Saturday 22 December 2018

Siri Vaksinasi



SMk

Vaccine



Alhamdulillah, malam dengan dibantu oleh anak SMk, kami telah siap memberikan vaccine kepada ayam direban.

Setiap batch yang dikeluarkan oleh reban SMk semestinya akan melalui proses vaksinasi yang mencukupi bagi keperluan setiap ekor unggas. Untuk batch akan datang, iaitu anak serama yang masih bersama induk akan diberikan vaccine pada penghujung bulan januari 2019 nanti.

Semoga proses ini terus berjalan dengan baik dan menjadikan reban SMk senantiasa dalam pengurusan yang terbaik. Aamin.

Sunday 9 December 2018

Kunjungan Sahabat





Hari ini reban SMk dilawati sahabat-sahabat sehobi dan berkongsi cerita tentang hobi serama dan hobi ayam ratu.

Beberapa ekor anak reban turut bertukar tangan hari ini, termasuk seekor betina line Peruvian turut dipinang sahabat yang berminat.

Induk-induk baru turut dimasukkan dengan pembaka reban pada hari ini bagi meneruskan projek breeding yang telah dirancang. Setakat ini, hasil amatlah memberangsangkan dengan tetasan anak-anak reban yang amat positif dan berpontensi untuk dilatih menjadi ayam game.

Insya Allah SMk akan memasukkan laporan akhir tahun reban selewat-lewatnya pada 5hb januari 2019.

SMk