Sunday 30 August 2015

Anak reban SMk 29/8/2015

Anak tunggal ini semakin menarik dan menyerlah di meja. Kalau beterusan dengan gaya tersebut mungkin SMk akan cuba membawanya ke meja pengadilan yang terdekat iaitu di Melaka pada 6 Sep 2015 nanti di Serama Park.

Walaupun dari segi bulu dan sebagainya anak ini akan kalah dari segi aksesori kerana balung dan bulu yang kurang memenuh keseluruhannya. Namun rasanya amat berbaloi untuk diketengahkan bagi melihat gayanya di skema pemarkahan.

SMK

Thursday 27 August 2015

Bertukar Geran





2 ayam ini, iaitu pejantan FireStar dan seekor tina remaja telah bertukar geran ke kempadang kuantan iaitu menjadi milik Zol Sg Soi.
Semoga ayam ini berbakti direban tuan barunya dengan baik. Kita berat nak lepaskan pembaka jantan tu, tapi demi untuk membantu kawan-kawan upgrade reban.. SMk lepaskan juga.

SMk

Mainan baru kita



Ini adalah antara anak reban kita untuk mainan sekurang-kurangnya dalam tempoh sebulan atau dua bulan akan datang. Semoga semuanya terus positif dan boleh diketengahkan ke meja pengadilan serama.

SMk

Tuesday 25 August 2015

FireSharp bon Penang

Persembahan FireSharp di bon Penang. Alhamdulillah agak baik bagi SMk. Cuma kaki nampak sedikit lemah sebab perjalanan yang agak jauh dari kuantan ke Penang. Namun alhamdulillah, berakhir dengan tempat yang ke 10.

SMk

Monday 24 August 2015

Sunday 23 August 2015

Bon Penang 22 Ogos 2015



Merakam gambar kenangan di game Penang bersama Man Rst, Abe Lean, pengerusi STG abe Din.

SMk

Pencapaian game Penang

SMk telah menyertai game Penang pada 22 Ogos 2015 bersama-sama geng STG. Untuk game kali ini SMk telah membawa FireSharp dan seekor anak A.




FireSharp no10



Alhamdulillah, memang FireSharp maintain dengan performancenya.


Anak A SMk sangkar no1,



Walaupun tidak lekat, namun anak ini akan SMk latih agar menjadi player yang baik di game nanti insya Allah.

SMk

Tuesday 18 August 2015

Pindah tangan





Alhamdulillah rezeki tengahari tadi, anak ini telah bertukar hakmilik dengan baik. Ayam ni memang niat kita untuk bawa ke game Penang tapi apa kan daya rezekinya nampaknya ke arah lain.

Semoga berjasa di reban baru nanti. Jaga diri molek-molek deh.

SMk

Saturday 15 August 2015

Pencapaian Jan–Aug 2015

imageimage

Pencapaiaan anak-anak VIP awal tahun memang agak memberangsangkan.

1. No 8 bon KB
2. No 2 bon Skudai Johor
3. No 5 bon Perlis
4. No 3 bon Ipoh

imageimage

Seterusnya pencapaian ini diteruskan oleh FireSharp

1. No 10 Tasek Kenyir
2. No 8 bon Penang
3. No 10 bon Kebaboom K

4. No 10 bon Penang

SMk

Train anak Serama

Latihan bagi seekor anak ni telah bermula sepanjang minggu ini bagi menhadapi persediaan Bon Penang pada 22 Ogos 2015 akan datang ini. Setakat ini anak ini nampak amat positif dengan struktur tubuh yang agak baik. Semoga akan membuahkan hasil nanti di bon tersebut dan bon-bon yang mendatang.

Bagi SMk, pencalonan untuk bon Penang SMk akan mencalonkan 2 penyertaan iaituKategori Anak A dan kategori Muda.

Semoga perjalanan ke bon dan usaha disana nanti dipermudahkan. Amin.

SMk

Friday 14 August 2015

Terima kasih Radzi

2015-08-09 13.01.162015-08-09 13.01.29

2015-08-12 12.53.12

Semalam ketiga-tiga ayam ini telah bertukar reban ke pemilik baru iaitu kepada Radzi Jempol Jr. Harapan SMk semoga ayam-ayam ini akan berjasa dan memberi sesuatu yang baru kepada tuan barunya. Semoga beliau berpuas hati dengan ayam-ayam ini.

Kita rasa bersyukur kerana ada yang berminat untuk memelihara anak reban SMk. Terima kasih SMk ucapkan.

SMk

Musim Induk menetas

 

2015-08-09 08.13.54

image

image

Musim Induk bawa turun anak telah tiba di reban SMk. Syukur alhamdulilah ada induk muda juga turut sama menyumbang kepada populasi reban SMk. Setakat ni hasilnya semua berwarna kuning dan pasti akan memeriahkan reban tidak lama lagi. Tambahan masih ada 3 ibu yang masih mengeram.

Memang sesuatu yang mengembirakan.. itu saja yang boleh SMk katakan.

Friday 7 August 2015

FireSharp the SMk remix

Layan Video FireSharp

SMk

 

Gabungan FireSharp & Princess Royale

image

image

Alhamdulillah, ada hikmahnya SMk demam dan tidak dapat hadir ke bon Bangi kerana apabila tidak jadi pergi SMk telah memasukkan Princess Royale bersama dengan FireSharp. Tanpa diduga keputusannya amat positif dimana Princess Royale telah bertelur. Kualiti telurnya juga amat baik sekali.

Harapan SMk agar pasangan ini dapat menurunkan beberapa anak untuk SMk jadikan sebagai pelapis reban untuk masa yang akan datang.

SMk

Induk Rinting SMk

image

Alhamdulillah Princess Rinting kita mengeram buat kali yang ke 4. Induk ini memang pantai mengeram dan menjaga anak dengan baik. Semoga kali ni dapat banyak benih dan ada menurun rinting. Seekor pun jadilah, tapi biar rinting betul2 3 layer.

SMk

Antara Pelapis reban SMk

image

Alhamdulillah, kita ada pelapis untuk mainan kita penghujung  ini dan awal tahun 2016 nanti. Setakat ini ada 2 Jantan iaitu seekor dari anak Princess 69 dan seekor lagi dari Princess Raub. Manakala ada 2 ekor tina line VIS yang disimpan untuk pelapis induk reban. Seekor yang kuning mungkin boleh dilatih sebagai Induk Game. Manakala ada 2 anak jantan A dan seekor tina A sebagai backup stok.

SMk

FireStar Terkini

image

Setelah dimandikan dan diletakkan di atas meja, memang tidak mengecewakan kerana FireStar sememangnya ayam SMk yang tercantik dari segi aksesori. Biarlah dia terus menjadi Pembaka II reban SMk semoga dapat menurunkan anak-anak yang cantik insya Allah.

SMk

Sunday 2 August 2015

Teknik sayap lempar

 

Ini adalah video macam mana cara kita membuat sayap lempar. Secara asasnya caranya amat mudah dan jika hendak mendapat hasil yang baik harus lah dilakukan sekerap mungkin praktikalnya insya Allah akan positif dan berhasilSe2015-07-27 09.22.46

Selamat mencuba.. SMK

FireFZ

image

FireFZ merupakan Pembaka III direban SMk. Baru lepas dibaiki ekornya setelah induk yang dimasukkan dengannya mengeram. Ekor masih ekor remaja bila nak meluruh pun tak tahulah. Tetapi memang bagus sekali untuk dijadikan pembaka reban.

SMk

Fire69

image

Fire69 semakin positif dan mulai galak, dah masuk anak C. Lehernya nampak semakin positif dimana nampak semakin ada gaya boleh turun secara semulajadi. Dengan warna kuning, bermakna ayam ini juga bakal suatu hari nanti memijak di meja pengadilan bon.

SMk

FireSharp

image

image

FireSharp dibawa berjalan ke rumah sahabat kita di Bukit Rangin kuantan. Tanpa mengecewakan FireSharp telah menunjukkan gayanya disana sebagai hiburan mata SMk dan kawan-kawan Persatuan Serama Tok Gajah.

Alhamdulillah, memang satu kepuasan buat kita dapat melihat anak reban yang dapat meletakkan nama SMk di persada SeramaMania Tanahair.

Semoga selepas ini akan banyak lagi kejayaan yang dapat SMk capai dengan serama dari reban SMk sendiri. Insya Allah.

SMk

FireMoghul

 

2015-07-24 18.19.23

2015-07-25 13.01.35

FireMoghul sangkar no11 telah mendapat 74 mata semasa bon KB 25/7/2015. Oleh kerana ada teman dalam Persatuan Serama Tok Gajah berminat maka dengan berat hatinya kita telah melepaskannya kepada Mohd Hafifi untuk dijadikan sebagai pembaka direban beliau.

Semoga berjasalah direban beliau nanti.

SMk

Induk Legasi SMk

image

Syukur alhamdulillah 3 ekor induk kita alih untuk mengeram. Due date 15/8. dan setelah seminggu maka kita telah melakukan proses Eggs Candling bagi menentukan samada telur yang dieram adalah mengandungi benih atau tidak.

image

Aktiviti Egg Candling..
3 induk jumlah telur 19 biji,
Setelah diteropong cuma 10 biji yang berbenih. Induk2 Fire . Harap yang berbenih akan terus sihat dan menetas.

SMk

Princess Royale

 

image

Sekarang Princess Royale telah digandingkan bersama FireSharp untuk menghasilkan ayam kategori A. Tumpuan khas ini diberikan bagi melihat hasil dari reban SMk sendiri ini kerana untuk mengetahui samada darah ayam lawan meja dapat diteruskan atau tidak.

Semoga usaha SMk ini akan berhasil dengan jayanya insya Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat berkat dari Allah.

SMk