Wednesday 22 April 2020

Ayam Serama ONLine Contest Philipines


Alhamdulillah SMk telah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan untuk menjadi pengadil bagi pertandingan ayam serama online anjuran Philipines Serama Nation (PRN) pada 22 April 2020. Apa yang penting adalah hobi berserama terus mendapat sambutan diseluruh dunia. 


SMk turut diberi sijil penghargaan sebagai cenderahati dari pihak jawatankuasa PRN. Insya Allah sijil ini akan SMk letakkan direban bersama-sama dengan sijil pengadilan yang ada. Ianya satu pengalaman yang sangat menarik ditambah dapat berkenalan dengan lebih banyak rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama.

SMk

Tuesday 21 April 2020

Pertandingan Ayam Serama ONLiNE Filipina


Ulasan pengadil bagi pertandingan Ayam Serama ONLiNE Filipina yang berlangsung 20 April 2020. Alhamdulillah, SMk telah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik. Semoga peminat disana terus maju jaya,. Aamin.

SMk

Saturday 18 April 2020

Pertandingan Ayam Serama ONLiNE siri 4/2020


Pertandingan Ayam Serama Siri 4/2020 telah berjaya dianjurkan pada 16 April 2020. Alhamdulillah semakin mendapat sambutan dan lebih banyak peserta dari negara luar turut menyertainya. Otai Serama dari Malaysia telah mula turut serta dengan ayam berkualiti.

Setakat ini, SMk amat berpuasa hati dengan sambutan yang diberikan dan sedikit sebanyak dapat memeriahkan suasana berhobi ayam serama di musim PKP ini. Semoga bertambah peminat ayam serama yang akan mengikuti pertandingan ONLiNE ini.

SMk

Monday 13 April 2020

Ada Pertanyaan Tentang Penganjuran Game Serama Online.


Ada beberapa pertanyaan dan cadangan kepada SMk berkenaan dengan bab penganjuran pertandingan ayam serama online yang SMk anjurkan pada setiap hari khamis di musim PKP ini.

Soalannya adalah seperti berikut :

1. Kenapa tidak ada hadiah?

2. Yuran kenapa tidak di kutip?

3. Kenapa game ini dianjurkan sebenarnya tuan?

Menjawab soalan diatas, SMk menjawab bergini...

Bagi soalan pertama, Hadiah tidak disediakan kerana tiada peruntukkan khas disediakan oleh mana-mana individu mahupun organisasi malahan persatuan serama. Ianya adalah adalah atas initiatif SMk sendiri yang tidak membabitkan mana-mana pihak lain. SMk menguruskan semua dari pendaftaran, penerimaan video, penilaian, perkiraan jumlah mata skema, dan pengumuman. 

Soalan kedua pula, semasa SMk mengumumkan untuk mengadakan pertandingan ONLINE pada mulanya SMk mengenakan bayaran RM5.00 namun sambutan amat kurang sehingga SMk akhirnya telah menukarkan syarat pertandingan dan tema pertandingan kepada satu pertandingan yang lebih santai tanpa yuran tanpa hadiah. Alasan yang dinyatakan peserta kebanyakkan adalah sukar untuk melakukan transaksi di mesin ATM walaupun bagi SMk, sebenarnya boleh sahaja kalau nak lakukan transaksi bank secara online. Namun, SMk lebih berfikiran terbuka dan tidak memikirkan perkara sebegitu sebagai masalah utama. Oleh itu, penganjuran secara happy-happy adalah jalan yang terbaik.

Untuk soalan ketiga, Pertandingan ini diadakan adalah supaya ianya dapat sedikit sebanyak membantu untuk memeriahkan hobi berserama dan bakal menjadi satu aktiviti bagi peminat serama sepanjang PKP yang tengah dikuatkuasakan pada ketika ini. Persiapan video memerlukan peserta berada dirumah masing-masing maka itu turut membantu peminat serama agar kekal dirumah.

Semoga dengan adanya usaha yang SMk lakukan ini, harapan SMk, kuranglah ayam-ayam game yang telah siap sebelum ini dari dijadikan pembaka reban atau jika tidak bernasib baik, disembelih pada musim ini. 

Semoga penyakit Covid 19 cepat hilang dari muka bumi ini, Aamin.

SMk

Pertandingan Ayam Serama ONLiNE

Pertandingan minggu ni..
Peminat dah ready?


Pertandingan Serama Yak Yey Yak Yey 4/2020
Utk minggu ni, saya akan paparkan nama pemenang 123 dan 30% dari nama yang layak.
Yuran tiada
Hadiah tiada
Utk happy2..
Keputusan skema saya tak upload bg mengelakkan kontroversi, cuma nama pemenang akan diumumkan, manakala video ayam yang Juara akan diupload bersama-sama keputusan setiap kategori.
Video mesti video baru, sepanjang 30 saat. (ayam yang pernah ikut pertandingan boleh join semula asalkan video baru dan berbeza dengan video yang dihantar sebelum ini). Video tersebut mestilah tidak diupload di FB melainkan dihantar ke Whatapps SMk sahaja.
Upload video hari khamis 16 April 2020, jam 8 pagi hingga 5 petang.
Hantar video tuan2 kepada saya melalui link whatapps dibawah :
Kategori
Anak A (berdasarkan ciri2)
Anak B (berdasarkan ciri2)
Betina
Remaja
Muda
Ayam A + Ayam B
ATL

Pertandingan ini adalah terbuka kpd semua dimana saja anda berada.
Tujuan adalah utk berserama sepanjang musim PKP.
Harap maklum.
Stay at home.

SMk

Saturday 11 April 2020

Pertandingan Ayam Serama ONLiNE

Salam sahabat, agak lama juga SMk tidak mengemaskini blog kesayangan SMk ini kerana kekangan masa dan masalah laptop SMk yang agak menghantui SMk akhir-akhir ini. 

Namun, dengan kesempatan yang ada, SMk cuba untuk menulis semula secara aktif dalam penulisan atau sebagai blogger ayam serama semula.

Malaysia dan seluruh dunia sekarang telah dilanda penyakit berjangkit bertaraf pendemic iaitu Corona Virus atau sekarang telah dipanggil dengan nama khusus iaitu Convid 19. Penularan penyakit ini telah menyebabkan kerajaan Malaysia menguatkuasakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk rakyatnya. Oleh itu pertandingan ayam serama, atau apa-apa aktiviti berkumpulan adalah dilarang sama sekali.

Oleh itu, SMk telah mengadakan satu iniatif untuk mengadakan pertandingan ayam serama secara online bagi semua warga FB dimana jua mereka berada dengan tiada yuran dikenakan. Syaratnya juga mudah iaitu, peserta cuma perlu upload satu video pendek sepanjang 30 saat ke whatapps SMk mengikut kategori yang disertai pada khamis setiap minggu PKP. 

Pemenang akan diumumkan pada hari yang sama dan video juara akan diupload di FB dan Youtube milik SMk sebagai satu ganjaran kepada pemenang. Setakat ini sambutan adalah mengalakkan dengan jumlah penyertaan hampir kepada seratus penyertaan iaitu dari beberapa negara luar seperti Myanmar, Thailand, Filipina, Indonesia, Negara Arab,  Negara Eropah dan USA disamping Malaysia.

Setakat hari ini, pertandingan ini telah memasuki siri yang ketiga. Semoga usaha yang SMk lakukan ini dapat membantu untuk peminat ayam serama berasa tidak kosong apabila terlalu lama dirumah. Ini kerana pengisian ini dapat menyibukkan para peserta dengan aktiviti yang positif.


Video diatas adalah video pertandingan Ayam Serama Online siri 3/2020 yang lalu. Insya Allah khamis akan datang SMk akan mengadakan siri ke-4 insya Allah.

Pemenang Siri 01/2020 adalah seperti berikut :

Senarai pemenang adalah seperti berikut :
Serama Remaja
Juara Raizal
kedua Bobby
Ketiga Indra

Serama Muda
Juara Wan GMB
Kedua Nasir GMB
Ketiga Eko S

Serama A+B
Juara Indra
Kedua Raizal
Ketiga Patrick Lim

Serama ATL
Juara Raizal
Kedua Raizal
Ketiga Agus Puta


Pemenang Siri 02/2020

Anak A
Juara Eko S
Kedua Patrick Lim
Ketiga Zack Tjc
Ke4 Kyaw

Anak B
Juara Vincent
Kedua Agus Puta
Ketiga Kyaw
Ke 4 Zack Tjc

Serama Remaja
Juara S Indra
kedua Bobby
Ketiga Calvin
Ke 4 Jebon Kuantan
Ke 5 Asri

Betina
Juara Asri
Kedua Indra
Ketiga Zian
Ke 4 Habib

Serama Muda
Juara Wahab (M2)
Kedua Wahab (M4)
Ketiga Serama Sri Labuk
Ke 4 Vincent
Ke 5 Zian
Ke 6 Aziz
Ke 7 Man Bird
Ke 8 Moses
Ke 9 Erry Putra @ Pak
Ke 10 Man Bird

Serama A+B
Juara Moh Syaifudin
Kedua Aziz
Ketiga Man Bird
Ke 4 Zack Tjc

Serama ATL
Juara Vincent
Kedua Zack Tjc
Ketiga Junai
Ke 4 Najib


Pemenang siri 3/2020
kategori Anak A 
Juara Zack Tjc
Naib Juara Arziz Arm
Ketiga Indra S


kategori Anak B 
Juara Wilson Kong
Naib Juara Zali Kuantan
Ketiga GMB
Ke6 Arziz Arm


kategori Remaja 
Juara Jebon Kuantan
Naib Juara Arziz Arm
Ketiga Bobby


kategori Muda 
Juara Abdul Wahab M7
Naib Juara Abdul Wahab M6
Ketiga Arziz
Ke4 Serama X
Ke5 Zack Tjc
Ke6 Joe Burgner
Ke7 Rosli Semera
Ke8 Arziz
Ke9 Habib


kategori Betina 
Juara Zali Kuantan
Ke4 Abdul Wahab
Ke6 Cikgu Kamri Jali
Ke7 Habib P5
Ke8 Habib P4


kategori ATL 
Juara Zack Tjc
Naib Juara Amzah Jon
Ketiga Abdul Wahab
Ke4 Serama X


kategori Ayam A+B 
Juara GMB
Naib Juara Arziz
Ketiga Eko S
Ke4 Asri Pelangi


SMk