Thursday 28 February 2019

Puteri Santubong


Semakin menarik dan mempunyai potensi yang agak besar untuk pertandingan. Seekor ayam serama yang selam secara semulajadi dan tidak mempunyai masalah fizikal sehingga artikel ini ditulis. Ayam bebas jarum dan semulajadi.

Ayam ini adalah dari bloodline DirtyAryan dan merupakan anaknya sendiri dari batch yang kedua. Betina ini adalah adik kepada DirtyAryan Jr. 

SMk

Wednesday 20 February 2019

Produktiviti

Buat masa ini reban SMk agak sibuk dengan breeding dimana ada 10 pintu reban breeding tengah aktif. Malam ini sahaja seekor induk iaitu dari pasangan kepada F3 telah mengeram dan induk tersebut telah SMk asingkan kebilik lain bagi proses mengeram. Induk baru telah SMk masukkan sebentar tadi bagi mengantikan induk tersebut.

Semua sekali induk tengah mengeram, terkini terdiri dari 7 induk dari beberapa pasangan. Kebanyakannya akan menetas sekitar awal dan pertengahan bulan mac ini.

Bagi induk yang tengah membawa anak pula sebanyak 4 ekor induk. Setakat ini anak ini dibawah umur dua minggu dan masih nampak sihat. Semoga ianya terus sihat dan membesar dengan baik.

Untuk kali ini, SMk lebih fokus kepada menyimpan anak-anak ayam ini untuk dijadikan pelapis reban. Tiada rancangan bagi SMk untuk melepaskan anak-anak reban yang ada ini untuk ketika ini.

Jika ada yang benar-benar berminat dan sanggup membayar harga yang tinggi, barulah SMk akan fikirkan terlebih dahulu. Ini adalah bagi menjaga supaya tidak berlaku lebihan ayam berpontensi game diluar bagi mengelakkan player mengambil acuh tak acuh tentang pertandingan ayam serama. SMk juga tidak gemar jika ayam terlalu banyak hingga tidak lagi dihargai. Oleh itu, bagi SMk sebagai tanggungjawab kepada industri, SMk lebih berharap agar ayam serama lebih dihargai dan disayangi. Maka jadi untuk itu, ayam direban SMk hanya akan dilepaskan jika SMk rasa sesuai. Namun tidak untuk tempoh masa ini.

SMk

I will be the judge in somewhere far away..


Alhamdulillah, jemputan ini pastinya SMk akan terima bukan kerana hendak menjadi seorang hero, tetapi SMk gembira akhirnya skima markah Malaysia diterima bukan hanya di Malaysia tetapi diseluruh dunia. Walaupun kali ini, cara pemberian markahnya adalah sedikit berbeda tetapi pastinya dengan teknologi terkini kita mesti selari dengan kehendak semasa dan mengikut peredaran dunia yang semakin maju kehadapan.

Oleh itu, SMk juga tidak mahu hobi berserama tertinggal dibelakang, tetapi turut sama dipacu kearah lebih baik dan berdaya maju. Harapan SMk semoga program yang bakal SMk terlibat ini akan berjaya dan SMk senantiasa mendapat berkat dan rahmat dari Allah swt. Semoga SMk selalu diberi pertimbangan akal yang cerdas dalam menilai ayam serama. Aamin.

SMk


Line DirtyAryan

DirtyAryan

DirtyAryan Jr

Sejak beberapa hari lepas, beberapa ekor induk yang mengeram telah mulai menetas. Menambahkan keseronokkan bagi musim ini ialah induk kepada pasangan DirtyAryan dan juga DirtyAryan Jr turut menetas. 

Pasangan DirtyAryan kali ini adalah induk kepada DirtyAryan Jr dan pastinya anak ini akan menarik perhatian SMk sendiri kerana rekod bagi pasangan ini amat memberangsangkan dengan lahirnya DirtyAryan dan Puteri Santubong yang merupakan satu lonjakan baru bagi reban SMk. 

SMk akan menyimpan anak kali ini untuk dilatih sendiri bagi pelapis reban SMk untuk 2019 / 2020 nanti.  

SMk

Tuesday 12 February 2019

Update Video lepas

Oleh kerana kesibukan sedikit masa yang lepas maka, SMk hari ini update video-video yang telah diupload ke youtube, namun tidak dinaikan menjadi artikel diblog ini. Oleh itu, SMk rangkumkan semuanya sekali sebagai satu update post.

Pembaka Reban

Anak A (Sold)

Anak A (Sold)

Anak (Sold)

Anak A (Sold)

Puteri Santubong

Anak pelapis reban

FireKencana Update

SRyan

DirtyAryan Update

Pelapis Induk

Anak C tina

Betina Remaja

SMk

Monday 11 February 2019

Lawatan Reban


Oleh kerana kebelakangan ini, SMk agak sibuk dengan aktiviti harian maka banyak post yang sepatutnya SMk upload keblog telah tertangguh. Ini ditambah dengan masalah aplikasi blogging pada android yang tidak konsisten seterunya telah menghalang update post diblog SMk. Maka untuk upate, terpaksa SMk mengunakan PC.

Semalam, reban SMk telah dilawati oleh peminat dari Sibu bernama Lolen Wong dengan ditemani oleh Pak Ya iaitu player serama dari KPASS. Oleh kerana banyak ayam jantan berpontensi game telah bertukar tangan, maka lawatan kali ini cuma boleh memaparkan isi kandungan reban yang terdiri dari kebanyakkannya anak betina dan juga projek-projek breeding yang telah SMk lakukan.

Semoga lawatan pihak mereka ini dapat memberi mereka manfaat terutama dalam pertukaran buah fikiran dalam hobi berserama. SMk mengucapkan, ribuan terima kasih atas kunjungan ini kerana ianya sebagai satu penghormatan buat SMk atas hobi berserama.

SMk

Pengadil Ayam Serama


Pada 27 Januari 2019 yang lepas, SMk telah dijemput sebagai pengadil Ayam Serama bagi pertandingan ayam serama yang diadakan di Summer Mall oleh pihak KPASS. Alhamdulillah segala tugas yang berkaitan pengadilan telah SMk jalankan sebaik mungkin dan seikhlasnya. 

Semuanya atas ayam yang beraksi di meja, tugas pengadil hanya memberi markah sahaja.

SMk