Sunday 21 June 2015

Anak Kiwi



Alhamdulillah, sahabat SMk Daus Tok Kun telah menghantar seekor dari 2 ekor anak Kiwi dan Miss MMD. Untuk mendapatkan anak ini SMk telah menukarkan adik beradik tina FireSharp semoga dapat digunakan untuk breeding semula oleh Daus agar mudah untuk beliau mengekalkan darah reban SMk.

Bagaimanapun keadaan anak Kiwi ini agak tak normal kerana ekor yang senget agak teruk. Oleh itu pembedahan kecil terpaksa dilakukan untuk merawat keadaan ekornya agar berada dikedudukan normal semula.



Setelah dibaiki, inilah kedudukan ekornya telah nampak sedikit normal. Semoga sembuh sepenuhnya selepas ini.

SMk

FireFZ @ Pembaka III

image

Oleh kerana induk di reban SMk untuk breeding semakin banyak maka kerana keadaan semasa yang mendesak telah memaksa FireFZ dilantik menjadi Pembaka III untuk reban SMk. Buat permulaan pembaka-pembaka muda memang perlu dipadankan dengan induk-induk berpengalaman oleh itu FireFZ telah digandingkan dengan Puteri Red.

Puteri Red adalah induk kepada FireSlant(batch I) dan FireSharp (batch II). Sepatutnya induk ini dimasukkan semula dengan Pembaka I tetapi sekarag pembaka I telah digandingkan dengan anaknya dari batch VIs yang kedua. Oleh itu laluan terpaksa diberikan untuk baka SMk yang pure terlebih dahulu.

SMk

Laporan awal tahun 2015

image

Setakat ni anak reban untuk pertengahan tahun 2015 adalah sebanyak 7 ekor. Anak-anak Puteri Duyung seperti biasa memang positif, anak Puteri 69 positif dan Puteri Raub juga menampakkan ada 2 ekor yang positif.

Setakat penggal pertama ini boleh dikatakan segalanya berjalan dengan lancar tanpa banyak masalah. Kadar kematian setakat tempoh 6 bulan ini cuma seekor induk reban, itu pun kerana induk tersebut disyaki telah menghidapi sakit puru sehingga muka dan dalam mulutnya membengkak.

Selain dari itu, ada 2 induk tengah mengeram, iaitu induk BOTB Hafzam dan induk Rinting SMk.

SMk

Induk SMk vs Pembaka II

 

image

Kini tibalah masanya batch kedua Vip dimasukkan dengan Pembaka II iaitu FireSharp. Alhamdulillah sudah mula menunjukkan hasil, cuma tidak dapat dipastikan telur 2 biji ini dari betina yang mana satu. Induk muda ini tidak lah terlalu SMk harapkan untuk membawa turun anak, tetapi sebenarnya lebih pada mendidik betina-betina muda berlajar bertelur dan mengeram. Namun jika berhasil maka itu satu bonus.

SMk

FireSharp lattest

FireSharp terkini, dah mula masuk kategori Muda walaupun masih bersuara seperti remaja dan bulu dimuka masih ada. Insya Allah kalau ada rezeki akan dicuba di Kota Bharu untuk Bon anjuran Abe Suh nanti.

Perangai FireSharp masih belum lekat sepenuhnya, diharap sepanjang Ramadhan ini dengan masa yang ada bersamanya dapat membantunya agar cepat lock dan bersedia untuk lebih kehadapan di Bon-bon mendatang.

SMk

Fire69

image

Fire69 adalah anak tunggal kepada Puteri69. Walaupun tidak berjaya dibawa ke Bon Pulau Pinang tempoh hari kerana ekornya jatuh, nampaknya Fire69 semakin positif dengan warnanya yang banyak mengikut Pembaka I disamping bentuk tubuh yang sama. Rasanya anak ini akan mempunyai masa hadapan yang cerah.

SMk

Puteri Raub

image

Syukur Alhamdulillah, Puteri Raub berhasil menetas dengan menurunkan 3 ekor anak dari Pembaka II iaitu FireStar. Ini adalah anak pertama FireStar sepanjang bergelar Pembaka II.

Setakat ini anak-anak tersebut masih sihat dan amat positif. Seekor nampak menarik sekali dengan tubuh yang menarik rasanya boleh dicuba untuk main kategori anak A nanti selepas Hari Raya di Kota Bharu.

SMk

Anak Reban pertengahan tahun 2015

image

Ini adalah anak daripada Puteri Duyung dan Puteri 69. Semua sekali ada 4 ekor. Setakat ini dari 3 anak Puteri Duyung 2 ekor nampak amat positif manakala anak tunggal Puteri 69 memang menunjukkan ciri-ciri Pembaka I.

SMk

Wednesday 10 June 2015

Akan dikuatkan



Pasangan ini akan dipasangkan apabila tiba masanya yang sesuai. Si jantan FireSharp walaupun masih remaja telah mencapai 2 kali top 10 di Tasek Kenyir dan bon Seberang Jaya.

Manakala yang betina nya pula memiliki darah VIP yang juga mempunyai rekod yang baik di pertandingan ayam serama di Johor dan Ipoh.

Dengan gabungan pilihan ini, diharapkan darah lawan meja semenjak dari BPR Jr dapat dikekalkan hingga kemasa akan datang dan diperturunkan ke warisnya nanti.

SMk

VIP’s

image

Line VIP semakin subur direban SMk. Intake ke3 ni nampaknya banyak tina dari jantan dan amat sesuai sebenarnya dengan masa dan keadaan. Ini kerana dah nak masuk Ramadhan maka penyertaan di Game pun dah mulai kurang maka sebaiknya kita tumpukan pada breeding dan melahirkan pelapis-pelapis reban untuk digunapakai pada masa akan datang.

Anak ni ada 3 ekor, seekor nampak memang memberangsangkan dan memikat hati bila dipandang. Syukur alhamdulillah.

SMk

Induk Muda Fire’s

image

Induk muda Fire ni memang tak sihat, tengok-tengok semalam dah mati. Memang dah ajalnya nampaknya. Induk ni adalah dari Tina Fire’s first batch sama dengan FireStar. Induk ni baru belajar mengeram tapi hasilnya tak menjadi. Takpa, kita redha.. pasti ada yang baik selepas ini insya Allah. yang penting kita jaga dan sayang ayam serama kita sebaik-baiknya. Jangan sesekali berlaku zalim keatas haiwan peliharaan kita.

SMk

 

Monday 8 June 2015

FireSonic



Semalam tak sempat test bon Penang kerana ekor meluruh last minit. Tapi apa-apa pun akan jadi mainan selepas Hari Raya.
Ayam ni nampak positif dengan bentuk tubuh yang mengikuti susur galurnya seperti line Fire yang lainnya. Kalau mengikut gaya tubuh, ayam ni nanti akan mempunyai tubuh yang kuat dan tidak mudah lari ekor.

SMk

Bon penang 7 Jun 2015





Alhamdulillah rezeki di bon penang semalam, FireSharp telah mendapat no6 dan layak menerima saguhati.

No penyertaan adalah no1 dimana gaya nampak kurang, ini kerana didalam dewan masih berasa sejuk kerana aircond dibuka. Tapi bagi SMk kita ok je.. biasalah main ayam.. semuanya terpulang kepada ayam diatas meja.
Tapi dari segi aksesori terutama balung.. memang amat memberi kepuasan pada diri SMk.
Kita cuba lagi di game akan datang insya Allah.
 
11108246_392189414325559_7286102499174780484_n11391493_392190697658764_8272535799935191518_n

SMk