Monday 21 January 2019

Vaksinasi & Mesyuarat PKKASKS 1/2019


Semalam SMk telah melaksanakan vaksinasi bagi kali pertama tahun 2019, diikuti dengan Mesyuarat PKKASKS siri 01/2019.

Berberapa ketetapan telah dipersetujui oleh ahli yang hadir diantaranya ialah perancangan untuk mengadakan pertandingan Mega dan Bon biasa disamping penganjuran atau perjumpaan sukasuki. Fokus juga diberikan untuk merancang satu imej baru bagi pakaian ahli PKKASKS bagi tahun 2019.

Insya Allah, dalam tempoh yang terdekat SMk akan mengusahakan satu design untuk diwar-warkan kepada ahli untuk tujuan tempahan.



Mesyuarat kali ini juga memberi tumpuan kepada Mesyuarat Agung yang akan dijalankan pada 6 Februari 2019 bagi pemilihan AJK. 

SMk turut mengadakan sedikit jamuan pada hari tersebut dengan menu Nasi Minyak, Rendang Ayam kampung, Ayam Masak Merah dan Sayur kobis. Bagi pihak tuan rumah, SMk memohon maaf jika ada kekurangan atau kesilapan semasa menganjurkan mesyuarat tersebut. 

SMk juga mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli-ahli yang sudi menghadirkan diri pada mesyuarat kali ini. Kehadiran sahabat-sahabat adalah amat dihargai. 

SMk

Saturday 19 January 2019

Jualan Serama




Alhamdulillah, sepanjang bulan disember 2018 dan Januari 2019, sebanyak 19 ekor anak jantan ayam serama bawah tiga bulan telah terjual.

Oleh itu, SMk menutup sementara jualan anak ayam sehingga pertengahan bulan februari nanti. Ini kerana tetasan yang baru akan mula nampak cuting dalam tempoh 2 minggu lagi.

Ini merupakan satu rekod baru bagi jualan anak ayam reban Serama Man k. Semoga anak-anak ayam tersebut berjasa kepada tuan barunya nanti.

SMk mengucapkan Alhamdulillah dan syukur keatas rezeki yang dikurniakan ini, semoga ianya terus berterusan. Aamin.

Thursday 10 January 2019

SOLD



Alhamdulillah, dah tiba di Cebu City Filipina awal pagi tadi. 3 ekor akan bergerak lagi jauh melalui pasifik kepada rakan SMk disana.

Terima kasih kepada sahabat SMk, Mr Ronald atas segala bantuan dan urusan yang telah dilakukan beliau bagi melancarkan urusan kali ini. SMk juga mengucapkan terima kasih kepada beliau untuk 4 ekor Betina Peru yang diserahkan kepada SMk.

Hobi yang telah sebati ini dengan SMk berjaya atas izin Allah S.W.T, tanpanya tiadalah kejayaan buat SMk. Syukur alhamdulillah.

SMk