Thursday 28 October 2021

Induk yang mematuk Anak


 Update sedikit untuk induk yang garang seekor ini. Namun, setelah sekian waktu, nampaknya induk serama ini telah menjadi kurang agresif dan lebih cool berbanding sebelum ini. Semoga induk muda ini terus menjadi seekor induk yang baik di reban SMk. 

Cuma, anak ini nampak gayanya sperti seekor anak tina berbanding jantan. Seminggu dua lagi SMk akan update lagi perkembangannya. 

SMk

Wednesday 20 October 2021

Telur Induk Serama Lekat

 


Kali ini SMk menghadapi sedikit masalah dengan video rakaman SMk, dimana video penuhnya berdurasi 8.45 minit tetapi video yang boleh dipindah ke PC cuma berdurasi 5.24 minit sahaja. Bermacam usaha telah SMk lakukan untuk melakukan transfer video rakaman tersebut namun akhirnya tidak berjaya untuk memindahkan video berdurasi penuh. 

Akhirnya, video kali ini terpaksa SMk upload di youtube setakat yang dapat diformatkan sahaja. Agak janggal sedikit, sebab SMk selalu menamatkan video SMk dengan kata-kata penutup dan Salam. Tetapi kali ini, SMk cuma menulis caption sahaja untuk penutup kali ini. 

Insya Allah selepas ini, SMk akan berhati-hati semasa melakukan rakaman agar video yang dirakam dalam keadaan yang baik dan boleh digunapakai untuk editor dan sebagainya. 

Semoga video rakaman sesi tanya jawab kali ini dapat membantu sahabat SMk yang bertanya. 

SMk

Sunday 17 October 2021

Perkongsian Gaya Ayam Serama

 


Sembang mengenai asas Gaya dalam pertandingan ayam serama. 


Video asas Gaya ayam serama untuk rujukan dan informasi peminat ayam serama. 

Semoga bermanfat. 

SMk

Saturday 9 October 2021

Induk Muda untuk si Pembaka Reban

 


Sementara nak menunggu giliran untuk dimandi, SMk lepaskan sebentar pasangan ini sekejap. Semoga ada hasil yang positif dari pasangan ini nanti. Aamin. 

Wednesday 6 October 2021

Projek Fire 2021

 


Setelah berusaha beberapa kali, maka kali ini SMk telah mula melihat hasil breeding yang telah dilakukan dengan Induk dan Pembaka Muda yang ada direban SMk. Seperti yang SMk katakan sebelum ini, SMk akan lebih menumpukan kepada pengeluaran Produk SMk untuk digunapakai SMk untuk pertandingan kemungkinan tahun depan selepas Covid mulai reda. 

Buat masa ini, ada 2 lagi induk yang masih mengeram dengan diikuti oleh 4 ekor induk yang tengah bertelur. Projek kali ini akan mengutamakan aksesori dan cuting disamping upgrade watak yang sedia ada. SMk akan biarkan anak-anak projek kali ini bersama dengan ibunya untuk tempoh masa sehingga 4 minggu sahaja. selepas itu, SMk akan mula mengasingkan anak kali ini untuk latihan dan tapisan. 

Bilik yang kosong yang sedia ada adalah amat sesuai untuk melatih ayam serama yang membesar nanti. Apa yang penting adalah agar SMk terus fokus dan berserah kepada Allah.. Insya Allah segala usaha ini pasti ada kejayaannya. Apa yang penting adalah usaha dan bersemangat. 

SMk

Thursday 30 September 2021

Pertanyaan - Kalsium untuk Ayam Serama

 


Alhamdulillah, hari ini SMk berpeluang menjawab soalan peminat ayam serama berkenaan tajuk Kalsium untuk ayam serama, semoga ianya bermanfaat untuk peminat ayam serama. 

SMk

Sunday 26 September 2021

Pertanyaan Sahabat - Kategori Muda Ayam Serama


 

Setelah menerima banyak PM dari sahabat peminat ayam serama, maka SMk telah menyiapkan satu rakaman video untuk perkongsian mengenai apakah itu Kategori Ayam Sera+ma Muda. Semoga perkongsian kali ini turut mendapat sambutan yang baik dari peminat ayam serama dimana saja anda berada. 

SMk

Saturday 25 September 2021

Kategori Remaja


 

Menjawab pertanyaan sahabat peminat ayam serama tentang apa itu kategori ayam serama? Alhamdulillah, hari ini SMk bekesempatan membuat satu rakaman video untuk dikongsi bersama. Semoga bermanfaat. 

SMk

Wednesday 22 September 2021

Cara Pemberian Ubat Cacing jenis LDI

 


Semoga bermanfaat buat peminat ayam serama yang mengunakan ubat cacing dari jenis yang sama untuk deworm serama mereka di reban. 

SMk

Tuesday 21 September 2021

Review Ubat bagi menguatkan kaki dan Sayap untuk Ayam Serama


 

Alhamdulillah, hari ini SMk telah sempat membuat satu rakaman video untuk review Ubat kuat kaki bagi Ayam Serama. Semoga video ini bermanfaat buat sahabat-sahabat diluar sana. 

SMk

Friday 17 September 2021

Tanya Jawab Ayam Serama "Ubat untuk ayam galak diatas meja"

 


Sedikit perkongsian dari SMk untuk menjawab persoalan dari peminat ayam serama berkenaan tentang ubat tambahan atau supliment untuk ayam serama menjadi lebih galak terutama di atas meja pertandingan. 

SMk

Thursday 16 September 2021

Tanya Jawan Ayam Serama " Puru Tekak dan Kurap Ayam"

 


Semoga perkongsian kali ini bermanfaat buat semua sahabat dan peminat ayam serama diluar sana. Alhamdulillah, hari ini SMk dapat meluangkan masa untuk membuat satu video bagi menjawab persoalan dari sahabat kita. Semoga kita semua senantiasa dilindungi dari Covid 19 yang melanda negara ketika ini. Stay Safe.. 

Selamat Menyambut Hari Malaysia

Salam dari SMk

Monday 13 September 2021

Pertanyaan - Ubat Cacing


 Merujuk kepada pertanyaan sahabat SMk itu tadi, Insya Allah pada hari selasa minggu depan SMk akan membeli ubat berkenaan dan akan post kepada mereka yang berkenaan selewatnya pada hari Rabu. Namun, ianya bergantung kepada stok ubat ubatan yang ada dikedai tersebut nanti. 

SMk

Thursday 9 September 2021

Tanya Jawab Ayam Serama 9/9/2021

 


Alhamdulillah, hari ini SMk berkesempatan menjawab persoalan dari sahabat SMk berkenaan dengan Tips Penjagaan Ayam Serama di Reban. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada yang bertanya juga kepada peminat ayam serama yang baru dalam hobi ini. 

SMk

Tuesday 7 September 2021

Cenderahati Pengadil dari USA

 

Alhamdulillah, hari ini SMk telah menerima satu bungkusan dari USA dari Ethan Kean (Serama Empire). Ini adalah hadiah cenderahati semperna Pertandingan Serama World Cup 2021 yang lalu dimana SMk telah dijemput sebagai pengadil ketiga bagi pertandingan tersebut. 

Ianya merupakan satu hadiah yang menarik dan akan menjadi satu kenangan buat SMk. Terima kasih SMk ucapkan buat sahabat SMk iaitu Ethan Kean dan Serama Empire untuk hadiah ini. Terima kasih. 

Semoga hobby ini terus tersebar dengan meluas diserata dunia. Aamin. 

Friday 3 September 2021

Pengunaan Vaksin di Reban SMk


 Menjawab Persoalan peminat ayam serama untuk pengunaan vaksin yang SMk gunapakai direban SMk di Kuching Sarawak. Semoga bermanfaat untuk sahabat-sahabat SMk diluar sana. 

SMk

Monday 30 August 2021

Tanya Jawab Peminat Ayam Serama 30/08/2021

 


Pertanyaan kali ini adalah seperti berikut :

1. Anak ayam yang dibawa induk telah mati secara mendadak. 2. Ayam Muda, kakinya menjadi lemah dan sukar berdiri.

Semoga saranan dan perkongsian dari SMk dapat membantu sahabat kita.

SMk

Sunday 29 August 2021

Buah Tangan dari Espana Serama


 

SMk telah menerima cenderahati dari sahabat SMk Victor Leones dan Group Espana Serama dari Sepanyol. Sangat menarik dan berprestige. Ini akan menjadi satu kenangan yang sukar SMk lupakan dan akan menjadi satu kenangan manis yang tetap dalam ingatan SMk selama-lamanya. 



Terima kasih SMK ucapkan, SMk sangat mengahargainya. 

SMk

Friday 20 August 2021

Pertandingan Ayam Serama Online Siri 01/2021 Bagi Kategori Ayam A & B


 Alhamdulillah, pada minggu ini SMk berpeluang mengadakan satu pertandingan Ayam Serama Online untuk kali ini bagi Kategori Ayam A dan B. Semoga pertandingan ini dapat terus memeriahkan lagi suasana berserama disepanjang musim Covid 19 ini. 

SMk

Saturday 14 August 2021

Skima Ayam Serama Online

 


Syukur Alhamdulillah, skima Ayam Serama kita dari Malaysia telah diterima pakai diperingkat Dunia bagi rujukan untuk sistem permarkahan. Semoga usaha ini menjadi titik tolak kearah yang lebih baik seterusnya Taraf atau Standard Skima Ayam Serama Malaysia akan terus menjadi base line untuk semua skima pengadilan Ayam Serama di seluruh dunia. 

Wednesday 11 August 2021

Pra Pre Pertandingan Ayam Serama Online

 


Alhamdulillah, hari ini SMk sempat membuat satu content untuk akaun Youtube SMk. Content video kali ini adalah lebih kepada tips untuk peserta yang ingin menyertai pertandingan ayam serama online, dan juga apa yang perlu dilakukan untuk membuat video yang lebih baik. 

SMk

Sunday 8 August 2021

Induk menjadi Lumpuh atau Mareks

 


Punca penyakit kepada ayam amat perlu diketaui bagi memudahkan sebarang rawatan, pemberian ubat dan juga langkah pencegahan dilakukan direban kita. Kali ini SMk telah menjawab soalan dari seorang peminat ayam serama yang bertanyakan tentang masalah ayamnya yang didapati lumpuh setelah seminggu mengeram. 

SMk cuma boleh memberi nasihat berdasarkan point-point yang diberikan oleh pemiliknya, agak sukar untuk mengetahuinya secara tepat kerana SMk tidak melihat keadaan ayam tersebut sendiri. namun, berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan, SMk merasakan ayam tersebut dijangkiti penyakit Mareks. Ubat yang terbaik untuk penyakit ini ialah Vaksin Mareks.

SMk

Wednesday 4 August 2021

Baka @ Pemilik Reban Asal

 


SMk lebih gemar mengunakan istilah Nama Pemilik Reban berbanding baka kerana ianya lebih legitimate dan lebih kredible jika digunakan berbanding mengunakan nama baka. 

SMk

Monday 2 August 2021

Tips Membuat Rakaman Video Pertandingan Ayam Serama Online


 Alhamdulillah, sambil menjawab persoalan dari sahabat SMk sambil itu juga kita buat sedikit rakaman video untuk rujukan sahabat yang berminat nak menyertai pertandingan ayam serama online. Semoga bermanfaat.

SMk

Saturday 31 July 2021

Ayam Serama Online World Cup 2021

 


Sedikit info dan makluman terkini untuk rujukan dan perhatian peminat ayam serama sekalian. 

SMk

Penundaan Tarikh Pertandingan

 Salam satu seramania, saya membuat keputusan untuk menunda Pertandingan Ayam Serama Online Kategori A/B anjuran saya kepada tarikh seperti dipaparkan dalam poster medsos terbaru. Ini bagi memberi ruang untuk Pertandingan "International Online Serama Show" yang akan berlangsung pada minggu depan. Kepada yang berminat untuk menyertai pertandingan International Online Show boleh rujuk mana-mana posting sahabat kita Ethan Kean untuk pendaftaran dan penyertaan.

Greetings seramania, I decided to postpone my Ayam Serama online contest for A/B Category to the date as shown in the latest medsos poster. This is to make room for the "International Online Serama Show" Competition which will take place next week. Those interested in participating in the "International Online Serama Show" competition can refer to our FB friend Ethan Kean’s posts for further information regarding registration and participation.




Wednesday 28 July 2021

Intro Pertandingan Ayam Serama Onlline siri 01/2021

 


Alhamdulillah, SMk telah siap upload satu video intro sebagai promosi untuk pertandingan ayam serama online pada 2 minggu lagi lebih kurang. 



Untuk pertandingan kategori Ayam A/B kali ini SMk tidak akan mengambilkira markah bagi ruangan Warna dan Ekor untuk memberikan satu galakkan kepada peminat ayam serama untuk menyertai pertandingan pada kali ini.

Yuran SMk tidak kutip seperti biasa dan kali ini, SMk buka ruangan bagi mana-mana pihak untuk sponser pertandingan kali ini jika ada. Jika ada kita akan tambahkan lagi jumlah hadiah yang ada, atau kita boleh adakan satu cabutan bertuah untuk setiap peserta jika ada sponser. 

Semoga perjalanan pertandingan ini berjalan dengan lancar. Aamin. 

Sunday 18 July 2021

Pertandingan Ayam Serama Online Anjuran Group Serama Utaqa Sempoi siri 01/2021

 Pihak Group Serama Utaqa Sempoi telah menghubungi SMk, dan menjemput SMk untuk menjadi pengadil bagi pertandingan yang mereka anjurkan. SMk bersetuju kerana ianya amat baik sekali bagi tujuan memperbanyakkan aktiviti berserama dimusim Pandemic Covid yang melanda negara ketika ini. Disamping, ianya turut boleh mempromosikan hobi ayam serama secara tidak langsung. 


Kategori Ayam Serama Remaja

Kategori Ayam Seramna Muda

Kategori Ayam Serama A&B

Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur diatas usaha yang baik ini, dan juga tahniah kepada semua ahli Group Serama Utaqa Sempoi yang berusaha menjadikan pertandingan ini satu realiti. tahniah kepada pemenang dan semua yang terlibat. 

SMk

Monday 5 April 2021

Pertandingan Ayam Serama Online 2021 kategori Remaja

 


Alhamdulillah, syukur diucapkan keatas kurniaan ilahi, SMk sempat mengadakan satu lagi pertandingan ayam serama secara online bagi episod 3 iaitu kategori ayam remaja. Semoga usaha yang sedikit ini dapat juga memberi impak pada dunia ayam serama amnya. Tahniah kepada semua peserta yang mengikuti pertandingan ini dan tahniah juga diucapkan kepada pemenang. 

Insya Allah jika diizinkan Allah kita akan berjumpa lagi dalam episod 4 iaitu kategori ayam Muda. 

SMk

Monday 15 March 2021

Asal Hanuman

 Assalamualaikum..

Cerita 8 tahun lepas...Sebab loni ada kedengaran baka HanumanRocky ni asal dr reban sekian2..Untuk mengelakkan salah faham dan org rmai tertipu dr cerita2 demikian..
Kita akan info sedikit sebanyak..
Untuk makluman..Bapak kpd jenama HanumanRocky ni asal dibeli dr sna jaya darahnya dr reban man dagangan bersama arwah abe zol kask pada tahun 2013 dulu(xsilap)...
setelah bnyk tahun dlm crossing bapak ni ...
pada tahun 2015 baru start munculnya nama HANUMAN hasil dari mengacukan induk tapisan2 dulu dr reban ZUL KAFILAH dan Pada tahun 2016 muncul plop nama ROCKY..
Daripada HanumanRocky ni laa munculnya pelapis2 yg mengekalkan nama bloodline tu dan mencipta nama di bon menjadi Pure Hanuman & Pure Rocky dr reban ZUL KAFILAH FARM...
alhamdulillah.....Bloodline kini semakin dikenali ramai dan semakin kuat serta ada peminatnya tersendiri
Harap dengan sedikit info ini dpt menjawab sesetengah persoalan..Untuk tahu lebih lanjut mari borak2 dekt reban rumah sambil mkn kuew tiau kungfu..😁

Kredit Abe War (Petikan FB)


Saturday 27 February 2021

Pertandingan Raja Serama Online siri 01/2021


 Episod 1

Alhamdulillah, untuk musim pertama bagi tahun 2021, SMk telah berjaya menganjurkan satu pertandingan online bagi episod satu. Insya Allah episod kedua iaitu kategori anak A anak diadakan dalam masa 2 minggu lagi. 

SMk

Tuesday 16 February 2021

Intro Pertandingan Ayam Serama Online 2021


 Alhamdulillah dipagi ini tadi SMk berkesempatan merakam video untuk sedikit Intro berkenaan Pertandingan Ayam Serama Online 2021 dan kemudiannya terus SMk edit dan upload di Youtube serta blog. 

Nama untuk pertandingan ini SMk belum fikirkan lagi, Insya Allah SMk akan fikirkan satu nama atau Tema yang SMk rasakan sesuai dan akan SMk masukkan kedalam poster Medsos dan juga untuk penyediaan Sijil nanti. 

Malam ini dan esok, SMk akan mula Design sijil untuk kegunaan Pertandingan ini nanti. Semoga segala yang dirancangkan berjalan dengan lancar dan senantiasa dirahmati serta diberkati Allah. 

SMk

Saturday 13 February 2021

Tanya Jawab Ayam Serama Tentang Saiz Kotak Ayam Serama


 

Alhamdulillah, kali ini SMk dapat meluangkan sedikit masa untuk membuat satu video berkenaan saiz untuk kotak ayam serama yang biasa SMk gunakan. Semoga video ini bermanfaat untuk peminat ayam serama di luar sana. 

SMk

Thursday 11 February 2021

Friday 5 February 2021

Sri Fakeh


 Anak reban sekor ni, nampak semakin positif dan agak suka dimainkan sebab ianya memberi tindakbalas terhadap kita. Jika ayam ini dijaga dengan baik, ayam ini mempunyai potensi yang besar untuk mencapai kejayaan di pertandingan. 

SMk

Thursday 4 February 2021

Panduan Jual Beli Ayam Serama


 Panduan atau Guideline bagi urusan jual beli Ayam Serama terutamanya untuk FB Group Serama Tanpa Batasan. Ini adalah bagi mengelakkan kedua belah pihak samada penjual mahupun pembeli teraniya. Oleh itu, video diatas ini dapat memberi sedikit panduan untuk memudahkan urusan tersebut. 

SMk

Wednesday 3 February 2021

Definasi Raja Kibas dan BOTB bagi Ayam Serama


 Bagi sesi Tanya Jawab Ayam Serama kali ini, saya menjawab persoalan tentang apa itu Raja Kibas dan apakah yang dimaksudkan dengan Best Of The Best (BOTB). Semoga penerangan SMk ini dapat dijadikan sedikit pembukaan minda dan pencerahan kepada kemuskilan yang dialami oleh peminat ayam serama yang bertanya dengan SMk. 

Tuesday 2 February 2021

Tuesday 19 January 2021

Sri Fakeh




 Anak ayam ini, saya akan asuh direban saya. Saya namakannya dengan nama Sri Fakeh kerana mengambil semperna nama Kuarters Fakeh Abdul Samad di Taman Tas tempat tinggal saya dahulu semasa di Pahang. Ayam ini boleh dikatakan memiliki 94% darahnya atau susur galurnya dari sana. Oleh itu, saya rasakan nama ini sangat sesuai untuk anak ayam ini. 

SMk

Tanya Jawab Ayam Serama 19 Januari 2021


 Sesi Tanya Jawab Ayam Serama

Wednesday 13 January 2021

Ekor Ayam Senget


 Pada sesi tanya jawab kali ini, saya menjawab pertanyaan bagi cara untuk membetulkan ekor ayam yang senget. Video ini hanya menunjukkan dimana tempat yang perlu ditambat sahaja, saya tidak melakukan sebarang praktikal pengunaan jarum bagi mengelakkan sebarang salah faham dari pecinta haiwan di luar sana yang tidak memahami kenapa ekor harus dibetulkan. 

SMk

Thursday 7 January 2021

Feeling Funny


  Hahaha.. just for fun, dan lawak saja bossku.. 

Bakat Baru


 

Ada bakat baru telah dikesan di Reban SMk, nampak sangat positif dari segi tubuh badan. Kondisi anak sua ekor ini juga nampak sangat baik dan sihat. Mungkin minggu hadapan, SMk akan mula memberi vaksin dan seterusnya ubat cacing kepada anak-anak ini nanti. 

SMk