Saturday 29 August 2020

Update Reban

 Sedikit update tentang reban serama SMk, buat masa ini Pembaka Muda yang diasuh menjadi pembaka nampaknya berhasil dan keputusannya sangat positif. Semoga terus positif bagi reban SMk.


Update mengenai anak reban bagi projek pencarian pelapis pembaka juga nampaknya berjalan dengan baik. Untuk kali ini, SMk dapat rasakan SMk sudah dapat penganti kepada line yang SMk perlukan. Apa yang penting anak-anak ini diharapkan terus sihat dan membesar dengan baik. 



Induk mengeram setakat ini adalah sebanyak 8 ekor induk, dan kalau mengikut apa yang telah dirancangkan, pada bulan sepetember ini, SMk akan mula menerima banyak anak-anak reban baru SMk jika diizinkan Allah. 

Buat masa sekarang juga, SMk memiliki seekor pelapis pembaka Ara yang SMk kira dah muali masuk remaja tidak lama lagi. Insya Allah jika ada kesempatan, SMk akan update mengenai palapis ara tersebut nanti. 

SMk

Friday 28 August 2020

Tanya Jawab Ayam Serama 28/8/2020

 


Hari ini SMk telah membuat satu rakaman video bagi sesi Tanya Jawab tentang ayam serama dengan mengunakan Mic yang disambungkan dengan S8 SMk. Namun, bagi SMk sendiri ianya agak mengecewakan dari segi audio berbanding semasa rakaman dilakukan dengan Nikon Coolpix SMk. 

Mic digunapakai kali ini adalah bagi penambahbaikan dan mengambilkira input pengunjung Youtube SMk yang mengatakan suara video tidak jelas. 

Oleh itu, bagi video yang akan datang SMk akan cuba membuat satu sudut khas bagi segmen video Youtube SMk berbanding sebelum ini. Rakaman sebelum ini adalah dirakam didalam reban Ayam Serama, oleh itu bagi video yang akan datang, SMk akan setup satu sudut diluar reban SMk bagi tujuan rakaman video Youtube SMk. 

Semoga apa yang dirancangkan ini dipermudahkan dan diizinkan Allah s.w.t hendaknya. Aamin.

SMk

Sunday 23 August 2020

Tanya Jawab Ayam Serama "Training Ayam Serama"

 


Alhamdulillah, hari ini SMk berpeluang menjawab soalan sahabat SMk berkenaan tentang melatih atau latihan ayam serama dan cara yang terbaik bagi melakukannya, juga perkara yang tidak boleh sama sekali dilakukan semasa melatih ayam serama. 

Semoga video diatas dapat membantu sedikit sebanyak dan memberi pencerahan yang sewajarnya kepada peminat ayam serama sekalian. Jika ada apa-apa persoalan bolehlah dimajukan diruangan komen, Insya Allah SMk akan menjawabnya sebaik mungkin berdasarkan pengalaman SMk. 

SMk

Tuesday 11 August 2020

Tanya Jawab Ayam Serama 11/8/2020

 


Alhamdulillah, hari ini SMk sempat berkongi jawapan bagi sesi Tanya Jawab di akaun Youtube SMk. Soalan yang ditanyakan tidak banyak, hanya dua soalan, semoga jawapan serta pandangan yang dikongsikan dapat menjadi rujukan dan panduan kepada mereka yang memerlukannya. 

SMk

Sunday 9 August 2020

Sahabat SMk Nak Tumpang Breed

 SMk telah menyediakan 2 bilik breeding untuk ayam betina dari sahabat SMk yang berhasrat hendak meninggalkan induknya agar di pairkan dengan salah satu pembaka SMk. SMk telah berjanji dengannya agar menghantarkan betina tersebut pada hari ini iaitu ahad (selepas Hari Raya Haji). 

Apa yang penting SMk dah siapkan, jadi atau tidak itu terpulanglah kepada sahabat Smk itu sendiri. Ini kerana sekarang SMk sendiri memang memberi penumpuan untuk breeding ayam serama berbanding melatih ayam game. 

Kita just wait and see latter. Hope, everthing will  be allright. 

SMk

Jualan Di Tutup

 

Sebelum ini SMk telah membuat keputusan untuk menutup jualan ayam serama direban SMk bagi memberi laluan kepada pencarian ayam pembaka di reban SMk. Bagi tempoh kritikal ini, SMk telah melipatgandakan projek breeding yang sedia ada berhasil memperolehi 6 ekor anak ayam sepanjang tempoh PKP yang lalu. 

Namun dengan jumlah yang ada itu, ianya masih belum mencukupi bagi SMk mengantikan pembaka reban yang sedia ada. Oleh itu, jualan ayam serama akan terus ditutup sehingga segalanya menampakkan impak yang lebih konsisten. Setakat ini, SMk telah berjaya mendapat pelapis bagi line Fire, Ryan Pok Syed, Limau Purut, Mahizan Mohamad dan Meng KB. 

Usaha dan penumpuan perlu diberikan kepada line yang lain selepas ini bagi mendapatkan pelapis pembaka yang lebih seimbang. Bulan hadapan juga, SMk akan mula memasukkan Kotak Brooder bagi memudahkan induk menjaga anak2 ayam yang sedia ada. Manakala, susun atur reban juga akan diatur semula bagi membanyakkan pengcahayaan direban kearah yang yang lebih maksima. 

Semua ini akan SMk lakukan berperingkat mulai minggu ini. Semoga segalanya akan berjalan lancar dan dipermudahkan. Aamin. 

Susah payah hanya seorang breeder saja yang mengetahunya, namun kearah impian, tetap kita gagahi ke hadapan tanpa mengira gejolak ranjau dan duri didepan. yang penting kita tidak menganiayai orang dan usaha sendiri, pasti ada kejayaan dari izin Allah. 

SMk



Thursday 6 August 2020

Tanya Jawab - Ayam Serama 6/8/2020



Sesi Tanya Jawab Soalan berkenaan ayam serama, soalan agak banyak kerana SMk tidak menjawab soalan dari rakan sahabat sejak Hari Raya Haji. Alhamdulillah, hari ini SMk berpeluang untuk menjawab semua soalan yang tertangguh. Semoga segala pendapat yang SMk kongsikan dapat memberi pencerahan kepada sahabat-sahabat. 

SMk