Sunday 31 December 2017

Fire Adruja




Anak ayam berumur 4 minggu, berdarah Fire mengikut susur galur breedingnya. Maka dengan itu, hari ini SMk menamakannya dengan nama FireAdruja. Semoga sesuai dengannya, yang pasti adalah jika ayam ini masih bersama SMk pastinya ianya akan menjejakkan kakinya ke bon 😃.

SMk

Saturday 30 December 2017

Sold Anak B



Seekor anak B milik SMk telah dijual kepada seorang peminat yang telah booking agak lama. Ini merupakan anak King650 dan menetas di reban SMk.

Semoga ayam ini berjasa kepada tuan barunya. Amin.

SMk

Friday 29 December 2017

Fire Bloodlines



Hari ni SMk pasangan darah Fire iaitu FireCroc vs MiszCroc. Kedua-dua pasangan ini mempunyai gaya yang tersendiri diatas meja dan merupakan ayam bebas jarum hasil rnd SMk sendiri sejak di Kuantan satu ketika dahulu.

Setelah membuka backyard farm serama baru di Semariang Aman ini, SMk mempunyai cukup masa untuk meneruskan inbreeding bagi membina satu legasi kepada jenama Fire itu sendiri. Di semenanjung, line Fire masih dipelihara oleh beberapa orang peminat diutara, lembah klang dan beberapa sahabat SMk di Kuantan.

Semoga ilmu dan pengalaman yang ada pada SMk dimasa lalu dapat SMk gunakan sebagai satu asas kepada membina satu line yang kukuh dan semulajadi tanpa jarum insya Allah.

SMk

Induk menetas



Dob 29/12/2017

Syukur alhamdulillah, induk muda yang mengeram dah mula menetas. Nampaknya musim rahmat musim hujan yang lepas telah memberi seribu rahmat kepada reban SMk di Semariang Aman ini.

SMk bagi tempoh selama 24 jam untuk induk tersebut mengeram dan SMk akan sediakan brooder bagi induk tersebut menjaga anak-anaknya nanti.

SMk

Thursday 28 December 2017

Induk mata buta



Induk utk pasangan ini telah bertelur pada pagi ini. Induk ini matanya buta sebelah sejak anak C. Kesihatan baik dan bertelur dgn baik, harap2 blh turun anak. Aamin.

P/s: induk Abe Lean
Jantan line Godic Jr

SMk

Wednesday 27 December 2017

Harga serama



Hari ni dan sejak beberapa bulan yang lalu, SMk sentiasa diajukan soalan tentang harga ayam direban SMk. Oleh itu bagi menjawab kepada persoalan tersebut SMk memberi jawapan seperti berikut :

Cuting biasa
Anak A RM150 ke RM200
Anak B RM200 ke RM350
Anak C RM380 ke RM450
Remaja RM550 ke RM750
Muda RM700 ke RM800

Cuting atau potensi game
Anak A RM500 ke RM1k
Anak B RM650 ke RM1.1k
Anak C tidak dijual
Remaja RM900 ke RM1.5K
Muda RM2k keatas

SMk

SMk Backyard Serama Farm



Setelah diwarnai dengan warna basic tema SMk iaitu oren dan kuning, pengisian ayam berpasangan telah dilakukan. Kali ini lebih sistematik dengan setiap pasangan akan dikekalkan pintunya dan direkod setiap hasil dari pintu tersebut.

Insya Allah pemantauan secara rapi akan dilakukan bagi memastikan pasangan yang mengeluarkan hasil positif akan dibeei keutamaan dalam breeding. Buat masa sekarang, tina muda dan induk diasing masih disimpan didalam sangkar bagi persediaan breeding yang berikutnya.

SMk

Anak King650



Anak kepada King650 ini telah ditempah oleh sahabat dari sibu. Jika diizinkan Allah ianya akan bertukar tangan pada jumaat atau sabtu nanti. Semoga dipermudahkan amin.

Semoga berjasa disana nanti, jika jodohnya disana.

SMk

Reban baru



Syukur kehadrat ilahi, reban SMk yang ditempat dua bulan lepas telah siap separuh. Reban jenis berlaci ini SMk tempah dari FB Ya'akub Tamin sahabat SMk yang pakar dalam pembuatan kabinet dapur. Almari reban ini sebanyak 4 almari dengan 5 pintu setiap satu.

Almari ini, SMk akan gunakan fokus kepada breeding sahaja. Separuh lagi almari, masih dalam pembuatan dimana almari tersebut pula lebih kepada untuk menempatkan induk-induk yang mengeram dan membawa anak. Semoga almari yang separuh lagi dapat disiapkan cepat untuk digunapakai direban SMk.

Secara sahnya, dengan ketibaan almari-almari reban ini bermakna bermulalah reban SMk di Semariang Aman, Kuching secara sah beroperasi 😉.

SMk

Anak Pelapis Disember 2017



Alhamdulillah anak reban semakin positif. Cutting dominan Fire seperti product di Kuantan telah ditambah baik dengan pemilihan induk-induk reban yang lebih fokus kepada aksesori dan perangai.

Untuk batch ini, kebanyakkannya telah ditempah dan dibayar oleh peminat serama disekitar Bintulu, Miri dan Sibu.

SMk turut rasa bersyukur, selain sambutan yang baik dikalangan peminat di Sarawak ianya juga memberikan satu pengiktirafan kepada produk dari reban SMk. Sesungguhnya produk dari reban SMk mempunyai tarikan dan kelebihannya tersendiri iaitu lebih kepada 'gaya' berbanding saiz yang mana saiz kecil telah lama disukai di Sarawak berbanding ayam bergaya di atas meja.

Semoga ayam serama terus mendapat sambutan dikalangan peminat, bukan saja sebagai ayam untuk pertandingan tetapi juga sebagai pets di setiap rumah.

SMk

Tuesday 26 December 2017

Pertandingan Ayam Serama di Melaka



SMk

Bon Suka Suki Serian


Bon Suka Suki Serian
Tarikh 17/12/2017

Syukur alhamdulillah.. satu bon Suka Suki PKKASK telah dijayakan di Serian pada pagi 17 disember. SMk mewakili Pengerusi En. Muhd Zaid Muhd Zaid dan semua Ajk mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran sahabat-sahabat terutama tuan rumah yang sporting iaitu Paul Paul 😃👍
Tahniah kepada semua pemenang, kepada yang tak berjaya boleh cuba lagi dibon Suka Suki yang akan datang.


SMk

Masuk Mengeram


Setakat hari ini, Inilah seekor induk legend bagi reban SMk kerana merupakan satu-satunya induk yang masuk mengeram walaupun bertelur sebiji. Walaupun SMk pernah memiliki induk betina yang tidak mengeram dan bertelur sehingga 354 biji dan mengeram dikala biji telurnya 355. Namun kali ini agak melucukan bagi SMk kerana ayam ini hanya bertelur sebiji dan terus masuk mengeram. 

Setelah dilakukan candling pada pagi ini, SMk mendapati telur tersebut berbenih dan mempunyai saluran darah. Semoga anaknya nanti sihat dan baik.

SMk

Anak FireCroc


Setakat ini, dalam banyak-banyak hasil tetasan, anak ini paling menarik kerana cutingnya telah jelas lebih awal sinonim dengan line Fire yang ada. Buat masa ini, ayam ini SMk tidak lepaskan kerana hendak melihat perkembangannya nanti.

SMk

Line Pok Syed


Menetas 12/12/2017

Untuk anak line ini, SMk tidak akan melepaskannya atau dijual kerana ianya akan dimasukkan semula dengan ibubapanya bagi breeding 2018 nanti. Setakat ini anak ini telah membesar dengan baik.

SMk

Anak Reban November 2017

Line King650

Line GStar

Buat masa sekarang SMk memiliki beberapa anak ayam yang berpontensi dijadikan mainan di bon dan beberapa ekor yang amat positif untuk digunapakai sebagai ayam game.

SMk


Anak C Sold




Anak Reban SMk ini telah dilepaskan ke Bintulu kepada peminat disana. Ini diikuti oleh adiknya juga telah berpindah reban disana juga.

SMk

DirtyAryan


Agak lama juga SMk tidak update blog kerana kesibukkan bagi persediaan pernikahan adik SMk Aman Apm, Kenduri masuk rumah dan juga sambutan Aqiqah anak SMk yang bongsu. Namun dikala kesempatan yang ada ini, SMk cuba mengimbau kembali beberapa peristiwa yang telah berlaku disepanjang 2 atau 3 minggu yang lalu.

Kita mulakan dengan video DirtyAryan, yang SMk ambil secara spontan dihadapan rumah SMk. Ayam ini telah matang dalam kategori Ayam Muda dan telah siap sepenuhnya. Mungkin boleh diturunkan lagi bagi bon yang akan datang.

SMk

Thursday 14 December 2017

Selamat tinggal Serama Mania Tok Gajah



Assalamualaikum, sahabat2 rakan2 adik2 abg2. Saya SMk @ Man K, mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesempatan dan peluang yg diberikan semasa menumpang di negeri Tok Gajah mencari rezeki terutama dlm bidang atau hobi berserama disana.

Sepanjang berserama dinegeri Tok Gajah, byk pahit manis yg telah dilalui. Namun nilai2 persahabatan dan sokongan sahabat2 terutamanya Abe Sedi, Cj, Apis Pasir Mas, Zack Zacarea, Rizal Fahamee Sairudin, jo kempadang, jo temerloh, syam, aziq, alang, dan semua ahli KSK amat saya hargai. Semoga terus kekal bersahabat hendaknya.

Saya doakan agar semangat berserama terus marak meriah di sana. Terima kasih kerana memberi peluang kpd saya utk turut mewarnai hobi berserama disana selama ini, pastinya ianya akan kekal dlm ingatan saya.

Dengan ini bermakna saya secara rasminya berpindah ke Sarawak kerana isteri saya telah dapat posting ke Sarawak. Bagaimana pun, jika ada jodoh pasti kita akan bersua muka kembali kerana hobi berserama tetap saya julang selamanya. 😊👌.

Akhirkata, saya mohon maaf beribu ampun, jika ada tersalah silap dan kelakuan sepanjang berada dikuantan/Pahang amnya, saya mohon dimaafkan dihalalkan makan minum dan segala gurau senda jika ada yg tersimpan dihati.

Jika ada sahabat2 ke Kuching nanti, hello2 lah saya, pastinya saya akan menyambut sahabat2 dgn sebaik yg mungkin. 👌😊

Salam SeramaMania.

SMk


Kredit Dr Azhar

A - Z Pasal Ayam (35/17)

Coretan babitkan karekter ayam sudah biasa dijadikan tauladan.

Berikut adalah contohnya:

KISAH BAPAK AYAM TUA..
....umur saja dah tua....tapi otak geliga

Seorang peladang mempunyai 10 ekor ayam betina dan seekor ayam jantan Tua. Oleh kerana ayam jantan Tua sudah tidak efektif lagi menurunkan bakanya, peladang itu membeli seekor lagi ayam jantan Muda untuk jadi pembaka...

Selepas ayam jantan Muda sampai, dia disapa oleh ayam Tua...

Tua : Selamat datang, kita boleh bekerjasama membuntingkan semua ayam betina ni agar tuan kita gembira...
Muda : Kerjasama?? Kamu sudah tua dan patut bersara...biar aku uruskan semua kerja pembiakan ini...

Tua : Kamu bagilah aku seekor betina pun jadi laa...
Muda : Tak boleh, aku gagah dan mampu melaksanakan kerja pembiakan tanpa bantuan kamu ayam tua...

Tua : Ok kalau kamu gagah perkasa esok kita lumba lari...kalau kamu menang aku tak akan ganggu walau seekor pun ayam betina...
Muda : Ok aku setuju esok pagi kita lumba...

Keesokannya...
Tua : Oleh kerana aku dah tua kamu kena bagi aku lari dulu lepas sepuloh langkah baru kamu mula berlari...
Muda : Ok lah dan Si Tua apa lagi lari lah...

Ayam tua berlari dengan perlahan kemudian dikejar oleh ayam muda...dalam 10 meter ayam muda mengejar ayam tua dan sudah hampir di bontot ayam tua...

Tiba-tiba ⚡🔫 bam.. 🔫⚡ bam...ayam muda tersungkur rebah...

Tuan ayam telah menembak ayam muda sambil menyumpah... Chiss !!! Sudah tiga ekor ayam jantan. aku beli ni semuanya Gay... huh...

Moral of the story:

1)Jangan sombong dengan orang lama...
2)Respek la otai...
3)Otai2 ni banyak taktik yang tidak disangka-sangka
4)hidup jgn dengki mendengki
5) ingat laaa qada dan qadar

SEKIAN