Saturday 29 April 2017

Ayam menjadi lemah dan lumpuh


Pada hari Rabu yang lalu, SMk dimaklumkan oleh adik SMk seekor ayam muda direban telah lumpuh dan tidak boleh berjalan. Makan perlu disuap untuk memastikan ayam dapat makanan dan minuman yang mencukupi.

Bagi mengatasi masalah tersebut, SMk perlu memastikan apa masalah atau penyakit ayam tersebut terlebih dahulu. Namun perkara ini bukan mudah kerana ayam yang sakit bukan berada dihadapan mata SMk. Setiap ayam yang sakit, perlu diperiksa dengan teliti dari segi posture, dalam mulut, bahagian duburnya dan bahagian lain seperti peha, kaki ekor dan sayap.

Ini perlu dilakukan bagi memastikan setiap clue atau symptom dapat dilihat dan seterusnya dapat membantu SMk dalam membuat penilaian bagi mengubatnya.

Setelah melihat kepada rupa ayam, langkah-langkah rawatan dimulakan :

Rabu
1. Lemah dan tidak boleh berjalan
- SMk telah memberi ubat melocomin iaitu sejenis ubat saraf bagi melancarkan dan menyembuhkannya urat sarafnya dan diberi 1 biji sehari
- Keputusannya, ayam dah boleh berdiri dan makan sendiri tetapi masih tidak mampu berdiri dengan baik seperti didalam video.

Khamis
2. Pil saraf diteruskan, mengambilkira ayam masih tidak mampu berdiri, dan nampaknya ada sedikit punca dari ekor maka SMk membuat keputusan supaya bilah ekor ayam tersebut digunting. 


Jumaat
3. Pil saraf masih diteruskan, nampaknya pada hari ini, ayam tersebut semakin sihat dan boleh berdiri dengan baik dan dapat mengimbangkan badannya seperti biasa.

Alhamdulillah, kes ini telah diselesaikan dengan baik. Semoga ayam muda ini boleh terus menjadi pembaka reban SMk. Amin.

SMk

Monday 24 April 2017

Pertandingan Ayam Serama di Kelantan


SMk

Pertandingan Ayam Serama di Balai Ringin, Serian, Sarawak


Alhamdulillah, Game PKKASK dengan anjuran komuniti setempat telah menjayakan satu pertandingan Ayam Serama di Balai Ringin pada 22 April 2017. Peserta adalah terdiri dari peminat-peminat ayam serama sekitar Kuching, Serian dan Sri Aman. Acara ini turut menjadi kenangan apabila Deputy Chief Minister YB TAN SRI DATUK AMAR DR. JAMES JEMUT ANAK MASING dan YB. ENCIK SNOWDAN LAWAN turut melawat ke khemah pertandingan Ayam Serama.




Walaupun pertandingan pertandingan ini beskala kecil, namun dari segi penganjurannya ianya telah berjaya menarik minat bukan sahaja peminat ayam serama tetapi juga turut menarik minat penduduk setempat dan seterusnya dapat mempromosikan hobi ayam serama sebagai salah satu sukan rakyat di Sarawak.




Senarai Pemenang adalah seperti berikut :


Ayam A

1. Pak ya
2. Paul
3. Paul



Ayam B
1. Ibi
2. Hafizan
3. Tay


ATL
1. Paul
2. Yusuf
3. Aren


Betina
1. Aren
2. Paul
3. Tay


Anak B
1. Pak ya
2. Yusof
3. Ibi


Raja Kibas 
Paul


Tahniah kepada semua pemenang, kepada yang tidak berjaya boleh mencuba lagi dimasa akan datang. Semoga dengan kekerapan anjuran pertandingan oleh pihak PKKASK terus menyemarakkan lagi Pertandingan Ayam Serama dan terus menjadi salah satu sukan rakyat yang diminati.

SMk

Saturday 22 April 2017

Sorotan seminggu Ayam Serama


Tumpuan SMk masih kepada breeding dan ini merupakan konsenterasi yang berterusan. Projek ini diteruskan dengan mengunakan anak jantan FireSpring12 dan MissA400M iaitu diberi nama Fireblurry.  

FireBlurry dimasukkan dengan induk betina ini pada 18 April 2017 yang lalu. SMk menjangkakan akan ada hasil atau keputusan bagi pasangan muda ini seawal-awalnya pada minggu pertama Mei nanti. Semasa dipasangkan, pasangan ini nampak harmoni dan tiada tanda-tanda bakal ibu melawan pembaka jantan. Oleh itu, suasana ini turut membantu memudahkan proses penyatuan ini.

Kedua-dua Jantan dan betina ini mempunyai ciri-ciri selam semulajadi tanpa sentuhan. Maka ianya lebih positif untuk projek ini pergi jauh jika didapati mereka mempunyai anak-anak yang turut mengekalkan genetik selam tanpa sentuhan. SMk akan memantau pasangan ini dengan lebih dekat dari masa ke semasa.


Anak-anak betina ini merupakan batch yang dihantar ke Sarawak pada awal April yang lalu. Batch ini terdiri daripada ayam-ayam dari reban Apis Pasir mas (Kuantan), Rizal Fahamee (Kuantan), Juwe (KB) dan Abe lean (Ipoh). Apa yang menarik bagi batch ini ialah ayam dari reban Abe Lean yang SMk ambil kali ini sebenarnya mempunyai beberapa asal reban yang berlainan. 

Sebelum ini, Abe Lean membantu beberapa peminat baru dalam menjual ayam di FB dan media sosial seperti WhatApps. Oleh kerana, hubungan SMk dan Abe Lean sangat rapat maka apabila ada seorang peminat baru ini yang hendak menjual ayam direbannya yang diketahui memang memilki hanya 2 3 pasang ayam dari Reban Tok Janggut (Pak Wan), maka Abe Lean terus menghubungi SMk memaklumkan perkara tersebut. Oleh kerana ini adalah peluang yang baik bagi mendapatkan baka-baka Sri 6 yang pure maka SMk terus membayar dan memiliki anak-anak A tersebut disamping SMk juga mengambil peluang mendapatkan ayam dari reban Abe Lean sendiri iaitu anak daripada pembaka utama beliau.

Anak-anak ini juga SMk open kepada peminat di sarawak untuk dimiliki. Tetapi respon yang agak kurang mungkin kerana cuma anak A dengan harga RM250 itu mungkin agak mahal bagi mereka, jadi tiada sambutan. Cuma ada seekor jantan yang di offer kepada Cikgu Shahrin tetapi malangnya ayam ini telah mati semasa kuarantin di kuala Lumpur. Bagaimanapun, syukur alhamdulillah Cikgu Shahrin telah berjaya membawa juga beberapa pasang ayam ke Sarawak melalui contact beliau. 

Alhamdulillah, anak-anak ini kebanyakkan telah masuk anak C dan semakin sihat semoga berterusan dan dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti reban SMk.


Apabila SMk memehati secara teliti dan melihat kembali sejarah Fire direban SMk. Didapati anak Fire3.0 amat menyerupai ciri FireFlash. Ciri persamaan yang nyata adalah dari segi kepala, warna mata, warna kaki dan bentuk tubuh. Disamping warna yang telah diupgred sesuai dengan perpindahan version dari Fire1.0 kepada generations Fire3.0.

Tetapi apa yang SMk paling suka dengan line ini ialah jika ayam ini selalu dipegang atau diasuh ianya akan meyerlahkan lagi ciri-ciri beraninya dengan kita dan mudah bergaya diatas meja. Ciri-ciri ini jelas sekali dengan nampak apabila diletakkan atas meja bawah paruh(dagunya) jelas nampak kembang. Bagi SMk ini lah ciri lawan meja bagi baka-bak Fire yang selama ini SMk telah miliki. Memang jelas, jika anak-anak seperti ini ianya memang akan mempunyai gaya sebegitu dan semakin jelas bergaya apabila masuk ke alam remaja. 

Sebab itu anak-anak Fire, SMk lebih gemar mengambil video berbanding gambar. Kerana line Fire dari anak sampai dewasa memang seronok dilihat terutama diatas meja. 



Ini adalah salah satu anak import jantan dari batch awal April yang lalu.Ayam ini sebenarnya jika dijaga dengan baik dilatih akan lebih positif. Ini kerana ayam ini mempunyai bentuk tubuh yang agak menarik. Pada pandangan SMk, ayam ini akan selam sendiri apabila masuk kategori muda.

Ayam ini juga merupakan satu rezeki kerana terdiri dari ayam berciri atau ada cuting tanpa sentuhan. Dari segi warna, SMk merasakan ayam ini berdarah rinting. Ini merupakan satu option yang baik bagi SMk kerana akan ada kepelbagaian didalam warna ayam-ayam direban SMk.

Buat masa ini, itulah sahaja update bagi minggu ini.

SMk

Sunday 16 April 2017

Hadiah Serama



Hari ini SMk memberi sepasang Serama sebagai hadiah kepada cousin SMk yang sekarang tinggal di Matang Kuching. Beliau dan keluarganya dahulu memang meminati ayam kapan sejak di Miri lagi iaitu sejak beliau masih kecil.

Semoga dengan adanya serama ini, dapat membantu beliau kembali aktif didalam dunia unggas amnya dan serama khususnya.

SMk

Sorotan Seminggu reban Serama SMk


Tumpuan projek SMk seterusnya adalah kepada ayam serama yang SMk perolehi dari reban Pok Syed dan Reban Meng KB. Maklumat terkini yang diperolehi, sebanyak 4 pembaka tengah rancak breeding dengan menghasilkan telur dan ada dua ekor induk telah mulai masuk mengeram. Pastinya hasil untuk dua line ini antara yang ditunggu-tunggu oleh SMk sendiri. Jika ada yang menetas nanti, SMk akan update perkembangan terkininya dari masa ke semasa.


Ini adalah anak FireSpring12 dan Fire 3.0 yang SMk ada update sebelum ini. Ada bunyi seolah-olah ada yang hendak merisik anak-anak ini tetapi suka SMk ulangi, ayam-ayam ini tidak dijual kerana bakal dimasukkan kedalam senarai breeding bagi reban SMk di kampung. Tidak semua breeder adalah penjual. Oleh itu SMk lebih berminat untuk memeliharanya buat masa ini. 


Sebenarnya dara ini ada 5 adik beradik yang SMk ambil dari sahabat SMk iaitu Rizal Fahamee  dari Cenderawasih, Kuantan. Semasa SMk ambil dari reban beliau, anak-anak ini adalah anak A. Sungguh cepat masa berlalu, dah besar tina ini sekarang. 

Seekor daripada tina ini telah dimabil dan dimasukkan dengan pejantan Muda (anak FireSpring12). Kemungkinan dalam tempoh 2 atau 3 minggu akan datang kita akan mendapat info mengenai hasil projek breeding tersebut.

Tina dari Rizal Fahamee ini adalah ayam hasil reban beliau dimana mempunyai dara Kay Lempeng. Semoga lebih banyak hasilnya nanti yang SMk boleh lihat dan kongsi bersama kawan-kawan apabila hasil breed menjadi nanti.

SMk

Tuesday 11 April 2017

Bloodline Godic


Ini lah pasangan permulaan line Godic (anak kepada Pembaka utama abe lan Godic farm). Kedua-dua adik beradik ini tidak pernah dipisahkan sehingga mencapai usia matang.


Pasangan ini apabila mencapai tempoh matang terus mengeluarkan hasil yang positif dengan beberapa tetasan sejak dari permulaan. Bermakna, telur pusingan pertama mengeram juga telah menjadi dan berhasil.

Ini adalah anak jantan tetasan kali kedua dengan kedua-duanya nampak seperti mengikut posture dan cuting serta aksesori bapa dan ibunya. Warna adalah lebih menyerupai king Godic (Datuknya di Terengganu Godic farm).


Betina ini adalah batch kali pertama dengan amat menyerupai ibunya semasa kecil dahulu. Bloodline Godic ini amat mudah dipelihara kerana apabila mempunyai darah yang dekat, ayam-ayam ini mudah mengekalkan ciri asalnya. Pada hemat SMk, seperti bapaknya anak jantan dan betina ini akan selam secara automatic tanpa sebarang urutan dan susah payah. Ini terbukti kerana semasa SMk miliki dahulu bapa dan ibunya semasa kecil adalah dikira ayam yang berlunjur. Di kampung halaman SMk, memang ayam-ayam ini hanya diberi makan dan minum disamping mandi cuma hanya kekerapan sebulan sekali. 

Tetapi kerana kekuatan bakanya maka ayam ini amat berpotensi untuk menjadi ayam-ayam game jika dilatih dengan konsisten. Ini kerana, tanpa latihan dan urutan ayam ini boleh selam secara auto, lagilah kalau ada yang melatihnya. 

Seperti yang SMk niatkan, setiap ayam-ayam yang SMk bawa dari reban lain SMk akan namakan ayam-ayam ini dengan nama yang ada kaitan dengan reban asal mereka. untuk Bloodline Godic SMk akan cuba mengekalkan nama Godic bagi line ini. 

SMk

Keratan Akhbar



SMk

Monday 10 April 2017

Penyatuan anak reban dan hasilnya


Alhamdulillah, ini adalah batch terbaru yang sempat SMk lihat semasa dikampung pada cuti sekolah yang lalu. Sekarang nampak semakin positif dengan ada yang jelas nampak ada cuting dan mempunyai potensi sebagai ayam-ayam game. Ini adalah anak kepada FireSpring12 dan Fire 3.0. Tetapi yang menariknya dalam batch ini adalah seekor yang berwarna kuning cair adalah anak kepada induk adik beradik kepada FireSharp. Seperti apa yang SMk percaya dan yakin, apabila induk tersebut dikawinkan dengan Fire 3.0 memang menjadi kenyataan kerana ianya dapat mengekalkan postur tubuh dan lebih menarik ada penambahbaikan dari segi colouration dan aksesorinya dan terbukti ianya berjaya.


Jika melihat kepada generasi Fire yang top semasa anak 2 atau 3 tahun yang lepas, SMk mendapati anak Fire 3.0 lebih menarik dengan ciri-ciri tubuh yang melebihi 45 darjah dan SMk mempunyai keyakinan anak ini akan selam. Dari segi balung, SMk menjangkakan balungnya pasti ada penambahbaikan kerana akan mengikut ciri-ciri ibu Fire 2.0 yang amat cantik dengan balung bilah sikat yang menarik.

Anak ini dan beberapa ekor anak lagi dalam batch ini, jika dilatih SMk yakin anak-anak ini mempunyai potensi yang amat besar dalam dunia pertandingan. Namun demikian, buat masa ini SMk lebih menumpukan kepada breeding dengan memaksimakan hasil breeding supaya mencapai target yang dikehendaki SMk. Tambah lagi, buat masa ini kebanyakkan anak-anak import dari reban-reban sohor dari sememanjung yang SMk perolehi pastinya akan mula juga mengeluarkan hasilnya dalam sebulan dua yang akan datang ini.

Sesungguhnya, SMk telah berniat bahawa jika menjadi baka-baka dari reban import ini SMk akan menamakannya dengan pangkal nama yang mencerminkan reban asal mereka. Hasrat SMk juga adalah untuk membuat satu baka atau satu asal reban import dengan satu almari kahs setiap satunya supaya dapat diteruskan breeding secara isolation tanpa cross. Jika ada cross dilakukan ianya nanti jika ada hasil akan dinamakan sebagai anak-anak cross. Ini adalah bagi menghormati kawan-kawan, otai-otai sohor yang tuan punya asal ayam. SMk  juga berhasrat berkongsi maklumat dan saling bertukar update hasil reban kepada pemilik-pemilik asalnya semula apabila berjaya nanti. Ini kerana SMk lebih memohon keredhaan dari pemilik asalnya agar breeding program yang SMk lakukan kekal berkat. Kerana selama ini, SMk telah melakukannya dengan cara demikian juga baragkali memberi impak yang positif kepada setiap hasil anak-anak reban SMk semasa berada di Kuantan.

Maka, bagi Smk apa yang kita lakukan hari ini turut dibantu dan disumbang oleh tuan asal reban yang sanggup berbagi adunan untuk SMk corakkan. Tetapi ini pandangan peribadi SMk bukannya secara kolektif apabila membeli ayam, setelah dibayar memang akan jadi hak pembeli. Tapi SMk lebih menyanjungi breeder-breeder seperti SMk yang penat lelahnya dalam percubaaan sehingga boleh mengeluarkan produk sendiri yang dibanggakan. Oleh itu, SMk tidak segan silu berkongsi pencapaian anak reban SMk jika ianya dari reban tersohor tertentu. Kerana dengan memiliki aliran Fire SMk sudah memahami kepayahan dan kesyukuran dalam kejayaan usaha tersebut. 

SMk

Sunday 9 April 2017

Peetandingan Ayam Serama di Balai Ringin Sarawak



Game kedua anjuran PKKASK (GBBs). Setakat ini kekal momentum dengan bon setiap bulan. Tahniah SMk ucapkan kepada semua ahli persatuan.

SMk

Coretan seminggu SMk

Ada beberapa topik hangat sepanjang minggu ini yang menarik perhatian SMk. Antara tajuknya untuk SeramaMania ialah:

1. JualBeli Ayam Serama
2. Tamatnya H5N1 di Kelantan
3. Jumlah Pertandingan Ayam Serama 2017

JualBeli Ayam Serama

Merujuk perkara tajuk, apa yang SMk ingin katakan sebagai  rujukkan kita bersama jika kita sebagai Pembeli, Pastikan beberapa berikut:

a) Trusted Seller - Pastikan tuan-tuan berurusan hanya dengan penjual yang diyakini jujur dan cemerlang didalam urusan jualbeli. Jangan terlalu ghairah menyertai mana-mana group jualbeli tanpa mengetahui terlebih dahulu setiap bakal penjual didalam sesuatu group. Kenal pasti, jika was-was bertanyalah kepada rakan-rakan yang telah lama didalam dunia serama. Pasti ada yang boleh membantu anda. Bertanyalah mengenai cara pembayaran, gambar ayam dan video yang diberikan. Seboleh-bolehnya jika urusan bernilai K, jika kita tidak boleh hadir melihat ayam sendiri, pastikan didalam video semasa ayam yang dirakan ada dua view dimana view pertama dalam video ayam mesti atas meja dan tiada ayam lain yang berdekatan dan view kedua ayam kelihatan dengan jelas (dekat/zoom) supaya boleh melihat dengan jelas setiap aksesori ayam yang divideokan.

 b) Untuk urusan kali pertama dengan penjual atau pembeli kedua-dua pihak janganlah delete segala perbincangan jual beli dan mesti disimpan sehingga selesai urusan bagi kemudahan dimasa hadapan.

c) Apabila ayam dihantar pastikan bas atau penghantaran adalah betul dari lokasi seperti yang diperbincangkan, seboleh-bolehnya tiada istilah orang tengah. Pastikan juga kita menelefon pemandu bas sebelum waktu ketibaan diterminal agar ayam dapat diterima pada waktu yang tepat. Setelah menerima ayam, Ambil gambar kotak, ayam yang diterima dan maklumkan kepada penjual. Ketika ini pastikan kondisi ayam adalah dalam keadaan baik dan seperti yang telah dipersetujui bersama. Jika tiada masalah selepas tempoh 24 jam dikira jualbeli berlaku dengan baik. Jika ada masalah atau apa-apa berkaitan urusniaga termasuk ayam yang diterima, pembeli haruslah mengemukakan sebarang masalah/aduan kepada penjual secepat yang mungkin dan dalam tempoh masa 24 jam. Ini adalah tanggungjawab pihak pembeli 100% dalam memastikan segalanya baik. Jika selepas itu dikuatiri boleh membawa kepada pertelingkahan dan menjadi punca kepada urusniaga yang gagal.

d) Setelah ayam ditangan pembeli, tidak mengira dari mana asal rebannya, ayam-ayam ini adalah hakmilik si pembeli kerana tiada ikatan perjanjian selepas itu. Jika ada update dari pembeli kepada penjual, itu adalah atas pembinaan persahabatan anatara keduanya. Jika ayam pada pembeli dibreed dan berjaya dimana-mana bon atau menjadi cantik seharusnya itu adalah rezeki si pembeli dan usahanya manakala si penjual yang telah menjual dengan menerima akad jualbeli telah terputus dari kaitan dengan apa yang telah pembeli usahakan. Tetapi jika pembeli ikhlas mengaitkan penjual dengan pencapaian rebannya itu adalah bonus kepada penjual. Tetapi penjual tidak boleh sesekali memaksa si pembeli mengenai pencapaian pembeli ada kaitan dengannya keran telah ada akadjual beli.

Bergitu juga jika ayam yang dibeli tidak menjadi, itu merupakan atas usaha pembeli sendiri dan pembeli atau penjual tidak boleh sesekali menyalahkan satu antara lain dalam urusniaga yang telah lepas berlalu. Semestinya kalau cantik banyak yang moral rendah akan mudah mengambil kesempatan mengatakan itu asal dari rebannya, tetapi seperti lazimnya manusia kalau tak cantik adakah penjual yang akan mengakuinya? jawapannya anda pembaca juga pasti sudah mengetahuinya.

Akhir sekali, setiap peminat serama harus berhati-hati didalam menyatakan pandangan masing-masing dimedia sosial kerana ramai yang melihat dan membacanya. Juga kepada yang membaca jangan mudah tersinggung kerana perkara sebegini boleh jadi ditujukan kepada orang tertentu sahaja. Oleh itu SMk sarankan, jika ada masalah tertentu haruslah kita usahakan menyelesaikannya dengan cara bersemuka jika boleh. Jika tidak boleh maka kita memerlukan orang tengah bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut sebelum tindakan yang lebih aktif seperti laporan polis, saman malu dan sebagainya dilakukan.

Tamatnya H5N1 di Kelantan bagi tahun 2017

Semalam peminat Ayam Serama Kelantan telah mengadakan Pertandingan Selepas H5N1 dan ianya merupakan satu tindakan proaktif yang amat positif didalam menguatkan kembali industri serama di negeri asalnya. SMk turut bergembira dengan perkembangan terkini kerana ianya membantu momentum perkembangan lebih manpan industri Serama bagi tahun 2017 ini.

SMk turut melihat kerjasama antara peminat serama di Kelantan dalam meyemarakkan pertandingan ini menrupakan satu nilai semangat kerjasama yang amat kuat dan bagus sekali. 

Jumlah Pertandingan Ayam serama 2017 

Setakat coretan ini sebanyak 19 Pertandingan Ayam Serama telah dirancangkan dan dari jumlah itu sebanyak 12 Pertandingan telah berjaya dilaksanakan. Sebagai rujukan jumlah pertandingan bagi tahun 2016 adalah sebanyak 23 Pertandingan yang dirancangkan dan cuma satu pertandingan telah dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. 

Maka dengan merujuk pencapaian penganjuran pertandingan setakat ini, SMk mendapati tahun 2017 sebenarnya bakal menjadi lebih meriah dengan penganjuran pertandingan ayam serama berbanding 23 penganjuran pertandingan pada tahun lepas. 

ini adalah sesuatu yang amat positif sekali, terutama melihatkan kepada perkembangan penganjuran pertandingan ayam serama di sarawak kerana dalam tempoh bulan April ini telah 2 Bon dilaksanakan dan 1 lagi bon pada penghujung April turut akan dilangsungkan. Insya Allah sepanjang tahun 2017 nanti target untuk mencapai sekurang-kurangnya 8 game di sarawak akan tercapai. 

SMk


Tuesday 4 April 2017

Persatuan Ayam Serama di Sarawak


Alhamdulillah, maka hari ini bermulanya sejarah baru dalam dunia ayam serama di Sarawak apabila tertubuhnya sebuah persatuan yang asalnya diberi nama GBBS kini diluluskan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan dengan dikenali sebagai PKKASK. 

Sejarah penubuhan persatuan ini agak mencabar kerana selalu diganggu gugat oleh pihak generasi lama ayam serama di Sarawak yang seperti tidak suka dengan kewujudan anak muda. Namun bagi melihat kemajuan, satu langkah proaktif perlu dilakukan kerana sejak generasi lama mengawal segala aktiviti serama, suasana berserama masih suram sepi tiada perubahan. Maka tiada salahnya PKKASK maju kehadapan dengan mengambil alih dan memanaskan suasana dengan pertandingan dan apa saja aktiviti yang berkaitan dengan ayam serama. 

Seperti pertandingan yang dijalankan sebelum ini di pekan Asajaya, pihak anak muda ini telah mengadakan satu bon Supermini dan boleh dibanggakan dengan penyertaan yang melebihi jumlah pemyertaan yang selalu diperolehi oleh pihak generasi lama. Maka harapan SMk, mahu tak mahu, pihak yang berasa mereka adalah generasi lama di Sarawak perlu memberi laluan kepada anak-anak muda ini supaya lebih meriah dan banyak aktiviti ayam serama dapat dijalankan berbanding jika hanya ada satu persatuan sahaja.

Sepatutnya apabila tujuan memeriahkan sambutan ayam serama, semua golongan harus bekerjasama dan memertabatkan atau membudayakan mainan ini menjadi mainan rakyat berbanding lebih mementingkan keotaian individu yang terlalu tinggi seolah-olah tiada orang lain boleh membawa kemajuan kepada mainan rakyat ini. Oleh itu, sekali lagi SMk menyeru kepada semua peminat terutama di Sarawak amnya. Bersamalah kita maju kehadapan dengan hobi kita ini dan tinggalkan lah keegoan kita, biarlah ayamnya yang ego aktif mendabik dada di meja tetapi kita sesama manusia teruskanlah persahabatan dan ukhwah.

SMk

Monday 3 April 2017

Game Ayam Serama Taman Shahzan Kuantan



Pada 2 April 2017, satu pertandingan ayam serama secara santai suka suki telah diadakan di Taman Shahzan, Kuantan. Pada pertandingan kali ini pemenang layak mendapat sijil dan sedikit hadiah berbentuk wang.

Pertandingan ini cuma dijalankan bagi dua kategori iaitu Kategori Muda dan Kategori Induk. Tahniah diucapkan kepada Rizal Fahamee (muda) dan Apis Pasir Mas (induk) kerana memenangi juara bagi kedua-dua kategori tersebut.

Alhamdulillah game ini berjalan dengan lancar dan seperti biasa SMk dijemput sebagai pengadil bagi pertandingan semalam.

SMk