Sunday 26 August 2018

Sembang Ahad


Hari ini, SMk dan sahabat berkumpul direban SMk bagi membantu kawan-kawan merawat ayam yang menagalami masalah rusuk, tuku, ekor dan sedikit penerangan ringkas menegenai persediaan saloon ayam untuk menghadapi pertandingan ayam serama yang akan diadakan tidak lama lagi.

Perjumpaan bermula sekitar jam 10.30 pagi berlarutan sehingga jam 2.30 petang. Menariknya perjumpaan kali ini adalah pertunjukkan cara atau teknik ikatan rusuk ditunjukkan secara Live dihadapan semua yang hadir dan menunjukkan cara perawatan dan teknik rawatan dilakukan dengan cara yang betul.

Cara rawatan yang ditunjukkan adalah seperti berikut :
1. Diagnose (Mencari Punca Masalah atau penyakit)
2. Persediaan Peralatan
3. Teknik Jahitan
4. Merawat

Selain itu, SMk juga berkesempatan membantu merawat seekor ayam yang mempunyai masalah mata berair dan seolah-olah membengkak. Alhamdulillah segala tunjuk ajar dapat dilakukan in-situ dan lebih jelas.

SMk





Line DirtyAryan


Mulai semalam SMk telah memasukkan induk Dara (Adik beradik DirtyAryan Jr.) dari First Batch dengan bapanya iaitu DirtyAryan sendiri. Ini adalah untuk mengekalkan darah dan perangai yang sedia ada dalam line ini. 

Pasangan ini akan menjadi satu line teras yang baru bagi reban SMk. Penumpuan bagi line ini akan diletakkan dalam status Priority untuk breeding. Anak-anaknya akan SMk kekalkan direban kecuali ada permintaan yang bersesuai dengan harga maka barulah SMk akan memberi pertimbangan untuk melepaskannya.

Insya Allah, SMk akan update perkembangan terkini pasangan ini dari masa ke semasa. 

SMk

Setahun berlalu



Sudah setahun masa berlalu, SMk berpindah ke Semariang Aman Kuching, Sarawak bersama-sama hobi yang telah lama diceburi sejak tinggal diutara tanahair (sejak lewat 90an), dan lebih 10 tahun di Kuantan, Pahang.
Jangan ditanya tentang kos untuk membawa semua serama SMk pindah ke Kuching. Rasanya boleh mencapai harga Axia Auto sebuah rasanya.. Belum lagi mengira bab harga ayam.. belum termasuk nilai fasilitas reban yg sedia ada. Di dalam berhobi, jangan ikut orang.. ikut kehendak diri sendiri, kemampuan dan semangat diri sendiri. Insya Allah kejayaan ada dihadapan, yang penting mestilah berusaha.
Terima kasih juga SMk ucapkan kepada semua otai-oatai, sahabat-sahabat yang membantu SMk dalam usaha membawa baka-baka sohor dari reban tuan-tuan ke reban saya. Saya sentiasa menghargainya, kerana saya jenis orang yang tidak akan melupakan hasil bantuan sahabat. Maka itu, serama yang dibawa dari reban tuan-tuan saya tidak melakukan kacukan dgn ayam saya yang sedia ada dengan sesuka hati(setiap baka akan hanya dibreed mengikut reban asalnya sahaja). Ini kerana ianya adalah sebagai bentuk kenangan hasil buah tangan tuan-tuan yang saya hormati.
Teringat kembali memori. Siapa yang pernah memelihara serama diruang tamu rumah hampir 10 tahun? Gila tak gila.. memang peminat tegar https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/f52/1/16/1f923.png🤣. Alhamdulillah isteri dan anak2 memang support hobi SMk.


Syukur alhamdulillah, dah menetap disini.. ada reban sendiri yang lebih baik. Syukur Alhamdulillah.
SMk

Thursday 23 August 2018

FireKencana


FireKencana semakin sembuh dan setakat ini mungkin boleh dilatih sehingga menjadi seekor pembaka yang baik.


SMk akan bagi masa kepada ayam ini untuk dilatih sehingga pertengahan September atau sehingga hujung bln tersebut. Selepas itu, SMk akan cuba pairkan dengan induk tua  yang ada bagi membolehkannya belajar breeding. 

SMk

Bloodline Ara


Pelapis line Ara dari Terengganu ini akan SMk jadikan pelapis reban dimasa akan datang. Anak ini mempunyai 2 ekor adik beradik dan induknya memang digunakan sebagai asas penguat line ini direban. Buat masa ini, SMk memiliki tiga ekor induk line yang sama yang digunakan bagi mengeluarkan pelapis bagi line ini.

Untuk Batch ini, kemungkinan besar SMk akan menyimpan seekor anak jantan jika ada untuk dijadikan pelapis kepada Pembaka Ara yang ada.

SMk

Jualan Anak A


3 ekor anak A telah dilepaskan kepada peminat serama dari Sri Aman. Anak tersebut terdiri dari line seperti berikut;

       a) Anak Line Ara sebanyak 2 ekor
       b) Anak Line Pok Syed seekor

Semoga berjasa direban baru dan mengembangkan bloodline serama yang baik untuk dipelihara dan menambah lebih ramai peminat serama di Sarawak.

SMk

Sri Salak


Sri Salak masih dalam mode latihan dan perawatan bagi menghadapi meja game buat kali pertama nanti di Asajaya pada 1hb September nanti. Untuk seekor anak C yang baru beralih ke remaja, anak ini dikira sangat positif. 

Kita akan melihat perkembangan Sri Salak secara lebih dekat nanti terutama diminggu-minggu terakhir sebelum pertandingan.

SMk

Saturday 18 August 2018

Bloodline Ara


Alhamdulillah, SMK telah mendapat pelapis bagi induk line Ara direban. Walaupun Ara SMk lebih kepada putih beras (betina) ianya tetap sesuatu yang SMk hargai kerana ramuan ini sangat perlu bagi SMk meneruskan breeding line Ara dimasa akan datang. Semoga anak ini terus membesar dengan baik dan menjadi induk kandang suatu hari nanti.

SMk

Tips Mengeram


SMk mengunakan botol sebagai tempat mengeram ayam serama direban SMk kerana ianya mudah diselenggara dan juga bagus untuk melatih induk muda belajar mengeram. Teknik ini telah SMk amalkan sejak sekian lama dan amat effektif bagi reban SMk sehingga kini.

Kebiasaannya induk akan mengambil masa 2 atau 3 hari untuk membiasakan dirinya didalam botol, dan akan mengeram dengan sendirinya selepas itu.

SMk

Friday 17 August 2018

Booking



Sejak beberapa bulan lalu, anak reban SMk telah menerima tempahan untuk anak ayam bagi mereka yang berminat.

Syarat yang SMk berikan adalah seperti berikut:

1. Cuma anak jelas anak jantan yang akan dilepas.
2. Booking mesti mengikut senarai, walaupun SMk selalu upload video/gambar ayam diFB itu tidak bermakna anak itu bukan terus untuk dijual, kerana mungkin telah dibooking/dibayar oleh pembeli.Ini kerana tidak semua pembeli suka diwar-warkan namanya, ada yang suka berahsia. Malah ada pembeli juga turut berahsia. Tapi SMk tidak kisah kerana dah melalui perkara ini sejak kenal serama.
3. Oleh itu, potong Q tidak SMk benarkan walaupun pembeli baru membida dengan lebih tinggi, tetap tidak akan dijual. Melainkan orang yang booking asal menolak atau menarik diri maka anak tersebut akan dioffer kepada senarai nama yang seterusnya.

Sekali lagi SMk menegaskan, wang ringgit bukan perkara pokok kerana dalam berhobi ianya bergantung 100% kepada kerelaan dan keselesaan kita. Oleh itu, jika anda berminat, pastikan agar anda menempah dengan SMk secara jelas dan bukan berkias-kias.

Thursday 16 August 2018

Pemilihan wakil SMk



Tarikh Pertandingan semakin dekat dengan berbaki hanya beberapa minggu saja lagi. Untuk tempoh masa yang ada ini, SMk mengunakannya untuk latihan dan pemilihan anak-anak reban yang berpontensi untuk dibawa bagi meraikan pertandingan tersebut.

Setakat ini, SMk boleh mengesahkan kehadiran DirtyAryan Jr. dan Sri Salak yang akan diturunkan bagi kategori Muda dan Remaja.

Bagi kategori Induk, SMk akan melihat semula betina atau Induk yang ada pada tempoh seminggu yang terakhir bagi melihat jika ada yang boleh dibawa ke pertandingan tersebut.

Apa yang penting, SMk mesti hadir dengan sebanyak yang mampu bagi memeriahkan pertandingan tersebut. Semoga perancangan SMk dipermudahkan Allah s.w.t dan senantiasa diberkati. Aamin.

Manakala bagi kategori anak, SMk tidak memiliki anak yang dikatakan siap untuk kategori Anak B buat masa ini. Anak yang ada hanya siap untuk Kategori Anak A. Namun, jika perlu dan jika anak tersebut positif, pastinya ianya tidak menghalang SMk untuk membawanya sekali nanti.

SMk akan mempertimbangkan untuk membawa seekor pambaka bagi kategori ABS jika keadaan membenarkannya. SMk akan melihat ayam-ayam ini pada bebrapa minggu ini sebelum membuat keputusan yang sewajarnya.

Jualan Merdeka 2018

Jualan ini dibuka sehingga 31/8/2018
Jualan anak tina C (Dara)
Kategori : Breeding 


Kedua-dua betina ini adalah anak kepada DirtyAryan.


Adik beradik DirtyAryan RM888


Adik Beradik Sri Salak RM888

Sesiapa yang benar-benar berminat boleh whatapps SMk 0137706010

Siapa dulu dia punya, jika tidak terjual sehingga tarikh yang dinyatakan akan dimasukkan kedalam program breeding reban SMk.


Tuesday 14 August 2018

Nasi Kukus Raja Serama



Jika berkunjung ke Melaka, jangan lupa untuk singgah di Kedai Nasi Kukus Raja Serama dari pemiliknya iaitu Pok Ki Raja Serama.



Pok Ki Raja Serama antara beberapa orang yang SMk hormati kerana usahanya memperkenalkan serama di Pentas Dunia. Seorang yang baik hati dan amat merendah diri. Ilmu dan pengalaman luasnya dalam dunia serama amatlah SMk hormati.

Monday 13 August 2018

Focus Positive Mode



Anak ini akan SMk asuh sebaik mungkin dan akan diturunkan untuk pertandingan yang terdekat. Oleh kerana mengambilkira situasi semasa ayam ini dan anak-anak reban SMk ditutup untuk jualan bagi melakukan tapisan terutama bagi induk muda.

Target SMk adalah mendapatkan satu standard agar prestasi reban SMk kekal ditahap yang baik. Semoga perancangan yang SMk lakukan dapat dipermudahkan. Aamin.

P/s: Status anak reban buat masa ini NFS.

Friday 10 August 2018

Raja Kenyir 2018


Kehadiran Title "Raja Kenyir" yang akan diadakan tidak lama lagi telah melonjakkan industri serama di Malaysia dengan lebih positif. Harga semasa ayam berpontensi juga naik mendadak sinonim dengan keghairahan para player diserata Malaysia dan negara jiran yang mulai mencari ayam-ayam berpontensi bagi pertandingan kecantikkan dan kesenian ayam serama yang paling berprestige di Malaysia.

Pertandingan ini turut mendapat liputan dan bicara dari seluruh group FB serama didunia. Ianya merupakan satu agenda perlancongan yang berjaya dalam menarik peminat serta penghobi serama dari segi penganjuran dan juga dari segi positifnya dalam bentuk promosi perlancongan kepada negeri Terengganu. Sudah pasti semasa pertandingan berlangsung, banyak foto dan video yang akan dimuat naik dimedia sosial yang lagi menambahkan kehangatan dan tumpuan peminat terhadap penganjuran Raja Kenyir. Ini akan lebih menarik lebih ramai peminat pada masa akan datang.

Jika momentum peminat lebih positif dengan penganjuran Raja Kenyir, pastinya jika lebih banyak penganjuran seumpamanya pada peringkat nasional yang turut meletakkan Title Raja bagi kejuaraan pertandingan diperingkat negeri masing-masing, pastinya sambutan akan lebih meriah dan menarik. Ini pasti dapat menaikkan taraf permainan yang klasik ini menjadi salah satu sukan tradisional yang semakin mantap dan kekal kehadapan dengan rentak yang tetap dan konsisten selari dengan kemajuan yang dikecapi Malaysia.

Oleh itu, SMk mengajak semua peminat yang berkelapangan samaada sebagai player, breeder mahupun perseorangan agar turut sama hadir bagi memeriahkan acara terbesar dan paling berprestige di Malaysia untuk Ayam Serama. Semoga usaha kita dalam memartabatkan permainan atau hobi ini sebagai salah satu wadah sukan dan promosi kepada perlancongan negara akan berjaya hendaknya. Aamin.

SMk

Sold Out



Welcome to Serama Mania World. Semalam sahabat kita ini membeli anak serama dari reban SMk untuk tujuan sebagai hobi katanya.

Semoga semakin bertambah peminat serama di Sarawak khususnya dan Malaysia amnya.

SMk

Wednesday 8 August 2018

Terkini, Jual Beli dan ect


Semalam SMk telah mula melakukan latihan untuk beberapa ekor ayam secara komprehensif dengan dimulai oleh DirtyAryan Jr dan FireKencana serta berberapa ekor anak ayam yang berpontensi untuk pertandingan.

Sambil melayan kerenah ayam, SMk turut dihujani dengan beberapa panggilan, WhatApp dan Messenger bertanya tentang anak ayam untuk dibeli. Buat masa sekarang, SMk hanya akan mendahulukan penempah yang awal dan masih berminat dengan tempahannya. Jika penempah permulaan gagal meneruskan proses jualbeli maka selepas itu, ayam tersebut akan dijual secara open di FB SMk dengan istilah. siapa dahulu yang menghubungi SMk dan melakukan pembayaran maka orang itu SMk akan dahulukan. Tetapi apa yang lebih penting, SMk seorang yang menepati janji, oleh itu, SMk akan mendahulukan penempah yang pertama terlebih dahulu.

Pertandingan ayam serama anjuran PKKASK dijangka akan diadakan sekitar awal September, oleh itu SMk akan lebih menumpukan dan memberi perhatian khusus kepada latihan ayam berpontensi untuk dibawa ke bon akan datang. Reban SMk sekarang, telah memasuki proses upgrading level for Breeding, oleh itu SMk agak kekurangan ayam game kerana sebelum ini, banyak ayam yang berpontensi telah dilepaskan kepada peminat ayam serama di Sarawak stelah tapisan ke 5 dilakukan.

Namun demikian, sekitar Oktober dan November tahun ini, SMk menjangkakan jumlah anak tetasan reban akan mulai bertambah dengan kemasukkan induk muda didalam breeding program disamping pengunaan induk kandang sedia ada. Penambahan ini sememangnya perlu dilakukan bagi membolehkan SMk mencapai tahap F3 untuk 89% baka yang ada direban SMk. Ini kerana, SMk tidak melakukan crossing secara luar kawal. Crossing jika ada dilakukan, ianya dilakukan secara terkawal dan hanya melibatkan pembaka seperti DirtyAryan dan BOTB saja. Manakala pembaka lain masih didalam program asal masing-masing.



SMk


Sunday 5 August 2018

Inkubator



Kali ini Inkubator SMk semakin sarat dengan isi. Ini kerana, banyak induk muda yang baru pertama kali bertelur digunakan untuk breeding bagi masa ini. Oleh itu, jumlah telur menang dianggarkan akan meningkat berikutan induk yang masih belajar betelur dan mengeram.

Selepas musim ini, barulah SMk akan memasukkan induk kandang bagi proses breeding. Apa yang penting, kesempatan ini digunakan SMk untuk melakukan proses isolation induk kandang agar lebih bersedia untuk breeding dimana ianya lebih gemul dan didalam kondisi yang sihat.

Line Ara


Second batch line Ara ini semakin positif dan nampak sudah nampak cutingnya. Setakat ini nampak seperti anak betina, namun untuk kepastian kita tunggu sehingga 2 atau 3 minggu lagi.

SMk

Sri Salak


Sri Salak semakin positif dengan gaya yang turut mula nampak jelas ketika diletakkan diatas meja. Sepanjang minggu ini, Sri Salak sangat galak berkokok namun masih belum berkibas tetapi telah memberi respon yang positif kepada keadaan sekelilingnya.


Sebenarnya Sri Salak telah dibooking oleh seorang peminat serama yang baru, namun beliau meminta tempoh sehingga 8hb Ogos bagi merialisasikan impiannya memiliki anak reban dari SMk ini. Bagi SMk, jika ada rezeki beliau maka boleh saja bertukar tuan, jika tidak ada rezeki pun tidak apa, kerana bagi pihak SMk, SMk juga boleh meneruskan pengasuhan anak ini sehingga dewasa.

Ini kerana, SMk mendapati anak-anak yang SMk lepaskan kepada peminat baru kebanyakkannya gagal mencapai usia dewasa mungkin kerana kekurangan pengalaman pemilik barunya dalam penjagaan dan melatih ayam tersebut. Oleh itu, SMk lebih senang jika SMk memelihara anak-anak ini dan hanya dilepaskan pada peringkat remaja keatas. Ini lebih meningkatkan peluang untuk anak-anak reban SMk dibawa ke bon dan dimaksimakan prestasinya disamping dapat mencapai usia remaja keatas.

SMk