Monday 23 February 2015

Penyuntik semangat Bon Kenyir 2015

image

Persiapan untuk Kenyir telah bermula, semoga ada hasil yang positif. Biar pun tujuan SMk menyertai bon lebih pada mendapat maklumbalas untuk markah setiap ayam di reban SMk namun SMk akan tetap berusaha sebaik mungkin untuk persiapan setiap ayam agar ayam-ayam SMk benar-benar siap sedia. Kalau kalah pun pastinya kalah dengan puas hati dan bermaruah.

Untuk tahun ini SMk berniat untuk mendaftar sebanyak 4 ekor ayam bagi game yang akan datang ini. Semoga dipemudahkan Allah s.w.t hendaknya. Amin.

Technorati Tags: ,

VIP3 serama

Alhamdulillah, Vip3 Telah berjaya beraksi di meja pengadil buat kali pertama. Pada mulanya agak risau juga takut aank tu terjun tetapi akhirnya tidak. Walaupun pertama kali di letak di meja memang aank ini mempunyai cutting yang istimewa.

image

Keputusan, mendapat tempat yang ke 10 saguhati.

Technorati Tags: ,

Wednesday 11 February 2015

Fire Family my VIP at home

image

Anak-anak Patinggan dan Puteri Duyung batch series 02/15. Nampak positif dan memberi harapan bila melihat cutting dan gaya anak-anak ini. Rasanya Vip5 ada potensi untuk menjadi seperti induknya. Kerana masa kecil induknya rupanya seperti sama. Semoga menjadilah hendaknya seperti series 01/14.

Saturday 7 February 2015

Anak Splash

image

Seekor anak Splash dengan Patinggan, nampaknya perlu disimpan. Walaupun cutting nampak biasa-biasa  line dia ni biasanya dapat melahirkan generasi jantan yang cantik dan berperangai.

Anak Kiwi VS Miss MMD

image

Walaupun ibu bapanya telah bertukar ke reban lain, namun masih ada pengantinya. Seperti biasa darah nya akan di perturunkan dari bertina semoga membesar dengan baik dan berjasa hendaknya lah.

Projek dengan Saiful Hashim

image

2 ekor betina ni dimasukkan dengan Patinggan semoga berhasil. Kalau ada anak akan diserahkan kembali kepada tuannya sekali dengan induk semua sekali kerana reban kat rumah pun limited jadi tak boleh banyak-banyak sangat.

FireStar updated

image

Perkembangan terkini FireStar, meluruh dan nampaknya ekor telah mulai luruh dan bertukar bulu ibu ekor yang baru. semoga semuanya tumbuh dengan baik.