Monday 30 August 2021

Tanya Jawab Peminat Ayam Serama 30/08/2021

 


Pertanyaan kali ini adalah seperti berikut :

1. Anak ayam yang dibawa induk telah mati secara mendadak. 2. Ayam Muda, kakinya menjadi lemah dan sukar berdiri.

Semoga saranan dan perkongsian dari SMk dapat membantu sahabat kita.

SMk

Sunday 29 August 2021

Buah Tangan dari Espana Serama


 

SMk telah menerima cenderahati dari sahabat SMk Victor Leones dan Group Espana Serama dari Sepanyol. Sangat menarik dan berprestige. Ini akan menjadi satu kenangan yang sukar SMk lupakan dan akan menjadi satu kenangan manis yang tetap dalam ingatan SMk selama-lamanya. 



Terima kasih SMK ucapkan, SMk sangat mengahargainya. 

SMk

Friday 20 August 2021

Pertandingan Ayam Serama Online Siri 01/2021 Bagi Kategori Ayam A & B


 Alhamdulillah, pada minggu ini SMk berpeluang mengadakan satu pertandingan Ayam Serama Online untuk kali ini bagi Kategori Ayam A dan B. Semoga pertandingan ini dapat terus memeriahkan lagi suasana berserama disepanjang musim Covid 19 ini. 

SMk

Saturday 14 August 2021

Skima Ayam Serama Online

 


Syukur Alhamdulillah, skima Ayam Serama kita dari Malaysia telah diterima pakai diperingkat Dunia bagi rujukan untuk sistem permarkahan. Semoga usaha ini menjadi titik tolak kearah yang lebih baik seterusnya Taraf atau Standard Skima Ayam Serama Malaysia akan terus menjadi base line untuk semua skima pengadilan Ayam Serama di seluruh dunia. 

Wednesday 11 August 2021

Pra Pre Pertandingan Ayam Serama Online

 


Alhamdulillah, hari ini SMk sempat membuat satu content untuk akaun Youtube SMk. Content video kali ini adalah lebih kepada tips untuk peserta yang ingin menyertai pertandingan ayam serama online, dan juga apa yang perlu dilakukan untuk membuat video yang lebih baik. 

SMk

Sunday 8 August 2021

Induk menjadi Lumpuh atau Mareks

 


Punca penyakit kepada ayam amat perlu diketaui bagi memudahkan sebarang rawatan, pemberian ubat dan juga langkah pencegahan dilakukan direban kita. Kali ini SMk telah menjawab soalan dari seorang peminat ayam serama yang bertanyakan tentang masalah ayamnya yang didapati lumpuh setelah seminggu mengeram. 

SMk cuma boleh memberi nasihat berdasarkan point-point yang diberikan oleh pemiliknya, agak sukar untuk mengetahuinya secara tepat kerana SMk tidak melihat keadaan ayam tersebut sendiri. namun, berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan, SMk merasakan ayam tersebut dijangkiti penyakit Mareks. Ubat yang terbaik untuk penyakit ini ialah Vaksin Mareks.

SMk

Wednesday 4 August 2021

Baka @ Pemilik Reban Asal

 


SMk lebih gemar mengunakan istilah Nama Pemilik Reban berbanding baka kerana ianya lebih legitimate dan lebih kredible jika digunakan berbanding mengunakan nama baka. 

SMk

Monday 2 August 2021

Tips Membuat Rakaman Video Pertandingan Ayam Serama Online


 Alhamdulillah, sambil menjawab persoalan dari sahabat SMk sambil itu juga kita buat sedikit rakaman video untuk rujukan sahabat yang berminat nak menyertai pertandingan ayam serama online. Semoga bermanfaat.

SMk