Saturday 29 July 2017

Pertandingan Ayam Serama di Sarawak


SMk

Betina Warna Rare


Salah seekor betina Dara berwarna rare milik SMk di reban SMk. Sejarah susur galur kepada ayam ini ialah, ayam ini merupakan anak reban yang menetas dirumah Rizal Fahamee Cenderawasih Kuantan. Induk kepada ayam ini juara kategori induk di bon ayam serama yang diadakan di Jengka Pahang.

Untuk misi mendatang, ayam ini akan di pairkan dengan Pembaka Ara atau Jalak milik SMk. Ianya akan dijadikan satu line warna rare bagi reban SMk. Oleh itu, line ini akan dijenamakan sebagai Line Cenderawasih. Insya Allah dalam tempoh yang terdekat ini, SMk akan menyusun semula reban dan merangka satu susun atur yang baru bagi breeding, penyusunan pembaka dan juga keadaan reban.

SMk

Friday 28 July 2017

Pertandingan Ayam Serama di Sebandi Matang, Asajaya


Pada 23 Julai 2017 satu Pertandingan Ayam Serama Suka Suki telah diadakan di kediaman Cikgu Shahrin dan isteri di kampung Sebandi Matang, Asajaya. Bon kecil ini turut meriah kerana pada masa yang sama pihak tuan rumah turut mengadakan jamuan Hari Raya. 

SMk turut mengambil peluang ini, setelah mengadili pertandingan ini mengadakan satu kelas ad hoc tentang persiapan ayam game dan tips untuk mencantikkan ayam.


Pada hari ini juga, adik SMk iaitu Aman APM dimurahkan rezeki merangkul johan serama pada hari tersebut dengan line Red Warrior meng KB. Tahniah SMk ucapkan kepada setiap pemenang dan sahabat yang hadir pada game tersebut.



Terima kasih juga kepada pihak penganjur, tuan rumah dan semua ahli yang terlibat didalam menjayakan pertandingan ini. 

SMk



Anak reban Line Godic


Alhamdulillah, seperti ramalan SMk yang lepas. Jika line ini didekatkan anak-anaknya lebih mempunyai ciri Godic seperti juga ayam direban abe lan Pulau Duyung. Bezanya, ayam milik SMk tidak dijaga, dirawat seperti ayam game kerana SMk sendiri berada di Kuantan selama ini.

Oleh itu, line Godic ini akan SMk kekalkan dan akan terus dimurnikan darahnya agar lebih dekat lagi. 

SMk

Makanan Ayam


Dahulu masa mula-mula menghantar ayam ke kampung, makanan ayam cuma 3 atau 4 kilo sahaja bagi tempoh sebulan. Sekarang dengan segalanya bertambah dan banyak line yang ada, makanan juga bertambah dengan mengunakan guni. Setiap jagung halus, dedak hitam dan sekoi mengunakan satu guni. Jadi sekali beli kira 3 guni. 

Semoga ayam-ayam SMk terus sihat dan membiak dengan baik. Demi hobiku.

SMk

Sri Pinang


Pembaka dari line Pok Syed alhamdulillah turut sihat dan perangainya juga baik. Ayam ini dimasukkan dengan adik beradiknya sendiri bagi menguatkan lagi line pok syed ini. Hasilnya yang SMk hendaki adalah kekuatan darahnya agar lebih kuat dan seterusnya boleh membina kekuatan bagi kestabilan baka ini nanti.

SMk

Grey Tail



SMk memiliki 2 remaja ekor kelabu dari hasil dari Line Red Warrior. Ayam ini amat sedap dipandang, jika mempunyai masa yang lebih pastinya ayam ini boleh dijadikan mainan sambil berjalan-jalan ke bon yang berdekatan. 

Balung dan aksesori lainnya amat cantik dan memberi kepuasan kepada SMk. Semoga kedua-dua remaja ini akan terus memberi impak positif bagi line ini di reban SMk.

SMk

Fire with Gecko Eye


Pada hari kedua, semasa SMk mengemas reban di kampung ini, SMk mendapati seekor line Fire yang amat halus dan cantik. Jika dilatih, pastinya ayam ini akan boleh pergi jauh dan mempamerkan potensinya yang sebenar.

Ayam ini mempunyai mata hitam Gecko yang sangat menyerlahkan asalnya. SMk yakin ini adalah antara anak kepada induk yang adik beradik dengan Fire Sharp. SMk rasa amat bersyukur kerana ada juga nampak kestabilannya walaupun bapa yang digunakan adalah Fire yang bukan dari reban Kuantan, tetapi dari reban Semariang.

Nanti kita akan melihat perkembangan secara lebih dekat lagi.

SMk

Pair Serama juara


Kedua-dua serama ini mempunyai darah ayam game yang baik. Betina adalah dari Pok Syed manakala ekor kelabu jantan adalah line Meng KB. Ayam ini diambil sendiri oleh SMk dari tuan asalnya tanpa melalui orang tengah.

Harapan SMk, apabila sampai masanya nanti SMk mampu menyusun semula pembiakkan ayam-ayam ini agar terus menjadi satu line yang terbaik di Sarawak. 

Buat masa ini, semua ayam yang SMk miliki belum pernah ditatapi oleh peminat ayam di Sarawak. Malahan masih menjadi satu simpanan kerana reban sementara turut SMk rahsiakan bagi menjaga keselamatan ayam-ayam ini. Apabila tiba masanya nanti barulah SMk menunjukkan hasil reban secara langsung kepada peminat-peminat serama di Sarawak. Buat masa ini ianya masih lagi sesuatu yang eklusif bagi SMk.

SMk

Red Warrior


Red Warrior semakin matang dan semakin mengancam. Ini adalah antara ayam line Meng KB (Nakamura Wong) yang SMk telah bawa masuk ke Sarawak suatu ketika dahulu. Ayam ini memiliki tubuh yang cantik dengan balung yang mempersona. Kakinya juga kuat tegak serta lurus.

Jika tiada halangan, ayam ini akan dibawa oleh Aman APM ke game Suka Suki di Sebandi Matang pada ahad nanti. Setelah dimandikan, ayam ini semakin menarik dan warnanya juga semakin menyerlah.

SMk

Balik ke kampung


SMk telah balik ke kampung halaman pada ahad 16 Julai 2017. Setelah menguruskan beberapa perkara dan berehat, SMk telah meninjau keadaan reban semetara SMk. 

Secara amnya, ayam-ayam ini dalam keadaan yang memuaskan dengan kesihatan yang boleh dikatakan baik. Setelah memeriksa setiap ekor dan sangkar yang ada, SMk dapati beberapa induk yang sedang mengeram terpaksa diberi mandi semula kerana banyak telur yang kosong setelah dilakukan candling.

Oleh kerana pada hujung minggu tersebut iaitu pada 23 Julai 2017 akan diadakan bon mini, maka SMk telah memilih bebrapa ekor ayam untuk dibawa oleh adik SMk iaitu Aman APM.

Ayam yang dipilih ini nanti akan SMk siapkan agar ready untuk bon tersebut.

SMk

Saturday 15 July 2017

Dokumentari Ayam Serama


Dokumentasi ini dilakukan oleh pihak BBC di Pasar Keramat semasa Pertandingan Ayam Serama yang diadakan disana. Ini satu cara dalam memperkenalkan ayam serama kepada umum dengan cara yang amat baik sekali.

Semoga lebih banyak dokumentari diadakan bagi lebih mempromosikan Ayam Serama sebagai salah satu hobi dan mainan rakyat Malaysia.

SMk

Wednesday 12 July 2017

Pertandingan Ayam Serama di Pasar Melor Kelantan


SMk

Player baru yang masih muda


SMk

Ayam Serama cover by Discovery Channel


Secara amnya walaupun dipaparkan permainan ayam serama sebagai ayam operate dan sebagainya, SMk sendiri membawa ayam ke pertandingan tanpa jarum. Tetapi tidaklah bermakna SMk menghalang mereka yang melakukan sedemikian. Ini kerana masing-masing mempunyai tumpuan dan impian yang berbeza. Pada SMk, saya lebih suka menjaga ayam sebaiknya agar boleh dimain lama dan menurunkan anak-anak yang cantik dan berwatakkan tanpa jarum.

Credit video to Discovery Channel

SMk

Sunday 9 July 2017

Bon Ayam Serama Kuantan



Alhamdulillah hari ini 9 Julai 2017, bon Suka Suki Kuantan dapat menyelitkan satu kategori untuk dipertandingkan sambil sembang petang di Taman Shahzan.

Tahniah kepada semua peserta yang terlibat dan pemenang. Pemenang bagi kategori Anak A hari ini ialah:

Juara Apis Pasir Mas
Ke 2 Rizal Fahamee
Ke 3 Joe Kampung Padang

SMk

Wednesday 5 July 2017

Malaysia Bebas H5N1



Alhamdulillah, akhirnya dugaan buat peminat unggas amnya dan peminat ayam serama khasnya boleh berasa lega dengan pengumuman tersebut.

Ini akhirnya telah membuka kembali kemeriahan dalam jualan, pertandingan dan penternakan serama rancak semula. Sebelum ini ada desas desus mengenai kesuraman dunia serama dengan harga yang jatuh, otai berhenti, dan bermacam segala isu.

Tetapi SMk telah lali dengan perkara ini, kerana bagi SMk dunia serama akan teap terus meriah dan positif. Apa yang penting adalah peminat-peminat yang tegar terus utuh, yang betul-betul meminati hobi ini yang bukan dari golongan ikut-ikutan atau terjun dalam bidang ini untuk menjadi kaya raya.

Pada pandangan SMk, yang merosakan hobi ini, bukan hanya ayam serama. Tetapi juga dalam mana-mana hobi golongan optunis inilah yang merosakan hobi dan nilainya.

Tapi biar apa pun, SMk amat yakn sekali dunia Serama Mania akan terus meriah.

SMk

Saturday 1 July 2017

Jenis-jenis Breeding Procedure

Cara yang mana bersesuaian dengan anda? Ada banyak cara, malahan cara sendiri seperti ikut kata hati juga ramai pengikutnya. Apa pun pilihan anda, yang penting kepuasan hati masing-masing. 😊





















Semoga berjaya 😆

SMk