Thursday 30 June 2016

FireOwl Updated


Nampaknya FireOwl semakin positif. Cuma perlu sedikit sentuhan untuk sayap dan tambat pada ekornya insya Allah boleh untuk menjadi calon bagi SMk nanti. Pasti hujung minggu ni SMk akan membawanya bersama-sama ke kampung isteri untuk berhari raya, kerana jika ditinggal takut ayam menjadi rosak dan sebagainya. Ayam yang ada potensi dan cepat beraksi dari anak amat perlu dijaga sebaiknya dan perlu teliti dalam latihan agar ayam tersebut tetap sihat dan top dalam persembahannya.

SMk

Saturday 25 June 2016

Fuoco linea di sangue


Fire Bloodlines dari hasil reban SMk sejak 2008 sehingga sekarang. My own bloodlines..

SMK

Sunday 19 June 2016

Rangkuman Seminggu Reban SMk 19/6/2016


SMk

Sepasang anak Fire


Sepasang line Fire yang masih tidak bernama dan masih dalam jagaan ibunya. Mungkin selepas raya nanti anak ini akan nampak lebih positif dan boleh ditengahkan jika kena pada masa dan waktu yang sesuai.

SMk

Anak MiszA400M


Ini adalah batch kedua anak-anak FireSpring12 vs MiszA400M dengan jumlah anak kali ini sebanyak 4 ekor. Semoga ada seekor jantan dan yang lainnya semua jadi tina. Kerana anak tina itu nanti akan dimasukkan dengan FireSpring12 semula untuk menguatkan darah Fire direban baru SMk nanti.

SMk

MiszIced


MiszIce milik Zack, telah mengeram dan kita akan nantikan adakah sebarang hasil buat induk muda ini. Adakah ianya membawa anak FireSharp bersamanya nanti. So.. we just wait and see.

SMk

FireOwl updates


Sepanjang seminggu ini FireOwl banyak menunjukkan sifat dan watak yang positif. Gaya semakin meningkat dan semakin galak dan masih sihat tanpa sebarang masaalah dengan rusuk, tuku mahupun kaki. Semoga terus sihat hendaknya.

Semasa anak B, balung FireOwl seakan-akan ada sedikit kecacatan iaitu bilah balung yang ketiga agak pendek dari kedua dan keempat. Tetapi sesuai dengan usianya anak C nak masuk remaja, kelihatan balungnya tumbuh membesar dengan baik dan bilah yang pendek tersebut telah membesar seperti biasa. 

Melihat kepada keadaan semasa yang ditunjukkan, insya Allah FireOwl memang mempunyai potensi yang amat besar mewakili reban SMk ke pertandingan-pertandingan selepas Hari Raya nanti.

SMk

Thursday 16 June 2016

Berpindah Reban


Pagi ini 2 ekor ayam telah bertukar reban dari reban SMk ke 2 peminat ayam serama di Kuantan, Pahang. Ayam ini terdiri dari bloodline Fire iaitu FireAlpha dan seekor Induk line Vip.

Kotak coklat bertukar tangan kepada Pauzie tinggal dalam kem TUDM dan kotak Hitam kelabu bertukar tangan kepada Shalihin yang tinggal di Batu 11, Jalan Gambang.

Semoga kedua-dua ekor ayam ini berjasa kepada tuan-tuan baru masing-masing. 

SMk

Wednesday 15 June 2016

Projek Setem Ayam Serama



SMk dan pengerusi PSTG membantu pihak Encik Jun dan Encik Khir dalam merangka jalan yang terbaik dengan memberi informasi serta gambar yang betul agar setem semperna Tahun Ayam pada 2017 nanti akan benar-benar mewakili komuniti Ayam Serama di seluruh Malaysia. Gambar yang dipilih adalah dari komuniti ayam serama terutama dari breeder-breeder dan player ayam serama di Malaysia.

Semoga segalanya berjalan lancar, dan bagi menguatkan lagi artikel serta gambar yang bakal diilustrasi oleh artis kepada lukisan setem. SMk telah memohon bantuan dari Dr Azhar UPM dan Dr Wazir bagi Consent supaya apa yang bakal diuatarakan nanti tidak akan dipertikaikan, seterusnya dapat mengukuhkan serta memertabatkan hobi ayam serama ini sebagai salah satu warisan kesenian Malaysia.

SMk

Monday 13 June 2016


Alhamdulillah, Bloodline Fire 2.0 iaitu FireBlades Generation telah mula menampakkan hasil. Ayam ini memang telah dibreed dikampung dijaga oleh adik SMk tetapi dipantau rapi pembiakannya oleh SMk sendiri bagi memastikan Fire 2.0 ini berjaya menjadi kenyataan.

Pasti ada yang bertanya apa bezanya ayam ni dengan baka Ara yang ada? Macam special sangat...

Jawapannya selain kepuasan individu, SMk mengunakan darah Fire yang ada iaitu SUB/SG=Fire bagi mendapatkan warna ini dan tiada penglibatan baka ara langsung untuk projek ini digunakan. Semua Pembaka dan Induk untuk projek ini mengunakan anak reban SMk yang telah dihantar ke Sarawak pada tahun lepas. Dari segi cutting balung dan gaya memang menyerupai legasi Fire kuning yang ada. Cuma berbeza pada warnanya. Ketiga-tiga pejantan ini akan digunakan sebagai pembaka asas bagi meneruskan generasi FireBlade nanti direban SMk di Sarawak nanti. Tetapi bagi penyertaan game, SMk masih menumpukan Fire 1.0 (Kuning)  untuk tujuan tersebut.

SMk

Setem Ayam Serama

Gambar calon pemilihan tersebut SMk masukkan didalam video ini bagi memudahkan rekod dimasa akan datang.

Semalam petang SMk telah dihubungi pihak yang terbabit dengan Proposal untuk membuat Setem Ayam Serama bagi keluaran 2016/2017. Oleh itu tanpa membuang masa kerana dengan niat membantu pihak terbabit SMk telah menghubungi beberapa breeder dan Otai dalam dunia serama bagi mendapatkan gambar ayam-ayam yang dicadangkan untuk tujuan melukis semula bagi paparan pada skala setem mengikut spesifikasi Pos Malaysia.

Syarat utama pihak terbabit adalah gambar setiap ayam tersebut mestilah mempunyai gambar dari anak sehingga dewasa. Apabila melihat kepada syarat yang dinyatakan dan apabila ditanya kepada breeder dan player serama didapati kebanyakkan ayam BOTB di Malaysia tidak memiliki gambar dari anak dan jika ada kebanyakkannya tidak disimpan rapi. Juga kebanyakkan ayam BOTB rupanya adalah ayam yang bertukar tangan (dibeli) oleh itu rekod dari masa anak tiada dalam pemilikan pemilik baru.

Bagaimanapun bagi mencapai misi ini, SMk telah menghubungi breeder dan Otai yang SMk rasa agak cermat dan menyimpan rekod bergambar, walaupun ada juga yang tidak memberi maklumbalas. Ini mungkin kerana kekangan waktu kerana dibulan Ramadhan ini tidak semua orang aktif seperti biasa kerana lebih menumpukan ibadah dimalam hari. Akhirnya SMk telah mendapat beberapa jawapan yang positif untuk mendapatkan gambar bagi tujuan projek.

Mereka terdiri daripada Man Rst (Ayam Mantera), Abe Lan SPDP (Godic / Kun / Rose), Sirhan (Baka Kelabu), Rodi (Rinting) dan Fire (SMk). Namun pemilihan ayam mana yang akan digambarkan sebagai ilustrasi setem adalah terpulang kepada keputusan pihak berkenaan. SMk cuma menbantu dengan niat hati ikhlas tanpa sebarang pendapatan atau kelebihan dari segi wang atau imbuhan.

Oleh itu sebagai panduan masa hadapan, adalah baiknya setiap breeder menyimpan rekod bertulis atau album untuk setiap ayam yang dibiak masing-masing kerana pada masa hadapan kita mungkin memerlukan banyak data untuk ayam serama yang telah kita biak. Insya Allah jika ada keputusannya SMk akan maklumkan kepada semua melalui blog SMk. 

p/s : SMk telah menghantar email bagi tujuan jawapan dan cadangan gambar ayam untuk dilukiskan semula pada jam 4 pagi tadi. 

SMk

MiszHistory


MiszHistory dah matang, ekor remaja pun mula bertukar ke ekor Muda. Bunyi dah macam nak bapak dan jika dipegang seolah-olah ready untuk dipanjat pembaka jantan. SMk akan memastikan MiszHistory benar-benar sedia sebelum memasukkannya dengan FireSharp nanti.

SMk

FireOwl anak B siap


FireOwl nampak lebih meyakinkan apabila siap anak B dan nampaknya akan memasuki alam anak C tidak lama lagi. Semoga dapat dijadikan teman SMk untuk pertandingan Kenyir pada bulan Ogos nanti. 

Dari segi galak untuk anak B siap memang sesuai dengan wataknya cuma perlukan lebih latihan dan perubahan tubuh agar dapat mengekalkan jumlah mata yang sesuai bagi Skema ruangan tubuh dan gaya agar seimbang.

Aksesori rasanya setakat ini, FireOwl masih seperti legasi Bloodlines Fire sebelum-sebelum ini dimana nampak bulunya agak cepat siap dan kelihatan boleh lagi teratur dan rapi dengan pejagaan yang sesuai. Sepanjang Ramadhan ini, SMk akan cuba sedaya upaya memberi sepenuh penumpuan terhadap latihan FireOwl agar lebih positif disamping memastikan ianya bebas dari sebarang kecederaan.

SMk