Sunday 22 April 2018

FireHector




Anak ini SMk namakan sebagai FireHector kerana gayanya dan ketrampilannya sebagai warrior yang telah jelas kelihatan walaupun hanya berusia 1 bulan setengah sahaja. Apa yang baik tentang anak ini, ialah ianya bebas jarum, dan selam ori tanpa sebarang urutan.

Anak ini jika terus membesar dengan baik akan menjadi satu kebanggaan pada suatu masa nanti. Ada yang telah merisik anak ini, namun harga yang ditawarkan belum sepadan pada hemat SMk. Oleh itu, ayam ini hanya akan dilepaskan kepada mereka yang benar-benar berminat dalam memiliki ayam serama yang baik dan sanggup membayar dengan harga yang sepatutnya bagi seekor ayam serama. 

SMk

Pelapis Pembaka Fire


Ayam ini telah SMk didik menjadi pembaka dengan dimasukkan dengan betina direban SMk. Ayam ini sangat positif dengan semua struktur tubuhnya tegap dan ori. Ayam yang memang lempar sayap semulajadi sangat baik untuk dijadikan pembaka reban. Semoga terus positif dan berjasa direban SMk. Adik beradik ayam ini kebanyakkannya berada disekitar Bintulu dan Miri.

SMk

DirtyAryan update


DirtyAryan setakat ini, telah menjadi bapak kepda sepasang anak yang berusia bawah 1 bulan dan masih dipairkan dengan seekor ayam berdarah Godic manakala seekor induk telah mengeram dan dijangka menetaskan anak DirtyAryan pada selewat-lewatnya 6 Mei yang akan datang insya Allah. Ayam ini menjadi tunggak untuk menurunkan ayam-ayam yang mempunyai perangai jahat direban SMk.

Semoga DirtyARyan terus sihat dan menurunkan lebih banyak legasinya dimasa akan datang.

SMk

Anak BOTB Sadong Jaya











Sesungguhnya keyakinan dan kesabaran membawa banyak makna dalam pembiakkan ayam serama. Alhamdulillah, setakat ini anak-anak hasil dari Pembaka Utama Bapak BOTB telah membawa satu lonjakkan kearah satu level bagi reban serama man k di Semariang Aman, Sarawak.

Anak-anak ini akan SMk simpan sebagai pelapis reban dan penerus legasi bagi bloodline ini.

SMk

Sunday 15 April 2018

Berhijrah



SriKencana telah dipinang orang, dan dihantar ke Miri untuk berjumpa tuan barunya. Ayam telah selamat sampai sebentar tadi sekitar jam 3.10 petang.



Gambar terkini, penerimaan oleh tuan barunya sebentar tadi. Semoga berjasa disana, dan mengembangkan legasi Baka Fire disana.

SMk

Saturday 14 April 2018

Batch ke 4/2018


Sangat menarik hati, dengan cutting dan aksesori yang amat cantik pada mata SMk semoga terus cantik dan sihat sehingga dewasa. Anak ini bersama dengan 7 lagi batch yang sama. Masih ditempatkan dibrooder dan mungkin akan dipindah ke reban asuhan dalam masa 2 minggu akan datang.


Banyak batch ke 4/2018  ini betina berbanding jantan sebelum ini. Jika betina, anak-anak ini akan disimpan bagi projek breeding yang akan datang nanti. 

SMk

Pelapis Reban Serama


Ini adalah beberapa ekor pelapis yang nampak amat positif dimata SMk dan mempunyai pontensi yang amat besar di Pertandingan Ayam Serama, kerana anak-anak ini bukan hanya memiliki aksesori yang baik ianya turut memiliki watak atau galak yang amat dicari semasa pertandingan.



Mankala untuk tambahan kepada warrior pelapis ini, SMk turut mempunyai beberapa ekor lagi anak B sebagai tonggak pelapis yang boleh ikira amat menarik juga.


Batch ini memiliki keunikkannya sendiri dan ada yang telah mendapat risikan dari peminat-peminat serama namun bagi SMk, jika mereka mempunyai jodoh dengan ayam-ayam ini SMk tidak keberatan untuk melepaskannya jika bersesuaian dengan harganya. Ini kerana, anak-anak ini boleh menjadi mainan di Game jika dilatih dengan baik. Pada hemat SMk, jika ayam ini terus ditangan SMk memang pasti ayam ini akan menjejakkan kakinya ke pertandingan. 

SMk

Berhijrah ke Reban Baru


BlackRose Jr telah berpindah ke Bintulu kepada seorang peminat ayam serama disana bersama 2 ekor bertina (Induk dan Dara).


Selamat tiba di Bintulu dirumah tuan barunya, dimaklumkan akan diletakkan direban baru yang akan siap sehari lagi. Bagi SMk, semoga peminat-peminat ayam serama bertambah dan menjadikan minat berserama sebagai salah satu hobi utama berkaitan unggas di Sarawak. Aamin.

Semoga berjasa disana.

SMk

Anak Ayam Serama


Anak ini merupakan salah seekor anak kepada BlackRose BOTB yang berusia 13 hari pada video ini diambil. Cutingnya lebih mirip kepada cuting ibunya yang juga line yang sama dengan BlackRose. Anak-anak dari batch ini telah ditempah peminat sehinggakan 3 kali mengeram sudah dibayar(resiko telah diketahui peminat tersebut), ini kerana setiap tetasan jumlah dan kejadiannya adalah hak Allah S.W.T. Tetapi oleh kerana itu kemahuan mereka maka SMk ikutkan sahaja. Maka dari perjanjian 3 kali tetasan itu juga, SMk cuma boleh menyimpan sepasang sahaja anak dari batch tersebut. Ada juga yang mula bertanya tentang anak-anak batch ini, tetapi SMk terpaksa mengikut urutan booking (bayaran) terlebih dahulu.


Anak Fire seekor ini masih belum diberikan nama, buat masa sekarang makin sihat dan masih dibiarkan didalam batch asalnya kerana anak ini mengikut keturunan Fire yang ada yang mana pada pengalaman SMk agak bahaya diasingkan jika tidak mempunyai masa yang mencukupi kerana anak-anak ini akan datang perangai yang amat galak jika tiada teman.

Oleh itu, SMk memberi sedikit masa supaya bila tiba masanya SMk akan asingkan semuanya direban yang sesuai mengikut kategori dan keperluan.

SMk

Monday 9 April 2018

Pertandingan Ayam Serama di Sarawak


Semalam pihak PKKASK telah mengadakan satu pertandingan ayam serama di Sadong Jaya, Sarawak dengan dihadiri oleh kebanyakkan peminat disekitar Kuching hingga ke Serian. Rezeki SMk juga semalam, DirtyAryan telah menjuarai kategori ABS dan seterusnya menjuarai Kategori Raja Gaya dengan memperolehi Piala dan Hadiah berupa wang sebanyak RM100.

Seekor ayam Muda SMk turut mendapat tempat ketiga pada pertandingan tersebut.

Kategori ABS

Kategori Raja Kibas

Kategori Raja Gaya


Semalam SMk ditemani adik SMk iaitu Aman Apm dan Arziz dengan membawa keseluruhannya sebanyak 8 ekor ayam. 6 ekor ayam dari reban SMk manakala 2 ekor dari reban Arziz.


Gambar kenangan ahli PKKASK yang hadir bagi menjayakan Pertandingan kali ini, dengan kesempatan ini SMk mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi, Setiausaha dan semua ahli yang berusaha keras bagi menjayakan aktiviti kali ini. Anda semua memang super special dan terbaik.

SMk

Anak Game


Anak pelapis game ini, akan SMk simpan untuk pelapis game bagi mewakili reban SMk. Anak ini memang nampak cuttingnya dan memang sedap dipadang mata.

Anak ini akan mula diasing dalam tempoh sebulan lagi dan mula diasuh. Manakala ibunya akan SMk asing sebelum dimasukkan dengan pembaka jantan.

SMk

Induk Serama yang garang

Bloodline Godic

Bloodline Fire

Merupakan 2 ekor darah yang berlainan tetapi membawa perangai yang baik kepada keturunannya dan menjadi satu kepelbagaian yang memeriahkan reban SMk. 

SMk

Bloodline Ara


Pasangan ini, akan menjadi pelapis kepada line Ara direban SMk untuk support pembaka Ara utama iaitu BlackRose yang juga tengah giat menghasilkan anak-anaknya.

Warna Ara merupakan satu kelainan bagi reban SMk yang bukan untuk game tetapi lebih sebagai satu kepelbagaian isi reban. Semoga ianya dapat mewarnai dan memeriahkan reban SMk. Aamin.

SMk

Anak FC



Anak tunggal kepada FireCroc direban SMk. Anak ini memang nampak menarik sejak berusia 2 minggu dan kini stelah beberapa waktu anak ini memang nampak amat menarik.

Pada hemat SMk, anak ini akan selam seperti darah ibu dan bapanya yang akan menjadi apabila semakin meningkat anak B dan Remaja keatas. Matanya hitam bulat dan kehitaman penuh jika melihat kearah kita, seperti darah-darah Fire yang lalu, ia akan memandang dengan penuh tumpuan dengan tidak sesekali berkelip matanya. Melihat generasi Fire terus mekar direban SMk membuatkan rasa penuh keasyikan yang sukar dipaankan menjadi sesuatu ayat.

SMk

Deworm Ayam Serama


Pada 31 Mac yang lalu, Batch 2/2018 telah diberikan ubat cacing untuk tempoh berulang setiap 6 bulan bergantung kepada kesihatan semasa. Sehingga kini, tahap kesihatan anak ayam ini masih dalam keadaan yang amat baik dengan diet masih kekal makanan bersaiz starter.

SMk

Tuesday 3 April 2018

Pertandingan Ayam Serama di Sadong Jaya



Update terkini utk Pertandingan Ayam Serama di Sadong Jaya telah mendapat pengesahan iaitu akan diadakan pada 8 April 2018 hari Ahad ini.

Acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut :
1. Serama A
2. Serama B
3. Serama anak c
4. Serama Muda
5. Serama Remaja
6. Serama betina
7. Serama Atl
8. Raja kibas
9. Raja gaya

YURAN PERTANDINGAN RM25.00

Hadiah
1. Juara setiap kategori Piala /Sijil/ Hamper
2. Raja Gaya RM100/Hamper
3. Bonanza RM150
4. Cabutan bertuah 5 hamper
5. Raja Kibas /Piala/Sijil /Hamper

Jemputan VIP
1. Tuan pemanca Hj Awg Aziz
2. Ketua Kampung Sabanng bin Mat Sah
3.kaunselor Hj Abdul Mutalip bin Hj Julaihi

Masa pendaftaran 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Majlis dijangka bersurai 2.00 petang

Update dari AJK PKKASK Yaakub Tamin.
9.45 pagi 3 April 2018.

SMk