Tuesday 31 May 2016


Semalam petang Smk telah dihubungi oleh sahabat baru kita iaitu Faiz Serama Selatan berhubung perkara seperti gambar diatas. Beliau menyatakan perkara tersebut telah dipanjangkan kepada tuan Hj Nor Marang bagi memohon pandangan dan mengikut perbualan mereka dinyatakan Hj Nor bersetuju secara dasarnya. 

Oleh itu mereka mencari seorang yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memegang tabung dana tersebut. Maka itulah tujuan Faiz menghubungi Smk, iaitu supaya Smk diamanahkan dan bertanggungjawab keatas tabung dana tersebut. Dinyatakan oleh Faiz, dana itu hanya akan digunakan apabila pungutannya sudah sesuai dan perkara tersebut akan dimaklumkan semula kepada Smk. Timbul juga perkara mengenai kutipan atau pungutan wang mesti melalui pertubuhan berdaftar, tetapi perkara ini disangkal oleh Hj Nor kerana menurut beliau perkara ini adalah atas initiatif individu.  Mungkin pada masa akan datang, penubuhan dana ini juga boleh membuka ruang kepada penjanaan dan membuka ruang bagi penubuhan Serama Malaysia yang baru pada pandangan peribadi Smk sendiri. Cuma yang penting adalah positif kearah kemajuan serama. Semoga usaha ini mendapat liputan dan sokongan semua peminat serama di Malaysia.

Faiz juga menyatakan, dia akan memulakan program ini pada Bon Tanah Merah yang akan datang. Semoga segalanya berjalan lancar. Tahniah buat anak muda seperti Faiz yang mempunyai visi yang baik untuk komuniti serama.

Demi perkembangan baik untuk serama, pastinya Smk akan memberi sokongan yang sewajarnya kerana bidang serama ini adalah hobi yang Smk sangat minati. Pastinya kita mahu hobi ini dijulang dan ditempatkan ditempat yang sewajarnya sebagai warisan kesenian permainan melayu.

Smk

Sunday 29 May 2016


Alhamdulillah.. Kursus Pengadil Ayam Serama Peringkat Negeri Pahang siri 01/2016 telah berjaya dilaksanakan. Terima kasih kpd tenaga pengajar saudara Che Wil dari Persatuan Peminat Ayam Serama Terengganu dan ahli2 yg hadir menyertai program kali ini.

Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan bagi kemajuan diri dalam dunia serama ni.

Smk

Thursday 26 May 2016

Sijil Kursus Pengadilan Ayam Serama


Alhamdulillah, Sijil bagi kursus Pengadil untuk sabtu ini telah Smk siapkan. Setakat ini ada 13 calon bagi peserta kursus tersebut. Smk akan bagi peluang sehingga tengahari esok untuk penyertaan dan jika tiada lagi calon tambahan yang menyatakan minat maka Smk akan tutupkan dan finalise sijil yang ada. 

Harapan Smk, agar PSTG dapat melahirkan bakal-bakal pengadil yang berkualiti tinggi demi masa depan serama di Malaysia amnya dan negeri Pahang kursusnya.

Smk

Tuesday 24 May 2016

Kursus Pengadil Ayam Serama Peringkat Negeri Pahang 2016



Pihak PSTG akan mengadakan Kursus Pengadil Ayam Serama Peringkat Negeri Pahang anjuran PSTG buat pertama kali di Kuantan Pahang pada 28 Mei 2016 ini dari jam 8 pagi sehingga 5 petang.
Setakat ini penyertaan agak mengalakkan kerana kursus pengadilan ini amat jarang sekali dianjurkan oleh mana-mana pihak. Maka dengan adanya kursus ini, ia merupakan satu peluang bukan sahaja sebagai ilmu tetapi juga merupakan sebagai punca pendapatan kerana boleh menjadikan kerjaya pengadil sebagai salah satu punca pendapatan.


untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan : 


Smk 013-7706010
Pengerusi Zul Muda 013-9819109
Bendahari PSTG Cikgu Din 013-9535415

Penyertaan kursus masih dibuka sehingga 27 Mei 2016 kepad yang berminat bolehlah menghubungi nombor telefon yang dinyataka diatas atau boleh berhubung terus dengan Smk. Ini kerana Smk merupakan Event Management/Fasilitator bagi kursus ini.


Smk

Sunday 22 May 2016

Pertandingan Ayam Serama di Muzium Padi Kedah 21 Mei 2016


Smk bergerak ke Game Kedah pada jam 9 malam hari jumaat bersama-sama dengan Zack Zacarea @ SeramaHiro. Kami berhenti berehat di Tapah sekitar jam 1.45 pagi dan tidur di dalam kereta bagi merehatkan badan sebelum menuruskan perjalanan pada wal pagi.

Pagi jam 4.48 pagi Apis Pasir Putih telah mengejutkan kami dari lena yang entah indah atau tidak atau boleh dikira seperti tidur ayam. Kami shalat subuh dan bersarapan di RnR Tapah sebelum bergerak pada ke Gunung Keriang pada jam 7 pagi.

Kami tiba di Muzium Padi pada jam 10 lebih pada pagi sabtu. Setibanya disana kami terus memberi makan ayam dan menyediakan ayam untuk pertandingan pada hari tersebut. Perancangannya adalah


  • Anak A FireOwl (Smk)
  • Anak B Zul Muda
  • Anak B Zack
  • Betina Misz Alza (Smk)
  • Remaja Apis
  • Anak B FireAlpha (didaftar oleh Lang Merbau)
Sayngnya video untuk FireOwl tidak diambil kerana terlepas pandang. Cuma yang ada ialah video FireIced milik Zack.




Keputusannya :

Cabutan Bertuah - Hamper (Smk)
Anak A fireOwl Ketiga (Smk)
Muda FireIced No7 Saguhati (Zack).


FireOwl sangkar no2



FireIced sangkar no17


Misz Alza sangkar no3

Secara keseluruhannya, Smk amat berpuas hati dengan keputusan expedisi kali ini. Kami seterusnya bergerak balik ke Kuantan sekitar jam 6 petang dan tiba di Kuantan pada jam 2.56 pagi.

Smk

Saturday 14 May 2016

Pelan Reban Smk

Smk bercadang membina sebuah reban untuk dibina di Kuching Sarawak. Perancangan ini adalah bersesuaian dengan rumah baru yang Smk dan isteri beli beberapa bulan yang lalu semasa dikampung. Perancangan pembinaan reban tersebut adalah seperti berikut:

Lokasi


Pandangan luar reban


Kedudukan dalaman reban



Pandangan dari hadapan dalam reban

Pandangan tepi/sisi reban

Buat masa ini Smk cuma merancang untuk membina sebuah bangunan berdinding simen/bata dan sebahagian bumbung/atap mengunakan materiel jenis transparent bagi memberi pengcahayaan yang mencukupi bagi kecerahan dalam reban disiang hari. Bahagian hadapan Smk bercadang mengunakan Sliding window bagi menampakkan isi reban tersebut dari luar.

Setakat ini perancangan adalah membina almari siap didalamnya dengan 33 pintu, dengan 6 petak dikhaskan untuk breeding dan selebihnya 27 petak untuk kegunaan bilik biasa samada mengeram atau anak-anak dan remaja/dewasa.

Kos untuk reban ini dianggarkan sekitar 10 ribu bergantung kepada upah pembina reban tersebut nanti. Reban ini perlu siap sebelum Smk balik ke Kuching pada Julai 2017 nanti. 

Smk


FireAlpha dan FireOwl bergabung





Satu bloodline, tetapi yang besar tu anak pembaka I, manakala yang kecil adalah anak pembaka II. Kira pertemuan pakciknya dan anak buahnya di meja. Ekor tak sempat siap untuk Smk bawa turun ke Dungun pada hari ini. Tetapi pastinya akan siap hujung minggu akan datang ni untuk game Muzium Padi di Kedah nanti inysa Allah.

Smk

Wednesday 11 May 2016

FireAlpha


Adakah FireAlpha akan siap menjelang 21Mei 2016 nanti. Ini kerana Smk melihat ekornya nampak menunggu masa untuk jatuh. Malahan sudah ada yang menuruh jatuh sehingga nampak jelas ruang antara bilah ekor ibunya.

Smk berharap dalam masa dua minggu ini, FireAlpha akan siap sekurang-kurangnya janganlah jatuh lagi bilah  ekornya. Niat Smk memang hendak membawanya berjalan sebagai teman bagi Smk ke game semula. Apapun yang bakal terjadi Smk pastinya akan tetap ke Game Kedah nanti kerana sudah diset dalam perancangan. semoga dipermudahkan usaha Smk nanti hendaknya. Amin.

Smk

Monday 9 May 2016

Hilang punca dengan serama? Perbetulkan niat kembali.


Akhir-akhir ini kedengaran banyak peminat serama di Kuantan yang seakan-akan hendak menarik diri dari meneruskan minat berserama. Secara specifiknya ikut perkiraan Smk adalah sekitar 4 atau 5 orang. Ada yang hendak mengosongkan reban dengan menbuat jualan murah dan sebagainya. Tindakan ini seolah-olah hendak menekan pengurusan PSTG. Tetapi atas sebab apa sebenarnya Smk sendiri pun tidak mengetahui secara mendalam. Perjumpaan mingguan pun Smk telah tidak dimaklumkan seperti dahulu.  Kemungkinan juga mereka tidak menyukai Smk sendiri, itu pun boleh jadi kerana sifat Smk yang terlalu transparent dalam memberi pandangan. Cuma niat Smk selama bermain serama selama ini ialah berkata jujur biar pun kita tahu orang tak suka, kerana Smk tidak suka berselindung. Smk dapati ramai juga yang menarik diri dari group Whatapps yang dibina atas dasar minat yang sama. Maka ini seakan-akan tindakan yang seperti dirancang.

Tetapi bagi pendapat Smk tentang perkara ini sebenarnya, kerana ini lumrah dalam dunia serama. Ianya bermusim kecuali bagi peminat-peminat tegar ayam serama sahaja yang akan bertahan dengan hobi yang Smk sifatkan sebagai hobi yang banyak gossip liar, kedengkian dan pelbagai keburukan jika difikir secara negative. Tetapi jika berfikir secara positif apapun masalah pasti ada penyelesaian kerana jika berminat kita akan sanggup berhabis masa dan wang ringgit. Oleh itu bagi Smk, people come and go. Tapi biarlah itu mereka, Smk akan tetap dengan hobi kesayangan Smk. Kita tidak boleh memaksa untuk orang berminat dengan hobi kita, Semoga apa yang dikehendaki oleh mereka memberi satu ketenangan buat mereka. Hobi untuk pengisian diri dan bukan untuk membina stress. Oleh itu, Smk amat pasti ada hikmahnya.

Mungkin betul kata orang lama-lama yang Smk kenal, jika hobi berserama dijadikan bisnes dan baka atau kata-kata individu yang diutamakan maka akan timbul dengki dan kianat kerana ianya sinonim dengan orang melayu. Insya Allah Smk akan terus memeriahkan suasana berhobi serama ini di Kuantan khasnya dengan apa sahaja sumber yang Smk mampu. Seperti biasa, dengan anak reban sendiri pastinya.

Sebabnya dari dahulu, Smk lebih positif sehingga tertubuhnya PSTG hingga sekarang. Sesungguhnya usaha membina PSTG tetap akan menjadi sejarah bagi Smk kerana berjaya menjadikannya satu kenyataan atas usaha yang Smk kira sebagai sesuatu yang penuh cabaran.

 Apa sahaja yang terdaya Smk akan usahakan. Usaha tangga kejayaan. Mestilah dicuba baru tahu endingnya. Jangan menyerah sebelum bertempur. Cogankata yang Smk genggam dalam hati. Biarlah Smk dibenci tetapi Smk tetap tidak membalas kebencian dengan maki hamun, Smk lebih memandang tinggi pada nilai persahabatan. Bagi Smk mereka tetap sahabat Smk walaupun pandangan mereka adalah sebaliknya. 

Smk ada lebih kurang baki satu tahun tempoh untuk berada di Kuantan sehingga bulan Julai 2017, oleh itu Smk akan gunakan masa yang ada untuk ke game bagi mewakili PSTG sedaya yang mungkin. Smk terbuka kepada mana-mana sahabat yang nak bersama dengan Smk untuk meneruskan perjuangan PSTG ini pasti Smk terima dengan hati yang terbuka.

Rasanya, akan ada game besar selepas ini yang akan diadakan diantaranya:

  • a.       Game Kedah (21 Mei 2016)
  • b.       Game KB (4 Jun 2016)
  • c.       Game Kenyir (Ogos)
  • d.      Game Penang  ( 17 September 2016)


Smk akan menumpukan game diatas sebagai penyertaan PSTG yang akan Smk hadiri sendiri. Ini akan tetap Smk lakukan selagi berada di Kuantan. Bagi merealisasikan misi ini, Smk tidak akan melepaskan anak reban atau ayam dari reban Smk buat masa ini kerana Smk akan berusaha mengeluarkan ayam-ayam yang berpotensi untuk Smk bawa menyertai game.

Selepas meninggalkan Kuantan, Smk akan memulakan perancangan yang baru bagi hobi Smk. Smk merancang untuk membina satu reban baru dengan Branding semula jenama Fire bloodline Smk kearah yang lebih khusus dengan ciri-ciri yang lebih Smk minati.

Apabila itu berlaku, Smk akan meninggalkan sebarang tugasan, penumpuan kepada PSTG dan menyerahkan semuanya secara total kepada ahli yang ada. Maka terpulanglah kepada ahli yang ada untuk merancang atau memanfaatkan peluang yang ada dan mencapai kemajuan yang lebih baik kearah masa depan PSTG itu sendiri. Ini kerana Smk tidak boleh selama-lamanya berada untuk PSTG bagi memastikan aktiviti yang dirancang sentiasa berjalan lancar. Akhir kata semoga PSTG sentiasa Berjaya dimasa hadapan.


Smk

Sunday 8 May 2016

Reban Zack Zacarea



Petang hari ini Smk melawat reban milik sahabat PSTG iaitu saudara Zack Zacarea. Semasa melihat-lihat reban Zack, Smk dapati lokasi dan kemudahan yang ada agak baik dan boleh dimaksimakan dengan lebih efektif. Kos reban kata zack mencapai 8K. Oleh itu ianya agak besar dan amat baik untuk zack kerana dia pada pendapat Smk adalah seorang back yard breeder Unggas di Kuantan. Ini kerana didalam reban tersebut ada beberapa ayam hutan (breed by zack), ayam serama dan juga burung.

Semakin Smk mengenali zack, Smk juga dapat beberapa info baru mengenai latar belakang beliau yang banyak melibatkan diri dalam bidang pets dan penternakan. Beliau juga adalah seorang pengedar bagi makanan burung dan amat dikenali oleh kebanyakkan peminat burung.

Beliau juga pernah menternak kambing jenis Janopari, lembu pedaging yang jenis besar dan juga kucing. Sehinggakan beliau pernah menjual kucing peliharaannya yang mencapai harga sehingga 2k seekor. Ayah beliau juga masih menternak lembu di Chini buat masa ini mencapai jumlah 100 ekor. Smk merasakan, jika ada masa yang sesuai dan menyebelahi zack, pasti suatu hari nanti zack akan dikenali sebagai back yard breeder yang terkenal di Kuantan suatu masa nanti.

Smk melihat potensi besar pada effort yang dilakukan oleh zack. Semoga beliau mencapai apa yang dihajati. Smk akan cuba membantu apa yang terdaya dan jika diperlukan Smk semestinya akan membantu sedaya upaya Smk.

Smk

FireOwl & FireAlpha



Alhamdulillah masih rezeki Smk diberi rezeki dengan FireOwl dan FireAlpha. FireOwl masih dalam kategori Anak A yang bakal siap untuk Game Kedah pada 21 Mei 2016 nanti. FireAlpha tak pasti, tetapi kita lihat nanti pada timbangannya pada 21hb. Kerana berat dan kategori sekarang adalah anak A siap dengan berat cuma 70gram sahaja.

Insya Allah mengikut perancangan, Smk sekali lagi akan memimpin satu rombongan bagi mewakili PSTG ke game Kedah nanti. Sebenarnya Smk tidak menaruh sebarang harapan tetapi bagi Smk, ini lah peluang yang ada untuk Smk test anak reban 2016 ini dimeja game dan dinilaikan olehkan pengadil-pengadil dari utara.

Smk mempunyai lebih kurang 2 minggu masa untuk mensiapkan ayam-ayam Smk dan milik sahabat-sahabat PSTG. Rasanya sekurang-kurangnya mungkin 5 ekor penyertaan.

Semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Amin.

Smk.

Monday 2 May 2016

Siri bertukar warna



Hari cuti Buruh ni, Smk telah mendapat permohonan dari sahabat STG Smk iaitu saudara Ruby dari Bukit Goh. Oleh kerana ayam ara beliau banyak kene kat kolum Warna maka tiada pilihan lain selain dari menyempurnakan warna aranya agar sebati.



Dengan bahan ini, Smk telah memulakan proses pewarnaan.



Setelah diwarna dan sekata.. ayam dimandikan dengan shampo perapi agar bulunya tetap sihat dan kemas.



Alhamdulillah.. proses mewarnakan ayam telah siap dan hasilnya berjaya. Maka untuk game mendatang, ayam ini boleh masuk kategori Muda.

Smk