Saturday 31 December 2016

Selamat Tahun Baru 2017



SMk mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru buat semua sahabat, follower dan pembaca blog Serama Malaysia Ku.

Peluang ini juga, SMk memohon ampun dan maaf jika ada tersalah bahasa didalam berkarya dibidang serama ini. Semoga kita mulai dengan langkah dan semangat yang baru untuk tahun baru yang mendatang.

Untuk tahun 2017, SMk akan terus menghantar ayam-ayam terbaik jika bekesempatan dan apabila sampai waktunya iaitu selepas hari Raya Puasa nanti SMk akan menumpukan breeding secara maksima di kampung nanti.

Semoga harapan dan hasrat SMk tercapai dan usaha SMk dipermudahkan. Amin.

Pembaka Reban 2017


Inilah pembaka reban yang SMk akan gunakan untuk baki 6 bulan SMk berada di Kuantan Pahang ini. Kebanyakkan anak-anak yang terhasil ini nanti terutama anak betina akan SMk hantar ke Reban SMk diKampung Halaman SMk. Ini kerana SMk lebih fokus untuk memperbanyakkan anak-anak betina bagi memaksimakan product di Reban SMk di Bandar Baru Semariang. 

Semoga segalanya berjalan lancar. Untuk Rekod kedua-dua Pembaka dan Induk ini telah dimasukkan bersama-sama dengan pasangan masing-masing bermula semalam bertarikh 30/12/2016.

SMk

Anak A (Reban SMk Kuantan)


2 ekor anak A milik SMk, iaitu seekor A dari reban Pok Syed yang dinamakan SriBertam dan seekor anak A Fire yang masih tiada bernama. Sepanjang tempoh ini sehingga bulan 6 nanti SMk cuma mempunyai masa pada sebelah petang dan sabtu ahad untuk bermain dengan serama kerana sebelah pagi SMk berada di Bengkel kawan SMk untuk kursus peralihan.

Anak ini SMk akan jaga sebaik mungkin dan akan dilatih untuk game. Jika sempat SMk akan membawa anak-anak ini ke game sementara menunggu shipment yang seterusnya ke Reban SMk di kampung halaman.

SMk

Wednesday 28 December 2016

MiszCN235


Setelah semua ayam yang sampai diReban SMk di kampung sampai dan dikuarantinkan ayam-ayam ini telah divaksinasikan dan diberi ubat-ubatan yang berkaitan semoga terus sihat dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca disana.

Kemungkinan hujung minggu nanti semua ayam-ayam ini akan dihantar ke Rumah Aman Apm (adik SMk) bagi diletakkan direban SMk. Terima kasih juga SMk ucapkan kepada adik-adik SMk atas bantuan mereka didalam menjaga ayam-ayam milik SMk disana sementara menunggu SMk menetap dikampung halaman.

SMk

Tempat lepak baru bagi Geng Tegar Kuantan


Seperti yang dirancangkan oleh ahli group whatapps Kelab Serama Kuantan, dipersetujui bahawa tempat pertemuan mingguan akan diadakan di Taman Shahzan berdekatan dengan perumahan tempat tinggal Asraf Serama Kuantan.

Alhamdulillah, untuk perjumpaan kali ini ahli yang datang lepak dan sembang menikmati hobi yang sama ialah Asraf Serama Kuantan, Rizal Fahamee, Apis Pasir Mas, Lang Merbau dan SMk sendiri. Pada perjumpaan ini juga, SMk telah melihat ada 2 ekor ayam remaja yang berkualiti dan mempunyai potensi yang amat baik di meja game iaitu ayam milik Rizal Fahamee dan Apis Pasir Mas. Semoga ayam tersebut terus dijaga dengan baik dan boleh diketengahkan dipertandingan yang akan datang.

SMk

Tuesday 27 December 2016

Fire di Kuantan



Fire direban Zack @ Serama Hiro pun mula bertelur dengan FireVirachoca menjadi pembaka utama.

Semoga berhasil dan positif, terutama bila dimasukkan dengan MiszIced.

SMk

Monday 26 December 2016

Anak pertama Godic Jr di Sarawak

Anak tetasan dari Reban SMk ini nampaknya semakin positif dan harapan SMk adalah agar anak mula ini, biarlah kedua-duanya jantina betina berbanding jantan kerana mudah bagi SMk untuk merancang breeding program bagi aliran darah Godic.

SMk

Kualiti Game

Remaja jantan ini semakin positif dibawah jagaan adik SMk iaitu Aman Apm. Ayam ini akan siap remaja dalam tempoh sekitar 2 atau 3 minggu mendatang. Namun SMk lebih yakin remaja ini akan nampak lebih cantik bergaya apabila memasuki kategori Muda keatas.

Betina harapan SMk ini adalah adik beradik kepada betina yang dimiliki Azman Nain, semoga ayam ini boleh bertelur dengan baik dan meneruskan legasi Fire di Reban SMk di Bandar Baru Semariang. Betina inijika dilatih selalu diatas meja boleh dijadikan ayam game. Tetapi SMk lebih memerlukan anak dari menjadikannya seekor ayam game.

SMk

FireSharp Di Reban Azman Nain Kota Belud


Alhamdulillah ada perkabaran yang positif sejak FireSharp berhijrah di negeri bawah bayu hampir sebulan yang lalu. Maklumat dari pemilik barunya, betina sudah mulai bertelur teratur dan hanya menunggu tempoh masa untuk mengeram.

SMk juga dengan ini mengesahkan Reban Azman Nain merupakan satu-satunya reban di Sabah yang membawa bloodlines Fire disana. Di kebelakangan ini timbul semula cerita BPR dan anak-anaknya malahan berkaitan juga dengan Sri Palas. 

Namun, bagi pembaca blog SMk pastinya sudah maklum bahawasanya Darah Fire merupakan gabungan anak-anak reban dari anak BPR The Legend sendiri semasa dalam jagaan Krule Akmal. Anak-anak ini kebanyakkannya dibawa SMk ke Kuantan Pahang dan diasimilasikan sehingga menjadi line Fire. 

Kenapa Fire? kerana SMk tidak mahu terikat dengan BPR yang pada mulanya diakhir tangan Krule Akmal dikabarkan dijual kepada orang KL dan didapati mati sebulan dua kemudiannya. (SMk telah menawarkan untuk membeli jika dijual) Namun kuasa Allah di kabarkan BPR masih ada dan meneruskan tugas sebagai pembaka direban otai tanahair yang merupakan sahabat kepada cikgu vistana. Tetapi tidaklah SMk mengikat nama BPR sebagai kekuatan reban SMk. Oleh itu dengan langkah positif, SMk telah menjenamakannya semula dengan gelaran FIRE dan sesungguhnya rezeki itu limpah kurnia Allah maka selari dari itu banyak legasi Fire yang SMk corak semula telah diterima pakai di dunia serama dengan banyak kali juga mendapat tempat di bon-bon yang SMk kunjungi.

Oleh itu, dengan upgrade aksesori yang telah SMk lakukan sejak beberapa tahun ini, bolehlah SMk war-warkan yang SMk telah mulai menghasilkan Fire 3.0 bagi tahun 2017 nanti insya Allah.

Kebanyakkan line Fire yang SMk jual telah mewarnai arena pertandingan di Malaysia, Indonesia dan Vietnam malahan ke USA. Namun hak masing-masing si pembeli samaada hendak mengekalkan nama Fire atau menjenamakannya semula. Tidak menjadi satu asas kemestian kepada SMk.

Malahan di Pahang, walau SMk lama disini tetapi yang hendak mengekalkan nama Fire cuma Zack @ Serama Hiro di Kuantan, Fairul Raub di Raub/Lipis, di Utara tanahair iaitu reban abang Yusof Gurun masih mengekalkan nama Fire dan akhir sekali di Sabah iaitu direban Azman Nain beliau juga memaklumkan akan mengekalkan nama Fire bagi line darah asal Fire yang beliau dapat dari SMk.

SMk ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada follower SMk selama ini dan juga sahabat-sahabat yang pernah memiliki ayam-ayam dari reban SMk. Semoga ianya berjasa direban tuan-tuan selanjutnya.

SMk

Saturday 24 December 2016

Misi baru



Pada hari Jumaat semalam, SMk telah menghantar ayam ke Reban SMk di Sarawak dan tiba disana pada jam 11 pagi. Antara yang SMk hantar kali ini ialah sepasang darah Sri Pinang iaitu dari reban Pok Syed dan anak kepada ShadowRyan. Seekor ayam Remaja dari Meng KB dan Betina remaja dari line Fire 3.0.

Disamping itu, SMk juga telah membawa 3 ekor ayam iaitu sepasang dari reban Rizal Fahamee dan seekor anak tina Fire telah diberikan sebagai hadiah kepada kawan-kawan SMk disana.

Semoga ayam tersebut menjadi satu jalinan kemesraan persahabatan yang baik sepanjang masa.

SMk

Sri Bertam



Anak ni SMk baru ambil dari rumah Pok Syed Perodua sebentar tadi. Tapi sayang, kerana agak tergesa-gesa SMk tidak sempat mengabadikan gambar bersama beliau.

Anak ini SMk dapat sepasang dan memang anak jantan cantik dan memang sesuai untuk game. Tetapi SMk hanya akan gunakan pasangan ini untuk breeding program pada 2017 nanti.

SMk

Wednesday 21 December 2016

Melayan kerenah Remaja dan anak direban SMk


Tadi pagi SMk dah penat buat praktikal Top Engine dibengkel tempat SMk menjalani kursus peralihan. Ambil sedikit kesempatan dipetang hari untuk bermain dengan anak-anak remaja dan seekor anak tina SMk. 

Remaja tina dan Jantan ini, rasanya mempunyai peluang yang cerah digame bagi tahun 2017 kerana kedua-duanya mempunyai ciri-ciri ayam game. Manakala anak B betina di atas pula merupakan anak tunggal kepada FireSharp. Anak kecil ini SMk perlu pastikan ianya sihat agar boleh dihantar ke kampung halaman SMk jika ada peluangnya nanti.

SMk

Berita Gembira


Syukur alhamdulillah, induk kesayangan SMk yang telah dibawa dari reban SMk di Kuantan telah bertelur dan keadaan telur tersebut adalah dalam keadaan yang amat positif. Semoga mempunyai benih dan meluaskan lagi legasi Fire version 3.0 di Reban SMk di Sarawak nanti.

Untuk Rekod ayam ini mula bertelur pada 19/12/2016.

SMk

Thursday 15 December 2016

Reban SMk Banjir


Petang semalam Lokasi sementara Reban SMk telah dinaiki air kerana Ban ditepi sungai kampung adik SMk telah pecah dan menyebabkan beberapa buah rumah turut dimasuki air sehingga paras 2 kaki. Mujurlah adik SMk bertindak pantas dan menyelamatkan ayam-ayam SMk dan mengalihkannya di atas meja buat sementara. 

Manakala pada hari ini, SMk telah dimaklumkan yang ban pecah berkenaan telah dibaiki. Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini dan sebagai langkah berjaga-jaga, adik SMk telah membuat rak sementara bagi menempatkan sangkar-sangkar serama milik SMk.

SMk berharap kejadian ini tidak berulang lagi, kerana bukan hanya ayam SMk yang berisiko malahan kerosakan harta benda penduduk kampung juga turut menjadi perkara utama. Semoga ada juga tindakan dari pihak berkuasa tempatan bagi memastikan ban tersebut benar-benar kukuh terutama dimusim hujan dikala hujung tahun ini.

SMk

Kunjungan rakan SMk


Pada Hari Selasa malam, SMk telah dikunjungi sahabat rapat SMk dalam dunia serama di Kuantan, iaitu Zack Serama Hiro dan Apis Serama Pasir mas. Seperti biasa ada banyak perkara yang menjadi tajuk bualan, disamping melihat koleksi rakan-rakan SMk bagi tapisan untuk menyertai mana-mana gama/bon yang terdekat. 

Pada waktu yang sama juga, Zack Serama Hiro telah menyerahkan Black Magic kepada SMk untuk diasuh dan dirawat. Insya Allah SMk akan melakukan yang terbaik untuk mengasuh dan merawat ayam tersebut. 


Manakala pada hari Rabu petang selepas Zohor, SMk telah dikunjungi oleh Joe dari Kpg Padang untuk bantuan bagi merawat ayam beliau yang bermasalah ekor dan belajar cara mengikat ekor ayam dengan teknik untuk merawat. Semoga ilmu yang diajar kepada Joe bermanfaat buat reban beliau dimasa akan datang.

SMk

Rezeki Godic


Alhamdulillah, 2 hari yang lepas iaitu tanggal 13 Disember 2016 telah melakarkan sejarah buat julungkalinya Baka Godic telah menetas dengan membawa 2 anak dari 3 biji telur. Seperti jangkaan anak-anaknya lebih kepada warna ibu iaitu kuning berbanding bapanya. Namun, masih terlalu awal untuk SMk menyatakan apa-apa pandangan bagi rupa bentuknya pada peringkat ini.

Maka kita akan terus memantau perkembangannya dengan rapat. Harapan SMk agar dari anak mula-mula ini, SMk boleh memperolehi banyak anak tina agar boleh menjadi pelapis reban SMk dimasa akan datang. Amin.

SMk

Tuesday 13 December 2016

Reban SMk


Update terkini reban SMk di Bandar Baru Semariang, dengan pertambahan baka-baka dari bloodline terpilih iaitu dari Baka TRW meng KB, Pok SyedPerodua, Line Zam Sp (dari pok syed) disamping Fire batch terkini.

Ayam-ayam ini akan menjadi asas baru kepada penjenamaan semula reban SMk pada tahun hadapan nanti terutama setelah bulan jun 2017.

SMk

Bloodlines Godic


Bloodline Godic dari abe lan SPDP farm juga meriah dengan baiknya. Induk ini tidak menghadapi masalah bertelur walaupun kali pertama bertelur. Ayam ini bertelur dan mengeram dengan baik. Semoga dapat mengekalkan darah dari reban asalnya di Sarawak. 

SMk

FireSharp di Negeri Bawah Bayu


Seperti janji yang telah SMk ungkapkan kepada sahabat SMk dari Kota Belud Sabah iaitu Azman Nain, FireSharp, SriArchaya dan seekor tina muda telah SMk serahkan seperti yang telah dimeterai. Semoga kehadiran baka Fire disana dapat memeriahkan lagi suasana berserama di Sabah yang sememangnya meriah. 

SMk

Baja Haiwan / EM


SMk juga telah membuat bancuhan EM bagi pemgunaan apabila SMk balik ke Sarawak nanti. Bancuhan ini adalah kali pertama SMk lakukan di Kuching Sarawak. Semoga ianya berjaya dan boleh digunapakai apabila tiba waktunya nanti.

SMk

FireSpring12 3/12/2016


Pembaka Utama SMk di Sarawak, berdarah Fire. Pembaka ini SMk gunakan untuk mendapatkan banyak betina-betina bagi program breeding seterusnya. Setakat ini SMk telah memperolehi 4 Induk dan 4 Jantan dari FireSpring12 ini dengan induk MiszA400m.

SMk

Pertandingan Ayam Serama & Ramah Tamah peminat Serama Sarawak

Alhamdulillah, kali ini SMk telah berjaya menganjurkan satu bon mini untuk dijadikan pemangkin lepada lebih banyak bon anjuran Kelab Pencinta Unggas dan GBBs di masa akan datang. Walaupun SMk hanya mempunyai 14 hari sahaja di Sarawak tetapi pada 3hb Disember 2016 terlakar sejarah penganjuran game buat pertama kalinya diadakan di Bandar Baru Semariang, sejak kali terakhir diadakan sekitar tahun 2000 di Tapak Semariang di Simpang traffic light.

Acara yang SMk adakan kali ini hanya 2 kategori iaitu Ayam tercantik dan Raja Kibas.


Sambutannya boleh SMk katakan agak meriah dengan melihat kepada keluasan Sarawak yang besar dan amat bersesuaian dengan bon Mini yang SMk anjurkan. Kualiti ayam-ayam yang hadir dalam penyertaan juga amat positif dan mempunyai satu halatuju yang baik di masa hadapan.

Pemenang pada hari tersebut ialah:

Ayam Tercantik dimenangi oleh Paul dari Serian

Raja Kibas Bandar Baru Semariang dimenangi oleh Eppy Mazlan dari Sg Bedaun


Insya Allah, SMk akan adakan pertandingan dengan kekerapan 1 kali sebulan atau 2 bulan sekali apabila telah kembali menetap di Kuching Sarawak nanti.

Keseluruhannya, SMk amat berpuas hati dengan Pertandingan dan Ramah Tamah tersebut.

SMk