Thursday 25 January 2018

Pasangan ke Bintulu


Pasangan ini akan dihantarkan ke Bintulu kepada tuan barunya. Ianya telah ditempah atau booking oleh pemilik barunya sebelum ini. Alhamdulillah sudah siap untuk penghantaran. 

Oleh itu, setelah pasangan ini dijual, SMk akan membuat penutupan jualan bagi package seperti ini dan juga penjualan ayam betina sehingga tempoh yang akan dimaklumkan semula nanti. Bagi jualan selepas ini, SMk lebih mengutamakan buyer atau peminat yang hadir sendiri dipremis SMk. 

Ianya bertujuan supaya pembeli lebih jelas dengan ayam yang hendak dibeli dan dapat melihat secara lebih dekat. Itu adalah lebih baik pada pandangan SMk. Semoga penjualan yang dilakukan lebih memuaskan hati para pembeli. Ini merupakan satu usaha oleh SMk bagi mempromosikan minat warga Sarawak terhadap memiliki ayam serama. Semoga usaha yang dilakukan ini, dapat menghasilkan lebih banyak peminat dikalangan masyarakat Sarawak. 

SMk


Monday 22 January 2018

Update Reban 22/1/2018


Update reban..
Mengeram 22/1/2018
Expected deliver 11/2/2018
Line MengKB vs Nazrul Amir Ganu 
Line Mahizan Mohamad
Line Poksyed
Line Fire
Inkubator status runinng. Delivery date anytime.
P/s
Induk netas line Mahizan Mohamad vs Godic SuperJr no1. Oleh itu, esok pagi SMk akan menyusun semula sistem pembaka yang sedia ada bagi memasukkan induk baru kedalam reban breeding.

SMk

Lawatan dari sahabat PKKASK serta peminat

Kunjungan dari tuan Akub PKKASK 

Lawatan Aziz dan adik beliau

Kunjungan dari sahabat karib SMk, Yusri Sibu

SMk

FireAdruja SOLD


FireAdruja telah bertukar tangan dan terjual kepada seorang peminat dari Sibu iaitu Encik Yusri. Beliau amat berminat untuk memiliki FireAdruja walaupun dengan harga yang agak tinggi. Semoga ayam tersebut berjasa kepada beliau direbannya di Sibu nanti.

SMk

Tuesday 16 January 2018

Pertandingan Ayam Serama di Sungai Pertani



SMk

Review Pembaka Reban SMk

PanglimaPurut

Pembaka Muda ini berasal dari reban Hilmi Alwi, buat masa sekarang dimasukkan dengan induk berusia bagi memberi pendedahan kepadanya untuk breeding. Setelah beberapa tempoh masa nanti, SMk akan memasukkan induk dari line yang sama dengannya bagi menguatkan aliran darah asal rebannya.


King650

Ayam ini pernah mendapat tempat pertama di Sadong Jaya dan ketiga di Simunjan. Asal ayam ini adalah dari reban otai Terengganu iaitu Mahizan Mohamad atau lebih dikenali dengan nama Jang Botak. Anak dari pembaka ini ada 2 ekor di Miri dan Bintulu pada peminat baru.


FireSpring12

Ayam berasal dari reban SMk diKuantan, dibawa ke Kuching semasa anak B. Line Fire sedarah dengan FireSharp. Semasa dihantar ke Kuching ayam ini jantan ini mempunyai seekor lagi adik beradik di Tungkah. Namun ayam tersebut telah mati kerana sakit semasa mencapai usia Muda. Anak FireSpring12 banyak direban SMk kerana ianya merupakan darah asal kepada Fire yang memberi satu branding kepada SMk sendiri. Antara anaknya yang terbaik di bon ialah FireCroc yang menjuarai kategori Muda/Remaja di Sadong Jaya.


Perodua

Ayam ini, SMk ambil sendiri direban Pok Syed diutara semasa bercuti di rumah Mertua SMk. Asal Bapa ayam ini adalah asalnya ayam milik Rahim (line Zippo) Melaka yang telah dibeli oleh Pok Syed untuk pertandingan seterusnya dijadikan sebagai pembaka utamanya juga. Ayam ini diambil sepasang dan induk asalnya sekarang tengah mengasuh 2 ekor anak jantan. Buat masa sekarang pembaka ini dimasukkan dengan induk dari reban Pok Syed juga tetapi dari batch yang lain, iaitu yang diambil sekitar hujung tahun 2016.



ShadowRyanJr

Ayam ini, SMk ambil dari Pok Syed sebanyak 4 ekor. Iaitu 2 pasang adik beradik anak A dengan harga RM1800. Line ini banyak menurunkan pelapis induk reban kepada reban SMk sekarang. Anak jantannya juga SMk simpan untuk tujuan breeding dan pertandingan.


KingStar

Ayam ini diambil dari reban Mahizan Mohamad dan pernah menjuari kategori Muda dibeberapa tempat pertandingan di Sadong Jaya dan Simunjan, namun pencapaian terbaiknya adalah tempat ke4 bagi anak B di Kenyir. Ini mengambilkira jumlah penyertaan ayam yang agak banyak di Kenyir berbanding di Sarawak.


69Junior

Ayam ini satu-satunya anak jantan dari induk Man Serama yang ada kini direban SMk. Semasa di Kuantan induk tersebut ada seekor anak jantan namun dijual kepada Radhi TD. Anak dari induk tersebut lebih dominan kepada jantina betina. Diharapkan, dari 69Junior ini nanti SMk akan memiliki lebih banyak anak jantan.


FireBlade

Ayam ini tinggal seekor sebagai pembaka direban SMk, asal induk kepada line ini adalah dari Serama Kota Puteri dan Ijat Gopeng KP iaitu sahabat SMk. Line ini asalnya ada 3 jantan. 2 ekor darinya telah dijual kepada peminat di Sarawak. Pemilik akhirnya setakat diketahui SMk berada disekitar Miri. Oleh itu, anak yang diperolehi oleh SMk dari line ini nanti akan SMk kekalkan direban SMk sebagai pelapis line FireBlade.


Rinting

Asal ayam ini, adalah ayam asal yang mula-mula SMk terbabit ke bon dengan Serama. Line ini SMk simpan untuk tujuan perbezaan warna direban SMk di Semariang Aman ini. Setakat ini SMk ada memiliki bebrapa ekor anak dari pembaka ini untuk tujuan pelapis reban.

Sri6

Ayam ini SMk ambil dari reban Sri Ratu dan pernah dibawa ke pertandingan serama di Pesta Sadong dab berjaya menjuarai BOTB. Ayam ini merupakan antara pembaka utama reban SMk. Beberapa ekor anak telah diturunkan dari line ini, hasilnya juga turut positif.


GodicSuperJr

Pembaka Muda ini merupakan aliran godic abe lan Terengganu dan merupakan salah satu ramuan utama bagi SMk menurunkan anak-anak betina bagi tujuan breeding. Terutama line kaki kuning direban SMk.


MDs

Pembaka jantan ini merupakan ayam dari reban Hilmi Alwi seorang otai Muda dari Terengganu yang ada perkaitan dengan Pok Man Daganggan. Teras line ini SMk gunakan untuk menurunkan anak reban terutama betina yang memiliki ciri-ciri bulu jarum direban SMk. Setakat ini, SMk memiliki beberapa ekor anak yang SMk simpan sebagai penerus kepada line ini.


Godic1stJr

Ayam ini merupakan abang kepada GodicSuperJr dan turut dijadikan sebagai pembaka bagi menguatkan darah line Godic direban SMk. Tujuan utama adalah untuk menurunkan anak betina yang berkaki kuning direban SMk.


MKB

Line ini diambil dari reban Nakamura Meng Kota Bharu bagi mewarnai reban SMk dengan darah-arah serama yang terkini supaya mengurangkan jarak perbedaan kualiti serama diSarawak dan Semenanjung. Line ini turut memiliki banyak anak yang memiliki ekor kelabu dan beberapa ekor anaknya juga ada yang terjual disekitar Kuching.


FireCroc

Seterusnya teras kepada bloodline SMk sendiri iaitu bloodline Fire telah mula dimasukkan anak kepada FireSpring12 sebagai pembaka. Ayam ini pernah menjuari Pertandingan diSimunjan beberapa bulan yang lepas. Namun SMk lebih menumpukan kepada breeding bagi menguatkan line Fire ini berbanding pertandingan.

Bergitulah serba sedikit review reban SMk pagi ini, ini cuma sebahagian pembaka dan ada lagi beberapa pembaka seperti BOTB Terengganu, juga ada dimiliki SMk. Nanti bila ada masa yang lapang, SMK akan lakukan review selanjutnya nanti.

SMk membeli ayam-ayam tersebut direct dari tuan asalnya tanpa melalui orang tengah kerana SMk lebih mementingkan istilah Pure Reban dan authentic. Tujuan SMk membawa masuk baka-baka ini adalah untuk mengimbangi perbezaan kualiti bagi Sarawak dan Semenanjung. Semoga tujuan ini dipermudahkan, Aamin.

SMk.

Sunday 14 January 2018

Pertandingan Ayam Serama di Kelantan



SMk

Pembaka Schedule Servicing



Hari ahad, SMk menyelenggara reban pembaka. Kalau mengikut jadual, hari ini pembaka perlu dimandikan tetapi agak sukar kera cuaca yang tidak mengizinkan. Oleh itu, ayam pembaka ini dilap dengan air dan dijemur sebentar.

Setelah siap, semuanya dimasukkan kembali bersama-sama pasangan masing-masing.

SMk

Tuesday 9 January 2018

Musim Hujan



Kuching dan sekitarnya dijangkakan akan hujan mulai rabu sehingga sabtu. Tetapi hari ini dah mula hujan dan berhenti cuma seketika dan hujan kembali.

Selain menunggu induk bertelur hasil breeding, SMk juga mengisi masa lapang dengan mula melatih anak C di reban SMk. Anak berwarna gelap ini pernah SMk fikir akan menjadi tina, rupanya ianya sebaliknya. Ayam ini pernah dibayar oleh seseorang suatu masa, tetapi mungkin ada masalah maka urusan jualbeli tersebut dibatalkan. Mungkin ada hikmahnya ayam ini tidak terjual. Oleh itu SMk akan mula melatih anak C ini bermula hari ini insya Allah.

Panglima Purut semakin steady di atas meja dan stabil dengan kibasan dan gayanya tersendiri.

SMk

Monday 8 January 2018

Persiapan Induk Breeding



Setelah diasing selama 1 bulan, induk reban ini akan SMk masukkan dengan Pembaka Reban SMk pada lewat petang nanti. Penjagaan induk reban adalah sesuatu yang amat SMk jaga dengan teliti sejak dari dahulu.

Setiap breeder mempunyai cara sendiri dalam breeding program, tidak ada yang benar atau salah caranya kerana ayam masing-masing telah sesuai dengan cara penjagaan direban masing-masing.

Induk reban SMk memang dijaga dengan teliti dari segi makanan, vitamin dan makanan tambahan sejak beberapa fasa iaitu sebelum dimasukkan dengan pejantan, semasa dengan pejantan, semasa bertelur, mengeram, menetas dan membawa anak.

Peringkat fasa tertentu, induk ini akan diberi makanan mengikut fasa tersebut agar kesihatan induk reban SMk didalam kondisi yang terbaik. Ini kerana faktor kesihatan induk reban juga membawa kepada anak-anak yang sihat.

Anak-anak potensi selam dari baka-baka tertentu amat memerlukan ramuan makanan yang terbaik untuk mengelakkan masalah struktur tubuh kepada anak-anak tersebut.

SMk

Saturday 6 January 2018

Sembang Sabtu 6 Jan 2018


Sembang petang bersama Aman Apm sambil melayan ayam dirumah SMk pada petang hari ini.



Ada beberapa perbincangan tentang breeding yang dilakukan dan beberapa pemilihan ayam untuk mewakili reban Serama Malaysia Ku di game yang bakal diadakan dipenghujung bulan nanti.

SMk

Pelapis Reban


Semakin positif dengan hasil anak-anak reban yang menarik. Setakat ini kebanyakkan anak tetasan direban SMk memiliki perangai dan amat bagus memberi respon kepada SMk.  Dalam masa beberapa bulan lagi, anak ini akan SMk tapis sebagai mainan game atau sebaliknya.

SMk

Thursday 4 January 2018

Budak Baru


Sepasang ayam berdarah ara telah SMk bawakan masuk ke reban baru SMk. Ayam ini kedua-duanya mempunyai darah selam yang amat baik untuk pertandingan dan juga untuk breeding. Buat masa ini, pasangan ini akan ditempatkan dibilik isolasi untuk vaksin dan ubat cacing.

SMk

Stok Lampu


Sejak mengunakan Sistem Dual Style Breeding (Inkubator/Induk), SMk banyak mengunakan lampu untuk kegunaan inkubator SMk. Lampu yang SMk gunakan untuk inkubator yang ada sekarang adalah mengunakan 2 lampu dengan kuasa 40 watt. Pagi semalam, SMk telah membeli sebanyak 20 biji lampu untuk dijadikan available stok direban SMk.

SMk

Ayam Muda



Ayam Muda seekor ini agak lambat siap terutama bahagian ekornya. Ayam ini diberi nama Panglima Purut. Ayam ini mempunyai potensi untuk bon kerana memiliki perangai atau watak jahat. Jika tiba masanya juga nanti, ayam sebegini tidak akan menjadi masalah jika perlu untuk dijadikan sebagai pembaka reban.

Ayam ini SMk bawakan khas dari reban Hilmi Alwi dari terengganu bersama-sama beberapa ekor ayam lagi juga dari reban yang sama untuk tujuan breeding.

SMk