Monday 28 September 2015

Update Projek 2016





Pagi tadi SMk telah berjaya mendapatkan kotak dan Plastic Sealant Sealer. Maka dengan adanya 2 barang ini ianya telah menjadi satu permulaan untuk projek ini diteruskan dengan baik.

Jika tiada aral, insya Allah minggu hadapan SMk akan mula menghantarkan telur ke kampung.

Maklumat terkini dari syafik, esok Inkubator akan di pos ke Kuching. Inkubator ini telah ditempah mengikut kehendak SMk sendiri. Ini adalah berdasarkan pengalaman sepanjang 2008-2013 SMk memang banyak mengunakam inkubator dan brooder bagi tujuan penetasan.

SMk

Saturday 26 September 2015

Projek 2016





Persediaan untuk memulakan projek 2016 telah SMk mulakan dengan membeli inkubator dengan saudara Syafik dari negeri sembilan. Walaupun untuk permulaan ini SMk cuma mengunakan inkubator jenis manual tetapi insya Allah jika ada pertambahan budget nanti SMk akan upgrade inkubator yang ada itu dengan tambahan satu lagi inkubator automatik. Harga inkubator manual adalah $200 dan tambahan sebanyak $60 untuk kos penghantaran terus ke Kuching, Sarawak.

Selain itu, SMk juga telah berjaya mendapatkan Wrapping Bubble Plastic sebanyak 10 meter dengan kos $2.80 semeter. Keseluruhannya untuk wrapping bubble adalah $28.

Insya Allah esok lusa, SMk akan mendapatkan info bagi kos penghantaran termasuk mengunakan kotak Pos Laju.

Esok lusa juga SMk akan cuba mendapatkan Plastic Sealant di kuantan bagi tujuan packing. Setiap step pembungkusan akan didokumentasikan dan di upload pada blog Serama MalaysiaKu.

SMk

Friday 25 September 2015

Teknik penghantaran telur

https://youtu.be/leiWMCX36nU


Sesuatu yang bagus untuk dikongsikan bersama untuk dijadikan teknik terbaik dalam penghantaran telur.

SMk

Thursday 17 September 2015

FireSharp + Misz Momoku

image

Baru bertelur 2 biji semalam, kalau ada rezeki pastinya akan bertambah lagi hari ini. Hasilnya nanti jika berjaya akan menjawab persoalan samada FireSharp masih membawa genetik warna kuning, merah atau coklat atau terus ke warna Ara.

Kita lihat bagaimana hasilnya, kerana jika hendak meneruskan FireSharp sebagai Pembaka II dan seterusnya menjadi Pembaka I menganti bapanya maka FireSharp juga harus membawa genetik kuning supaya dapat mengekalkan penyertaan anak reban SMk di pertandingan kecantikan ayam serama di serata Malaysia.

Persediaan juga perlu SMk lakukan bagi penyediaan anak-anak reban yang kekal darah pure SMk sendiri bagi membawa projek ini ke Sarawak kemungkinan besarnya pada hujung tahun hadapan atau selewat-lewatnya bulan Julai atau Ogos 2017 nanti.

Sesungguhnya, menjadi impian besar buat SMk sendiri supaya dapat mengekalkan line yang ada sekarang sebagai pemangkin untuk adunan dan ramuan yang akan dibreed secara besar-besaran di Sarawak pada masa akan datang.

SMk

Saturday 12 September 2015

Pelapis Baru

image

dua ekor anak A dari dua ibu yang berlainan. Kalau mengikut salasilah yang putih adalah anak buah kepada yang warna Ara. Kerana Ibu warna Ara tu adalah ibu kepada ibu si putih.

Nampaknya sekarang telah keluar warna mengikut darah sebelah SG yang agak kuat dari warna kuning sebelah bapa. Namun demikian dari tetasan yang lain masih mengekalkan warna yellowish untuk reban SMk.

SMk

FireZilla

image

Adik beradik satu tetasan dengan FireSharp tapi FireZilla memang tidak diberi rawatan serta penjagaan sebagai ayam serama untuk pertandingan. FireZilla memang hanya diberi makan dan minum sahaja sehingga tubuh pun telah membesar sehingga menjadi seekor ayam B.

Tetapi FireZilla akan tetap disimpan kerana ianya memiliki darah terdekat kepada FireSharp. Maka akan disimpan sebagai backup kontigensi plan bagi pembaka reban SMk.

SMk

Thursday 10 September 2015

Anak FireSharp



Induk line VIs yang dikawinkan dengan FireSharp telah menetas pada awal pagi ini. Nampaknya sihat dan jelas 2 ekor kuning.

Harapan hati, semoga membesar dengan baik dan boleh dibawa ke meja pengadil dimasa akan datang.

SMk

Wednesday 9 September 2015

Stok Farmasi SMk



SMk selalu ditanya kawan-kawan tentang masalah perawatan ayam serama sejak dari mula-mula buka akaun FB sehingga kini. Tetapi bagi SMk perlu bagi setiap peminat ayam serama mengetahui kebaikkan, kelebihan pada sesuatu ubatan agar ayam-ayam mereka ditahap kesihatan yang maksimum.

Merujuk pada gambar di atas, maka itulah ubat-ubatan yang SMk guna untuk menjaga tahap kesihatan ayam SMk dalam keadaan yang optimum. Namun setiap breeder pasti mempunyai cara dan mengunakan ubat yang berbeza diatas pengalaman masing-masing juga mengambil kira tahap kesesuaian ayam serama direban masing-masing.

SMk

Monday 7 September 2015

Induk SMk bon melaka 6/9/2015





Terbaik Induk Reban SMk ini, kerana berjaya melekatkan dirinya untuk kedudukan kelima dan melayakkannya untuk mendapat saguhati. Suatu kepuasan kerana anak reban yang boleh menurunkan anak-anak comel serta berkemampuan di meja pengadilan juga.



SMk

Remaja STG bon Melaka 6/9/2015





Ayam remaja ini adalah ayam yang diasuh SMk, alhamdulillah ayam ini menunjukkan bakat yang amat baik dan berpotensi untuk menyerlah di masa yang akan datang. Tetapi perlu dijaga dengan baik kerana ayam dalam tempoh ini mempunyai fasa-fasa kritikal dan perlu penjagaan yang teliti.



Ayam remaja ini dapat meletakkan dirinya dikedudukkan naib juara untuk bon kali ini.



SMk

Anak A SMk bon Melaka 6/9/2015





Anak Reban SMk ini tetap tidak mengecewakan SMk dengan persembahan yang menarik. Anak ini turut dalam kelompok 10 terbaik bagi kategori anak A.



SMk

FireSharp bon Melaka 6/9/2015





Persembahan FireSharp diatas meja pengadil semasa bon Melaka. Ayam kurang berprestasi kerana telah dimasukkan dengan bertina. Walaupun demikian jumlah point yang diperolehi tetap meletakkannya disenarai 10 terbaik kategori Muda.



SMk

Menyertai Pertandingan Serama Park

image

Pada 6 Sep 2015, SMk dan rakan-rakan dari Persatuan Serama Tok Gajah (STG) telah menyertai Pertandingan Kesenian dan Kecantikkan Ayam Serama di Serama Park. Alhamdulillah SMk telah membawa sebanyak 5 ekor ayam untuk beberapa kategori.

image

Kategori yang SMk sertai untuk kali ini ialah

Anak A dua Ekor

Induk seekor

Muda seekor

Remaja seekor

Syukur dan alhamdulillah SMk ucapkan kerana untuk kali ini kerana telah berjaya dalam 2 kategori yang disertai iaitu :

Kategori anak A

2015-09-06 13.59.13

Keputusan : Sangkar no 5 dan 6. (kedudukan adalah dalam senarai top ten)

Kategori Induk

2015-09-06 14.56.31

Keputusan : Sangkar no 5 . (kedudukan No5 dan lekat saguhati)

Kategori Remaja

2015-09-06 15.55.03

Keputusan : Sangkar no 5. (kedudukan No 2 dan lekat Naib Johan)

Kategori Muda

2015-09-06 17.10.32

Keputusan : Sangkar no 5. (kedudukan adalah dalam senarai top ten)

image

2015-09-06 16.53.33

Rezeki untuk kali ini. Semoga akan berterusan rezeki dimasa akan datang. Amin.

SMk

Pelapis Reban

image

Pelapis Induk Reban SMk insya Allah nanti, Sekarang dah semakin memberat dan membesar dengan baik. Kedudukan leher dan dada pun semakin mantap berubah setiap hari. Semoga menjadi Induk reban yang cemerlang suatu hari nanti.

SMk

FireSharp

image

FireSharp akan dipilih menjadi Pembaka II mengantikan abangnya FireStar. Tetapi sebelum itu, kita bawakan FireSharp untuk mengikuti Pertandingan Kecantikkan Serama di Melaka dahulu.

SMK

Saturday 5 September 2015

Induk telur lekat



Setelah lama tak mengalami masalah telur lekat dalam perut induk tak keluar-keluar rasanya yang ni dah lebih dari 3 hari. Walaupun induk ini pernah bertelur dan turun anak sebelum ni.

Oleh yang demikian SMk terpaksa mengunakan teknik rawatan yang pernah dipelajari dari Allahyarham datuk dikampung dulu semasa SMk berumur dalam sekitar 10 atau 11 tahun dahulu. Tekniknya mudah, suapkan minyak bijan pada induk sekerap-kerapnya 6 jam sekali sehingga telur keluar dengan sendiri.

Alhamdulillah, pagi ni induk bertelur semula seperti biasa. Syukur alhamdulillah. Semoga dipermudahkan untuk telur seterusnya. Amin.

SMk


Semalam SMk bagi mandi tina dan induk reban kerana telah lama tak mandi. 2 ekor induk telah bawa anak kita asingkan dan seekor tina muda Misz GBTS turut kita bagi mandi.

Antara 3 ekor ni nanti kita akan bawa seekor insya Allah ke Melaka untuk support game anjuran pihak Pok Ki Raja Serama. Semoga Allah murahkan rezeki SMk disana nanti. Amin.

SMk

Misz GBTS



Dara ini kita namakan Misz GBTS atas dasar mengambilkira kelahirannya dulu SMk tgah sibuk bekerja. Maka namanya kita letak ikut nama pejabata bangunan kita bekerja 😁.

Sebenarnya batch ni mempunyai 2 ekor adik beradik. Tetapi seekor telah bertukar geran ke Sg Soi Kempadang. Maka tinggallah Misz GBTS dan pastinya akan menjadi induk reban jika sampai masanya nanti. Biasanya line VIs ni akan lebih selam selepas menurunkan anak-anak. Tetapi bagi SMk biarlah rak selam janji boleh turun banyak anak selam lagi bagus 😉.

SMk