Friday 29 September 2017

Wednesday 27 September 2017

Juara Kategori Ayam Serama Remaja/Muda


Tarikh 24 September 2017
Bon Sadong Jaya
Rezeki Amir SMk Jr
King650 Juara Kategori Remaja/Muda
Fire650 Naib Juara Kategori Ayam Tanpa Lawi (ATL)
Bonanza bernilai RM30.00



SMk

Monday 25 September 2017

Pertandingan Ayam Serama di Selangor



SMk

Sedikit Informasi kepada VIP



Semalam SMk sempat memberi sedikit penjelasan mengenai keunikan dan penilaian markah tentang ayam serama kepada VIP yang hadir.

Semoga usaha PKKASK dan sedikit ilmu yang SMk curahkan kepada persatuan ini dan ahlinya dapat melestarikan permainan ayam serama ini di Sarawak dengan lebih meriah.

Sunday 24 September 2017

Pertandingan Ayam Serama di Sarawak

Keputusan Bon Pemanas Badan Sadong Jaya.
Jumlah penyertaan: 50 penyertaan

Kategori betina
Johan- En. Ibi
N. Johan- En. Ridzhuan
Ketiga - En. Johari

Kategori anak b
Johan- En. Paul
N. Johan- En. Hamzah
Ketiga - En. Paul

Kategori mda/remaja
Johan- En. Amir@smk
N. Johan- En. Johari
Ketiga - En. Zian

Kategori ABs
Johan- En. Johari
N. Johan- En. Amir@ smk
Ketiga - En. Johari

Kategori betina
Johan- En. Ibi
N. Johan- En. Ridzhuan
Ketiga - En. Johari

Terima kasih kepada yg berhormat dato Sri Hjh. Nancy p.200 batang sadong, yb ir Adiel loriwoo adun n24 sadong jaya, canselor sadong jaya dan pemuda pbb batang sadong.

Bertuah penduduk batang sadong kerana memiliki pemimpin berjiwa rakyat. Dan terima kasih kepada ajk pkkask yang bertungkus lumus menjayakkan bon kita ari tok.

Setiap perkara mst da kekurangannya. Harap maaf andai ada kelemahan dalam majlis kami tadi.

Credit to Cikgu Shahrin

Friday 22 September 2017

Pertandingan Ayam Serama di Kelantan



SMk

Breeding Program Samariang Aman



Inkubator baru SMk telah beroperasi dengan beberapa biji telur telah dimasukkan kedalamnya.

Projek ini telah berjalan sejak sebulan yang lalu dan sekarang telah mulai menunjukkan hasilnya. SMk tidak mahu menunggu terlalu lama untuk induk masuk mengeram, biar buat sementara dimasukkan kedalam inkubator dahulu. Jika ada induk yang masuk mengeram, telur ini akan dipindahkan semula kepada induk tersebut.

Sebenarnya telah lama SMk tidak mengunakan inkubator bagi tujuan tetasan. Tetapi bagi permulaan di Samariang Aman jni, SMk merasakan perlu dilakukan penjagaan telur dengan inkubator sehingga reban yang siap sampai di Samariang Aman.

SMk lebih fokus kepada line game kerana hendak melonjakkan paradigma permainan serama di Sarawak. Ianya perlu dilakukan bagi menaik taraf kualiti ayam serama yang telah sedia ada.

Semoga usaha yang SMk lakukan ini dapat menarik lebih ramai peminat serama di Sarawak amnya dan Kuching khasnya.

SMk

Tuesday 19 September 2017

Santai Pagi


Alhamdulillah, walaupun bermula dari bawah semula SMk merasakan momentum ini terus sekata dengan langkah. Setakat ini, SMk telah ada beberapa ayam yang berpontensi game walaupun hanya mengambil kira reban di Semariang Aman sahaja tanpa mengira reban yang dikampung yang diuruskan oleh adik SMk.

Kalau berterusan momentum ini menghala kehadapan, rasanya SMk berada di arah yang betul. Semoga Reban dan almari serama yang SMk tempah cepat siap agar SMk boleh menguruskan reban dengan lebih baik dan lebih efisyen.

SMk juga tengah menunggu masa yang sesuai bagi membawa inkubator di Reban B untuk dipindahkan secara tetap direban Semariang Aman agar SMk lebih memberi tumpuan kepada hasil breeding yang telah SMk jalankan sebelum ini.

SMk

Sunday 17 September 2017

King650 semakin positif


Semakin selesa dan semakin menarik. King650 semakin selesa dengan kedudukan diatas meja dengan bertambah yakin. Insya Allah pasti semakin baik. Amin.

SMk

Raja Kenyir 2017


Assalamualaikum, selamat pagi dan salam sejahtera kepada pengunjung laman blog Serama Malaysia Ku. Semalam telah tamatnya persaingan bagi peminat ayam serama di seluruh Malaysia dalam mengejar gelaran di arena paling berprestige di Malaysia iaitu gelaran Raja Serama.

Pada kali ini, ayam milik DR Fakru asuhan Mahizan (Jang Botak) telah merangkul gelaran Raja Kenyir yang diidam kan oleh peminat serama di seluruh dunia. SMK cover sedikit berkenaan ayam ini sebagai rekod yang perlu didokumentasikan bagi maklumat sahih dimasa hadapan. 

Ayam ini Juara bagi Kategori Ayam B dan merangkul BOTB seterusnya dinobatkan ayam terbaik dengan gelaran Raja Kenyir bagi 2017. Ayam ini anak kepada Rocky Zul Khafilah tetapi DR Fakru beli dari Waqie. Itu serba sedikit maklumat yang walaupun sedikit tetapi amat mahal dan bermakna kepada pencari-pencari baka yang terbaik sepanjang 2017-2018 nanti.

Tahniah kepada semua peminat serama yang hadir ke game terbesar Malaysia ini dan cuba lagi kepada yang kurang berjaya. Terima kasih juga kepada persatuan Serama Terengganu dan Ketengah atas penganjuran ini yang dapat memartabatkan seni ini sebagai satu tarikan antarabangsa.

Senarai penuh keputusan seperti yang dinyatakan oleh Jang GFour

KEPUTUSAN RAJA SERAMA TASIK KENYIR 2017
KATEGORI SERAMA A
1 018 DIN KOTA BHARU 86.5
2 021 PAK SU KB KOTA BHARU 86.5
3 017 SRI KOTA KOTA BHARU 86.0
KATEGORI SERAMA B
1 007 FAKRU SERAMA TERENGGANU 86.5
2 027 MIE KB KELANTAN 86.5
3 003 FAIZ SERAMA SELATAN JOHOR 85.5
SERAMA TANPA LAWI
1 003 FAIZ SERAMA SELATAN JOHOR 85.5
2 044 AZHAR KB KOTA BHARU 85.0
3 030 ZUL KAFILLAH KOTA BHARU 85.0
SERAMA MUDA
1 030 Abe Suh KOTA BHARU 77.5
2 039 Zam Serama Desa Aman 
77.5
3 055 POK NIK TOK GAJOH K. BHARU 77.5
SERAMA REMAJA
1 029 NUAR CHE LIJAH TERENGGANU 59.5
2 026 ABE SOH KELANTAN 59.5
3 048 SYUKUR PERLIS PERLIS 59.0
SERAMA INDUK
1 031 BUNUT SUSU (KAPAL API) KB 77.5
2 021 SRI ANUGERAH KOTA BHARU 76.5
3 009 RAJA BAHARIN K. TRG 75.0
SERAMA ANAK B
1 004 BERRI KKSKL BANGI, SELANGOR 62.5
2 032 SERAMA LUNDE KOTA BHARU 61.5
3 002 SERAMA BIRU KUNING PERLIS 61.0
KATEGORI SERAMA ANAK A
1 028 TOK JANGGUT BESUT TERENGGANU 49.0
2 026 ZAILANI BESUT 716 TERENGGANU 48.0
3 036 PAK NAN SEMUT MERAH KELANTAN 47.5
BOTB
SERAMA B - Fakru Serama

SMk

Tuesday 12 September 2017

Bantuan teknikal bagi memperbetulkan ekor ayam


En Ibi dan Zaid telah singgah dirumah SMk di Semariang Aman dengan membawa  ekor ayam. Seekor milik Zaid iaitu ayam berdarah KingSG berwarna coklat dan 2 ekor ayam milik en Ibi yang berdarah penarik becca yang didatangkan khas dari reban abe Sedi Sirhan (Bunut Susu Kelantan).

SMk telah melakukan minor operation bagi memperbetulkan kedudukan ekor ketiga-tiga ayam tersebut. Alhamdulillah selamat dan berjalan dengan lancar. Semoga ayam-ayam tersebut terus sihat dan sembuh dengan sempurna.

SMk

Pertandingan Raja Serama Tasek Kenyir 2017


SMk

Thursday 7 September 2017

Bloodline RedWarrior



Reban ini terdiri dari bloodline RedWarrior. Jantan ekor kelabu ini pernah menjuarai Bon Suka Suki Sebandi Matang yang lalu.

Induk-induk yang dipairkan adalah amtara induk balung mancis yang terbaik dari rebam SMk. Nanti ada masa kita akan buat review reban yang mempunyai jantan balung mancis bersama pasangan mereka.

SMk mengharapkan hasil dari reban ini dalam tempoh 3 4 bulan nanti untuk dikhususkan sebagai ayam game bagi reban SMk.

SMk

Wednesday 6 September 2017

Bilik Breeding Bloodline Godic


Untuk kali ini, SMk membuat liputan bilik reban bloodline Godic di Seamariang Aman. Pada masa ini, ayam ini telah dimasukkan kereban sementara atau reban peralihan breeding bagi menyesuaikan induk-induk reban dengan pembaka jantan. 

Buat masa ini, bilik ini masih harmoni dan ada 2 ekor induk yang telah menampakkan potensinya untuk bertelur. Pasangan ini semua akan dikekalkan bagi meneruskan legasi bloodline ini direban SMk. Hasil breeding ini nanti akan SMk tumpukan kepada penghasilan anak game bagi reban Semariang Aman.

Semua ayam ini telah SMk berikan ubat cacing berkala dan makanan tambahan yang sewajarnya sejak seminggu ini.

SMk

Pertandingan Ayam Serama di Sarawak


Pertandingan Ayam Serama anjuran PKKASKS (GBBS) di Uptown Bilis Asajaya, Sarawak.

SMk

Pertandingan Ayam Serama di Kedah


Pertandingan Ayam Serama anjuran KSSP & PPASK

SMk

Pertandingan Ayam Serama di Kelantan


Pertandingan Ayam Serama kategori Bon Besar anjuran PERSEK.

SMk

Monday 4 September 2017

Pelapis Induk line Godic


Salah seekor induk reban (anak reban) berdarah Godic yang ada di reban SMk. Induk ini SMk asingkan kerana jika tiada aral akan SMk bawa bagi menyertai pertandingan serama di Bon Bilis Asajaya nanti.

SMk akan support game tersebut dengan menghantar wakil dari reban Semariang Aman agar menjadi lebih meriah insya Allah.

SMk

Saturday 2 September 2017

Selamat menyambut AidilAdha


SMk ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya AidilAdha bagi pengunjung serta follower setia blog Serama Malaysia Ku dan juga selamat menjalankan ibadah korban bagi mereka yang mampu.

Semalam SMk sibuk dengan keluarga kerana beraya di rumah mak ayah SMk, namun sebelah petangnya dapat juga SMk mencuri sedikit masa untuk digunakan bagi meluangkan masa bersama ayam milik SMk.

SMk

King650


Ayam ini akan SMk namakan sebagai King650, dan akan menjadi satu tambahan aliran kepada pembakaan yang ada direban Semariang Aman. Buat masa ini, ayam ini akan dilatih secara berjadual sebelum dijadikan pembaka utama reban dan akan dimasukkan dengan adik beradiknya nanti.

SMk

Penyelengaraan reban


Sepanjang minggu lepas SMk agak sibuk dengan perpindahan perabot di rumah dan juga dokumentasi pertukaran sekolah anak. Namun demikian, SMk sempat juga memberi mandi ayam serama SMk.

Nampak ada beberapa ekor ayam yang menunjukkan pontensi yang amat baik untuk game yang akan datang jika di izinkan. Selepas ini, SMk akan memulakan semula breeding program mengikut kesesuaian baka dan potensi ayam.

SMk juga akan mula menjual anak-anak reban dalam proses tersebut bagi memberi tumpuan yang sewajarnya kepada breeding program.

SMk