Wednesday 14 November 2018

SOLD OUT





Alhamdulillah, 2 ekor anak reban SMk turut dilepaskan hari ini kepada sahabat SMk iaitu saudara Aziz dari Jalan Tol berdekatan Masjid Darul Hana Petra Jaya.

Semoga berjasa direban beliau nanti. Aamin.

SMk

Sale / Jualan Ayam Serama

Beberapa ekor anak ayam serama untuk dijual dan dimiliki bagi mereka yang berminat. Harga adalah berbeza mengikut kualiti dan kuantiti ayam serama mengikut keadaannya semasa. Jualan akan diteruskan sehingga keluar poster pertandingan yang akan datang jika ada. Ini tertakluk jika SMk masih dikehendaki hadir sebagai pengadil, jika tidak maka jualan akan tetap diteruskan seperti biasa. 

Tiada istilah booking atau simpan, semua adalah cash and carry. Perkhidmatan penghantaran juga boleh diusahakan, cuma kos tambang adalah ditanggung pihak pembeli. Gambar atau video anak serama untuk jualan boleh dihantar melalui Whatapps, sila hubungi Whatapps saya di talian 0137706010 untuk maklumat lanjut.  Sekian, harap maklum. 

SMk


SOLD OUT


Anak B ini telah SMk jual kepada peminat ayam serama dari Matang Kuching iaitu tuan Yaakub Taamin. Semoga berjasa direban beliau.

SMk

Pertandingan Ayam Serama di Asajaya Square


Pada 11 November 2018 yang lepas, SMk telah menghadiri pertandingan ayam serama anjuran Persatuan Kesenian & Kecantikan Ayam Serama Kuching - Sri Aman (PKKASKS) sebagai pengadil dan juga penasihat PKKASKS pada hari tersebut.



Sebelum dimulakan pertandingan ayam serama pada pagi tersebut, khemah pertandingan PKKASKS turut dikunjungi oleh YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah iaitu Menteri Perlancongan,Seni, Warisan, Belia dan Sukan bersama-sama VIP yang turut hadir pada hari tersebut. SMk berpeluang menyambut kunjungan beliau bagi pihak Pengerusi Cikgu Shahrin dan menyerahkan cenderahati kepada VIP yang hadir.


Cenderahati dari PKKASKS




SMk dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan ahli yang terlibat menjayakan pertandingan kali ini. Bagi yang kurang berjaya, boleh cuba lagi dipertandingan akan datang. Jumlah penyertaan kali ini adalah terbanyak setakat ini bagi penganjuran pertandingan ayam serama sepanjang tahun 2018, dengan jumlah penyertaan adalah sebanyak 77 ekor. Ianya merupakan satu pencapaian besar kepada PKKASKS sebagai sebuah persatuan ayam serama.



SMk hadir ke pertandingan kali ini bersama adik SMk iaitu Aman APM.


Terima kasih kepada pihak persatuan kerana memberikan cenderahati kepada SMk selaku pengadil pada hari tersebut.


Acara BOTB 


Pemenang BOTB kali ini jatuh kepada En. Malek PKKASKS, tahniah SMk ucapkan kepada En. Malek atas kejayaan tersebut.

SMk



Wednesday 7 November 2018

Dilemma



Selalunya SMk lebih gemar untuk share ilmu lebih-lebih lagi tentang ayam serama. Namun, sejak jadi pengadil, SMk dapati agak sukar untuk SMk berkongsi ilmu kerana penerangan SMk seolah-olah tidak difahami bahawasanya ianya adalah untuk ilmu bukan untuk menghukum atau memberi markah. Kecuali jika waktu ketika memang SMk menjadi pengadil, itu lain kerana markah ditulis pada kertas skema.

Tetapi sekarang, sebagai orang biasa peminat serama diwaktu bukan pertandingan, SMk dapati setiap ilmu yang diajar atau dikongsi SMk agak sukar diterima oleh mereka yang bertanya. Bila timbul situasi bergini, barulah SMk faham kenapa kebanyakkan sahabat pengadil ayam serama agak sukar melontarkan pandangan dimedia sosial. SMk boleh mulai faham, kerana pendengar atau pembaca tidak semuanya memahami isu teknikal yang diterangkan. Lain kita terangkan, lain pemahaman mereka.

Oleh itu, mulai hari ini, SMk tidak akan lagi berkongsi maklumat skema pertandingan pada mana-mana medsos secara terbuka. SMk hanya akan berkongsi maklumat kepada mereka yang bertanya secara personal kepada SMk. Bukan SMk kedekut ilmu, tetapi SMk kuatir jika ilmu tidak difahami secara betul dan akhirnya menjadi ajaran sesat.

SMk

Sunday 4 November 2018

Pertemuan dengan YB



Semalam jam 11.45 pagi, SMk telah berjumpa dengan YB Awla bin Idris (Simunjan) di Laila Inn Cafe. Alhamdulillah, pertemuan tersebut berjalan dengan baik dan YB turut menyumbangkan dana kepada PKKASKS seperti yang beliau hasratkan.

Walaupun pertemuan tersebut agak pendek tertapi amat bermakna kerana beberapa topik yang dibincangkan turut menyatakan beberapa perancangan bagi beberapa program seperti hujung tahun 2018 dan aktiviti bagi tahun 2019 nanti. Ianya merupakan satu peluang dan ruang yang amat baik untuk PKKASKS dimasa mendatang untuk terus relevan didalam kegiatan semasa bersama rakyat dan warga setempat. Seterusnya dapat mempromosikan hobi berserama kepada lebih banyak masyarakat.

Semoga segalanya lebih positif selepas ini dan bertambah baik. Aamin.

SMk