Wednesday 23 September 2020

Baby Ayam Serama Comel

 


Baby Ayam Serama ini nampak sangat comel dengan cutingnya sudah mulai nampak jelas. Anak Serama ini nanti mempunyai potensi yang sangat besar untuk menjadi lebih baik jika dijaga dengan baik.

SMk akan update mengenai perkembangan anak ayam ini dari masa ke semasa. 

SMk

Saturday 19 September 2020

Batch ke 3


 Batch ketiga bagi musim projek pencarian baka. Nampaknya bulan ini dan akan datang, semakin banyak induk yang akan menetas. Semoga anak-anak ini terus sihat dan menjadi pelapis reban yang baik bila tiba masanya nanti. 

SMk

Pelapis Induk Kandang

 


Alhamdulillah setakat ini, ada 2 ekor pelapis bagi induk kandang yang dah mula dikenal pasti dan akan dibiarkan bersama bagi memudahkan proses breed dimasa akan datang. 

SMk

Wednesday 16 September 2020

Musim Hujan

 


Nampaknya Kuching sekarang mengalami musim hujan yang berterusan sejak minggu lepas. Oleh itu, suka SMk ingatkan kepada semua peminat ayam serama di Sarawak terutama dikawasan Kuching agar memastikan reban mereka sentiasa didalam keadaan kering dan selamat dan tidak terlalu lembab. 

Bagi mengekalkan suhu yang stabil, adalah disarankan agar pengunaan lampu juga digunapakai ketika ini dan bagi reban indoor pastikan pengcahayaan adalah mencukupi bagi mengelakkan ayam menjadi monyok seterusnya menjadi kurang aktif dan seterusnya boleh sakit. 

Makanan ayam juga perlu dipastikan sentiasa kering dan tidak terkena air hujan kerana jika makanan terkena air atau berkeadaan basah dan lembab ianya akan cepat merosakkan makanan dan juga menyebabkan kelembabpan yang tinggi didalam reban. Ayam serama mudah terkena penyakit jika keadaan reban yang agak lembab dan basah. 

Pastikan juga reban pengasuh / brooder dan induk yang membawa anak juga tempatnya terlindung dari terkena angin yang datang secara terus. Jika perlu pasangkan tirai sangkar terutama bagi peminat yang memelihara ayam serama mengunakan sangkar berbanding reban kayu. 

Semoga ayam serama kita senantiasa sihat dimusim hujan sekarang ini. Kasih sayang kita untuk ayam serama kita menentukan kelestariannya direban kita. Ayam serama kita adalah tanggungjawab kita. 

SMk

Tuesday 15 September 2020

Sesi Tanya Jawab Serama Siri 15 Sep 2020

 


Alhamdulillah hari ini SMk sempat menjawab soalan peminat ayam serama bagi sesi Tanya Jawab Ayam Serama kali ini. Namun kali ini, sesi ini diadakan indoor kerana cuaca yang agak sejuk dan hujan di Kuching ketika ini. 

Setelah membuat rakaman video ini, dan upload video tersebut di Youtube SMk, apa yang SMk dapati suara dalam video ini lebih jelas dan ini memudahkan proses video editing dilakukan. Kemungkinan untuk rakaman akan datang SMk akan membuat rakaman indoor jika ianya terus memberangsangkan. 

SMk

Sunday 13 September 2020

Induk Menetas

 


Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi... malam ini dua ekor induk SMk menetas dan jika smeuanya baik, mungkin sebelah petang esok SMk dah boleh alih induk dan anak-anaknya ke bilik brooder. Nampaknya beberapa minggu akan datang ini, akan banyak lagi induk direban SMk akan mula menetas. SMk perlu siapkan reban asuhan untuk persiapannya nanti. 

Semoga SMk dapat mencapai misi kali ini iaitu misi mencari penganti bagi pelapis pembaka reban SMk. Semoga dipermudahkan Allah. Aamin,.

SMk.

Hari Ahad di Reban SMk

 Pada hujung minggu seperti biasa, SMk lebih banyak menghabiskan masa direban SMk berbanding hari-hari yang lain. Oleh itu, pada hari ini, SMk seperti biasa mengemaskini ayam serama direban dalam bentuk rawatan, pembaikan atau perawatan malahan memenuhi jadual supliment seperti yang telah direncanakan pada setiap bulan.


 Antara anak reban, ayam jantan yang ada direban SMk sekarang adalah seperti yang dirakaman video diatas. Ayam jantan ini semua, SMk asuh khas untuk dijadikan sebagai pelapis pembaka reban SMk. Kedua-dua anak ayam jantan ini belum SMk berikan nama lagi. Mungkin nanti apabila mendapat satu cetusan idea, SMk akan berikan nama yang sesuai untuk kedua-dua ayam ini. 

Ayam Muda ini pula SMk berikan nama FireIstinggar bermula dari hari ini. Tadi SMk cuma sempat mengelap ayam ini dengan span yang basah kerana di Kuching sekarang masih hujan dan berangin sejuk. Malahan untuk mengeringkannya tadi SMk terpaksa mengunakan hair Dryer bagi mamastikan ayam tetap sihat tanpa sebarang kejutan perubahan suhu yang drastik. 

Jika cuaca baik, SMk akan bagi mandi ayam Muda ini dan seterusnya pada hujung minggu akan datang, SMk akan adjust bilah ekor ayam ini supaya lebih sesuai dengan seekor ayam kategori Muda. Walaupun ayam SMk tidak berpeluang hadir ke bon kerana SMk merupakan pengadil ayam serama di Sarawak, namun ianya tidak menghalang SMk dari menyiapkan ayam serama supaya kekal cantik dan bergaya mengikuti spesifikasi pertandingan untuk dirumah SMk. 

Apa yang penting adalah ayam kesayangan SMk dijaga dengan baik, disayang dan memberikan hasil dan keseronokkan kepaada kita sebagai pemiliknya. 

SMk

Monday 7 September 2020

Induk menetas Batch Ke-3


 Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t atas anugerah ilahi ini direban SMk dan berterusan hendaknya. Ini adalah merupakan batch ke-3 sejak SMk memulakan Projek Penganti Pelapis Reban sejak beberapa bulan yang lalu. 

Seperti yang SMk maklumkan, semua batch ini sehingga awal tahun 2021 adalah akan disimpan dan dikekalkan direban untuk mengantikan pelapis pembaka. Ini merupakan fokus utama SMk sekarang. Semoga batch yang seterusnya ini akan terus sihat dan berjasa direban SMk. 

SMk

Anak Batch Ke-2


 Batch kedua nampaknya macam anak betina, tetapi seekor yang kecil sedikit agak tidak jelas jantinanya. Semoga ada anak jantan dalam batch kali ini. Penumpuan untuk breeding masih diteruskan dan penjagaan anak-anak reban adalah sesuatu yang diutamakan kerana SMk hendak mencari penganti pelapis reban. 

SMk

Maintenance Reban


Semalam pagi, SMk sempat memandikan separuh ayam direban dan seterusnya menukar pasir reban dan juga memberi vitamin serta supliment kepada semua ayam direban. 

Manakala sebelah petangnya, SMk telah dikunjungi oleh sahabat peminat ayam serama dan bersembang secara santai mengenai beberapa topik secara asas.


Antara topiknya adalah berkenaan asal usul serama, tips untuk membeli ayam serama, tips asas breeding dan juga sedikit intro asas mengenai skima iaitu bahagian ekor. Semoga tips yang diberikan dapat memberi sedikit bayangan mengenai pertandingan ayam serama. 

Ini kerana, jika ayam yang dibeli mempunyai potensi untuk pertandingan, tetapi tidak di persembahkan secara baik aksesori diatas meja, maka ianya pasti merugikan dan mengurangkan jumlah markah sesekor ayam serama. Tambah lagi, Gaya sekor ayam game itu amat berbeza dengan ayam untuk pets. Persediaan, dan ilmu dalam mempersiapkan ayam serama untuk siap game adalah amat kritikal. 

SMk masih mendapati, tahap kesedian ini, dikalangan peserta masih agak kurang diambil berat. Semoga ada perubahan yang positif dimasa-masa akan datang nanti. Salam Serama Mania.

SMk

Sunday 6 September 2020

Pembaka berusia 5 Tahun

 


Ulasan mengenai video ini, ada didalam rakaman video tersebut dan SMk telah masukkan sarikata mengenai info yang berkaitan. 

SMk.

Friday 4 September 2020

Induk (line Pok Syed)

 Alhamdulillah, memelihara ayam serama ni ada masam manisnya.. yang penting mesti sabar dan fokus..


Siapa sangka induk yang SMk bawa dari Penang pada tahun 2016 (Hari Raya) masa anak B.. mengeram hari ini walaupun dah hampir setahun tak bertelur dan turun anak. Sebab kalau dapat dekat oarang lain, silap-silap dah lama kena sembelih induk tu. Tetapi demi kasih sayang, SMk tetap menyimpan semua ayam SMk tidak mengira apa pun masalahnya. 

Semoga kali ini dengan 5 biji telur, ianya berhasil menurunkan pelapis2 pembaka reban bagi meneruskan keturunannya direban SMk. Date due 21 September 2020.

Semoga dipermudahkan, Aamin.

SMk

Wednesday 2 September 2020

Update Pelapis Reban

 


Pelapis Muda ini nampaknya semakin stabil, dan mula bergaya diatas meja. Jika di trim dan menerima sedikit lagi latihan, ayam ini SMk rasa akan mempunyai masa depan yang cerah jika dibawa ke mana-mana bon atau pertandingan ayam serama. Cuma perlukan sedikit sentuhan dan kasih sayang, pasti boleh memberi kecerian kepada pemiliknya. 

Walaupun bergitu, ayam ini SMk tidak akan jual, kerana SMk perlu menyimpannya untuk dijadikan sebagai pembaka reban SMk dimana ketika ini, kebanyakkan pembaka direban SMk sudah berusia hampir 2 ke 8 tahun. Oleh itu, SMk perlu memberikan tumpuan khusus untuk mendapatkan pelapis pembaka reban berbanding melatih ayam serama menjadi ayam game. 


Remaja Ara ini juga akan SMk simpan bagi mengantikan bapanya yang telah pergi beberapa minggu yang lalu. Semoga ara remaja ini akan menjadi antara pembaka terbaik direban SMk. 

SMk

Sesi Tanya Jawab Serama Siri 2 Sept 2020

 


Alhamdulillah, pagi tadi SMk sempat membuat satu video sesi Tanya Jawab youtube dan telah dipublish pada tengahari tadi. Ada 4 soalan yang dikemukan oleh peminat serama kepada SMk, semoga jawapan yang dikongsikan turut menjadi panduan kepada mereka yang berminat atau menghadapi masalah yang sama. 

SMk