Tuesday 30 May 2017

Perkabaran dari Reban di kampung





Minggu lepas SMk telah menghubungi adik di kampung bertanyakan perkabaran atau update tentang reban SMk disana. Adik SMk memaklumkan, ayam sekarang bertambah dengan kadar yang baik dan sesuai dengan target SMk untuk mendapatkan jumlah tina direban seperti perancangan.


Pasangan Muda yang SMk perolehi dari reban Pok Syed juga telah menampakkan hasil dengan pasangannya mengeram. Pasangan ini adalah anak kepada Shadow Ryan milik Pok Syed. Ayam ini semasa meningkat remaja agak berlunjur, tetapi apabila masuk ketegori SMk dapati ayam ini datang cuting dan selam dengan baik apabila masuk kategori Muda dengan semulajadi. Sesuatu yang positif bagi bloodlines ini.


Betina line Fire 3.0 juga telah mengeram dengan bakal-bakal telur dari pembaka jantan FireSpring12. Tina ini merupakan anak reban dari reban SMk di kuantan yang telah dihantar ke Sarawak semasa anak C. Semoga lebih positif dengan hasil yang baik nanti.


Pasangan ini, dikabarkan telah mendapat anak sebanyak 10 ekor sejak tiba di Sarawak pada Disember 2016 yang lalu. Ayam ini didatangkan dari reban Nakamura Meng KB dan merupakan antara tonggak pembaka jantan bagi reban SMk disana. Nanti apabila tiba masanya, SMk akan update anak-anak dari pasangan ini nanti. 

SMk

Sunday 21 May 2017

Pertandingan Ayam Serama di Melaka



Semalam satu pertandingan ayam serama telah diadakan di Melaka oleh Pok Ki dan Kelab Kedai Kopi O. Pertandingan ini adalah penutup kepada pertandingan bagi pertengahan tahun ini kerana akan berenti berehat untuk bulan puasa dan seterusnya bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Selepas Aidilfitri nanti SMk menjangkakan akan lebih banyak pertandingan yang akan dilaksanakan dengan lebih meriah nanti. Masa dan peluang berehat ini perlu diambil peluang oleh breeder sepatutnya dengan menghasilkan anak-anak reban yang lebih berkualiti tinggi bagi persiapan selepas Aidilfitri ini.

SMk

Saturday 20 May 2017

Kisah baka serama tersohor

Baka tersohor seperti Tok Uban, Sri Palas, Submerin, Cheetah dan Mat Ghadar mula terkenal.


Sebelum submerin tu rasanya ada banyak lagi ayam sohor dan ada nama yang tertinggal dan tidak disebut...submerin ni raso2 lebih dah 17 tahun dahulu.


Manakala mat ghadar botb mula-mula pada tahun 2012 di bon sederhana pokok setol, 18 feb 2012. submerin mula dapat botb di bon bangi tahun 2009 dewan orang ramai seksyen 7. abe soh menang 2 kategori masa tu....


Untuk maklumat yang betul kita perlulah bertanya kepada pemilik mereka.
Mat Ghadar tanya Serama Awangselamat
Cheetah tanya kepada Pokeik Serama Dungun
Submerin tanye abe soh, Sri Palas tanya Serama Vistana


sri palas bertukar tangan dibon kl...kepada cikgu loh vistana. Sri palas, ibunya line sarjan (joe 5k)..bapak line submerin. Sri palas start jadi juara masa dia remaja lg di bon permaisuri.


Diantara yang turut tersohor, sri kenyir,james bond,kuda blimo,raja kubing,radix dan ada banyak lagi. Ayam-ayam ni juga pernah menjadi juara dan dijual dgn harga tinggi.


Nama 'tok uban' mula dikenali pada awal 2008. Sebelum itu baka ini dikenali sebagai baka 'syawal'. Masa ini 2008 kalau pergi Terengganu tanya tok uban marah mereka. Ini baka syawal bohhhhhh. Kata mereka.


submarine 2009


sri palas dulu bru cheetah…


Abe soh jambu le cerita submerin, dia beli dan kemudian jual ke kurzai.


mat gadar milik Bahar (dibeli dari Rosid Marang) dijaga oleh tolib. Jeman beli dan bayar ayam tu sebelah malam, dan main di KB.

SMk

Kisah peminat serama

Kisah peminat serama bernama Muin anak Cikgu Loh

LAST DAY FB Serama Marang....
aku start bela ayam ni bermula dengan ayam kapan sekitar tahun 1992.masa tu sekor anok ayam kapan rege RM2.50 je sekor.masa tu suruh cikgu loh buat reban kecik je.siap belah buluh buat pagar nk bagi ayam main kt kawasan luas.then barulah aku bermula dengan ayam serama bila jalan2 kt kg pantai terdapat sebuah rumah.rumah tu x lain adalah rumah abd. rashid yang org lebih kenal dgn panggilan awang rasid.masa tu awang rasid jual ayam serama bapak sekitar RM20-50 sekor.masa tu ayam dh cantik slim tinggi.beli ayam mahal cikgu loh start buat reban cam rumah panjang.ada 5 slot semuanya.dan mula dari situ cikgu loh mula minat main ayam serama sebab awang rasid tu saeng di rupanya.sejak dari itu lah cikgu loh dah mula beli ayam yang ada patern utk tanding.rasanya sekitar tahun 1994 cikgu loh mula dapatkan ayam cantik.masa tu nama2 besar di marang saya kenal muge masa tu yang paling muda main ayam serama yang berada di bon x ramai.saya ngan saufi(anak awng rasid) yang slalu ada di game.nama seperti Che Omar, Hj. Noor, Joe Mrg, Serama Marang Cikgu Zul, Syam Serama Marang, Pok Aziz telekom dan ramai lagi group nama besar di marang.masa tu jugak saya kenal ramai otai di dungun seperti Pok Soh, Wan Ghani, Stopa, Majid besi buruk,Pok Eik, arwah ayah wan montel,lan pendek dan ramai lagi.meriah jugak masa tu walaupun x ramai org muda sebaya saya main serama ms tu..sembang kt bon pun ngan org lama tp bukan tua.kalu kat KT tu ramailah jugak seperti Serama Tganu, Man Dagangan Terengganu, cikgu ali,pok su bunut,halim kemboja,pok ya hijau, joe coconut shake dan ramai lagi ar.ms tu cikgu loh dah mula cari ayam di Klate.Umah Nasir limbat, Cina konica,umah mejar zainal,che weil, arwah cikgu hanifah dan ramai lagi.saya banyak belajar cara-cara nk buat ayam serama ni dari cikgu nipoh(baka besi buruk salah satu jalur dari ayam dia) yang menjadi.x perlu banyak ayam tp mesti ada kualiti.ms tu saya blajar di Kok lanas.....panjangnya...xdok masa doh nok naip...nok gi meting pulok...saja2 ja ni buat ilang mata ngatuk....anok buat hal tido malam terik ni..cam tahu2 je nk dapat adik baru....lau ada ms saya sambung lagi petang ni tu kalau sempat.....hehehehehehe............

Friday 19 May 2017

Baka Husin

Credit to MdRoza

Alhamdulillah tghari tadi sy dapat bersembang dgn Nuar(anak sedara Husing kijang) mengenai baka Husin..Bagi yang tidak tahu Nuar adalah orang bertanggungjawab menguruskan ayam2 Husin Kijang...

Ayam 2000(warna Jalak) asalnya adalah ayam milik Udi Guchil dibeli dengan harga RM1600 (baka asal tidak diketahui) dan kemudian dibeli oleh Husin Kijang dengan harga RM2000..dalam masa yang sama Husin telah membeli seekor pembaka dari awi Kg Cina..Hasil dari kacukan dari anak kepada ayam 2000 dan anak baka awi telah menghasilkan seekor ayam jantan yang kemudiannya telah dijual kepada Kak Zah (seorang kontraktor) dengan harga 15K..daripada ayam yang dijual kepada Kak Zah ini telah menghasilkan seekor lagi ayam jantan yang dijual juga dengan harga 15K kepada En. Zaki Machang..Daripada ayam yang sama juga terhasilnya seekor ayam yang diberi nama 'Anak Tikus' (kerana anak ayam ini digigit tikus semasa kecil)

Daripada ayam yang dijual kepada En. Zaki Machang ini Husin telah berjaya mendapat sepasang anak ayam yang mana anak yang jantan dinamakan 'Kijang Mas'..Kijang Mas ini hanya sempat mendapat seekor sahaja anak dan mati dalam jagaan Nuar dan kijang mas sendiri tiada baka lain..

Saudara Nuar juga ada menyebut dia menjual dua ekor ayam kepada peminat dari terengganu iaitu saudara Joe 5K dengan harga 5k ( dijual pda malam raya) dan Cikgu Shafie ( Harga tidak dpt dipastikan) ..Daripada ayam yang dijual kepada saudara Joe 5K inilah terhasilnya Sri Palas..

Ayam 2000 akhir sekali dijual kepada saudara Hasan PCB juga dgn harga RM2000.

dari perbualan singkat dgn saudara Nuar saya dapat buat beberapa kesimpulan:
1) Baka 2000 adalah kerana ayam itu dibeli dengan harga RM2000 oleh Husin
2) Harga termahal yang dijual oleh Husin ialah 15K
a) Kepada Kak Zah
- menghasilkan Anak Tikus
- Menghasilkan ayam yg di jual kepada En. Zaki Machang
b) Kepada En. Zaki Machang
- Menghasilkan Kijang Mas
3) Kijang Mas tidak mempunyai baka
4)Sri Palas adalah dari baka Husin

inilah secara ringkas saya dapat catatkan serba sedikit mengenai baka Husin Kijang seperti mana diceritakn oleh Nuar kepada saya.Sebarang kesilapan mungkin kerana salah pemahaman saya atas penerangan yang diberi oleh Nuar kepada saya.

P/s.. catitan diatas adalah dari nukilan MdRoza.

Satu lagi masa mengenai ayam 2000..selepas di jual kpd abg Hasan PCB ayam ni masih produktif cuma tidak menghasilkan ank2 yang cantik.. tambah MdRoza.

mengikut kata joe 5k sri palas adik dia yg buat tp baka asal reban dia, komen Awang Kenali.

Ye lah ... tapi kawan saya kata ayam tuch tetas direban dia ... Walahualam hehe
salah satu network Mat Ya breeding ayam ... budak nich jarang keluar bong ...
Mat Ya byk psg networking ... sbb tuch kalau pergi reban dia hari nich tak de ayam datang lusa ada ... wkwkwk
kalau ikut cerita versi budak tuch ibu dia beli ... dan diberitau ibu dan bapak telah dibeli orang ... pada ambe terkeluarnya Sri Palas adalah suratan takdir dan rezeki bukan kerana pengajian bab baka ...
Submerin pun kalau tak silap dari Mat Ya juga dia jual masa anak lg ker org kedah dan dibeli pula oleh Abe Soh Tanjung Mas dan dijual kpd Dr. Zul (Allahyarham) lpas tuch ... Kuzai ... kalau tak silap ...
tambah JangGfour

abe Mt Jang Mohd..Nuar x kata Sri Palas dari reban Joe 5k..dia bgtau Joe cakap dia sudah bela baka Husin dlm 10 thn dan suruh gi tengok ayam di rumah dia sekor, Joe nk jual lebih 5K..Nuar gi bersama 2 orang dr kampung Banggol yg berminat nk bli ayam tp akhirnya x jadi sebab dorang cakap ayam tu kecil sangat..komen MdRoza

setau sy sri palas tetas umah mat ya...lps tu dia g bbh umah saing dia..(sapax tau)....adik beradik dia mat ya jual kedah...hok kite tau la... komen Farid Terengganu kite

Dibawah adalah komen2 dari tahun 2012.

Minta info dari peminat-peminat ayam serama.....ada berapa versi baka husin kijang agaknya.....harap semua boleh bagi info....yang saya tahu setakat ini satu je.....husin 25,001.00....hanya untuk pengetahuan je....terima kasih ulas MdRoza.
setahu ambo ada 2..baka 2000 (bapak asal jalak) satu lg kijang mas(baka kacuk dgn bak awi kg cina)
hahaha 2 versi..satu ag org panggil dia husin putik.. dari MdRoza pada 2012.

rasanya kalu baka husin, cg lie banyak yang tahu... cuma yang ambo dengar dari otai-otai yang terdahulu... baka husin ada 3 cabang (correct me if im wrong),, 2000,kijang, ank tikus... apa2 maklumat lanjut, mungkin bolih tanya cg lie... kata Bahar pada 2012

husin 25000 dan husin 25001.00 nie memang ada. ayam asal nya dari wazi pasir putih dan telah dijual kepada cina tat kuala tganu. mungkin ejaan salah harap maaf.
husin hok sohor nie ada 2: satu alik 2000 dan satu alik kijang.
anoktikus alik kijang 2000.. kuar warna ara/hijau.
alik kijang warna kuning kuar kijang mas.
husin 25000 adalah alik kijang mas, yang telah dikacuk banyak lapis.
kenapa 25000.. sbb telah dibeli dgn harga tersebut oleh cina tat. maaf krn mengunakan nm nya.
tgk dimata kasar aye husin nie tidak lah comel... tetapi ciri2 serama asli masih kuat pada darah husin kata cjk pada 2012.
di FB serama tanpa batasan.

husin tak pernah jual ayam dgn harga 25000...ayam Anak Tikus warna kuning bukan ara/hijau...bapak 2000 husin jual setelah dapat kijang mas muda dan anak tikus melalui bapok kuning..masa bapok 2000 dijual ayam tu dah tak produktif ulas farid terengganu kite



Baka husin yg berubah menjadi baka rebutan bukan dari segi dpt ayam.. tp dari segi perbalahan tentang teori asalnya. Maka cerita sebenar cuma husin atau nuar yg tahu tak pun kene tanya kat mat yar sendiri 😂

Sunday 14 May 2017

Kebaikkan kunyit untuk ayam

Disebabkan sekarang musim panas.
Saya nak kongsi satu tip.. Mungkin anda semua sudah biasa.. Tapi di sini hanya untuk tambahkan ilmu pada diri saya dan kita semua.

KHASIAT KUNYIT BASAH UTK AYAM KETIKA MUSIM PANAS.

Kunyit diguna untuk ayam. Bukan ayam goreng kunyit. Cerita pasal petua kunyit untuk kesihatan ayam...

Petua orang lama-lama kita pasal manfaat dan khasiat kunyit untuk ternakan ayam memang sudah lama teruji dan dapat dimanfaatkan oleh kita sebagai generasi penerus selanjutnya. Berbekalkan dari pengalaman nenek moyang kita, semua jenis ayam banyak menggunakan adunan dan ramuan kunyit sebagai penjagaan kesihatan ayam...

Antara MANFAAT KUNYIT yang paling terkenal adalah ubat untuk hawar. Kunyit hidup ditumbuk bersama beras dan diberi makan ayam... InsyaAllah berkesan...

Kalau kunyit yang dipotong dan pula boleh diberi makan samada cara paksa (disuap) untuk ayam yang kurang nafsu makan, sebagai antibiotik (vaksin), sebagai ubat cirit-birit atau sebagai ubat anti-kelesuan...

Untuk kegunaan dalaman ayam, bahagian umbi (rizom, ibu kunyit) yang berumur lebih dari satu tahun boleh digunakan sebagai ubat berkhasiat untuk:

-menyejukkan badan ayam terutama apabila keadaan cuaca panas...
-membersihkan sisa kotoran pada saluran pencernaan...
-membantu merangsang melepaskan gas-gas yang lebih dalam usus (buang angin)...
-dapat menghentikan pendarahan dan mencegah penggumpalan darah...

*CARA PEMBERIANNYA pun mudah, boleh ditumbuk halus dan ditampal secara langsung kepada ayam atau boleh juga ditambah dalam air minum atau diberi makan...

Kalau sebagai kegunaan luaran, kunyit boleh digunakan untuk merawat penyakit bengkak terutama ayam laga selepas bertarung dengan cara disapukan secara langsung pada luka...

Kalau nak bagi kulit ayam kuat dan tebal boleh buat bedak dengan dicampurkan gambir dan kapur sirih kemudian disapu cecair kunyit ke seluruh badan ayam laga bagi meningkatkan ketebalan kulit, sehingga tahan gigitan serangga...

Untuk ubat mata bengkak, air kunyit (cecair kunyit) boleh dititiskan pada mata yang bengkak...

Kalau ada yang dok selsema boleh bagi basuh muka ayam... Cara dia hidung ayam yang berair atau selsema dibersihkan dengan cecair kunyit yang di panaskan (bagi suam2 kuku le)...

*Petua simpanan orang lama memang berguna,, walaupun ada ubat moden...

Cerdit to fattahfarm

SMk

Saturday 13 May 2017

Anak Remaja



Ini sebahagian dari tina yang SMk hantar ke Sarawak pada mac yang lalu. Sekarang dah masuk remaja dan semakin cantik.

Dalam masa dua bulan lebih nanti, tina-tina ini akan siap untuk breeding dan dipasangkan dengan pembaka yang ada.

SMk

Friday 12 May 2017

Pertandingan Ayam Serama di Kelantan



Satu langkah positif dari pihak KASK, dimana walaupun game besar terbuka dibatalkan atas nasihat JPV, pihak KASK telah mengumumkan penganjuran bon mini.

Ini baik diadakan bagi peminat-peminat serama di Kelantan yang masih disekat oleh pihak JPV supaya dapat bermain serama.

SMk

Pertandingan Ayam Serama di Melaka



Oleh kerana Pertandingan Ayam Serama di Kelantan pada 20 Mei 2017 anjuran KASK dibatalkan, pihak di Melaka (pok ki) dan sahabatnya telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan bon pada tarikh tersebut.

Semoga bon yang dianjurkan ini akan menjadi lebih meriah kerana ianya bon terakhir sebelum bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri.

Namun demikian, pastinya bon-bon akan menjadi lebih meriah selepas Hari Raya nanti. Semoga pihak KASK akan dapat juga mengadakan bon besar pada waktu itu nanti.

SMk

Thursday 11 May 2017

Wednesday 10 May 2017

Post Mortem selepas Bon Melaka



Pada Ahad dan Isnin yang lepas ada dua perjumpaan yang telah dilakukan sebagai Pre Post Mortem dan Post Mortem. Pre Post Mortem dijalankan dirumah SMk pada Ahad dengan dihadiri oleh Rizal Fahamee dan Zack Zacarea. Beberapa perkara telah disentuh, terutamanya bab kerjasama dan pergerakkan ke tempat bon.

Post Mortem dijalankan pula esoknya dirumah Joe Serama kampung Padang pada hari Isnin dengan dihadiri oleh tuan rumahnya, SMk, Syam, Azizul dan Rizal Fahamee. Beberapa perkara telah diperhalusi termasuk sedikit catitan bagi markah ekor ayam muda dimana lawi harus dipotong atau disama ratakan dengan bilah ibu dan sebagainya. Pemilihan untuk menyertai bon juga harus dilakukan dengan tepat sebagai satu langkah untuk memaksimakan kepuasan dalam penyertaan, dimana mengambil kira ayam yang disiapkan, jarak perjalanan, hadiah dan sebagainya.

Pada hari tersebut juga SMk telah merawat masaalah ekor ayam Azizul dan anak A ayam Joe yang mempunyai masalah rusuk sebab tarik terlalu awal. Untuk penyertaan kali ini, boleh dikira wakil-wakil kuantan ini telah berjaya dalam menyiapkan ayam bagi kali ini. Namun persediaan awal dan terancang merupakan penyumbang yang terbesar dalam kejayaan di bon.

SMk

Kebersihan adalah asas utama reban Serama


Kebersihan reban dan penyelenggaraan reban amatlah perlu dititik beratkan. Seperti semua ahli-ahli GBN termasuk SMk dan sahabat GBN SMk iaitu Abe Lean juga turut meletakkan perkara ini sebagai keutamaan. Semoga peminat baru dan lama boleh mengambil positif tentang perkara ini. Walaupun nampak simple tetapi ianya perlu dilakukan jika hendak mendapatkan hasil reban yang terbaik dan sihat serta cergas. 

Credit Abe Lean untuk video.

SMk

Pertandingan Ayam Serama di Terengganu



SMk

Monday 8 May 2017

Pertandingan Ayam Serama Putrajaya



SMk

Short Clip from BBC


Chicken BodyBuilder

Dara O'Brian dan Ed Byrne berjumpa dengan Ayam Serama terbaik Malaysia di Bon Keramat.

SMk

Anak Didik SMk



Anak-anak didik atau pelapis SMk yang telah SMk jaga dan bantu dalam ilmu serama telah menyertai Bon Melaka anjuran KPSM pada 6 Mei 2017. Pergerakkan ke bon kali ini telah terbahagi kepada dua buah kereta. Pergerakkan pertama ke Melaka telah didahului oleh Zali, Rizal Fahamee dan Alang dan tiba diMelaka sebagai peserta terawal yang sampai di bon tersebut.

Pergerakkan kedua iaitu Joe, Syam dan Apis Pasir Mas telah tiba di destinasi bon sekitar jam 10 pagi. Segalanya berjalan lancar dengan persediaan dan pendaftaran awal telah dilakukan seperti apa yang dirancang sebelum pergi ke bon Melaka.


Ayam Apis Pasir mas telah menyertai bon dengan memasuki kategori ayam Perdana (Ori), dan telah mendapat tempat keempat dan seterusnya lekat saguhati. Apa yang menariknya pada SMk ialah ayam ini merupakan adik beradik kepada baka Godic yang SMk miliki di kampung halaman. Maka ini membuktikan kata-kata SMk bahawa, ayam SMk dikampung juga selam tetapi tiada sentuhan malahan tiada bantuan jarum didalam menjaga ayam baka ini. Ini kerana ayam baka Godic ini jika dikawin dekat akan mudah selam sendiri dan tidak memerlukan banyak usaha untuk mendapatkan cutting selam berbanding jika di cross.


Ini pula ada seekor lagi ayam kategori perdana milik Alang Kuantan yang turut menyertai pertandingan tersebut. Ayam ini telah mendapat tempat ketiga dan kalah kepada ayam milik Pok Ki melaka tempat kedua dan SG Ramal ditempat yang pertama. Ayam ara milik Alang ini sebenarnya berasal dari reban Abe Sedi Serhan (Bunut Susu, Kelate) yang telah dijual kepada Alang semasa anak B. Ayam Ara ini mempunyai cutting yang amat baik sekali dan lock dengan baik.

Apa yang membanggakan SMk, adalah penerapan konsep bermain serama secara positif telah SMk peturunkan kepada anak-anak didik dan pelapis SMk dan mereka telah berjaya ke bon dengan ayam ori. Kerana banyak player atau breeder sedia maklum, sukar untuk mendapatkan ayam-ayam yang selam tanpa sebarang modifikasi. Justeru itu, ianya amat memberi satu kebanggaan kepada SMk dan kawan-kawan.

Rombongan sahabat SMk kali ini turut mendapat dua saguhati untuk kategori anak iaitu zali dan Rizal Fahamee. Tahniah kepada semua yang berjaya, kepada yang kurang berjaya boleh berusaha dan mencuba di pentas bon yang lain.

SMk

Musim Mengeram


Alhamdulillah, banyak betina muda telah mula mengeram iaitu sebanyak tujuh induk muda berbagai baka atau dari beberapa reban yang telah SMk perolehi termasuk Fire. SMk masih memerlukan banyak pelapis betina bagi memenuhi kuota sebanyak 60 ekor betina aktif.

Oleh itu SMk amat mengharapkan agar hasil breeding ini akan banyak membuahkan hasil dan banyak anak-anak tina. Induk-induk Muda ini walaupun mengeram, tetapi telah dijaga dengan baik sekali hinggakan tiada seekor pun yang bermuka pucat. Semuanya nampak segar dan sihat.

SMk

Thursday 4 May 2017

Teknik Jualan

Baru-baru ini, oleh kerana SMk telah tiada ayam di Kuantan maka SMk mula melihat-lihat hobi lain yang boleh SMk ceburi sebelum berhijrah ke Sarawak dalam 2 atau 3 bulan nanti. Maka SMk telah melihat-lihat diFB hobi seperti ikan hiasan kerana SMk juga mempunyai pengalaman dalam dunia ikan hiasan sebelum ini.

Semasa melihat-lihat di FB SMk dapati cara jualan ikan hiasan seperti ikan Betta mempunyai cara yang cukup menarik. Disamping dijual secara personal melalui pm SMk dapati breeder dan player ikan Betta juga mengadakan Bidding untuk jualan bagi menaikkan harga ikan-ikan mereka. Cara ini SMk dapati amat baik jika boleh dipraktikan kepada Ayam Serama.

Namun bagaikan kejutan, ada juga pada hari ini cara jualan melalui bidding dilakukan oleh penjual serama pada hari ini juga. Mungkin kebetulan..



Tetapi pada SMk ini adalah satu cara yang amat baik dan kalau boleh diteruskan dengan meluas digroup jualan ayam serama yang lainnya. Agar jualan sebegini dapat menaikkan harga ayam serama yang selama ini dikatakan agar merudum walaupun sebenarnya SMk kurang bersetuju. Sebab pada SMk, jualan adalah terpulang kepada si penjual meletakkan berapa pun harganya. Kerana hanya penjual mempunyai hak mutlak keatas barang-barangnya.

Jika pembeli berminat dan merasakan harga tersebut tinggi maka, sipembeli juga boleh membuat penawaran. Maka masing-masing mempunyai hak keatas ayam dan duit masing-masing.

Sebagai rumusan, SMk berharap cara bidding dapat digunapakai untuk penjualan serama selepas ini dan digunapakai secara meluas. Semoga harga ayam serama dan permintaan terhadapnya akan terus meningkat.

SMk