalik perginya UnNamed, SMk bersyukur kerana dapat juga mengurangkan kesakitan yang telah dialamainya selama ini. Sebagai tuannya, SMk telah cuba sedaya upaya mengubati penyakit yang dihidapinya namun sudah ajalnya.

Tapi SMk bersyukur kerana UnNamed sempat meninggalkan legasinya FireStorm. Semoga akan dapat meneruskan darah UnNamed di reban SMk.

UnNamed dalam kenangan.

Kipas KDK SMk

SMk

Saturday 1 November 2014

Pasangan Muda

FireStorm vs Puteri Sri Damai (Anak Kak Ros)




2014-10-21 19.51.08

Walaupun tidak lah mengharap sangat akan berhasil, kerana induk masih muda. Ni kira latihan.. bertelur ok dah.. tunggu mengeram pulak.. kemudian netas pulak.. semua nya perlu dilalui biar boleh belajar menjadi induk yang baik.

SMk

Anak reban..



Anak ni nampak macam ada cutting dah. Ni yang paling kecik masa batch 17 ekor menetas.. ini lah satu-satunya anak induk VX.

Induk VX telah berpindah reban ke Tanah Putih Baru Kuantan, Pahang.

SMk

Bersih reban..











Hari ni bersih reban dan mandikan induk-induk reban yang tengah bawah anak. Nampak ada juga yang nampak ada potensi.

Semoga terus membesar dengan baik.

SMk

Tuesday 28 October 2014

Game Melaka 26 Okt 2014

2014-10-24 15.40.08

SMk telah menyertai Game Melaka di Tapak Serama Malaysia dengan 2 penyertaan. Dark Knight dan Dayang Mas.

Keputusan Dark Knight Sangkar no 1

2014-10-26 14.42.16

cuma mendapat 55 point, ini kerana Dark Knight masih tidak sihat sepenuhnya. Namun tidak apa kerana memang anak ini tidak terjun meja. Boleh dicuba lagi apabila remaja nanti Insya Allah.

2014-10-25 15.00.18

Namun keputusan Dayang Mas amat mengejutkan, walaupun tengah meluruh dan kehilangan 3 bilah ekor tetap beraksi di atas meja. Sungguh mengembirakan dan memuaskan hati SMk sehinggakan video pun terlupa di ambil.

2014-10-26 22.01.37

Kehilangan 3 bilah ekor sebelum naik meja pengadil. Keputusannya:

Dayang Mas Sangkar no2.

2014-10-26 16.36.47

Dengan 84 mata, walaupun tidak mendapat sebarang hadiah, SMk sangat berpuas hati dan menaruh sepenuh kepercayaan yang tina dara ini bila siap kategori Betina pasti beraksi dengan membanggakan pada masa akan datang. Markah untuk keseluruhan gaya adalah amat tidak mengecewakan sama sekali. Memang cukup mengembirakan. Tina ini akan siap selewat-lewatnya hujung bulan november nanti bila ekornya siap sepenuhnya. Maka selepas itu kita boleh lah selalu pergi ke bon.

Syukur Alhamdulillah.

SMk

Saturday 25 October 2014

Dayang Mas updated

25-10-2014 5-15-07 PM

Sayangnya Dayang Mas meluruh ekor, kalau tak boleh dibawa ke Game Melaka. Ada teman dari utara sudah mula masuk merisik.. adakah akan dilepaskan? Rasanya belum masanya lagi. Perlu memijak meja game sekurang-kurangnya sekali barulah boleh difikirkan untuk dilepas untuk apa jua tujuannya.

Akhirnya FireFlash memijak kaki kembali ke reban

25-10-2014 5-14-17 PM

Setelah meninggalkan rumah semasa remaja, akhirnya FireFlash kembali ke rumah saya kembali. Adiknya FireStorm pun dah mula masuk muda. Mengikut amanah tuan baru FireFlash supaya dibawa mengikut ke game Melaka. Semoga ayam ni buat kerja di Game nanti.

Persiapan Game Melaka

 

25-10-2014 5-14-46 PM

25-10-2014 5-13-52 PM

Sambil mempersiapkan ayam-ayam untuk game Melaka, ambil peluang untuk bagi mandi anak-anak reban.

Rasanya Dark Knight akan pergi cuma bab prestasi tak lah kita meletakkan harapan yang tinggi kerana anak ni baru sembuh dari demam. Nampak segar selepas mandi, semoga terus sihat hendaknya.

Sunday 12 October 2014

Ekor Senget

Dalam dunia serama adalah biasa seekor ayam serama untuk ekornya senget atau belok. Jika tidak dirawat maka akan berlarutan sehingga sampai keadaan chasis lari dan tuku lari. Jika sampai tahap ini.. agak sukar untuk diperbetulkan.

Cara yang selalu dilakukan adalah dengan melakukan tambat atau menjahit secara mengikat agar ekor tidak belok. Ada juga dengan pengunaan penyepit kertas atau dibasah sebelah ekor namun cara ini memerlukan seseorang yang mempunyai banyak masa untuk meneliti dan mengawasi perkembangannya.

Maka penyelesaian yang selalu di lakukan adalah dengan pembedahan kecil iaitu dengan membuang sedikit kulit pada bahagian bawah atau tepi ekor ayam serama. Namun saya nasihatkan operasi ini perlu dilakukan oleh seseorang yang benar-benar pakar dan mempunyai kelengkapan yang cukup.

2014-10-12 17.07.52

20141012_214442

contoh sebahagian peralatan yang diperlukan seperti pada gambar di atas.

Mula-mula ikat kaki dengan tali kasut jika ada kerana tali ini lembut dan tidak merosakkan sisik serta kaki ayam yang dirawat.

received_344548439060322.jpeg

Lakukan penandaan di bahagian kulit yang hendak di buang.

received_344548339060332.jpeg

Kemudian buang kulit tersebut.

received_344549532393546.jpeg

selepas itu dijahit, disini teknik jahitan amat perlu supaya benang tidak timbul, jika timbul ayam akan mematuk benang yang nampak dan jahitan mudah terbuka semula.

received_344550272393472.jpegreceived_344551399060026.jpeg

received_344547692393730.jpeg

Setelah siap di jahit dan kemudian beri 1/4 panadol untuk ayam tersebut.

Namun kadang-kadang bagi ekor seekor ayam yang betul-betul senget akan memerlukan beberapa prosedur operasi bagi membolehkan ayam tersebut kembali normal.

p/s: Sebaiknya jumpa pada yang pakar untuk sebarang pembaikpulihan ayam anda.

Pakar yang saya kenal benar PRO.. adalah Abe suh area kota bharu manakala Abg Wan B area KL/Selangor.

Anak Puteri Duyung 1st Batch

2014-10-12 12.29.04

Ini adalah anak Puteri Duyung dan Patinggan. Ada 4 ekor semua anak jantannya dan ini salah satunya.

12-10-2014 9-26-36 PM

Puteri Duyung sebelah kiri sekali dan sebelah kanan pembaka itulah bapaknya. Asal Puteri Duyung adalah dari reban abg Lan Pulau Duyung yang di ambil masa anak A.

Bapak dan ibu Puteri Duyung adalah PURE SG. Gambarnya adalah seperti dibawah.

12-10-2014 9-29-37 PM12-10-2014 9-30-37 PM

Gabungan inilah yang menghasilkan Puteri Duyung.

Oleh kerana darah yang kuat kearah SG dimana anak-anak Puteri Duyung memiliki tanda kening yang agak jelas. Maka dengan itu akan diteruskan untuk breeding pada masa akan datang. Insya Allah.

SMk

Friday 10 October 2014

Sepasang anak Rare

10-10-2014 11-57-24 AM

Sepasang dari adik beradik Dark Knight telah selamat berada di Bandar Baru Semariang, Kuching Sarawak. Alhamdulilah, hajat untuk menghantar pasangan ini akhirnya tercapai. Semoga memeriahkan lagi semangat berserama di Sarawak Bumi Kenyalang.

Jantan tu dinamakan Patong oleh tuan barunya, iaitu bermaksud buah hati atau cute. Boleh lah janji nama yang menunjukkan kasih sayang tuannya. Itu yang penting.