Tuesday 23 July 2013

Cara-cara mengurut anak ayam

1

2

3

4

5

Selamat mencuba..

Sunday 21 July 2013

Pasangan pembaka rinting

 

Rinting

Pembaka inilah bapa dan ibu kepada Banyunwangi. Ayam induk memang cantik dan kecil manakala bapanya ayam rinting kubing. Kalau dilihat ekornya agak senget dan chasis lari tertapi itu tidak menghalangnya menjadi pembaka yang baik. Insyaallah selepas Raya ini nanti akan dimulakan semula projek breeding rinting.

Saturday 20 July 2013

Uban tgah meluruh

 

Uban

Alhamdulillah, cepat-cepat meluruh nak tengok jadi warna apa sebenarnya ko nie..

Banyunwangi 1 Bulan

20-7-2013 11-07-39 AM

 

Banyunwangi

Anak ayam ini saya namakan Bayungwangi sempena persahabatan saya dan sahabat dari Banyunwangi Indonesia iaitu saudara Moh Saifudin. Semoga persahabatan yang terjalin selama ini terus kekal dan utuh.

Sunday 14 July 2013

Uban–Update

photo0281

Gambar terkini Uban.. bulu nampak nak bertukar dah tapi bulu anak masih banyak lagi.. kalau kena gaya boleh masuk ABS kot.. tapi ekor tu lah macam tak kena je..

Saturday 13 July 2013

Maichi Bpr Jr Vs Mrs SG One

Pasangan ini akan mula digandingkan bersama bermula dari minggu hadapan insyaallah.. Semoga berhasil menyumbang anak-anak yang comel dan berpotensi.

Sabtu- Update anak ayam..

photo0227photo0226

Gambar update hari ini, nak beri makan semua macam nak tunggu je.. kontrol la tu.. tapi memang ada yang berpotensi besar.. belum letak atas meja tu.. kalau atas meja boleh ni..

Friday 12 July 2013

Rezeki Ramadhan

Alhamdulillah rezeki dari Uban Vs SG One dah menetas.. Setakat ni ada 2 ekor yang dah kering bulu, sekor lagi baru nak tebuk telur. Ada 4 biji lagi telur dalam batch yang sama.

photo0225photo0224

nampak sihat itu yang penting. Semoga dapat membesar mejadi johan (Iklan Milo).. sihat dan kuat.

Stok pelapis Julai 2013

photo0221photo0220

Alhamdulillah, hasil breeding penggal pertama (6 bulan) telah membuahkan hasil. Semua sekali sebanyak 11 ekor. Dari sini saya telah mendapat hint induk dan bapak yang mana telah menghasilkan anak-anak yang berpotensi dan berkualiti. Semoga penggal kedua bertambah meriah.

Projek Breeding 2013– Updated

 

Setelah projek awal tahun telah berjaya menghasilkan product yang boleh dikira berkualiti maka untuk separuh penggal kedua (6 bulan) ini pula saya berhasrat melakukan satu lagi projek breeding. Kali ini teknik cross breed dan inbreed digunakan untuk melihat hasil mana yang lebih baik.

1. Husin Cjk Vs Induk S. Ngayor (Muin) / Teknik cross breed

photo0223

2. Rinting Kubing Vs Induk Rinting Pure / Teknik Inbreed

photo0215photo0214

3. Uban Vs Raden Mas Suria Jr / Teknik cross breed

photo0217photo0216

4. Maichi Bpr Jr Vs SG One / Teknik cross breed

photo0219photo0218

5. SG Two masih solo

 photo0222

Ini adalah perancangan breeding yang bakal dirancang oleh itu kita tunggu hasilnya, semoga berjaya dengan izin Allah S.W.T

Raden Api (SOLD)

photo0102photo0101

Ni gambar ayam masa muda, Masa lepaskan ngan kawan lawi dah ada dah dan dah mula parking.. Ayam ni juga anak Rinting Kubing Vs Induk Arie.. Alhamdulillah rezeki menjadi syukur pada Allah S.W.T.

Rinting Sojar

Ini anak Rinting yang tak berapa nak rinting. Anak Rinting Kubing Vs Induk Arie.. Nampak potensi selam dan tarik ada ni cuma tunggu lah nasib macam mana kan..

Anak ayam yang ada potensi

Ahamdulillah, syukur sangat-sangat. Nampaknya tak sia-sia usaha selama ini untuk mendapatkan hasil yang baik dari reban sendiri.. Akhirnya tercapai juga.

Hasil anak-anak Mei/Jun 2013

Alhamdulillah hasil projek sudah menampakkan hasil, ini adalah dari rezeki Allah S.W.T.. semoga semuanya sihat dan boleh menjadi penganti dan boleh buat main-main di rumah..

photo0096photo0095photo0094

anak rinting, tomahawk jr vs induk arie

Projek 2013–anak ayam.

 

Dah lama sangat tak update blog ni, sibuk juga lah dengan tugas harian dan keluarga. Pejam celik pejam celik dah bulan 7 dah. Puasa dah pun, cepat sungguh masa berlalu. Takpelah.. ni nak cerita.. antara projek tahun 2013.

1. Husin Cjk Vs Induk SG sendiri.

photo0081

2. Uban Vs SG Ahbun

uban vs sg

Sunday 26 May 2013

Makanan Wajib ayamku

 

Lama dah tak tulis entri kat blog, so hari ni aku kongsi bab makanan ayam.

Photo-0015Photo-0014

Ini adalah makanan wajib untuk ayam Serama ku. Mudah dan bersih itu yang penting. Harga bergantung kepada kedai tetapi dalam lingkungan harga RM3.50 ke 4.50.. Tetapi semua tu bergantung kepada berapa rapat korang dengan sesebuah taukey kedai.

Makanan ini bagus untuk diberi pada anakan B keatas.. untuk breeding jangan pakailah maintain je dengan dedak penelur tu ok. Setakat tu saja untuk kali ini jumpa lagi lain waktu..

Technorati Tags:

Sunday 24 February 2013

Sunday 10 February 2013

Patinggan 06



Alhamdulillah. Syukur hari ini patinggan 06 dah mula berkokok.

Ayam sihat dan kekadang tarik dan lempar sayap tapi tak lekat. Umur baru masuk 3 bulan lebih..

Satu je masalah, ayam ni tak berapa jinak. Susah sikit nak di pegang. Mungkin perlu selalu dipegang dan dibelai.. Tapi itulah cabarannya.

Disini saya perkenalkan patinggan 06.

Saturday 9 February 2013

Mentawak jr



Ni gambar terkini mentawak. Harap akan nampak lagi banyak improvement.. Setakat ni memang puas hati.. Tapi setakat diri sendirilah.. Kalau nak dibandingkan dengan rakan~rakan lain terutama di FB rasanya jauh sangat kita ketinggalan..

Ape pun ini mentawak jr saya perkenalkan..

Saturday 2 February 2013

Raden Mas Suria jr

2013-02-02 13.54.20

Mula untuk latihan tapi lebih kepada bakal Induk SMK mudah-mudahan akan berbakti..

2013-02-01 13.25.28

Leher pun ada getar, Alhamdulillah.. bila tengok ayam macam gini kita pun ada senyummm..

Open-mouthed smile

Saturday 26 January 2013

Projek 2013

Setelah hampir semua Pembaka 2012 dan hasil titik peluh musnah akibat penyakit, maka tahun ini saya berazam lagi kuat semoga tahun 2013 akan memberi hasil yang membanggakan insyaallah.. apa pun saya akan berusaha.

Walaupun saya bukanlah berniat untuk menjual dan memasuki pertandingan cuma saya ingin memiliki dan menghasilkan hasil dari reban sendiri yang saya boleh kata sebagai back yard breeder. Tetapi hasilnya bukan untuk dijual cuma sebagai mengisi masa lapang dan untuk hiburan hati.

Usaha  untuk januari ini telah bermula dengan mendapatkan semula beberapa pembaka dari utara dan juga sahabat saya yang baru iaitu seorang cikgu dari Gopeng. Walaupun cuma berhubung melalui sms je.. tetapi saya anggap ianya perkenalan yang bermakna.. terima kasih untuk Kubing Rinting kat bawah tu.

Besar jugak modal untuk mula balik pembaka –pembaka ni tapi harap-harap ianya akan berjaya hendaknya.

disini saya perkenalkan pembaka saya.

Pembaka dari Utara (tengah honeymoon)

DSCN9251

Pembaka dari Gopeng

DSCN9257

Semoga tahun ini akan memberikan sesuatu yang baik insyaallah.. semuanya diatas izin Allah s.w.t..

Nerd smile