Saturday 27 February 2021

Pertandingan Raja Serama Online siri 01/2021


 Episod 1

Alhamdulillah, untuk musim pertama bagi tahun 2021, SMk telah berjaya menganjurkan satu pertandingan online bagi episod satu. Insya Allah episod kedua iaitu kategori anak A anak diadakan dalam masa 2 minggu lagi. 

SMk

Tuesday 16 February 2021

Intro Pertandingan Ayam Serama Online 2021


 Alhamdulillah dipagi ini tadi SMk berkesempatan merakam video untuk sedikit Intro berkenaan Pertandingan Ayam Serama Online 2021 dan kemudiannya terus SMk edit dan upload di Youtube serta blog. 

Nama untuk pertandingan ini SMk belum fikirkan lagi, Insya Allah SMk akan fikirkan satu nama atau Tema yang SMk rasakan sesuai dan akan SMk masukkan kedalam poster Medsos dan juga untuk penyediaan Sijil nanti. 

Malam ini dan esok, SMk akan mula Design sijil untuk kegunaan Pertandingan ini nanti. Semoga segala yang dirancangkan berjalan dengan lancar dan senantiasa dirahmati serta diberkati Allah. 

SMk

Saturday 13 February 2021

Tanya Jawab Ayam Serama Tentang Saiz Kotak Ayam Serama


 

Alhamdulillah, kali ini SMk dapat meluangkan sedikit masa untuk membuat satu video berkenaan saiz untuk kotak ayam serama yang biasa SMk gunakan. Semoga video ini bermanfaat untuk peminat ayam serama di luar sana. 

SMk

Thursday 11 February 2021

Friday 5 February 2021

Sri Fakeh


 Anak reban sekor ni, nampak semakin positif dan agak suka dimainkan sebab ianya memberi tindakbalas terhadap kita. Jika ayam ini dijaga dengan baik, ayam ini mempunyai potensi yang besar untuk mencapai kejayaan di pertandingan. 

SMk

Thursday 4 February 2021

Panduan Jual Beli Ayam Serama


 Panduan atau Guideline bagi urusan jual beli Ayam Serama terutamanya untuk FB Group Serama Tanpa Batasan. Ini adalah bagi mengelakkan kedua belah pihak samada penjual mahupun pembeli teraniya. Oleh itu, video diatas ini dapat memberi sedikit panduan untuk memudahkan urusan tersebut. 

SMk

Wednesday 3 February 2021

Definasi Raja Kibas dan BOTB bagi Ayam Serama


 Bagi sesi Tanya Jawab Ayam Serama kali ini, saya menjawab persoalan tentang apa itu Raja Kibas dan apakah yang dimaksudkan dengan Best Of The Best (BOTB). Semoga penerangan SMk ini dapat dijadikan sedikit pembukaan minda dan pencerahan kepada kemuskilan yang dialami oleh peminat ayam serama yang bertanya dengan SMk. 

Tuesday 2 February 2021