Saturday 26 August 2017

New Bloodlines



Alhamdulillah.. selamat tiba dirumah SMk di Semariang Aman. Package kali ini terdiri dari seekor Muda bebas jarum, Remaja game, 2 ekor betina yang dah siap untuk breeding dan 2 ekor remaja betina yang masih anak C.

Cuma seekor anak C tersebut agak kurang sihat. Mungkin agak terkejut dan tidak dapat menyesuaikan diri sepanjang penghantaran. Tempoh perjalanan kali ini mengambil masa lebih dari 15 hari.

Ayam ini akan SMk tempatkan dirumah SMk sendiri untuk memberi lebih tumpuan kepada penjagaan dan latihan.

Insya Allah minggu hadapan SMk akan menumpukan masa yang ada untuk membuat 2 atau 3 reban bagi kegunaan ayam SMk dirumah.

Sunday 20 August 2017

Pertandingan Ayam Serama di Kedah


SMk

Ayam Zali Kuantan



Kemungkinan besar ayam ini adalah ayam yang terakhir yang akan mendapat sentuhan SMk di Semenanjung dan Pahang khususnya. Ini kerana mengambilkira keadaan SMk sekarang yang dalam peralihan ke kampung halaman SMk. 


Alhamdulillah ayam ini lekat saguhati di Bon Terengganu semalam. Jumlah penyertaan ayam Muda dimaklumkan melebihi 50 ekor. Aksesori tidak dipotong dan dalam keadaan yang amat baik. 

Secara khususnya dengan
Gaya 22
Tubuh 12.5
Ekor 12
Sayap 6
Kepala/Balung 8
Warna 6.5
Bulu 4
Kaki 4
Jumlah keseluruhan 75

Keputusan Saguhati.

SMk mengucapkan tahniah kepada zali dan sahabat SMk dari Kuantan yang hadir ke Bon Terengganu semalam. Pada pandangan SMk ayam ini akan lebih kedepan dan amat berpontensi digame akan datang apabila mengambilkira keadaan ayam yang baru masuk Muda. Ayam ini akan lebih stabil apabila masuk Muda Sepenuhnya.

SMk

Saturday 19 August 2017

Persiapan Ayam



Alhamdulillah, semalam SMk dapat membantu zali dan rizal menyiapkan ayam untuk bon ganu pada hari ini 19/8/2017. Ayam ini di saloon untuk membolehkannya main kategori Muda. SMk telah menyiapkan ekor dan sayap bagi ayam ini. Cuma SMk berharap agar balung ayam ini sempat tegak dengan baik bagi mendapat markah yang baik bagi koloum kepala/balung.



Apa-apa pun SMk mengucapkan tahniah kerana pergi ke bon pada hari ini dan semoga kawan-kawan SMk ini beroleh kejayaan. Amin ya rabbal alamin.

Thursday 17 August 2017

Sangkar Game



Oleh kerana semasa di Sarawak pada peetengahan bulan lepas SMk menghadapi kesukaran mencari sangkar game maka kali ini SMk telah membeli 5 sangkar game buka atas untuk digunakan di Sarawak.

SMk membeli sangkar ini di Kedai PetShop Jalan Besar Kuantan dengan harga RM53 satu. Kalau mengikut harga asalnya RM58 satu.

SMk memilih semuanya berwarna putih kerana mudah dipadankan dengan kain sangkar walaupun dengan pelbagai warna.

Wednesday 16 August 2017

Pertandingan Ayam Serama di Kelantan


SMk

Pertandingan Mingguan Ayam Serama di Kelantan


SMk

Pertandingan ayam serama dan perlaksanaannya


Pertandingan ayam serama selalunya dijalankan oleh pihak persatuan serama di Malaysia mengikut skema dan perundangan pihak persatuan masing-masing. Tetapi kebanyakkannya telah mengikut standard penganjuran di seluruh Malaysia, pihak penganjur akan melayan peserta sama rata tanpa mengira ahli atau bukan ahli kerana semuanya pada asasnya dinilai oleh pengadil yang bertugas yang dilantik.

Oleh itu, apabila peserta membayar yuran pertandingan dia mempunyai hak yang perlu dijaga oleh pihak penganjur atau persatuan yang menganjurkan pertandingan tersebut.

Sebagai contoh, untuk mendaftar dikategori mana itu adalah hak peserta tetapi perlu diingat, bagi menjaga peserta maka nasihat yang sewajarnya disediakan di meja daftar. Dimana jika ada keraguan samada pihak petugas daftar atau peserta mereka boleh bertanya kepada pengadil yang akan mengadili kategori yang hendak disertai oleh peserta tersebut untuk mendapat pengesahan.

Selalu yang menjadi salah faham sama ada dari pihak penganjur mahupun dipihak peserta adalah apabila markah yang diberi pengadil adalah sama pada skema keputusan yang dipaparkan. Apabila ini berlaku, kemenangan kedudukan akan dikira dari ruangan koloum dari kiri iaitu gaya, tubuh dan seterusnya hingga ke kanan untuk melihat perbezaan markah. Jika ada perbezaan didapati maka yang lebih itu akan dapat markah tertinggi. Jika terjadi semua sama dari kiri hingga ke kanan sampai warna, bulu, kaki sama malahan jumlah keseluruhan juga sama. Maka disini penimbangan akan dilakukan. Penimbangan dilakukan sebagai step paling akhir sekali jika semuanya sama.

Namun demikian, jika timbangan dilakukan juga didapati sama maka kedua-dua ayam yang sama ini akan dinaik atas meja satu-satu dan dinilai semula gaya dan tubuhnya. Tetapi kejadian seperti ini amat jarang sekali berlaku, kerana lazimnya setiap ekor ayam berbeza dan mempunyai ciri-ciri yang nyata berbeza.

Sungguh pelik jika ada penganjuran dilakukan dan jika sama markah, siapa yang daftar terlebih dahulu adalah dikira pemenang atau tertinggi matanya. Maka keputusan seperti ini sungguh dangkal sekali dan tidak berlaku adil kepada peserta yang telah membayar yuran. Tambah lagi jika nombor permulaan telah dikhususkan untuk peserta tertentu.

 Oleh itu, sebagai rujukan dan perundangan dalam permainan ayam serama,  jika ingin menganjurkan pertandingan, maka perlulah memahami dulu undang-undangnya. Jika hendak membuat undang-undang baru, sila nyatakan secara jelas didalam poster atau banner terlebih dahulu. Jika tidak dimaklumkan pada banner dan poster maka peserta mempunyai hak untuk mempertikai apa yang dirasakannya kurang jelas. Sesungguhnya apa yang dicatatkan didalam blog SMk adalah paduan yang terkini sehingga catatan ini ditulis dan dilakukan oleh seluruh persatuan serama yang berada di Malaysia. 

SMk

Sunday 6 August 2017

Pertandingan Ayam Serama di Putrajaya



Untuk pertandingan kali 4 yang dianjurkan oleh team KKSKS kali ini diperkenalkan kategori baru iaitu anak Super A.



Ini sesuatu perkembangan yang positif bagi dunia serama mania di Malaysia kerana telah lama penambahan kategori tidak dilakukan. Maka dengan adanya penambahan kategori ini, pastinya dapat menarik lebih ramai peminat dan menambah jumlah penyertaan.

SMk mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur, semoga acara ini akan berlangsung dengan jayanya.

SMk

Tuesday 1 August 2017

Fire650



Fire650 merupakan generasi Fire terkini di reban SMk. Ianya akan dijadikan backup kepada pembaka yang ada iaitu FireSpring12.

Induk-induk muda akan mula dipilih untuk meneruskan program breeding yang dirangka.

Insya Allah semuanya akan disusun atur semula sekitar pada bulan september nanti.

SMk