Sunday 24 April 2016

Trim bulu serama

Lama dah Smk post gambar ni, terutama kepada kawan-kawan diFB yang banyak bertanya tentang asas Trim bulu ayam.




Hari ni surf internet sebab nak cari maklumat pasal baka submerin. Sekali terjumpa pulak post kat atas tu. Rupanya gambar-gambar dari blog Smk yang daif ini telah menjadi rujukkan pihak antarabangsa. Semoga maklumat yang Smk kongsikan demi menaikkan kualiti Ayam Serama akan terus bermakna dan relevan bagi seluruh peminat serama. Insya Allah Smk akan terus memasukkan detail-detail mengenai serama terutama dalam pengredan Skema agar boleh menjadi rujukan kita bersama. 

Smk

Pelapis untuk Game 2016


Oleh kerana Smk telah memberi banyak tumpuan utama pada breeding dan membawa baka line Fire di Sarawak, Smk telah mengabaikan persediaan untuk game berprestige yang akan berlangsung pada bulan Mei nanti iaitu pada 21 Mei 2016. Pada tarikh ini juga dimaklumkan akan ada dua game besar iaitu Game Kedah dan Game Kenyir akan berlangsung serentak.

Seperti biasa, Smk akan menanti game mana yang menyediakan hadiah terbesar dan terbanyak seperti jumlah hamper dan sebagainya. Bukan Smk hendak mengejar hadiah, tetapi Smk suka melibatkan diri dan memberi support kepada mana-man penganjur yang membuat game paling besar. Ianya sebagai sokongan moral secara peribadi dari Smk sendiri.

Oleh itu, tanpa membuang masa, Smk berhasrat dapat mengunakan beberapa ekor anak reban seperti gambar di atas, untuk menjadi peserta mewakili Smk bagi mana-mana bon terbesar itu nanti. Besar harapan Smk untuk mengekalkan pencapaian Smk dengan Top 10 bagi kategori anak seperti tahun-tahun yang lalu. Juga jika FireSharp siap, Smk akan menurunkannya dalam kategori ABS.

Walaupun persediaan kali ini agak lambat bagi Smk berbanding persediaan tahun-tahun lepas, Smk tetap akan berusaha sedaya upaya dengan anak reban Smk sendiri. Semoga usaha Smk akan diberkati Allah.

Smk

Skala Skema Pertandingan Ayam Serama




Berikut adalah contoh rujukan penentuan bagi markah yang diberikan pada keputisan Skema Permarkahan. Mengikut apa yang dipaparkan, setiap ekor ayam yang dinilai pada sesuatu pertandingan menjadi mudah untuk diberi markah kerana ada rujukan seperti ini sebagai rujukan utama semasa mengadili ayam di tapak pertandingan bagi mengelakkan kekeliruan.

Smk

Saturday 16 April 2016

Ciri-ciri bagi Kategori Ayam Serama



ANAK A
a.    Bulu kapas masih kelihatan ditubuh dan kepala
b.    Bersuara anak (cit cit)
c.    Balung kelihatan
d.    Ekor pertama
e.    Kepala dipenuhi bulu anak
f.     Sayap anak
g.    Tubuh bersaiz kecil (anak A)
h.    Berat 100g kebawah




Anak B
a.    Bulu telah memenuhi tubuh
b.    Bersuara anak (cit..cit.. tp agak kurang berbunyi kerana telah mula tenang berbanding anak A)
c.    Ekor kedua masih tidak memenuhi masih terdapat ekor pertama sedikit atau jika telah penuh ekor kedua,  tetapi ekor anak C jika ada ini masih pendek dan tidak penuh.
d.    Kepala masih terdapat bulu roma
e.    Balung Nampak merah dan jelas
f.     Leher telah keluar bulu berwarna
g.    Tubuh bersaiz besar (Anak B)
h.    Berat 140 gram kebawah





Serama Remaja
a.    Bulu tengkuk, rambai pertama telah kelihatan
b.    Bersuara remaja (belajar berkokok dengan sempurna)
c.    Ekor anak C/remaja telah memenuhi
d.    Kepala masih terdapat kesan bulu roma
e.    Lawi tidak melebihi bulu ibu atau paras kepala
f.     Tiada taji


Serama Muda
a.    Bulu tengkuk, rambai telah memenuh tetapi tidak semua berkilat jika berkilat tidak panjang
b.    Kaki tiada taji (kalau ada cuma butir jagung)
c.    Punggung dan peha pucat(putih)
d.    Warna keseluruhan masih pudar
e.    Lawi tidak melebihi kepala dan bulu ibu
f.     Ekor remaja masih kelihatan (matang)
g.    Umur antara 5 hingga 8 bln (bergantung kpd keadaan semasa ayam)


Serama Induk
a.    Bulu berkilat
b.    Punggung merah
c.    Muka dan balung merah tidak kelihatan bulu roma dikepala
d.    Bersuara ibu
e.    Ekor telah memenuhi (ekor ketiga)
f.     Mengawan (hendak berlaki)

 
Serama A
a.    Bulu matang berkilat dan panjang termasuk leher dan rambai
b.    Bulu ekor penuh (bulu ibu 6 keatas)
c.    Bulu pengasuh memenuhi sampai bulu ke3
d.    Bulu pengasuh sama banyak kiri dan kanan
e.    Muka merah dan Nampak sihat
f.     Lawi dalam linkungan 1 ke 3.5 sahaja tidak lebih atau kurang
g.    Sayap penuh
h.    Bulu dada bersih
i.      350g ke bawah
j.      Tubuh bersaiz A (bersesuaian dengan tubuh)
k.    Balung kepala bersesuaian dengan kepala
l.      Taji lurus





Serama B
a.    Bulu matang berkilat dan panjang termasuk leher dan rambai
b.    Bulu ekor penuh (bulu ibu 6 keatas)
c.    Bulu pengasuh memenuhi sampai bulu ke3
d.    Bulu pengasuh sama banyak kiri dan kanan
e.    Muka merah dan Nampak sihat
f.     Lawi dalam linkungan 1 ke 3.5 sahaja tidak lebih atau kurang
g.    Sayap penuh
h.    Bulu dada bersih
i.      351g ke 500g
j.      Tubuh bersaiz B (bersesuaian dengan tubuh)
k.    Balung kepala bersesuaian dengan kepala
l.      Taji lurus


Serama ABS(ayam belum siap)/Tanpa Lawi
a.    Bulu matang berkilat dan panjang termasuk leher dan rambai
b.    Bulu ekor penuh (bulu ibu 6 keatas)
c.    Bulu pengasuh memenuhi sampai bulu ke3
d.    Bulu pengasuh sama banyak kiri dan kanan
e.    Muka merah dan Nampak sihat
f.     Lawi tidak melebihi panjang ekor ibu
g.    Sayap penuh
h.    Bulu dada bersih
i.      500g ke bawah
j.      Bersesuaian dengan tubuh
k.    Balung kepala bersesuaian dengan kepala
l.      Taji lurus





FireFz

FireFz dah mandi


FireFz sebelum mandi

FireFz ni sebenarnya adalah dari line VIP, dan dia pernah mendapat no 5 di Bon besar anjuran Abe Suh dan Meng dan juga dapat Naib Johan semasa diSkudai Johor. Memang ayam ni antara kesayangan Smk. Sekarang Smk hendak mengunakan FireFz semaksima mungkin bagi mengeluarkan lebih banyak VIP supaya seimbang dengan darah Anak Gajah. 

Insya Allah gabungan Anak Gajah dan VIP akan terus menghasilkan bloodline Fire yang disukai ramai. Lemak dan berkrim disukai ramai. 

Smk

Monday 11 April 2016

Kelas Ciri-ciri Kategori Ayam Serama


Alahmdulillah, kelas ciri-ciri kategori ayam serama telah berjaya dilaksanakan dan niat berkongsi ilmu telah kita perhalusi dengan perkongsian yang ikhlas sebaik mungkin. Semoga ilmu yang diperolehi boleh digunakan sebagai guideline bagi memilih ayam yang hendak dipertandingkan agar sesuai dengan kategori yang didaftar dan tidaklah terjadi lagi kesilapan mendaftar ayam atau tersilap masuk kategori.

Disamping itu, ilmu ini juga boleh digunakan sebagai guideline bagi memilih ayam terbaik (siap) bagi satu-satu kategori dan juga boleh menjadi asas kepada pemilihan ayam jika hendak membeli ayam. Ilmu ini amat berguna kepada setiap peminat ayam serama dan breeder bagi menentukan arah masing-masing dalam dunia serama. Jika player mencari ayam terbaik bergitu juga breeder mencari hasil yang terbaik, maka akhirnya semua mencari yang terbaik. Tetapi dalam menghasilkan sesuatu yang terbaik adalah satu cabaran yang perlu dilalui setiap peminat serama jika hendak bertahan didalam hobi ini kecuali bagi yang banyak duit makan tak habis. Oleh itu, ilmu amat lah kritikal bagi kita sentiasa boleh menghasilkan hasil yang terbaik.

Smk

Friday 8 April 2016

Review Pembaka


Hari ini juga Smk telah melakukan review Pembaka untuk reban Smk. Ini kerana, misi untuk ayam ke Sarawak telah berjaya dilakukan. Maka baki masa yang Smk ada disini akan Smk gunakan untuk cuba menghasilkan ayam game. Semoga sebelum balik menetap di Sarawak nanti, Smk ada ayam berkualiti game yang mungkin akan dijadikan hadiah buat PSTG sebagai tanda kenangan.

Semoga usaha Smk ini diberkati Allah dan dipermudahkan urusannya.

Smk

Kelas ciri-ciri kategori serama


Insya Allah minggu ini Smk akan mengajar kelas bertajuk Ciri-Ciri Kategori Ayam Serama. Ini adalah kelas kedua dimana, kelas pertama bertajuk Perincian Skema Permarkahan telah diajar oleh saudara pengadil PSTG kita iaitu Abdul Muin (Serama Ngayor). Oleh kerana masing-masing masih fresh dengan ilmu yang diperolehi minggu lepas, maka kita sambung dengan kelas kedua.

Mengikut perancangan, pada 30hb April 2016 nanti, pihak PSTG akan menganjurkan Kursus Pengadil anjuran Persatuan Serama Tok Gajah dengan kerjasama pihak persatuan dan pengadilan Terengganu iaitu saudara Che Wil. Semoga perancangan ini akan berjaya hendaknya.

Oleh itu pendedahan tentang skema dan ciri-ciri amatlah penting bagi memberi pendedahan awal yang sewajarnya, sebelum setiap ahli dan warga serama yang berminat mengikuti kursus ini supaya lebih mudah memahami kursus tersebut nanti. Ini merupakan persediaan oleh pihak PSTG didalam memberi peluang dan ruang kepada setiap ahli dan masyarakat yang berminat agar memiliki ilmu yang mendalam tentang serama secara teknikal.

Pada kelas ini nanti, Smk akan mendedahkan para peserta  kepada ciri-ciri bagi setiap kategori ayam serama yang selalunya dipertandingkan. Pemahaman tentang perkara ini amat kritikal kerana selalu di tapak bon atau pertandingan terdapat komplen dari pihak peserta malahan juga teguran dari pihak pengadil kerana ayam selalu salah masuk kategori. Semoga dengan adanya kelas ini akan dapat sedikit sebanyak membantu para peserta dalam menentukan kategori ayam masing-masing.

Smk

Sunday 3 April 2016

Pasangan FireSpring12 mengeram


Akhirnya Induk Misz A400M mengeram juga setelah bertelur sejak hujung Mac. Biarlah dia belajar mengeram kerana ini kali pertama dia mengeram, kalau menjadi alhamdulillah rezeki. Kalau tak menjadi kira latihan buat induk ini.

Kalau menjadi, bermakna semuanya adalah anak kepada FireSpring12. Kita tunggu dan lihat bagaimana hasilnya nanti.

Smk

Bloodline Fire


Alhamdulillah, anak-anak line Fire yang dibawa dari telur pada waktu cuti yang lepas telah membesar dengan baik. Nampak ada dua atau tiga ekor dari enam ekor tersebut adalah anak jantan. Tarikh tetasan anak-anak ini adalah pada 17 Mac 2016.

Anak tina dari batch ini akan dimasukkan semula dengan pembaka III iaitu FireSpring12 bagi memacu generasi ini dengan bloodline Fire agar menjadi dominan.

Smk

Saturday 2 April 2016

Anak baru

Setelah Smk kembali ke Kuantan, bebrapa induk telah menetas dan nampaknya rezeki kemeriahan reban Smk tetap meriah seperti biasa.



Rezeki anak-anak reban, nampaknya ada merah dan kuning untuk hasil kali ini. Ada beberapa lagi induk mula nampak masuk mengeram kembali semoga bertambahlah banyak hasilnya nanti.


FireSharp juga nampak berserabut setelah lama tidak dimandikan, kita akan mandikan lepas ini semoga bertambah bersih dan nampak lebih terurus. Kesian dia, penat-penat buat anak sampai dirinya tak terjaga.

Smk

FireChamp


Demi sebuah persahabatan, dan bagi melebarkan legasi Fire di kuantan, Smk telah memberi FireChamp kepada Pok Nep diPeramu Tanjung Lumpur. Semoga dengan adanya FireChamp ditangan beliau akan menambahkan keceriaannya pada beliau dan menjadi satu langkah untuk beliau serius dalam dunia serama di masa akan datang insya Allah.

Smk

Lawatan sahabat En. Ibi


Semasa Smk berada di kampung, Smk turut dikunjungi oleh sahabat Smk iaitu en, Ibi. Beliau adalah pemilik kepada jantan iaitu adik beradik kepada FireSpring12 Smk. Terima kasih Smk ucapkan kepada en. Ibi sebab berkunjung ke rumah ayah kita di Bandar Baru Semariang. Ini merupakan kali pertama Smk menerima kunjungan dari peminat serama di Kuching. Walaupun Smk berasal dari Sarawak, tetapi oleh kerana kebanyakkan masa Smk adalah disemananjung maka ianya menjadi sesuatu yang baru bagi Smk. Semoga pada masa akan datang Smk akan bertambah semangat dalam memelihara serama terutama apabila tiba waktu Smk berpencen nanti.

Smk

Fire's


 Alhamdulillah.... rezeki Smk mudah sekali ya Allah. Terima kasih Allah semua sekali 6 biji telur line Fire ini telah menetas dengan sihat. Kemungkinan yang last sekali ada ekor kelabu itu kemungkinan ada. Kita tunggu nanti tiba masanya.


Smk telah menyediakan brooder dengan mengunakan bekas palstik (container) dengan atasnya diletak dawai dan dipasang dengan lampu jimat elektrik jenama philip dengan 15 watt. Manakala lantai atau lapiknya Smk mengunakan karpet jenis nipis agar suhu didalam bekas tersebut tidak terlalu panas dan terlalu sejuk. apabila bulu anak-anak ini telah penuh bulu iaitu menjadi anak B siap, maka lampu tidak lagi digunakan.

Smk

Projek Smk


Inilah projek Smk untuk tahun 2017 nanti. Bloodline ini akan digunakan sebagai asas untuk pembiakan serama bagi reban Smk di kuching nanti apabila bersara. Tetapi projek ini telah berjalan awal sejak awal tahun 2016 sekarang masa dikampung pun, FireSpring12 dan induk Misz A400M ini telah mula bertelur, semoga ada hasilnya nanti. Juga telur yang dibawa dari Kuantan nanti, jika ada bertina akan dimasukkan dengan pembaka FireSpring12 supaya menjadi lebih kuat darahnya menyamai reban Smk di Kuantan agar selari.

Balik ke Sarawak

Setelah agak lama tidak balik ke kampung, Smk berkesempatan bercutu dan balik ke kampung selama seminggu. Alhamdulillah, pasangan FireSpring12 yang Smk kirim ke Sarawak pada hujung tahun lepas telah meningkat dewasa dan sedap dipandang.

Balik kali ini juga, Smk telah membawa 6 biji telur dari reban Smk di Kuantan iaitu dari line Fire bagi memeriahkan projek bagi akhir tahun 2017 nanti apabila Smk bersara.


Alhamdulillah, semua telur ini selamat dimasukkan ke dalam inkubator. Inkubator ini juga Smk telah hantar pada awal tahun ini bagi projek Smk. Sememangnya tidak mengecewakan. Terima kasih sahabat Smk iaitu syafik N9 yang membina khas inkubator buat Smk.


FireIced

Sebelum Smk bertolak ke Sarawak, Smk telah menyerahkan FireIced kepada pemilik barunya iaitu saudara Zack Zacarea dari Kuantan. Semoga ayam ini akan menjadi penambah semangat buat beliau dalam dunia serama. Insya Allah akan mudah breeding dimasa akan datang dengan mengekalkan ciri-ciri cuttingnya.

Smk