Tuesday 10 September 2019

Soalan tentang ayam serama

Apakah maksud ayam ada rusuk tuku?

SMk

Anak reban

Alhamdulillah dalam tempoh seminggu ini, ada beberapa ekor induk telah mentas dan membawa turun anak. 


anak DirtyAryan tiga ekor



anak PS Jr seekor 



Anak DirtyAryan Jr 



Anak FirePermana dua ekor

Untuk kali ini, SMk akan lebih fokus untuk mengasuh anak-anak ini bagi tujuan mainan SMk sendiri. Namun seperti biasa jika ada penawaran yang sesuai dengan harganya maka SMk akan lepaskan kepada mereka yang benar-benar berminat dengan produk dari reban SMk. Selepas ini, SMk tidak lagi melepaskan anak reban SMk dengan mana-mana harga kasih sayang. Ini kerana ayam serama yang berada diluar sana telah agak banyak, dan demi menjaga kualiti ayam serama yang ada, SMk akan terus menjaga asal bahan-bahan atau darah direban SMk tanpa kacukan. 

Jika ada pihak yang membeli dari reban SMk dan kemudian melakukan kacukan atau Rnd, itu adalah hak pembeli tersebut. Cumanya, SMk lebih kepada menjaga darah asal ayam serama yang SMk miliki supaya lebih terjaga kualitinya. Setakat ini, setiap tetasan direban SMk, pastinya atas izin Allah masih mengeluarkan produk serama yang cantik dan konsisten. Setiap tahun,reban SMk dapat mengeluarkan anak-anak berpontensi game sekurang-kurangnya 35 ekor bagi tempoh setahun. 

SMk

Misz Salak jr.



Alhamdulillah, tina ini SMk namakan dengan gelaran Misz Salak Jr mulai semalam dan jika jodohnya kekal bersama SMk maka ianya akan dijadikan sebagai induk kandang reban Serama Semariang Aman.

Batch ini, SMk masih simpan sepasang maka boleh dimasukkan adik beradik atau akan dimasukkan semula dengan pembaka utamanya. Insya Allah dalam tempoh 2 bulan lagi, tina ini akan matang untuk breeding. 

SMk

Sunday 8 September 2019

Pertandingan Ayam Serama di Pesta Simunjan 2019


Semalam SMk telah menjadi  juri Pertandingan  Ayam Serama di Pesta Simunjan. Pertandingan ini diadakan dua tahun sekali dan merupakan pertandingan terbesar dan berprestige bagi peringkat negeri Sarawak setakat ini.

Jumlah penyertaan pada kali ini ialah 98 ekor dan merupakan jumlah penyertaan tertinggi setakat ini bagi penganjuran pertandingan Serama dinegeri Sarawak .


Kejayaan penganjuran kali ini adalah atas usaha AJK dan Ahli yang komited dan positif dalam persediaan dan persiapan penganjuran, SMk mengucapkan tahniah dan terima kasih untuk mereka yang terlibat.

Senarai pemenang adalah seperti berikut


Acara BOTB Pesta Simunjan 2019.

SMk 

Monday 26 August 2019

Pertandingan Ayam Serama di Kedah


SMk

Bon Summer Mall 25/8/2019


Alhamdulillah, semalam SMk telah dapat menajalankan amanah yang diberikan kepada SMk sebagai seorang pengadil jemputan pada Pertandingan Kecantikkan Ayam Serama di Summer Mall anjuran pihak KPASS. Jumlah ayam kali ini agak meningkat bagi beberapa kategori dan ada peningkatan kualiti ayam yang semakin baik secara keseluruhannya.

Semoga penganjuran pertandingan pada waktu-waktu mendatang akan lebih baik lagi, insya Allah. Sebagai pengadil pada hari berkenaan SMk mengucapkan terima kasih diatas kepercayaan yang diberikan. 

SMk

Wednesday 10 July 2019

Sembang Serama


Hari ini reban SMk dikunjungi oleh sahabat serama iaitu saudara zian dari matang untuk melihat seekor anak B, sambil-sambil bersembang sahabat SMk dari PKKASKS iaitu Rosli dan Malek turut serta tiba direban SMk. Sambil melihat ayam, sempat bersembang serba sedikit berkenaan bon yang bakal dijalankan nanti pada 21 Julai 2019.


Anak B sebelah kanan gambar turut SMk lepaskan pada hari ini kepada sahabat SMk iaitu zian dari matang. Semoga ayam tersebut berjaya direban beliau nanti. Ini adalah kali kedua saudara zian mengambil ayam direban SMk, semoga menjadi ditangan beliau nanti. 

SMk

Tuesday 9 July 2019

Vaksin serama


Alhamdulillah selesai proses memberi vaksin kepada ayam serama yang junior bagi malam ini. 23 ekor untuk second stage, manakala 4 ekor untuk first time. 

Ada kawan bertanya kenapa harga ayam abang SMk jual harganya agak mahal berbanding penjual lain, jawapannya mudah SMk sebolehnya tidak menjual ayam kepada orang lain. Tetapi oleh kerana ada yang berminat maka SMk akan lepaskan jika kena dengan harganya, yang pastinya ayam yang SMk jual termasuk kos-kos perubatan seperti siap di vaksin. 

Ini kerana SMk mementingkan kesihatan dan masa depan ayam serama, oleh itu SMk melakukan sedaya upaya untuk mengelakkan reban dijangkiti penyakit sampar dan puru yang selalu melanda reban pemelihara unggas. Oleh itu, SMk hanya akan melepaskan produk yang dipastikan sihat dan dalam keadaan yang baik sebelum dibenarkan dibawa keluar dari reban. Tambahan serama dipelihara untuk pertandingan, maka ianya selalu dibawa kemana-mana oleh itu ayam yang sihat dan tidak mudah dijangkiti penyakit amat berharga.

SMk

Pertandingan Serama di Kuching (Suka Suki)


Alhamdulillah, pihak PKKASKS akan menganjurkan satu pertandingan Suka Suki Ayam serama yang akan diadakan di Semariang Aman, Kuching Sarawak pada tanggal 21 Julai 2019 bersamaan dengan hari Ahad. Ianya akan diadakan pada jam 9 pagi sehingga jam 12 tengahari dengan yuran penyertaan (rate biasa untuk suka suki) sebanyak RM5 seekor.

Tujuan penganjuran pertandingan ini adalah sebagai satu aktiviti pemanas badan bagi pemain serama sebelum pertandingan besar iaitu pada bulan Ogos dan September nanti. Peserta boleh mengambil peluang ini untuk menyiapkan serama masing-masing sebagai persediaan awal. Semoga penganjuran ini akan mendapat sambutan dari peminat serama di seluruh Sarawak.

Semua peminat serama diseluruh Sarawak dan sekitarnya dijemput hadir. Sekian, terima kasih.

SMk

Pertanyaan Serama - Induk Tidak Bertelur


Soalan berbunyi 'Macam mana cara untuk mengatasi masalah induk tidak mahu bertelur setelah semusim / satu pusingan'?

Jawapan SMk
Perlu diselidiki sejarah untuk pusingan bertelur kali pertama, adakah induk tersebut bertelur normal setiap hari atau selang beberapa hari seterusnya menyumbang kepada lambatnya tempoh masuk mengeram? atau adakah induk tersebut mengeram melebihi tempoh masa 21 hari? 

Jika jawapannya adalah salah satu seperti diatas, maka memang sedikit sebanyak akan menyumbang kepada masalah induk putus bertelur atau kita kata terdapat gangguan pusingan kesuburan yang disebabkan oleh kekurangan nutrisi badan induk oleh faktor-faktor seperti diatas tadi.

Sebagai langkah rawatan, apa yang perlu kita lakukan adalah dengan mengasing induk tersebut dari pembaka jantan, diberi makan minum sebanyak yang mungkin dan suppliment vitamin tertentu bagi menambahkan berat induk kepada berat yang ideal untuk proses breeding dilakukan semula. Tempoh masa rawatan mungkin hanya seminggu atau berbulan bergantung kepada kondisi kesihatan induk tersebut. Pada pengalaman SMk, jika dirawat dan dengan penjagaan yang betul induk sebegini akan pulih dalam keadaan normal semula selepas 4 minggu.

SMk

Monday 8 July 2019

Pertanyaan serama - anak serama lemah dan mati


 Pertanyaan pertama, apakah makanan untuk anak yang baru menetas?
SMk memberi makan anak ayam seperti mana diet ayam dewasa iaitu campuran dedak 201 dan jagung C. 

Pertanyaan kedua, anak menjadi lemah dan mati setelah beberapa jam diasingkan dari induk selepas menetas. Apakah penyebabnya?  Bagi SMk, sebaiknya anak tidak diasingkan dari ibu. Jika baru menetas, dibiarkan dahulu 3 atau 4 hari jika hendak diasingkan juga. Jika diasingkan dari induk dan diganti sistem penjagaan mengunakan lampu, pastikan anak ayam sudah pandai minum air jika tidak, anak ayam akan menjadi lemah dihydrate dan seterusnya mati jika tidak mendapat air yang secukupnya ditambah dengan kepanasan dari lampu yang telah dipasang. 

SMk

Sunday 7 July 2019

Sold


Alhamdulillah, seekor serama telah bertukar tangan, semoga berjasa pada tuan baru dan memberi semangat kepada peminat baru untuk terus memeriahkan dunia serama di Sarawak.


Alhamdulillah selamat diserahkan kepada tuan barunya. Terima kasih. 

SMk

Pertanyaan Serama - Syampu Serama


Pertanyaan hari ini, Apakah Syampu terbaik untuk serama? 

Jawapan mudah SMk adalah, jenama syampu jenis apa pun tak penting, tetapi perkara yang penting adalah pastikan kebersihan reban dan beri mandi serama anda secara berkala dan konsisten. Jangan ayam dibiarkan tidak mandi terlalu lama dan reban tidak dibersihkan dari kutu hama dan sebagainya. 

Selain serama yang perlu dimandikan selalu, reban juga perlu selalu dibersihan dan dicuci dengan campuran dettol dan sebagainya bagi memastikan keadaan reban yang sihat dan bebas dari kuman. 

SMk

Saturday 6 July 2019

Pertanyaan Serama - Induk Monyok nak bertelur


Masalah induk monyok atau bertelur sangkut? 

Pada SMk perlu dipastikan dahulu, betulkah ada telur yang mengeras hingga tak boleh keluar dari punggung induk? Cara memastikan ada telur mudah saja, hanya ramas pada kulit luaran dan tekan pelahan-lahan dan cuba rasakan ada rasa keras seperti telur atau tidak? Biasanya bagi peminat unggas, pasti biasa dapat mengesan dengan mudah. 

Jika dipastikan memang ada telur yang lekat maka induk boleh diberi minum sedikit minyak bijan atau olive oil, dengan kekerapan sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Insya Allah akan berjaya, apa pun semuanya atas izin Allah. 

Perlu juga dipastikan induk menjadi sedemikian juga mungkin berpunca dimasukkan dengan pejantan yang terlalu kuat memanjat betina. Jika itu halnya, maka induk harus diasingkan dari pejantan tersebut bagi mengelakkan keadaan yang lebih teruk. 

SMk.

Pertanyaan Serama - Ayam sesak nafas dan batuk


SMk telah ditanya, apakah ubat yang sesuai untuk ayam yang sakit bernafas dan batuk?

Pada SMk, ada beberapa perkara perlu diperhalusi antaranya:

a) Adakah ayam tersebut berlendir dan selsema? Lendir perlu dibuang dengan mengunakan bulu ayam dimasukkan kedalam leher ayam, diulang sehingga lendir dibuang semuanya.

b) Adakah suhu badan ayam tersebut agak panas? Pil panadol untuk kanak-kanak juga boleh diberi kepada ayam serama jika suhu badan ayam serama tersebut terlalu panas. Dosage ubatnya perlulah diberi 1/4 pil untuk ayam serama dewasa. Kunyit yang ditumbuk dan digentel gentel sebesar pil kecil pun boleh diberi kepada serama bagi mengurangkan panas badannya.

c) Selera makan dan keaktifannya bagaimana? Untuk mengembalikan seleranya, sebaiknya ayam turut diberi makan ubat cacing apabila ayam telah segar sedikit dari demam. 

Ubat untuk penyakit sebegini pada serama  boleh dirawat dengan memberi 3ml air merah SK Champion setiap hari atau memberi sebiji pil Tetraclhore setiap hari sehingga sembuh. Namun ubat yang terbaik adalah vaccine kerana ianya membina daya tahan unggas terhadap penyakit. 

SMk

Pertanyaan Serama - Ulat dalam jagung


Tengahari ini, SMk ditanya berkenaan apakah boleh makanan ayam serama seperti jagung yg ada ulat dalamnya, apakah boleh diberikan kepada serama?

Jawapan SMk, bab ulat itu tiada masalah kerana ianya boleh menjadi sumber protein kepada serama. Tetapi yang menjadi masalah utama adalah apabila ulat banyak didalam jagung teesebut dan berak didalamnya. Maka jika ulat tersebut terlalu banyak, makanan seperti jagung itu pastinya turut tercemar. Maka pada pandangan SMk, adalah lebih baik jika makanan tersebut tidak diberikan kepada serama, namun boleh diberikan kepada unggas lain yang lebih mempunyai daya tahan yang lebih baik.

SMk

Pertanyaan peminat Serama - Inkubator


Bagi menjawab pertanyaan tersebut, SMk memang telah lama mengunakan Inkubator sebagai back up pengeraman serama khasnya dan unggas amnya. Namun apa yang peminat perlu tahu ialah jika mengunakan inkubator pertama sekali alatan elektronik didalam inkubator mestilah dari jenis yang tahan lasak dan bukan jenama murah. 

Ini kerana bagi sesuatu inkubator untuk berfungsi dengan baik, alatan elektroniknya mestilah berfungsi dengan betul. Apa yang berlaku ialah kebanyakan penguna inkubator tidak mengambil berat akan alatan dalaman inkubator mereka. 

Satu lagi perkara yang perlu diketahui bagi pengeraman, selain suhu yang betul, kadar kelembapan didalam inkubator juga harus didalam kadar yang betul. Semestinya perkara bergini memberi effect kepada kadar tetasan telur.

Sekarang agak mudah untuk mendapatkan inkubator yang baik dari online, cuma SMk lebih suka mengunakan Inkubator berjenis tempatan yang ditempah dengan pembuat inkubator setempat. Ini kerana SMk boleh menempah inkubator tersebut mengikut rekaan dan piawaian SMk sendiri.

SMk

Friday 5 July 2019

DirtyMaverick


DirtyMaverick semakin positif dan nampak semakin sedap dipandang. Hari ini kali yang keempat ditanya peminat serama. Tetapi seperti yang SMk maklumkan sebelum ini, ianya akan dilepaskan jika kena pada harga, jika tidak SMk lebih rela menjadikannya sebagai pelapis pembaka reban.



DirtyMaverick lebih banyak mengikut ciri bapaknya iaitu DirtyAryan Jr dengan bertubuh tinggi, tubuhnya tegak hampir 90 darjah dan memiliki kaki yang lurus dan slim. Insya Allah kalau mengikut bapaknya, anak ini akan lebih menarik gayanya apabila masuk remaja nanti.



SMk akan cuba melatih DirtyMaverick sebaiknya selagi ianya masih ditangan dan penjagaan SMk. Potensi yang ada padanya amat seronok untuk diterokai dengan memberi ruang bersama-sama dengannya membesar direban.

SMk

Thursday 4 July 2019

Mesyuarat Pesta Simunjan 2019


Alhamdulillah, pada sebelah pagi tadi SMk, Rosli (setiausaha PKKASKS) dan Ibi Li (bendahari PKKASKS) telah sempat menghadirkan diri di Majlis Daerah Simunjan bagi menghadiri mesyuarat Pesta Simunjan 2019. Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk menyusun dan merangka program / aktiviti bagi pesta Simunjan yang akan diadakan pada 6 hingga 8 September 2019.  Segala maklumbalas hanya akan diketahui setelah diputuskan oleh mesyuarat induk nanti. 

Bagi penyertaan Pesta Simunjan 2019 kali ini, pihak PKKASKS bercadang mengadakan sebanyak lapan kategori dan satu acara BOTB. Jika tiada halangan, hadiah untuk kali ini turut akan dinaikan pada satu kadar yang lebih menarik. Pihak PKKASKS menjangkakan sambutan kali ini akan lebih meriah berbanding penganjuran sebelum ini kerana hadiah yang ditawarkan serta prestige pertandingan kali ini agak lebih baik berbanding sejak januari 2019 iaitu bagi tahun ini.


Semoga usaha yang PKKASKS lakukan akan berjaya dengan cemerlang dan dipermudahkan Allah.. Aamin. 

SMk

Wednesday 3 July 2019

Sijil Serama dari Serama USA-Club


Tadi terlihat sampul surat di Peti Surat semasa hendak keluar mengambil anak balik dari sekolah. Surat apa pulak dari USA ni kata SMk dalam hati. Terbaca nama pengirim tu, rasa macam kenal cuma surname nya agak lain sedikit. 

Jadi untuk menghilangkan tanda tanya tersebut, SMk pun bukalah sampul tersebut. 


Alhamdulillah, rupanya sijil penghargaan dari pihak Serama USA-Club. Memang sebelum ini SMk banyak terlibat dalam membangunkan skema permarkahan untuk pihak USA khususnya pihak Serama USA-Club sejak lima tahun yang lalu. Mutakhir ini juga SMk membantu pihak Serama USA-Club dalam pertandingan Serama Online anjuran mereka dengan menjadi pengadil untuk acara tersebut.

Walaupun pertandingan diadakan secara online, namun tujuan asalnya adalah untuk mendidik peserta mengenai cara pemberian permarkahan, istilah melihat perangai dan kecantikan dididalam pertandingan serama. Alhamdulillah, pertandingan tersebut mendapat sambutan yang baik. SMk beri thumbs up kepada adrian diatas usaha beliau untuk mengalakkan lagi hobi serama di Amerika (USA).

Akhir kata, SMk ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Serama USA-Club diatas penganugerahan sijil serta pengiktirafan yang diberikan kepada SMk, ianya terlalu berharga buat SMk. Terima kasih sekali lagi. 

SMk

Sesi Soal jawab - Ayam Semakin Kecil


Waalaikumusalam wbt, Jawapan kepada pertanyaan diatas amat mudah, iaitu apabila kita mengunakan teknik Inbreeding tanpa tapisan maka kita akan mencapai tahap kepada darah yang terlalu hampir sehingga membawa kepada structure deffect tubuh ayam serama kita.

Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah ini, apa yang patut dilakukan adalah membawa masuk ayam (ciri-cirinya mengikut citarasa pemilik) dari reban lain, dan digunakan sebagai penganti kepada aliran breeding yang sedia ada. Hasil breed ini nanti akan digunakan sebagai caturan untuk semua line yang ada. Namun, anak-anak haruslah dipilih dimana jika ada ciri-ciri yang tidak dikehendaki seperti saiz yang kecil dan leher teleng maka isolation harus dilakukan untuk culling

Kebiasaannya setelah mengunakan pembaka jantan lain kedalam caturan breeding ianya akan memperbetulkan semula saiz dan hasil reban kembali normal.

SMk

Roda Harga Ayam Serama


Bab harga dan jualan serama sebenarnya dipengaruhi oleh faktor musim sepanjang tahun. Ini sememangnya belaku setiap tahun mengikut peristiwa dan kalender semasa. Jualan serama senantiasa dipengaruhi oleh perkara-perkara seperti berikut :

1. Musim Buka Sekolah (Peminat lebih menumpukan kewangan untuk anak-anak sekolah seperti perbelanjaan baju, buku dan alatan sekolah)

2. Musim Perayaan (Oleh kerana permainan ayam serama kebanyakkan peminatnya dikalangan orang islam{walaupun ada banyak juga sahabat kita yang non muslim} maka faktor perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidil Adha juga memberi effect kepada penjualan serama. Kebanyakkannya pada waktu ini, peminat lebih menumpukan faktor kewangan untuk balik kampung beraya atau untuk pakaian dan persiapan raya secara amnya)

3. Musim Tengkujuh (Pada ketika musim ini, kebiasaanya harga serama turun bukan kerana faktor kewangan disimpan untuk persiapan atau persediaan banjir, tetapi lebih kepada pemilik yang tidak mahu menanggung sebarang risiko dan masalah ketika banjir, maka banyak serama dijual secara agak meluas disekitar pantai timur.)

4. Musim penyakit unggas (Harga serama boleh menjadi kurang dibeberapa daerah yang terlibat jika sesuatu daerah diistiharkan sebagai wabak penyakit bagi unggas contohnya. Ini kerana sekatan oleh pihak berkuasa seperti Veterina telah menyebabkan pembeli tiak membeli kerana takut sebaran penyakit dan pastinya setiap daerah yang terkena wabak ini akan di isolate unggasnya bagi mengelakkan penyakit menular dengan lebih cepat. Pada satu satu ketika pada musim tahun-tahun yang lalu apabila sesuatu daerah diistiharkan sebagai terkena wabak penyakit unggas tertentu, semua unggas sekitar 50km radius dihapuskan. Ini turut menyumbang kepada kejatuhan harga semasa bagi serama untuk sesetengah tempat).

Namun, bagi mereka yang optimis dan pandai mencari peluang dan ruang pastinya mereka akan dapat melihat dimana waktu yang sesuai untuk membeli ayam. Antara musim yang sesuai untuk membeli ayam ialah :

1. Bulan Disember iaitu semasa cuti sekolah banyak pemilik akan menjual serama untuk menampung perbelanjaan masuk anak ke sekolah, oleh itu diatas persaingan yang sihat ini, harga juga agak murah berbanding biasa.

2. Pembelian serama semasa bulan puasa atau sebelum raya adalah satu tips pembelian yang bijak kerana pada masa ini, peminat lebih banyak menumpukan kepada ibadah bulan ramadhan yang seterusnya juga dapat mengurangkan sedikit harga semasa bagi ayam serama.

3. Ketika musim tengkujuh memang diketahui banyak peminat yang akan melepaskan ayam serama kerana bimbang akan faktor penyakit dan kematian ketika banjir yang turut mengurangkan harga serama dipasaran tempatan.

Namun, perlu diingat faktor-faktor ini tidak dapat mengurangkan harga bagi ayam-ayam berkualiti pertandingan. Ini kerana ayam serama untuk pertandingan sentiasa dicari peminatnya yang tersendiri iaitu dikalangan peserta pertandingan serama. Adalah amat biasa kita mendengar anak ayam kualiti pertandingan dijual dengan harga 1k malahan hingga 2.5k seekor.

Sebab itu, harga serama yang murah biasanya padan dengan harganya, bergitu juga ayam serama yang dijual mahal mestilah berpadan dengan harganya. Janganlah kita mencari ayam yang berharga murah tetapi nak yang selam jeck dada. Ini kerana ayam cantik berkualiti pertandingan tetap mahal harganya. kalau ada yang murah, jangan kata orang lain, saya sendiri pun nak beli kalau ada.

Bagi peminat-peminat baru, jika mencari serama berkualiti, carilah ayam serama yang pernah dapat nombor disesuatu pertandingan atau carilah direban-reban yang disahkan serta diakui oleh kebanyakkan peminat serama. Namun, jika mencari yang murah untuk sekadar pets, tiada masalah cuma pilihlah yang mana berkenan dihati sebab banyak group dan orang perorangan yang menjual serama pasti ada yang sesuai dihati dan sesuai dengan harganya.

Nilai atas harga serama, pada asasnya adalah sesuatu nilai yang dipersetujui oleh penjual dan pembeli, jika dipersetujui oleh kedua pihak walaupun tidak masuk akal sama sekali bagi pihak ketiga atau keempat akan harganya, itu adalah hak bagi pihak penjual dan pembeli itu tadi. Mereka yang lain hendaklah akur kerana akad penjualan tadi telah dipersetujui oleh kedua pihak. Janganlah kita mempertikaikan hak persetujuan mereka tadi. Murah atau mahal, itu adalah hak mereka. 

SMk




Line Meng KB


Anak Remaja ini adalah dari bloodline Meng KB yang kita bawa hampir dua tahun yang lalu. Alhamdulillah setakat ini, agak positif cuma line ini walaupun cantik apabila matang, namun perangainya agak lambat. Line ini kebiasaannya akan datang perangai apabila masuk kategori Muda siap.

Ayam ini walaupun remaja (muka masih berbulu roma halus), namun aksesorinya seperti balungnya amat menarik, ditambah ekornya menampakkan potensi untuk lawi yang bertirus tajam dan lurus. Setakat ini ayam ini beratnya hanya sekitar 210 gram sahaja. Insya Allah jika jodohnya masih direban, SMk akan jadikan ianya sebagai antara pelapis pembaka reban bagi line Meng KB ini.

Insya Allah kalau takda halangan, hari sabtu nanti kita akan bagi mandi ayam ini bersama-sama berberapa ekor lagi betina yang ada sebagai aktiviti kita hujung minggu ini nanti. 

SMk

Tuesday 2 July 2019

DA Bloodline


Dua ekor anak B ini adalah adik beradik iaitu terdiri dari empat ekor kesemuanya. Dua Jantan dan dua betina, pada mulanya anak yang diatas datang perangai terlebih dahulu kemudian diikuti oleh anak B yang dibawah selang dua atau tiga minggu.

Batch ini merupakan kesinambungan line DirtyAryan iaitu anak ini semuanya adalah anak kepada DirtyAryan Jr. Gambar diatas kita namakan sebagai DirtyMaverick manakala yang dibawah kita namakan sebagai DirtyArjuna,

Setakat ini, kedua adik beradik ini amat positif sekali dan bebas dari sebarang masalah seperti ekor senget contohnya. Jika melihat kepada bentuk balung, kedua-dua anak ini memiliki balung yang boleh dikira baik dan tidak perlu pengubahsuaian.

Jika jodohnya dengan SMk, kali ini SMk akan kekalkan mereka direban sebagai pelapis pembaka sedia ada. Supaya darah line ini terus berkembang dengan positif direban SMk. Banyak yang bertanya kepada SMk, ayam ini sebelum dinamakan sebagai line Dirty diperolehi dari mana asal usulnya? Line ini asalnya SMk perolehi dari reban pok syed iaitu dari line Ryan5188 kalau tak silap SMk. Setakat ini line ini tidak SMk biak silang, kerana hasilnya sehingga sekarang masih amat positif. Kenapakah pangkal nama diletak Dirty? Ini kerana masa mendaftar DirtyAryan untuk pertandingan ayam serama di Summer Mall, SMk telah diminta memberi nama untuk pengisian borang bagi ruang nama ayam. Oleh kerana pada ketika itu DirtyAryan masih muda dan dadanya cemar maka SMk bagi nama DirtyAryan semasa pendaftaran tersebut. Alhamdulillah, DirtyAryan dapat gelaran juara Kategori Muda dan juga Best of the Best pada hari tersebut.

SMk

Monday 1 July 2019

Update

Agak lama juga SMk tidak update blog ini kerana waktu yang agak terbatas dan masalah dengan PC SMk yang boleh dikatakan merajuk agaknya. 😅

Alhamdulillah, hari ini SMk berkesempatan meluangkan sedikit masa untuk mengemaskini blog ini serba sedikit dengan beberapa maklumat dan perkara terbaru.

Anak Reban

Anak-anak jantan sebelum bulan puasa kebanyakkan telah dijual kepada mereka yang berminat dan anak betina batch tersebut masih disimpan bagi tujuan pelapis reban. Manakala anak pasca bulan puasa dan raya pula telah dijual 3 ekor jantan. Buat masa ini, ada 4 ekor anak jantan yang berpontensi masih berada direban. Seperti biasanya, SMk tidak membuka jualan, tetapi jika ada yang bertanya dan sesuai dengan harganya barulah SMk lepaskan. Jika tidak, SMk lebih suka ayam-ayam ini membesar menjadi serama yang berkualiti dan cantik namun bergelar pembaka reban. Maka hasilnya lebih baik sebagai penyeri reban berbanding dijual, lebih mendatangkan kepuasan kepada diri SMk sendiri. Duit masing-masing, hak masing-masing jadi SMk bebas untuk menjual atau tidak menjual kepada pembeli mengikut citarasa SMk, Pembeli ada duit, SMk pun ada duit juga, cuma yang lebihnya ialah SMk ada barang. So.. terpulanglah.. rezeki Allah luas.

Sejak sebulan dua yang lalu ada pelbagai peristiwa dan perkara yang berlaku, yang pada SMk ianya perkara kecil namun mungkin mengikut perasaan maka perkara itu menjadi besar. Cumanya disini, SMk hendak jelaskan, SMk amat tidak suka kepada peminat yang menyatakan secara terbuka dan mewar warkan berulang-ulangkali tidak suka terhadap hobi berserama kerana masalah breeding, ayam mati, putus harap dan sebagainya. Bagi SMk, jika tak nak berhobi just senyap-senyap jangan aktif mempromotekan nak berhenti tertapi masih juga main serama dan masih tetap didalam group media sosial tertentu. Walaupun itu hak masing-masing, tetapi kelakuan sebegitu turut menyebarkan perkara tidak baik (negetif) dikalangan peminat-peminat baru atau peminat lain khususnya. Oleh itu, pada SMk mudah, awak tinggalkan saya, its ok. Nanti nak balik berkawan, barang saya, saya kira 0 atau zero semula, tiada diskaun tiada istilah teman dan sahabat, semudah itu. ada duit jalan, tiada duit bye bye. Maaf SMk terpaksa melayan orang sebegitu seemikian, sebab tindakan mereka merosakkan usaha penyatuan yang telah kita usahakan dengan sebegitu susah. Oleh itu, biar kita kehilangan seorang dua yang tidak baik demi menjaga tonggak kumpulan yang majoritinya lebih mahu bersama dan sanggup bertolak ansur untuk bersama dari mengekalkan mereka yang negetif ini.

Seterusnya adalah bab pertandingan ayam serama, yang dijangkakan akan ada satu dibulan ini (Julai) dan satu lagi dibulan Ogos. SMk tidak pasti samada SMk diminta jadi pengadil secara official buat setakat ini. Oleh itu, SMk tetap ready dengan beberapa ekor ayam jika SMk perlu hadir sebagai pemain ayam serama. Walaupun ada jemputan secara mulut, namun ianya belum sah lagi. 

Vaccine
Pada 2 minggu yang lalu, SMk telah menjalankan satu sesi bagi vaksin anak-anak reban SMk dan bagi tujuan tersebut SMk turut mewar-warkan khidmat vaksinasi secara terbuka diFB. Namun, akhirnya tiada sambutan yang SMk terima bagi program tersebut.Oleh itu pada masa akan datang, iaitu minggu hadapan, satu lagi siri vaksinasi akan dijalankan namun kali ini, SMk tidak akan mewar-warkan lagi program sedemikian. Usaha yang telah SMk cuba terapkan bagi membantu penternak serama adalah iniatif SMk sendiri. Oleh itu, jika tiada sambutan, maka SMk rasa adalah lebih baik SMk cuma tumpukan sesi vaksinasi tersebut bagi reban SMk sahaja. Apa yang penting, SMk telah cuba mendidik para peminat serama untuk menjaga dan merawat ayam serama kesayangan masing-masing mengikut teknologi perubatan yang terkini.

SMk juga kerap ditanya dengan beberapa soalan oleh peminat-peminat baru dan lama dengan beberapa soalan, namun soalan yang selalu ditanya adalah mengenai kedudukan sayap dan urutannya. Perkara pokok yang peminat perlu tahu sebelum menentukan atau mengurut kedudukan sayap, paling utama adalah tubuh ayam mesti tegak atau hampir 90 darjah. Jika tubuh ayam pada kedudukan 45 darjah atau kurang, maka amatlah tidak sesuai urutan itu dilakukan. Hal yang menyumbang kepada kedudukan tubuh yang hampir 90 darjah atau bertubuh seketul adalah dari baka yang baik.

Rasanya cukup untuk kali ini, oleh kerana PC SMk dah kembali beroperasi, maka SMk akan update blog ini dari masa ke semasa seperti sebelum ini.

SMk





Wednesday 24 April 2019

Pengadil Pertandingan Ayam Serama


Pada hujung minggu ini, SMk dijemput untuk menjadi pengadil bagi pertandingan ayam serama yang bakal dianjurkan oleh pihak KPASS di Summer Mall Kota Samarahan iaitu pada Ahad, 28 April 2019. Oleh itu, SMk telah melakukan persediaan yang sewajarnya bagi pertandingan tersebut iaitu menyediakan borang-borang markah skima untuk pertandingan.

Semoga Allah memberi SMk ketangkasan dalam fikiran bagi menilai ayam serama yang bakal diadili dengan sebaiknya dan sejujurnya. Sebab pada SMk, jika ayam tersebut layak menang, ianya tetap menang. Tidak mengambilkira kemenangan dari segi watak atau aksesori. Walaupun sebaik-baik serama terbaik adalah ayam yang memiliki watak yang paling agresif dan berprestasi tinggi diatas meja. 

SMk

Sunday 21 April 2019

DirtyWarrior



Akan dilatih sebaiknya sepanjang bln may ini dan akan dilihat potensinya selepas Raya Puasa nanti. Setakat ini, anak ini nampak sangat positif.

SMk

DirtyAryan Bloodlines

Untuk kali ini, SMk akan menyimpan beberapa ekor line DirtyAryan dan DirtyAryan Jr untuk dijadikan sebagai pelapis reban.


Anak ini adalah dari Pasangan asal sedarah DirtyAryan dan SMk namakan anak ini dengan nama DirtyWarrior. Setakat ini anak ini dalam keadaan yang baik. Ubat cacing telah diberikan kepada anak ini setelah ianya berumur 1 bulan 1 minggu.


Manakala anak tina putih ini pula adalah anak kepada DirtyAryan Jr dengan pasangannya. Betina ini pada pandangan SMk mempunyai ciri-ciri DirtyAryan yang amat kuat dengan perangainya yang agak menyerlah.


Manakala seekor ini pula adalah anak DirtyAryan dari induk A13 yang memang dirancang untuk menurunkan anak DirtyAryan. Kelihatan anak ini telah ada upgrade kerana warna dari anak ini iaitu dari induk A13 telah menyebabkan warna kemerahan pinang masak telah berkurang menjadi kuning agak cerah. Adakah anak jantan dari induk ini akan memiliki warna yang sama? Sama-samalah kita nantikan 😊.

SMk

Friday 19 April 2019

Pembungkusan Makanan Ayam


Semalam SMk telah mendapatkan bekalan makanan ayam dipasar seperti biasa iaitu seguni Dedak 201 dan Jagung C. Hari ini SMk terus membungkus semula dengan dibahagikan kepada beg plastik bagi memastikan makanan ayam ini disimpan dan terhindar dari sebarang serangga atau kutu dan ulat.

Setelah dibungkuskan, SMk akan menyimpan makanan ini didalam suasana suhu bilik bagi memastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan baik. Pada SMk, kualiti makanan adalah amat penting dan kritikal bagi mastikan ayam serama berada pada kondisi yang baik. Makanan yang baik juga menyumbang kepada kesihatan ayam dan juga perkembangan ayam itu sendiri. Masalah seperti tuku, rusuk juga akan dapat dielakkan dengan pengambilan makanan yang konsisten dan berkualiti.

Makanan yang segar dan baik juga dapat mengelak dari penyakit seperti Puru, dan berak putih.

SMk

Friday 12 April 2019

Ayam berak Kapur



Ayam berak kapur atau Polorum biasa terjadi kepada kebanyakkan jenis unggas. Penyakit ini kebiasaannya boleh dirawat sekiranya diubat awal sebelum melarat.

Ini kerana, ayam yang terkena berak kapur akan menjadi lemah dan semakin lemah setiap hari oleh kerana ayam tidak berselera makan dan kurang minum.

Kejadian ayam berak kapur ini pada ayam serama adalah kebanyakkannya terjadi kepada ayam yang baru bertukar reban (peralihan cuaca atau faktor sekitar) dan juga cuaca yang agak panas setelah suatu ketika dimusim hujan. Ini kerana ayam tersebut kekurangan air dari segi minuman sehingga menjejaskan kesihatan ayam tersebut ditambah dengan faktor cuaca yang panas telah membuatkan suhu badan ayam menjadi terlalu panas dari biasa.

Untuk mencegah penyakit ini atau merawat penyakit ini, SMk lebih suka mengunakan cecair merah ubat jenama SK Champion dengan sukatan 3ml 2 kali sehari yang memang diakui berkesan. Jika tiada air ubat ini, pemelihara serama boleh juga memberi ayam mereka makan ubat Tetraclhore sebiji sehari sehingga sembuh.

Dalam apa jua situasi, peminat ayam serama harus rajin bertanya kepada mereka-mereka yang memelihara serama juga untuk mendapatkan nasihat yang sesuai. Ini kerana setiap ubat mengandungi dosage atau sukatan ubat yang berbeza jadi tidak semua ubat untuk unggas secara amnya adalah boleh digunapakai untuk ayam serama.

SMk

Wednesday 10 April 2019

Jualan Serama


Alhamdulillah rezeki SMk hari ini dimana dua kotak berlepas ke dua destinasi. Satu kotak ke Pasific dan satu kotak lagi ke tengah Sarawak.

Ayam yang berlepas ke pasific SMk hantar jam 4 pagi hari ini dan kotak dalam Sarawak pada tengahari tadi. Semoga bloodline Fire dan bloodline Meng bertebaran dikawasan baru diseluruh pelusuk dunia.

SMk

Pertandingan Ayam Serama di Kompleks Sukan Asajaya


Alhamdulillah, pihak PKKASKS telah berjaya menganjurkan pertandingan ayam serama siri 01/2019 pada 7 April yang lalu. Pertandingan kali ini mendapat sambutan yang mengalakkan dengan 60 lebih jumlah penyertaan.

Pertandingan kali ini juga jelas menunjukkan potensi player-player baru didalam arena pertandingan ayam serama di Sarawak. Semoga player baru dan lama akan terus memeriahkan suasana pertandingan ayam serama dimasa akan datang.

Pada hari tersebut, SMk telah diberi amanah untuk menjadi pengadil ayam serama. Tugas ini digalas sebaiknya sejujurnya dan dilakukan dengan seikhlasnya. Alhamdulillah, proses pemarkahan berjalan dengan lancar, cuma terdapat dua ekor ayam yang tersilap kategori. Selain dari itu, segalanya berjalan dengan baik.

SMk

Tuesday 2 April 2019

Anak Reban


Satu line tertapi dari pembaka yang berbeza. Anak berwarna putih adalah anak kepada pembaka SMk bernama DirtyAryan Jr iaitu anak kepada DirtyAryan. Manakala yang berwarna kuning pula adalah anak kepada DirtyAryan. 

Anak DirtyAryan adalah batch pertama bagi tahun ini, permulaan yang baik sekali. Sedangkan anak kuning adalah adik beradik kepada Puteri Duyung dan Puteri Salak. Pada pandangan SMk, anak kuning tersebut akan selam dengan cuting slim tinggi. Sama-sama kita nantikan perubahannya.

SMk

Induk Reban Menetas




Semalam tiga ekor induk reban menetas dengan membawa anak-anak dari line 69, line Fire dan line Pok Syed. Semoga anak-anak kali ini banyak jantan dan membesar hingga dewasa dengan baik dan sihat.

SMk

KingOne


Remaja ini SMk namakan mulai hari ini dengan nama KingOne, semoga dengan nama ini akan lebih menyerlahkan lagi potensi remaja ini. Pada hemat SMk, remaja ini akan lebih ready apabila siap remaja sepenuhnya iaitu hujung bulan April ini. 

Sekarang, ayam ini dalam proses didikan dan penjagaan yang rapi bagi menyiapkannya untuk menjadi seekor remaja yang berpeluang besar jika dibawa ke bon tanpa sebarang potongan markah kepada aksesori seboleh-bolehnya. 

Diet ayam ini juga dijaga dengan teliti dengan suppliment yang berjadual dan rapi. Apa yang penting adalah ayam ini akan SMk kekalkan direban SMk sebagai pelapis pembaka suatu masa nanti.

SMk

Monday 25 March 2019

Pertandingan Virtual Online Serama USA


Sejak seminggu yang lepas, SMk agak sibuk dengan pengadilan pertandingan Virtual Online Serama anjuran Club Serama USA. Pertandingan ini diadakan untuk suka-suka bagi kalangan ahli club tersebut.

Usaha untuk memeriahkan aktiviti dikalangan peminat serama adalah sesuatu yang amat baik dan positif sekali. Oleh itu, SMk amat menyokong serta membantu pihak berkenaan dalam menjayakannya, sebagai pengadil. Semoga usaha seumpana ini akan terus berlangsung dan bertambah peminat serta pesertanya. Terima kasih juga SMk ucapkan kepada Adrian kerana menjemput SMk untuk mengadili pertandingan tersebut.

SMk

Sunday 24 March 2019

Anak DirtyAryan


Anak tunggal kepada ibu Puteri Santubong telah mula nampak cuting yang menarik. Cuma jantinanya masih menjadi persoalan kerana masih kurang jelas. SMk sendiri beberapa kali tersilap kerana menyangka bebrapa ekor anak jantan dalam batch yang lepas sebagai betina. Apabila membesar ke anak C maka jantina lebih jelas dan ini terjadi kerana mutakhir ini, anak-anak jantan direban SMk semakin halus balungnya dan ini membuatkan kesukaran dalam menentukan jantina anak reban. Kita akan dapat pasti setelah dua atau tiga minggu kehadapan.

SMk

Pertanyaan kepada SMk


Sejak petang semalam hingga hari ini SMk diajukan dengan beberapa persoalan. Solan-soalannya adalah seperti berikut :

1. SMk ada jual ayam ke Sabah? Boleh jualkan sepasang? Kalau boleh nak betina remaja ke atas boleh tak? 

2. Baju yang SMk buat tempoh hari masih ada stok?

3. Macam mana set up reban terbaik? bagi mengelakkan isi reban bermasalah seperti monyok dan sebagainya?

Makanya, jawapan SMk ialah seperti berikut :

1. Baka reban SMk memang ada dah kat sabah, Jika ada urusan jualbeli SMk cuma sediakan ayam, manakala pembeli menguruskan kotak dan penghantaran. SMk lebih suka menjual jantan dari betina kerana untuk makluman, SMk menjual betina adalah mahal harganya berbanding jantan. Seekor betina remaja keatas tidak mengira cuting adalah berharga 1.5K keatas. Tetapi seboleh-bolehnya, SMk nasihatkan belilah ayam serama dari breeder lain berbanding SMk. Kerana SMk menjual serama dengan harga yang agak tinggi sebab SMk lebih rasa sayang kepadanya berbanding nilai ringgit yang ditawarkan.

2. Baju yang SMk tempah tempohari telah habis kesemuanya, ada beberapa helai yang masih menunggu penempahnya untuk mengambil baju tersebut. Jadi kepada yang berminat hendak mendapatkan baju tersebut, SMk boleh uruskan, cuma warnanya nanti akan lain sebab baju asalnya adalah baju yang ditempah khusus. 

3. Set Up reban terbaik adalah, memastikan pencahayaan dan pengudaraan didalam reban yang mencukupi dan tidak terlalu gelap dan terlindung. Kedudukan reban juga sebaiknya adalah menghadap matahari jatuh atau jika reban terbabit adalah didalam bilik khas, maka pengunaan lampu mungkin lebih sesuai bagi setiap petak didalam reban.

SMk

Semakin Positif


Semakin positif, seperti yang dirancangkan pada awal tahun ini SMk telah berjaya menyimpan beberapa ekor anak reban bagi tujuan pelapis pembaka bagi tahun 2020. Tiga ekor jantan ini akan SMk simpan direban dan tidak akan dilepaskan jika harga yang ditawarkan terlalu biasa-biasa bossku. Hahaha... 


Manakala bagi Puteri Santubong, SMk telah membuat keputusan untuk memasukkannya dan adik beradiknya engan pembaka reban sebagai permulaan projek breeding disamping sebagai pendedahan kepadanya untuk lebih bersedia sebagai induk kandang.


Pada masa yang sama, SMk mendapati adik kepada Puteri Santubong iaitu dari batch kedua telah mencapai usia anak B ke anak C. Maka selepas ini, bolehlah SMk bermain dengannya selalu bagi mengantikan Puteri Santubong yang telah mulai dimasukkan dengan pejantan reban. Anak ini, SMk namakan sebagai Puteri Salak.

SMk

Thursday 14 March 2019

Semakin Meriah

Syukur Alhamdulillah. Itu memang perlu SMk lafazkan atas nikmat rezeki yang Allah kurniakan. Aamin.

Minggu ini reban SMk ditahap aktif dan sangat progresif dimana proses breeding telah dijalankan dengan maksima. Hasilnya 6 induk menjaga anak bawah 3 minggu, 9 reban breeding in progress dan 10 ekor induk mengeram.

2 ekor induk mengeram yang baru SMk alih sebentar tadi adalah induk A17 dan A15 iaitu pasangan kepada DirtyAryan dan Mr69. Seperti yang SMk pernah nyatakan sebelum ini, kali ini SMk akan menyimpan anak-anak batch ini untuk dijadikan pelapis bagi reban SMk untuk tahun 2020.

SMk berharap ianya akan tercapai, dengan tumpuan dan fokus yang betul, SMk amat yakin penambahan bagi pelapis reban ini akan mudah dicapai dengan jayanya.

Mungkin dalam tempoh terdekat, SMk akan mengusahakan membina beberapa reban tambahan yang lebih fokus kepada training bagi ayam serama yang berpontensi.

SMk lebih fokus untuk menghasilkan serama berkualiti tinggi dan mempunyai potensi untuk digunakan sebagai ayam serama pertandingan.

SMk

Pertandingan Ayam Serama di Sarawak


Alhamdulillah, dengan berkat usaha dan kerjasama ahli PKKASKS yang komited dan bersemangat maka rancangan untuk mengadakan pertandingan buat kali pertama bagi tahun 2019 berjaya juga dirancang.

Semoga perancangan ini akan menjadi kenyataan dan menjadi satu aura positif yang akan memangkin PKKASKS kearah lebih cemerlang dan ceria dengan pelbagai aktiviti sepanjang tahun, insya Allah.

SMk

Saturday 2 March 2019

Fire


Hari ini SMk bawa keluar pembaka Fire ni keluar reban sekejap untuk masukkan pasir baru dan pasangan baru. Pasangannya sebelum ini telah masuk mengeram semalam.

Semoga dengan pasir baru, bekas mengeram baru dan pasangan baru. Akan lebih banyak anak-anaknya untuk kali ini.

SMk

Induk bawa anak

Pasangan DirtyAryan kali ini membawa seekor anak yang nampak sihat dan cergas. Mengharapkan agar anaknya kali ini adalah jantan. Ibu ini juga adalah ibu kepada Puteri Santubong yang SMk pos artikel tentangnya diblog ini juga. Nampak biasa, tetapi siapa sangka anak-anaknya sangat cantik dan bercuting semulajadi. Misteri serama Mania.


Induk ini pula adalah dari reban Mahizan Mohammad atau Jang Botak Terengganu. Induk bersaiz A ini tidak mempunyai masalah untuk dipasangkan dengan pasangannya yang juga dari mahizan walaupun saiz induk adalah sangat kecil. Induk yang dijaga rapi dan dari baka yang baik tidak akan mempunyai masalah untuk bertelur, mengeram mahupun menjaga anak.

Semua induk SMk diberi ruang untuk menjaga anak-anaknya sehingga induk tersebut benar-benar nak breeding semula, maka tika itu barulah induk diasingkan dan dimasukkan kedalam breeding program.


Induk ini pula adalah pasangan kepada DirtyAryan Jr yang juga menurunkan anak dengan baik sekali. Anaknya kali ini juga turut nampak positif dan sihat.

Semua anak-anak ini akan SMk simpan direban sebagai pelapis pembaka untuk tahun 2020, terutama betina.

SMk

Semakin Positif


Alhamdulillah Serama di Sarawak semakin meriah dengan adanya usaha yang berterusan dari pihak peminat serama untuk membawa masuk ayam serama ke Sarawak. Walaupun pelbagai cara seperti bawa telur pun dikira satu usaha yang champion dalam mewarnai dunia serama di Sarawak.

Maka disitu, terselahlah kesukaran bagi peminat serama untuk mendapat ayam serama yang baik kualitinya. Maka tidaklah peminat sewenang-wenangnya memelihara serama mengikut kehendak hati mereka. Maka pastinya, peminat serama akan lebih menghargainya selepas ini.

Bagi SMk, perkembangan positif ini ada baiknya. Ini kerana selepas ini, SMk tidak akan melepaskan serama dengan mudah lagi kerana mengambil kira SMk telah membantu sahabat-sahabat SMk dengan baka yang baik dari reban SMk. Selepas ini, jika dilepaskan pun, SMk tidak akan melepaskan dengan harga yang murah. Ini SMk perjelasakan secara jelasnya, terutama bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan betina atau induk dari reban SMk.

Sebab utamanya adalah, ayam-ayam yang SMk lepaskan sebelum ini kebanyakkannya tidak dinyatakan secara jelas ayam tersebut asalnya dari reban SMk oleh pemilik barunya berbanding dengan ayam-ayam lain yang diposkan di group whatapps tertentu baka asal dari reban asal ayam tersebut senantiasa disebut. Bukan SMk berkira bab itu, sejak dari dulu SMk tidak pernah berkira, tetapi bila selalu SMk melihat perkara itu, maka tau lah SMk bahawa sudah tiba masanya terputus hubungan ayam tersebut dengan reban SMk oleh tuan-tuan barunya.

Oleh yang sedemikian, selepas ini harga ayam dari reban SMk akan dijual dengan harga standard kembali dan jika ada potensi game akan dijual pada harga 1K keatas. Jika terputus ayam tersebut dengan reban SMk, pastinya SMk tidak kisah sana sekali.

Oleh itu, perkembangan positif peminat membawa serama masuk ke Sarawak adalah sangat baik, SMk tidak lagi terasa bersalah jika tidak menjual serama, kerana banyak pilihan bagi pembeli. Ini boleh memberikan ruang kepada SMk menumpukan untuk memberi lebih masa bagi melatih ayam-ayam berpontensi game yang berkualiti.

SMk

Friday 1 March 2019

Update Reban


Alhamdulillah, induk baru yang telah dipasangkan dengan DirtyAryan Jr telah bertelur sebiji pada pagi tadi. Ini merupakan satu berita yang amat baik sekali. 

Manakala, induk yang telah menetas dari DirtyAryan Jr semakin positif dengan adanya pertumbuhan bulu sayap yang pertama telah kelihatan. Anaknya kali ini sebanyak tiga ekor dan untuk kali ini, SMk akan mulai menyimpan batch ini direban SMk tanpa mengira jantina. 

Ini perlu dilakukan bagi mengekalkan dan meneruskan bloodline ini direban SMk. 

SMk

Benar telahan ku

Banyak pengalaman SMk main ayam serama, dan apa saja mainan, taktik malahan tingkahlaku pemain, breeder dan sebagainya telah SMk ketahui.

Oleh itu, betullah apa yang SMk teka di dalam hati sebelum ini. Pasti ada sebab dan musababnya atas sesuatu perkara dan tingkahlaku orang.

Apapun, SMk selalu positif dan setelah mengetahui sebab perkara ini, maka SMk simpulkan begini. Roda selalunya berpusing,-pusing selagi ianya bergelar roda.

Serama tetap hobiku.. dan pemberi kepuasan bagiku. Kalau ada yang nak beli itu bonus, kalau tak ada orang beli, lagi baik sebab boleh diabadikan dan dirasai nikmat persembahannya untuk pemiliknya. Yang paling penting jangan kita memaksa orang mengikut kehendak kita.. reban masing-masing, pastinya ikut acuan dan kehendak masing-masing. 🤣

SMk

Thursday 28 February 2019

Puteri Santubong


Semakin menarik dan mempunyai potensi yang agak besar untuk pertandingan. Seekor ayam serama yang selam secara semulajadi dan tidak mempunyai masalah fizikal sehingga artikel ini ditulis. Ayam bebas jarum dan semulajadi.

Ayam ini adalah dari bloodline DirtyAryan dan merupakan anaknya sendiri dari batch yang kedua. Betina ini adalah adik kepada DirtyAryan Jr. 

SMk

Wednesday 20 February 2019

Produktiviti

Buat masa ini reban SMk agak sibuk dengan breeding dimana ada 10 pintu reban breeding tengah aktif. Malam ini sahaja seekor induk iaitu dari pasangan kepada F3 telah mengeram dan induk tersebut telah SMk asingkan kebilik lain bagi proses mengeram. Induk baru telah SMk masukkan sebentar tadi bagi mengantikan induk tersebut.

Semua sekali induk tengah mengeram, terkini terdiri dari 7 induk dari beberapa pasangan. Kebanyakannya akan menetas sekitar awal dan pertengahan bulan mac ini.

Bagi induk yang tengah membawa anak pula sebanyak 4 ekor induk. Setakat ini anak ini dibawah umur dua minggu dan masih nampak sihat. Semoga ianya terus sihat dan membesar dengan baik.

Untuk kali ini, SMk lebih fokus kepada menyimpan anak-anak ayam ini untuk dijadikan pelapis reban. Tiada rancangan bagi SMk untuk melepaskan anak-anak reban yang ada ini untuk ketika ini.

Jika ada yang benar-benar berminat dan sanggup membayar harga yang tinggi, barulah SMk akan fikirkan terlebih dahulu. Ini adalah bagi menjaga supaya tidak berlaku lebihan ayam berpontensi game diluar bagi mengelakkan player mengambil acuh tak acuh tentang pertandingan ayam serama. SMk juga tidak gemar jika ayam terlalu banyak hingga tidak lagi dihargai. Oleh itu, bagi SMk sebagai tanggungjawab kepada industri, SMk lebih berharap agar ayam serama lebih dihargai dan disayangi. Maka jadi untuk itu, ayam direban SMk hanya akan dilepaskan jika SMk rasa sesuai. Namun tidak untuk tempoh masa ini.

SMk