Monday 25 March 2019

Pertandingan Virtual Online Serama USA


Sejak seminggu yang lepas, SMk agak sibuk dengan pengadilan pertandingan Virtual Online Serama anjuran Club Serama USA. Pertandingan ini diadakan untuk suka-suka bagi kalangan ahli club tersebut.

Usaha untuk memeriahkan aktiviti dikalangan peminat serama adalah sesuatu yang amat baik dan positif sekali. Oleh itu, SMk amat menyokong serta membantu pihak berkenaan dalam menjayakannya, sebagai pengadil. Semoga usaha seumpana ini akan terus berlangsung dan bertambah peminat serta pesertanya. Terima kasih juga SMk ucapkan kepada Adrian kerana menjemput SMk untuk mengadili pertandingan tersebut.

SMk

Sunday 24 March 2019

Anak DirtyAryan


Anak tunggal kepada ibu Puteri Santubong telah mula nampak cuting yang menarik. Cuma jantinanya masih menjadi persoalan kerana masih kurang jelas. SMk sendiri beberapa kali tersilap kerana menyangka bebrapa ekor anak jantan dalam batch yang lepas sebagai betina. Apabila membesar ke anak C maka jantina lebih jelas dan ini terjadi kerana mutakhir ini, anak-anak jantan direban SMk semakin halus balungnya dan ini membuatkan kesukaran dalam menentukan jantina anak reban. Kita akan dapat pasti setelah dua atau tiga minggu kehadapan.

SMk

Pertanyaan kepada SMk


Sejak petang semalam hingga hari ini SMk diajukan dengan beberapa persoalan. Solan-soalannya adalah seperti berikut :

1. SMk ada jual ayam ke Sabah? Boleh jualkan sepasang? Kalau boleh nak betina remaja ke atas boleh tak? 

2. Baju yang SMk buat tempoh hari masih ada stok?

3. Macam mana set up reban terbaik? bagi mengelakkan isi reban bermasalah seperti monyok dan sebagainya?

Makanya, jawapan SMk ialah seperti berikut :

1. Baka reban SMk memang ada dah kat sabah, Jika ada urusan jualbeli SMk cuma sediakan ayam, manakala pembeli menguruskan kotak dan penghantaran. SMk lebih suka menjual jantan dari betina kerana untuk makluman, SMk menjual betina adalah mahal harganya berbanding jantan. Seekor betina remaja keatas tidak mengira cuting adalah berharga 1.5K keatas. Tetapi seboleh-bolehnya, SMk nasihatkan belilah ayam serama dari breeder lain berbanding SMk. Kerana SMk menjual serama dengan harga yang agak tinggi sebab SMk lebih rasa sayang kepadanya berbanding nilai ringgit yang ditawarkan.

2. Baju yang SMk tempah tempohari telah habis kesemuanya, ada beberapa helai yang masih menunggu penempahnya untuk mengambil baju tersebut. Jadi kepada yang berminat hendak mendapatkan baju tersebut, SMk boleh uruskan, cuma warnanya nanti akan lain sebab baju asalnya adalah baju yang ditempah khusus. 

3. Set Up reban terbaik adalah, memastikan pencahayaan dan pengudaraan didalam reban yang mencukupi dan tidak terlalu gelap dan terlindung. Kedudukan reban juga sebaiknya adalah menghadap matahari jatuh atau jika reban terbabit adalah didalam bilik khas, maka pengunaan lampu mungkin lebih sesuai bagi setiap petak didalam reban.

SMk

Semakin Positif


Semakin positif, seperti yang dirancangkan pada awal tahun ini SMk telah berjaya menyimpan beberapa ekor anak reban bagi tujuan pelapis pembaka bagi tahun 2020. Tiga ekor jantan ini akan SMk simpan direban dan tidak akan dilepaskan jika harga yang ditawarkan terlalu biasa-biasa bossku. Hahaha... 


Manakala bagi Puteri Santubong, SMk telah membuat keputusan untuk memasukkannya dan adik beradiknya engan pembaka reban sebagai permulaan projek breeding disamping sebagai pendedahan kepadanya untuk lebih bersedia sebagai induk kandang.


Pada masa yang sama, SMk mendapati adik kepada Puteri Santubong iaitu dari batch kedua telah mencapai usia anak B ke anak C. Maka selepas ini, bolehlah SMk bermain dengannya selalu bagi mengantikan Puteri Santubong yang telah mulai dimasukkan dengan pejantan reban. Anak ini, SMk namakan sebagai Puteri Salak.

SMk

Thursday 14 March 2019

Semakin Meriah

Syukur Alhamdulillah. Itu memang perlu SMk lafazkan atas nikmat rezeki yang Allah kurniakan. Aamin.

Minggu ini reban SMk ditahap aktif dan sangat progresif dimana proses breeding telah dijalankan dengan maksima. Hasilnya 6 induk menjaga anak bawah 3 minggu, 9 reban breeding in progress dan 10 ekor induk mengeram.

2 ekor induk mengeram yang baru SMk alih sebentar tadi adalah induk A17 dan A15 iaitu pasangan kepada DirtyAryan dan Mr69. Seperti yang SMk pernah nyatakan sebelum ini, kali ini SMk akan menyimpan anak-anak batch ini untuk dijadikan pelapis bagi reban SMk untuk tahun 2020.

SMk berharap ianya akan tercapai, dengan tumpuan dan fokus yang betul, SMk amat yakin penambahan bagi pelapis reban ini akan mudah dicapai dengan jayanya.

Mungkin dalam tempoh terdekat, SMk akan mengusahakan membina beberapa reban tambahan yang lebih fokus kepada training bagi ayam serama yang berpontensi.

SMk lebih fokus untuk menghasilkan serama berkualiti tinggi dan mempunyai potensi untuk digunakan sebagai ayam serama pertandingan.

SMk

Pertandingan Ayam Serama di Sarawak


Alhamdulillah, dengan berkat usaha dan kerjasama ahli PKKASKS yang komited dan bersemangat maka rancangan untuk mengadakan pertandingan buat kali pertama bagi tahun 2019 berjaya juga dirancang.

Semoga perancangan ini akan menjadi kenyataan dan menjadi satu aura positif yang akan memangkin PKKASKS kearah lebih cemerlang dan ceria dengan pelbagai aktiviti sepanjang tahun, insya Allah.

SMk

Saturday 2 March 2019

Fire


Hari ini SMk bawa keluar pembaka Fire ni keluar reban sekejap untuk masukkan pasir baru dan pasangan baru. Pasangannya sebelum ini telah masuk mengeram semalam.

Semoga dengan pasir baru, bekas mengeram baru dan pasangan baru. Akan lebih banyak anak-anaknya untuk kali ini.

SMk

Induk bawa anak

Pasangan DirtyAryan kali ini membawa seekor anak yang nampak sihat dan cergas. Mengharapkan agar anaknya kali ini adalah jantan. Ibu ini juga adalah ibu kepada Puteri Santubong yang SMk pos artikel tentangnya diblog ini juga. Nampak biasa, tetapi siapa sangka anak-anaknya sangat cantik dan bercuting semulajadi. Misteri serama Mania.


Induk ini pula adalah dari reban Mahizan Mohammad atau Jang Botak Terengganu. Induk bersaiz A ini tidak mempunyai masalah untuk dipasangkan dengan pasangannya yang juga dari mahizan walaupun saiz induk adalah sangat kecil. Induk yang dijaga rapi dan dari baka yang baik tidak akan mempunyai masalah untuk bertelur, mengeram mahupun menjaga anak.

Semua induk SMk diberi ruang untuk menjaga anak-anaknya sehingga induk tersebut benar-benar nak breeding semula, maka tika itu barulah induk diasingkan dan dimasukkan kedalam breeding program.


Induk ini pula adalah pasangan kepada DirtyAryan Jr yang juga menurunkan anak dengan baik sekali. Anaknya kali ini juga turut nampak positif dan sihat.

Semua anak-anak ini akan SMk simpan direban sebagai pelapis pembaka untuk tahun 2020, terutama betina.

SMk

Semakin Positif


Alhamdulillah Serama di Sarawak semakin meriah dengan adanya usaha yang berterusan dari pihak peminat serama untuk membawa masuk ayam serama ke Sarawak. Walaupun pelbagai cara seperti bawa telur pun dikira satu usaha yang champion dalam mewarnai dunia serama di Sarawak.

Maka disitu, terselahlah kesukaran bagi peminat serama untuk mendapat ayam serama yang baik kualitinya. Maka tidaklah peminat sewenang-wenangnya memelihara serama mengikut kehendak hati mereka. Maka pastinya, peminat serama akan lebih menghargainya selepas ini.

Bagi SMk, perkembangan positif ini ada baiknya. Ini kerana selepas ini, SMk tidak akan melepaskan serama dengan mudah lagi kerana mengambil kira SMk telah membantu sahabat-sahabat SMk dengan baka yang baik dari reban SMk. Selepas ini, jika dilepaskan pun, SMk tidak akan melepaskan dengan harga yang murah. Ini SMk perjelasakan secara jelasnya, terutama bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan betina atau induk dari reban SMk.

Sebab utamanya adalah, ayam-ayam yang SMk lepaskan sebelum ini kebanyakkannya tidak dinyatakan secara jelas ayam tersebut asalnya dari reban SMk oleh pemilik barunya berbanding dengan ayam-ayam lain yang diposkan di group whatapps tertentu baka asal dari reban asal ayam tersebut senantiasa disebut. Bukan SMk berkira bab itu, sejak dari dulu SMk tidak pernah berkira, tetapi bila selalu SMk melihat perkara itu, maka tau lah SMk bahawa sudah tiba masanya terputus hubungan ayam tersebut dengan reban SMk oleh tuan-tuan barunya.

Oleh yang sedemikian, selepas ini harga ayam dari reban SMk akan dijual dengan harga standard kembali dan jika ada potensi game akan dijual pada harga 1K keatas. Jika terputus ayam tersebut dengan reban SMk, pastinya SMk tidak kisah sana sekali.

Oleh itu, perkembangan positif peminat membawa serama masuk ke Sarawak adalah sangat baik, SMk tidak lagi terasa bersalah jika tidak menjual serama, kerana banyak pilihan bagi pembeli. Ini boleh memberikan ruang kepada SMk menumpukan untuk memberi lebih masa bagi melatih ayam-ayam berpontensi game yang berkualiti.

SMk

Friday 1 March 2019

Update Reban


Alhamdulillah, induk baru yang telah dipasangkan dengan DirtyAryan Jr telah bertelur sebiji pada pagi tadi. Ini merupakan satu berita yang amat baik sekali. 

Manakala, induk yang telah menetas dari DirtyAryan Jr semakin positif dengan adanya pertumbuhan bulu sayap yang pertama telah kelihatan. Anaknya kali ini sebanyak tiga ekor dan untuk kali ini, SMk akan mulai menyimpan batch ini direban SMk tanpa mengira jantina. 

Ini perlu dilakukan bagi mengekalkan dan meneruskan bloodline ini direban SMk. 

SMk

Benar telahan ku

Banyak pengalaman SMk main ayam serama, dan apa saja mainan, taktik malahan tingkahlaku pemain, breeder dan sebagainya telah SMk ketahui.

Oleh itu, betullah apa yang SMk teka di dalam hati sebelum ini. Pasti ada sebab dan musababnya atas sesuatu perkara dan tingkahlaku orang.

Apapun, SMk selalu positif dan setelah mengetahui sebab perkara ini, maka SMk simpulkan begini. Roda selalunya berpusing,-pusing selagi ianya bergelar roda.

Serama tetap hobiku.. dan pemberi kepuasan bagiku. Kalau ada yang nak beli itu bonus, kalau tak ada orang beli, lagi baik sebab boleh diabadikan dan dirasai nikmat persembahannya untuk pemiliknya. Yang paling penting jangan kita memaksa orang mengikut kehendak kita.. reban masing-masing, pastinya ikut acuan dan kehendak masing-masing. 🤣

SMk