Saturday 31 July 2021

Ayam Serama Online World Cup 2021

 


Sedikit info dan makluman terkini untuk rujukan dan perhatian peminat ayam serama sekalian. 

SMk

Penundaan Tarikh Pertandingan

 Salam satu seramania, saya membuat keputusan untuk menunda Pertandingan Ayam Serama Online Kategori A/B anjuran saya kepada tarikh seperti dipaparkan dalam poster medsos terbaru. Ini bagi memberi ruang untuk Pertandingan "International Online Serama Show" yang akan berlangsung pada minggu depan. Kepada yang berminat untuk menyertai pertandingan International Online Show boleh rujuk mana-mana posting sahabat kita Ethan Kean untuk pendaftaran dan penyertaan.

Greetings seramania, I decided to postpone my Ayam Serama online contest for A/B Category to the date as shown in the latest medsos poster. This is to make room for the "International Online Serama Show" Competition which will take place next week. Those interested in participating in the "International Online Serama Show" competition can refer to our FB friend Ethan Kean’s posts for further information regarding registration and participation.




Wednesday 28 July 2021

Intro Pertandingan Ayam Serama Onlline siri 01/2021

 


Alhamdulillah, SMk telah siap upload satu video intro sebagai promosi untuk pertandingan ayam serama online pada 2 minggu lagi lebih kurang. 



Untuk pertandingan kategori Ayam A/B kali ini SMk tidak akan mengambilkira markah bagi ruangan Warna dan Ekor untuk memberikan satu galakkan kepada peminat ayam serama untuk menyertai pertandingan pada kali ini.

Yuran SMk tidak kutip seperti biasa dan kali ini, SMk buka ruangan bagi mana-mana pihak untuk sponser pertandingan kali ini jika ada. Jika ada kita akan tambahkan lagi jumlah hadiah yang ada, atau kita boleh adakan satu cabutan bertuah untuk setiap peserta jika ada sponser. 

Semoga perjalanan pertandingan ini berjalan dengan lancar. Aamin. 

Sunday 18 July 2021

Pertandingan Ayam Serama Online Anjuran Group Serama Utaqa Sempoi siri 01/2021

 Pihak Group Serama Utaqa Sempoi telah menghubungi SMk, dan menjemput SMk untuk menjadi pengadil bagi pertandingan yang mereka anjurkan. SMk bersetuju kerana ianya amat baik sekali bagi tujuan memperbanyakkan aktiviti berserama dimusim Pandemic Covid yang melanda negara ketika ini. Disamping, ianya turut boleh mempromosikan hobi ayam serama secara tidak langsung. 


Kategori Ayam Serama Remaja

Kategori Ayam Seramna Muda

Kategori Ayam Serama A&B

Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur diatas usaha yang baik ini, dan juga tahniah kepada semua ahli Group Serama Utaqa Sempoi yang berusaha menjadikan pertandingan ini satu realiti. tahniah kepada pemenang dan semua yang terlibat. 

SMk