Tuesday 31 October 2017

EM yang telah AKtif


Setelah dieram maka hari ini ianya telah boleh dituai dan digunakan semula. EM ini merupakan EM aktif (ibu) yang boleh digunakan untuk campuran kepada minuman ayam serama. Ini bagi memberikan kesihatan yang optimum kepada ayam dan ayam juga menjadi lebih segar dan aktif, Sekarang dengan adanya EM ini dikampung halaman SMk maka reban SMk akan lebih menjadi produktif insya Allah.

SMk

Pameran Ayam Serama di Garage Sale Satok


Pada 28 dan 29 Oktober 2017, SMk telah terlibat dengan pihak Ranting Muda Hashim Satok dalam menjayakan aktiviti mereka iaitu Garage Sale Satok, Kuching. SMk telah membuka booth pameran Ayam Serama ditapak yang telah disediakan oleh mereka.

Sepanjang pameran, SMK dibantu rapat oleh Aman Apm dan beberapa ahli PKKASK seperti Malek, Sapari, Mely, Cikgu Shharin dan saudara Akub.

Pada hari pertama kunjungan dari warga setempat amat mengalakkan dengan segala macam pertanyaan, tidak kurang juga yang mengambil peluang ini untuk bergambar dan berselfie dengan ayam serama yang terkecil di dunia ini.


Disini juga SMk mendapati ramai kanak-kanak sangat suka dengan serama dan turut mempengaruhi ibu bapa mereka untuk turut berkunjung ke booth pameran ayam serama. Ianya telah mengalakkan kedatangan sekali gus menjadi wardah rekreasi yang sangat bermanfaat bersama keluarga mereka.

Pada hari kedua SMk didatangi oleh kebanyakkan pengunjung dari hari pertama yang lebih berminat dan ada yang mula membeli ayam serama yang telah SMk sediakan bagi jualan. Impak pameran ini sangat besar kerana SMk boleh mendekati masyarakat secara rapat dan memberi pendedahan mengenai serama secara langsung.

SMk sangat berpuashati dengan hasil yang diperolehi dan jika ada lagi peluang selepas ini, pastinya SMk akan melakukan sesuatu yang lebih menarik lagi.

SMk

Friday 20 October 2017

Ori atau tak ori

Ada kawan-kawan bertanya kepada SMk..
Apa pandangan abg man tentang ayam ori atau bukan ori?



Jawab SMk

1. Hak masing-masing, SMk tidak pernah menghalang kawan SMk main ori atau nak saloon atau tidak ori. Sebab dunia serama tidak besar mana. Alik-alik orang itu juga. Apa yang penting jangan berpecah.. perlu satu hati.

2. Cuma jika perlu modifikasi kepada ayam, buat dirumah jangan dibon secara terbuka. Terutama balung.. jangan tunjuk dimedia sosial dan media arus perdana. Kita banyak group FB tertutup.. post disitu sudah memadai itu pun jika difikirkan perlu.

3. Jika ayam ada masalah rusuk atau apa-apa yang lebih bahaya.. minor surgery perlu dilakukan bagi membantu ayam tersebut sihat berbanding dari terus sakit dan tersiksa.

4. Nak ubah sesuatu yg lazim boleh.. tetapi kene berhemah jangan lawan arus dan provok orang, silap-silap tidak kemana.

5. Sebab kite main serama nak berkawan. Mana ada orang main serama nak main ayam seorang diri? Lain jadinya kalau terjadi bergitu. Sekurang-kurangnya mesti dengan famili atau bersama seorang dua kawan.

Itu jawapan yang SMk berikan kepada si bertanya. Yg penting SMk sentiasa positif demi menaikkan nama serama. Jangan jatuhkan serta pecahbelahkan perpaduan dalam dunia serama. Kita perlu mempertahankan Ayam Serama sebagai sebuah industri dan itu sentiasa perkara pokok dan keutamaan. SMk akan lebih kepada arah positif untuk dunia serama. Serama Mania.

SMk

Wednesday 18 October 2017

Pembaka Rinting


Pembaka Rinting SMk sekarang telah dijadikan pembaka bagi menguatkan aliran rinting direban SMk. Ayam ini bertubuh tinggi dan jenis rajin dan agak bergaya. SMk akan menantikan hasil breeding ayam ini dalam tempoh dua bulan yang akan datang. Insya Allah.

SMk

Tetasan Inkubator


Tetasan dari Inkubator SMk bermula pada 13 Oktober 2017. Tiga ekor anak pertama ini adalah anak dari Induk Reban Mahizan Mohamad @ Jang Botak. Selepas itu pada 16hb diikuti oleh seekor anak dari Bloodline Godic. Bagi membezakan anak-anak ini, SMk telah menandakan anak Godic Jr dengan warna merah dikepala bagi memudahkan pemantauan dilakukan.

SMk

Pertandingan Ayam Serama di Kelantan



Anjuran PERSEK

SMk

Sunday 8 October 2017

Reban Almari No3


Pada reban ini, SMk menempatkan Pembaka-pembaka muda milik SMk dan dipasangkan dengan pasangan masing-masing. Antaranya ialah pembaka line Godic iaitu anak kepada Godic Jurnior milik SMk. Anak muda yang dijadikan pembaka ini SMk namakan sebagai Godic Alpha dan Godic Bravo.

Selain itu, didalam reban ini turut diletakkan Pembaka Muda yang diperolehi dari Pok Syed dan dinamakan sebagai Ryan Junior. Pada 2 pintu terakhir dibawah ditempatkan FireBlade dan Pembaka Muda Fire 2.0.

Setakat ini, SMk telah berhasil mendapatkan beberapa telur yang SMk masukkan kedalam Inkubator bagi mengelakkan kerosakkan kepada telur. 

SMk

Acara BOTB Bon Penang


BOTB telah dimenangi oleh ayam kategori Muda milik Man Serama dan Raqid Penang.

SMk

Telur Serama


Masya Allah, Telur ini telah menampakkan kuasa Allah s.w.t. Sesungguhnya jika Allah berkehendak akan kehidupan pasti mudah baginya, Terima kasih Allah kerana sentiasa mengingatkan aku akan dikau didalam apa jua yang aku lakukan. Sesungguhnya aku amat malu dan takut kepada kasih sayang mu terhadap aku. Semoga aku boleh menjadi hamba mu yang dikau redhai. Amin.

Telur batch ini, akan mula menetas pada awal pertengahan bulan ini, setakat ini hampir 80% dari isi inkubator telah mempunyai jalinan kehidupan pada telur-telur tersebut, Semoga semuanya sihat dan menjadi peluru buat SMk. Amin.

SMk

Monday 2 October 2017

Pertandingan Ayam Serama Piala YB Alwa bin Idris di Pesta Simunjan


Sekitar kunjungan YB Alwa bin Idris ke Pertandingan Ayam Serama di Pesta Simunjan pada 1 Oktober 2017. 


Dikesempatan tersebut juga, SMk berpeluang memberi sedikit Informasi Asas mengenai serama kepada YB Alwa. Beliau nampak sungguh berminat dengan sukan rakyat tersebut, bagi SMk ianya merupakan satu titik positif kepada hubungan pemimpin dan rakyat yang mesra.


Syukur Alhamdulillah juga FireCroc dan King650 yang dibawa Aman Apm adik SMk telah mendapat tempat kedua dan Johan bagi kategori Remaja/Muda pada hari tersebut dengan mata bagi Gaya tertinggi dan sungguh puas hati melihat gayanya semasa di Meja Pengadilan bagi kategori tersebut.


FireCrock juga layak menyertai acara BOTB kerana menjuarai kategori Remaja/Muda namun terpaksa mengalah dengan ayam lawan yang lebih matang dan berumur iaitu ayam Juara dari kategori ATL pada hari tersebut. Ayam ATL memperoleh 2 undi manakala FireCrock cuma memperolehi satu undi. Tetapi SMk masih optunis kerana FireCrock masih muda dan mempunyai peluang yang lebih banyak di Bon akan datang nanti.


Latihan Malam sebelum FireCrock menjejaki kakinya ke Bon baut pertama kali iaitu di Bon Simunjan. 


King650 pada malam sebelum game. Sebenarnya King650 masih belum sihat sepenuhnya selepas diserang puru namun semakin baik. Semoga selepas menjalani rawatan yang intensif dirumah SMk King650 akan sembuh sepenuhnya. Amin.

SMk

Pertandingan Ayam Serama di Kelantan


Pertandingan ini di adakan di G Orange Kota Bharu pada 30 September 2017 anjuran PERSIK Kelantan. Pemenang BOTB adalah ayam milik Tan Bun Hin bernama Dewata. Tahniah kepada pemenang dan penganjur pertandingan tersebut.

SMk