Monday 15 December 2014

Rezeki Musim Hujan

image

Ada 5 ekor induk tengah mengeram, rezeki musim-musim hujan semoga semuanya menjadi. Ada 2 ekor induk ni milik Saiful Hashim Sri Damai nak tumpang kerana dia kene pergi sabah 3 bulan. Insya Allah, akan dijaga sebaik mungkin.

Induk ada 4 ekor lagi tengah bertelur, kalau semua menjadi alamatnya kene buat reban baru.

SMk

Technorati Tags: ,

Thursday 11 December 2014

Puteri Redland



Semakin cergas.. baru 4 hari. Tapi nampak cergas dan sihat. Dari pandangan mata nampak anak-anaknya mempunyai badan yang blh tegak. Jika menjadi batch ni.. maka induk ni akan terus dimasukkan kedalam senarai breeding untuk batch yang seterusnya.

SMk

Tuesday 9 December 2014

Puteri Redland

image

Alhamdulillah menetas pada hari Ahad dengan 2 anak. Bila balik dari Game Melaka tgok balik ada 3 ekor. Syukur Alhamdulillah semoga terus hidup dan segar sehingga dewasa.

Dari segi anak nampak semua warna anaknya berwarna kekuningan, walaupun ada sedikit warna gelap di bahagian atas kepala. Rasanya lebih pada warna kuning anaknya mengikut bapa.

Kalau semua warna kuning bermakna ibu ini lebih mudah mengikut genetik bapak yang diturunkan pada anaknya. Cuma nanti perlu diperhalusi dengan melihat kondisi cutting badan, dan eksesori anak-anaknya bila besar nanti.

SMk

Tuesday 2 December 2014

Berkunjung ke Terengganu

IMG-20141126-WA0067

Alhamdulillah pada 26 Nov 2014,  sekitar jam 5 petang, SMk sempat singgah dan berkunjung ke Durian Burung iaitu ke rumah Otai serama terkenal Pok Mang (Man Dagangan).

Urusan kunjungan adalah untuk merapatkan 2 generasi lama dan baru supaya selari dan sefahaman dalam meletakkan ayam serama sebagai Produk Malaysia di peringkat dunia dimana segala skima pemarkahan perlulah merujuk Malaysia sebagai standard utama.

Apakah Kesenian dan Kecantikkan Ayam Serama?

Melalui perbincangan dan ilmu yang dicurahkan dan diperhalusi maka, pada Pok Mang.

Ayam sekarang hanya kebanyakkannya ayam jenis gaya. Apa maksudnya Ayam Gaya? Ayam Gaya disini bermaksud, apabila Steward (pengangkat ayam) meletak ayam di tengah meja. Ayam tersebut akan berjalan-jalan hingga ke tepi selalunya. Mengibas dan kemudian selam. Kelakuan ini berulang-ulangan maka ini lah dikata ayam yang ada gaya.

Apakah sudah terbaik bagi ayam itu apabila ada Gaya?

Jawapan Pok Mang belum cukup.

Disini kebanyakkannya orang lama atau lebih ramai peminat baru tidak tahu dan paham, seni dalam gaya itu sendiri ada. Tapi dimana? Sebagai contoh seorang model yang berhenti dan mengayakan baju yang dipakai, dengan kaki bersilang dan memusing badan maka itu adalah Gaya. Jadi macam mana dikatakan bergaya?

Ayam yang bergaya adalah seperti seorang model yang berhenti silang kaki (lagak agak seksi) memperagakan pakaian yang dipakai (Gaya) dan berjalan-jalan selangkah demi selangkah dengan goyangan pinggang dan gaya tangan yang lemah gemalai sambil mengayakan baju dipakai. Maka itu lah dipanggil bergaya.

Jadi, pada ayam macam mana kita hendak menilai seekor ayam itu ayam bergaya?

Ayam bergaya adalah apabila steward meletakkan ayam ditengah-tengah meja pengadil, Ayam terus bergaya dengan mengibas dan selam (jika tak selam pun tak apa yang penting pergerakkan tarik) kemudian ayam berjalan, sambil berjalan langkah satu-satu cermat dan asyik disamping menayangkan dada nya yag seksi. Ditambah goyangan kepala (getar/gegar) dan sambil tarik maksimum/selam. sampai ke satu tempat, ayam parking dan kibas serta selam lock. Itulah gaya ayam yang dikatakan sebagai seni dan diperakui sebagai ayam bergaya.

Maka apa pula di katakan sebagai Kecantikan ayam serama?

Kecantikan ayam serama di nilai dari warna, bulu yang sihat berkilat, penuh jumlah ekor mengikut kategori, balung yang mengikut skima. Ayam hendak lah mengikut skima yang telah ditetapkan baru lah cantik dimana Skima yang menentukan kemenangan atau juaranya sesekor ayam. Bukan pemilik atau kerana ayam tertentu yang menentukan skima.

Contohnya, jika ayam lempar sayap sekadar sedikit sahaja lebih dari kaki atau mata ayam lebih dari kaki sudah menentukan markah penuh kalau sayap terlebih hingga separuh itu telah lebih dari kehendak skima dan selayaknya markah di potong, bergitu juga dengan ayam selam yang matanya melebihi kedudukan kaki maka ayam ini dipotong markah. kerana ayam yang ideal itu adalah ayam yang mengikut kehendak skima permakahan Ayam Serama di bawah persatuan yang berdaftar dengan pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Nampaknya perkara ini perlu disedari setiap peminat ayam serama, barulah Ayam Serama kekal genuine di peringkat kebangsaan malahan dunia.

Disini perlu diperbetulkan, bukannya bermaksud seekor ayam itu selam ayam itu bagus. Maka perlu penilaian dan permahaman semula supaya mainan ini kekal menjadi warisan berharga Malaysia.

SMk

Technorati Tags: ,

Monday 1 December 2014

Raden Mas & Dayang Mas

image

Gambar terkini Raden Mas dan Dayang Mas ini di ambil semasa berkunjug ke rumah seorang sahabat SMk di Bukit Rangin, Kuantan.

Pada waktu ni, Raden Mas masih belum segar sepenuhnya tetapi telah diberi Ubat cacing dan ubat Tetraclore.

Alhamdulillah, sekarang selera makannya dah kembali dan nampak aktif semula. Jika berterusan, couple ini akan di bawa berjalan-jalan ke Game Melaka pada 7hb Disember 2014 bertempat di Tapak Ayam Serama Melaka.

Semoga SMk murah rezeki pada hari tersebut dan ayam-ayam SMk ini beraksi.