Saturday 26 January 2013

Projek 2013

Setelah hampir semua Pembaka 2012 dan hasil titik peluh musnah akibat penyakit, maka tahun ini saya berazam lagi kuat semoga tahun 2013 akan memberi hasil yang membanggakan insyaallah.. apa pun saya akan berusaha.

Walaupun saya bukanlah berniat untuk menjual dan memasuki pertandingan cuma saya ingin memiliki dan menghasilkan hasil dari reban sendiri yang saya boleh kata sebagai back yard breeder. Tetapi hasilnya bukan untuk dijual cuma sebagai mengisi masa lapang dan untuk hiburan hati.

Usaha  untuk januari ini telah bermula dengan mendapatkan semula beberapa pembaka dari utara dan juga sahabat saya yang baru iaitu seorang cikgu dari Gopeng. Walaupun cuma berhubung melalui sms je.. tetapi saya anggap ianya perkenalan yang bermakna.. terima kasih untuk Kubing Rinting kat bawah tu.

Besar jugak modal untuk mula balik pembaka –pembaka ni tapi harap-harap ianya akan berjaya hendaknya.

disini saya perkenalkan pembaka saya.

Pembaka dari Utara (tengah honeymoon)

DSCN9251

Pembaka dari Gopeng

DSCN9257

Semoga tahun ini akan memberikan sesuatu yang baik insyaallah.. semuanya diatas izin Allah s.w.t..

Nerd smile