Sunday 30 March 2014

Kiwi



Alhamdulillah semakin menarik, seperti abgnya sky.. Cuma cuttingnya ada beza sikit. Kiwi lebih slim berbanding sky. Sky umur tak panjang, nasib baik ada adiknya Kiwi.. Akan menjadi pelapis pembaka bila tiba masanya nanti.

Voltrax @ Patinggan





Voktraxx telah sampai direban SMk, semoga banyak menghasilkan anak2 dan dapat menjadi pembaka utama.

Mulai hari ini juga nama Voltraxx akan ditukarkan kepada Patinggan.

Saturday 29 March 2014

Update terkini serama manja



Update terkini anak dari ayam ku di kuching sarawak. Ni kira lapis pertama disana dan berjaya menghasilkan warna yellow yang menarik. Semoga semakin menjadi ditangan adik ku Pria Satria Serama (FB).

Unnamed oh unnamed..





Bila nak bertelur plak ni..

Anak Banyuwangi



Nama belum diberi, kerana tidak tahu jantinanya.. Insya Allah bila jelas jantinanya pasti ada nama yang sesuai..

Train Asokha





Semoga menjadi si Asokha ni.. Nampak gaya makin positif.. Ekor tu lah yg lambat sikit..

Wednesday 26 March 2014

Asokha new chapter





Asokha dah siap masuk kategori remaja cuma ekor belum siap sepenuhnya. Harapan semoga boleh main muda untuk kenyir insya Allah pada bulan Mei nanti..

Tuesday 25 March 2014

Anak banyuwangi



Anak banyuwangi cuma seekor kali ni, sebab jarak telur yang jauh. Walaupun masih mengeram anaknya terpaksa dijaga oleh kakak angkat, SG..

Sunday 23 March 2014

Asokha





Asokha adalah ayam kesayangan ku yang memang lambat sungguh. Bukan perangai.. Perangai tip top, tapi ekornya lambat gilers.. Tapi aku tetap sabar menunggu..

Bakal pembaka



Ayam ni bakal menjadi pembaka kedua, skrg tengah melihat prestasi semasa. Ayam masa remaja dtg perangai lepas tu perangai hilang. Gara-gara kene penyepak sulung induk kesayangan.




Gambar masa remaja.. Nampaknya jadi pembaka lah ko ni. Nama? Biar dulu lah.. Perangai pun takde jadi tak payah nama lah ko. Tapi ni takda kaitan dengan unnamed.

Saturday 22 March 2014

Fire flash









Ini lah Fireflash. Semoga menjadi lebih garang lepas ni.

Banyuwangi menetas

Alhamdulillah, rezeki hari jumaat ni. Hari ni nampak sihat anak tu. Semoga terus membesar dan berjasa seperti ibunya. Agar dapat meneruskan bloodline SMk yang ada.






Unnamed

19-3-2014 8-49-28 PM1969229_261865213995312_1802911420_n

Merupakan pembaka dan untuk game yang mana sempat. Sekarang nampak macam dah galak lebih la pulak. Tapi tak tahu lah galak atas meja ke galak tina.. Hahahaha.

Unnamed

Macam mana? Ok ke tak? kalau tak ok kira layan Techno lah.. Dugem bos..

Serama ku.. updated

Lama gile dah tak update ayam serama ku. Nak kata masa takde, ada masa.. tapi maybe sebab malas yang teramat sangat.

Apa pun disini aku cuba update ayam di reban ku.

6-10-2013 9-29-18 AM9-1-2014 2-28-50 PMIMG_20140122_212418647

ini ayam jantan ku, dah dijual kepada sahabat di Lepar. Kiri gambarnya nak ke remaja. dan gambar  last sekali gambar terakhir sebelum bertukar tangan. Semoga berbakti pada tuan barunya..

IMG-20131110-WA0030IMG-20131109-WA0016

Ini pembaka utama ku yang dipasangkan (dikahwinkan) dengan putriku.. si Banyuwangi. Alhamdulillah dah menetas pada 21 Mac 2014. Semoga anaknya sihat dan membesar dengan baik.

1504019_237755903072910_389198663_nsempoi14asempoi141515010_237755916406242_91607042_n

ini antara anak reban yang ada, latest infonya ayam ayam ini juga dah bertukar tangan, kecuali Sky yang pendek umurnya.

IMG_20140126_135443448IMG_20140126_135415922IMG_20140126_135403851IMG_20140126_130601543IMG_20140126_130554646IMG_20140125_182135649IMG_20140125_182128313IMG_20140122_212503918

dua anak warna cerah putih diatas dah anak B, insya Allah akan aku update perkembangan terkininya.Banyak juga yang berlaku setelah kali terakhir blog ini aku update, aku telah berjaya menyatupadukan peminat serama di Pahang. Alhamdulillah berjaya menubuhkan Persatuan Peminat Serama Tok Gajah (STG) dengan sah mulai Januari 2014.

19-2-2014 9-52-18 AM

Juga mendapat tempat ke 3 di bon penang untuk ayam remaja dan juga menyertai game anjuran GBM di KB pada 8/2/14.

Semoga lepas ni akan bertambah baik dan dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa disenangi setiap orang, kawan dan keluarga hendaknya. semoga juga hobi berserama dapat merapat dan mengeratkan lagi silaturahim.