Showing posts with label ayam serama. Show all posts
Showing posts with label ayam serama. Show all posts

Saturday, 9 April 2022

Induk Muda


 Alhamdulillah induk muda ini telah berjaya menetas dan membawa turun 2 ekor anak dari 3 biji telur. Setakat ini belum jelas lagi jantina anak-anaknya. Namun, SMk berharap agar ada seekor anak jantan sebagai pelapis line ini. 

SMk

Saturday, 9 October 2021

Induk Muda untuk si Pembaka Reban

 


Sementara nak menunggu giliran untuk dimandi, SMk lepaskan sebentar pasangan ini sekejap. Semoga ada hasil yang positif dari pasangan ini nanti. Aamin. 

Wednesday, 4 August 2021

Baka @ Pemilik Reban Asal

 


SMk lebih gemar mengunakan istilah Nama Pemilik Reban berbanding baka kerana ianya lebih legitimate dan lebih kredible jika digunakan berbanding mengunakan nama baka. 

SMk

Tuesday, 19 January 2021

Sri Fakeh




 Anak ayam ini, saya akan asuh direban saya. Saya namakannya dengan nama Sri Fakeh kerana mengambil semperna nama Kuarters Fakeh Abdul Samad di Taman Tas tempat tinggal saya dahulu semasa di Pahang. Ayam ini boleh dikatakan memiliki 94% darahnya atau susur galurnya dari sana. Oleh itu, saya rasakan nama ini sangat sesuai untuk anak ayam ini. 

SMk

Monday, 7 September 2020

Anak Batch Ke-2


 Batch kedua nampaknya macam anak betina, tetapi seekor yang kecil sedikit agak tidak jelas jantinanya. Semoga ada anak jantan dalam batch kali ini. Penumpuan untuk breeding masih diteruskan dan penjagaan anak-anak reban adalah sesuatu yang diutamakan kerana SMk hendak mencari penganti pelapis reban. 

SMk

Thursday, 23 July 2020

Pelapis Induk Reban


Pelapis Induk Reban SMk bagi line DirtyAryan yang ada direban SMk. Rasanya adalam sebulan dua lagi, induk ini akan matang dan sesuai untuk breeding.

SMk

Friday, 26 June 2020

Ayam Serama 8 Tahun


Ayam ini merupakan ayam tertua direban Serama Man k (SMk) sekarang. Ayam ini mempunyai sejarah yang panjang bersama SMk. SMk berada di Semenanjung lebih kurang hampir 20 tahun dan berada di kauntan saja hampir 13 tahun. Manakala ayam ini bersama SMk di Kuantan lebih kurang 4 tahun disana, SMk memeliharanya sejak dari tetasan ibunya dan ayam ini merupakan anak reban SMk di Kuantan. Apabila pindah ke Kuching Sarawak, ayam ini turut SMk bawa dan kini (sehingga post ini ditulis) SMk akan genap 4 tahun  menetap disini pada bulan Ogos nanti. 

Oleh itu, usia ayam pembaka ini akan mencapai usia 8 tahun. Syukur Alhamdulillah, ayam ini memang banyak jasanya dengan menurunkan banyak anak-anak yang berpotensi ayam game. Kebanyakan anaknya dibawah jagaan SMk memang banyak yang mendapat top 3 di pertandingan yang SMk sertai. 

Ayam Serama kalau dijaga dengan baik, cukup makan minumnya, supplimennya dan rawatannya tidak mustahil ayam serama anda turut boleh mencapai usia yang panjang atas izin Allah. 

SMk

Sunday, 14 June 2020

Puru Ayam pada Ayam Serama


Sesi Soal jawab pada kali ini SMk menjawab soalan berkenaan penyakit puru dan cara-mengatasinya serta rawatannya. Lihat video untuk maklumat lebih lanjut. 

SMk


Sunday, 7 June 2020

Bloodlines Ayam Serama DirtyAryan


Line ini telah masuk tiga tahun berada direban SMk, oleh itu SMk akan memberi tumpuan kepada line ini dengan memaksimakan breeding dan memastikan anak bagi bloodline ini disimpan sebagai pelapis. Supaya SMk sentiasa memiliki penganti yang berterusan dan tidak kehilangan darah bagi line ini. 

Walaupun sekarang ada seekor ayam muda dari darah ini yang ada disimpan, tetapi SMk berasa perlu ada lagi sekurang-kurangnya dua ekor lagi pelapis pembaka untuk line ini supaya ianya lebih mudah untuk SMk. Insya Allah dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang, SMk akan mendapat hasil dari dua pasangan ini, oleh itu penumpuan perlu diberikan dari masa ke semasa. 

Bagi pelapis induk, SMk tidak menghadapi masalah, kerana SMk telah mempunyai pelapis induk yang mencukupi bagi line ini. Bagi line ini, dengan sukacitanya SMk umumkan, SMk menutup jualan bagi anak-anak line ini sementara waktu bagi memberi peluang tapisan pembaka bagi reban SMk.

SMk

Friday, 29 May 2020

Friend FB SMk


Ini adalah kali yang keenam, sepanjang mengunakan Facebook akaun SMk telah mencapai tahap 5 ribu friend list. Oleh itu, hari ini, SMk perlu membuat tapisan semula kepada senarai kawan SMk bagi memberi peluang kepada kawan-kawan baru yang hendak menjadi Friend List kepada SMk.


Sejak dari penganjuran online contest yang lepas, banyak permohonan dari sahabat tidak dapat SMk approve, kerana pada timeline mereka mengunakan gambar budak (mungkin anak), gambar isteri dan gambar yang tidak berkaitan dengan ayam serama. Malahan jika dilihat pada timeline mereka, SMk dapati tiada posting tentang ayam serama. Oleh itu, SMk tangguhkan dahulu permohonan tersebut bagi memberi peluang kepada sahabat-sahabat yang benar-benar ingin mengikuti contest online

Maka, hari ini, sekali lagi akaun SMk mencapai lima ribu Friend List oleh itu SMk telah membuat tapisan semula sebentar tadi. Kini jumlah Friend yang ada di akaun FB SMk ialah 4996 orang setelah sedikit tapisan dilakukan. Mungkin SMk akan mengurangkan lagi sebentar lagi, kerana SMk dapati ada sahabat-sahabat serama  SMk memiliki dua atau tiga akaun yang tidak aktif. Ini boleh mengurangkan lagi jumlah friend list tersebut.

Namun, bagi yang hendak mengikuti setiap posting bagi akaun FB SMk sebenarnya sahabat-sahabat boleh menekan butang Follow dan tidak terlepas dari perkembangan Timeline SMk. 

SMk

Tuesday, 10 September 2019

Misz Salak jr.



Alhamdulillah, tina ini SMk namakan dengan gelaran Misz Salak Jr mulai semalam dan jika jodohnya kekal bersama SMk maka ianya akan dijadikan sebagai induk kandang reban Serama Semariang Aman.

Batch ini, SMk masih simpan sepasang maka boleh dimasukkan adik beradik atau akan dimasukkan semula dengan pembaka utamanya. Insya Allah dalam tempoh 2 bulan lagi, tina ini akan matang untuk breeding. 

SMk

Tuesday, 2 July 2019

DA Bloodline


Dua ekor anak B ini adalah adik beradik iaitu terdiri dari empat ekor kesemuanya. Dua Jantan dan dua betina, pada mulanya anak yang diatas datang perangai terlebih dahulu kemudian diikuti oleh anak B yang dibawah selang dua atau tiga minggu.

Batch ini merupakan kesinambungan line DirtyAryan iaitu anak ini semuanya adalah anak kepada DirtyAryan Jr. Gambar diatas kita namakan sebagai DirtyMaverick manakala yang dibawah kita namakan sebagai DirtyArjuna,

Setakat ini, kedua adik beradik ini amat positif sekali dan bebas dari sebarang masalah seperti ekor senget contohnya. Jika melihat kepada bentuk balung, kedua-dua anak ini memiliki balung yang boleh dikira baik dan tidak perlu pengubahsuaian.

Jika jodohnya dengan SMk, kali ini SMk akan kekalkan mereka direban sebagai pelapis pembaka sedia ada. Supaya darah line ini terus berkembang dengan positif direban SMk. Banyak yang bertanya kepada SMk, ayam ini sebelum dinamakan sebagai line Dirty diperolehi dari mana asal usulnya? Line ini asalnya SMk perolehi dari reban pok syed iaitu dari line Ryan5188 kalau tak silap SMk. Setakat ini line ini tidak SMk biak silang, kerana hasilnya sehingga sekarang masih amat positif. Kenapakah pangkal nama diletak Dirty? Ini kerana masa mendaftar DirtyAryan untuk pertandingan ayam serama di Summer Mall, SMk telah diminta memberi nama untuk pengisian borang bagi ruang nama ayam. Oleh kerana pada ketika itu DirtyAryan masih muda dan dadanya cemar maka SMk bagi nama DirtyAryan semasa pendaftaran tersebut. Alhamdulillah, DirtyAryan dapat gelaran juara Kategori Muda dan juga Best of the Best pada hari tersebut.

SMk

Monday, 1 July 2019

Update

Agak lama juga SMk tidak update blog ini kerana waktu yang agak terbatas dan masalah dengan PC SMk yang boleh dikatakan merajuk agaknya. 😅

Alhamdulillah, hari ini SMk berkesempatan meluangkan sedikit masa untuk mengemaskini blog ini serba sedikit dengan beberapa maklumat dan perkara terbaru.

Anak Reban

Anak-anak jantan sebelum bulan puasa kebanyakkan telah dijual kepada mereka yang berminat dan anak betina batch tersebut masih disimpan bagi tujuan pelapis reban. Manakala anak pasca bulan puasa dan raya pula telah dijual 3 ekor jantan. Buat masa ini, ada 4 ekor anak jantan yang berpontensi masih berada direban. Seperti biasanya, SMk tidak membuka jualan, tetapi jika ada yang bertanya dan sesuai dengan harganya barulah SMk lepaskan. Jika tidak, SMk lebih suka ayam-ayam ini membesar menjadi serama yang berkualiti dan cantik namun bergelar pembaka reban. Maka hasilnya lebih baik sebagai penyeri reban berbanding dijual, lebih mendatangkan kepuasan kepada diri SMk sendiri. Duit masing-masing, hak masing-masing jadi SMk bebas untuk menjual atau tidak menjual kepada pembeli mengikut citarasa SMk, Pembeli ada duit, SMk pun ada duit juga, cuma yang lebihnya ialah SMk ada barang. So.. terpulanglah.. rezeki Allah luas.

Sejak sebulan dua yang lalu ada pelbagai peristiwa dan perkara yang berlaku, yang pada SMk ianya perkara kecil namun mungkin mengikut perasaan maka perkara itu menjadi besar. Cumanya disini, SMk hendak jelaskan, SMk amat tidak suka kepada peminat yang menyatakan secara terbuka dan mewar warkan berulang-ulangkali tidak suka terhadap hobi berserama kerana masalah breeding, ayam mati, putus harap dan sebagainya. Bagi SMk, jika tak nak berhobi just senyap-senyap jangan aktif mempromotekan nak berhenti tertapi masih juga main serama dan masih tetap didalam group media sosial tertentu. Walaupun itu hak masing-masing, tetapi kelakuan sebegitu turut menyebarkan perkara tidak baik (negetif) dikalangan peminat-peminat baru atau peminat lain khususnya. Oleh itu, pada SMk mudah, awak tinggalkan saya, its ok. Nanti nak balik berkawan, barang saya, saya kira 0 atau zero semula, tiada diskaun tiada istilah teman dan sahabat, semudah itu. ada duit jalan, tiada duit bye bye. Maaf SMk terpaksa melayan orang sebegitu seemikian, sebab tindakan mereka merosakkan usaha penyatuan yang telah kita usahakan dengan sebegitu susah. Oleh itu, biar kita kehilangan seorang dua yang tidak baik demi menjaga tonggak kumpulan yang majoritinya lebih mahu bersama dan sanggup bertolak ansur untuk bersama dari mengekalkan mereka yang negetif ini.

Seterusnya adalah bab pertandingan ayam serama, yang dijangkakan akan ada satu dibulan ini (Julai) dan satu lagi dibulan Ogos. SMk tidak pasti samada SMk diminta jadi pengadil secara official buat setakat ini. Oleh itu, SMk tetap ready dengan beberapa ekor ayam jika SMk perlu hadir sebagai pemain ayam serama. Walaupun ada jemputan secara mulut, namun ianya belum sah lagi. 

Vaccine
Pada 2 minggu yang lalu, SMk telah menjalankan satu sesi bagi vaksin anak-anak reban SMk dan bagi tujuan tersebut SMk turut mewar-warkan khidmat vaksinasi secara terbuka diFB. Namun, akhirnya tiada sambutan yang SMk terima bagi program tersebut.Oleh itu pada masa akan datang, iaitu minggu hadapan, satu lagi siri vaksinasi akan dijalankan namun kali ini, SMk tidak akan mewar-warkan lagi program sedemikian. Usaha yang telah SMk cuba terapkan bagi membantu penternak serama adalah iniatif SMk sendiri. Oleh itu, jika tiada sambutan, maka SMk rasa adalah lebih baik SMk cuma tumpukan sesi vaksinasi tersebut bagi reban SMk sahaja. Apa yang penting, SMk telah cuba mendidik para peminat serama untuk menjaga dan merawat ayam serama kesayangan masing-masing mengikut teknologi perubatan yang terkini.

SMk juga kerap ditanya dengan beberapa soalan oleh peminat-peminat baru dan lama dengan beberapa soalan, namun soalan yang selalu ditanya adalah mengenai kedudukan sayap dan urutannya. Perkara pokok yang peminat perlu tahu sebelum menentukan atau mengurut kedudukan sayap, paling utama adalah tubuh ayam mesti tegak atau hampir 90 darjah. Jika tubuh ayam pada kedudukan 45 darjah atau kurang, maka amatlah tidak sesuai urutan itu dilakukan. Hal yang menyumbang kepada kedudukan tubuh yang hampir 90 darjah atau bertubuh seketul adalah dari baka yang baik.

Rasanya cukup untuk kali ini, oleh kerana PC SMk dah kembali beroperasi, maka SMk akan update blog ini dari masa ke semasa seperti sebelum ini.

SMk





Friday, 19 April 2019

Pembungkusan Makanan Ayam


Semalam SMk telah mendapatkan bekalan makanan ayam dipasar seperti biasa iaitu seguni Dedak 201 dan Jagung C. Hari ini SMk terus membungkus semula dengan dibahagikan kepada beg plastik bagi memastikan makanan ayam ini disimpan dan terhindar dari sebarang serangga atau kutu dan ulat.

Setelah dibungkuskan, SMk akan menyimpan makanan ini didalam suasana suhu bilik bagi memastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan baik. Pada SMk, kualiti makanan adalah amat penting dan kritikal bagi mastikan ayam serama berada pada kondisi yang baik. Makanan yang baik juga menyumbang kepada kesihatan ayam dan juga perkembangan ayam itu sendiri. Masalah seperti tuku, rusuk juga akan dapat dielakkan dengan pengambilan makanan yang konsisten dan berkualiti.

Makanan yang segar dan baik juga dapat mengelak dari penyakit seperti Puru, dan berak putih.

SMk

Monday, 25 March 2019

Pertandingan Virtual Online Serama USA


Sejak seminggu yang lepas, SMk agak sibuk dengan pengadilan pertandingan Virtual Online Serama anjuran Club Serama USA. Pertandingan ini diadakan untuk suka-suka bagi kalangan ahli club tersebut.

Usaha untuk memeriahkan aktiviti dikalangan peminat serama adalah sesuatu yang amat baik dan positif sekali. Oleh itu, SMk amat menyokong serta membantu pihak berkenaan dalam menjayakannya, sebagai pengadil. Semoga usaha seumpana ini akan terus berlangsung dan bertambah peminat serta pesertanya. Terima kasih juga SMk ucapkan kepada Adrian kerana menjemput SMk untuk mengadili pertandingan tersebut.

SMk

Sunday, 24 March 2019

Pertanyaan kepada SMk


Sejak petang semalam hingga hari ini SMk diajukan dengan beberapa persoalan. Solan-soalannya adalah seperti berikut :

1. SMk ada jual ayam ke Sabah? Boleh jualkan sepasang? Kalau boleh nak betina remaja ke atas boleh tak? 

2. Baju yang SMk buat tempoh hari masih ada stok?

3. Macam mana set up reban terbaik? bagi mengelakkan isi reban bermasalah seperti monyok dan sebagainya?

Makanya, jawapan SMk ialah seperti berikut :

1. Baka reban SMk memang ada dah kat sabah, Jika ada urusan jualbeli SMk cuma sediakan ayam, manakala pembeli menguruskan kotak dan penghantaran. SMk lebih suka menjual jantan dari betina kerana untuk makluman, SMk menjual betina adalah mahal harganya berbanding jantan. Seekor betina remaja keatas tidak mengira cuting adalah berharga 1.5K keatas. Tetapi seboleh-bolehnya, SMk nasihatkan belilah ayam serama dari breeder lain berbanding SMk. Kerana SMk menjual serama dengan harga yang agak tinggi sebab SMk lebih rasa sayang kepadanya berbanding nilai ringgit yang ditawarkan.

2. Baju yang SMk tempah tempohari telah habis kesemuanya, ada beberapa helai yang masih menunggu penempahnya untuk mengambil baju tersebut. Jadi kepada yang berminat hendak mendapatkan baju tersebut, SMk boleh uruskan, cuma warnanya nanti akan lain sebab baju asalnya adalah baju yang ditempah khusus. 

3. Set Up reban terbaik adalah, memastikan pencahayaan dan pengudaraan didalam reban yang mencukupi dan tidak terlalu gelap dan terlindung. Kedudukan reban juga sebaiknya adalah menghadap matahari jatuh atau jika reban terbabit adalah didalam bilik khas, maka pengunaan lampu mungkin lebih sesuai bagi setiap petak didalam reban.

SMk

Semakin Positif


Semakin positif, seperti yang dirancangkan pada awal tahun ini SMk telah berjaya menyimpan beberapa ekor anak reban bagi tujuan pelapis pembaka bagi tahun 2020. Tiga ekor jantan ini akan SMk simpan direban dan tidak akan dilepaskan jika harga yang ditawarkan terlalu biasa-biasa bossku. Hahaha... 


Manakala bagi Puteri Santubong, SMk telah membuat keputusan untuk memasukkannya dan adik beradiknya engan pembaka reban sebagai permulaan projek breeding disamping sebagai pendedahan kepadanya untuk lebih bersedia sebagai induk kandang.


Pada masa yang sama, SMk mendapati adik kepada Puteri Santubong iaitu dari batch kedua telah mencapai usia anak B ke anak C. Maka selepas ini, bolehlah SMk bermain dengannya selalu bagi mengantikan Puteri Santubong yang telah mulai dimasukkan dengan pejantan reban. Anak ini, SMk namakan sebagai Puteri Salak.

SMk

Wednesday, 20 February 2019

Line DirtyAryan

DirtyAryan

DirtyAryan Jr

Sejak beberapa hari lepas, beberapa ekor induk yang mengeram telah mulai menetas. Menambahkan keseronokkan bagi musim ini ialah induk kepada pasangan DirtyAryan dan juga DirtyAryan Jr turut menetas. 

Pasangan DirtyAryan kali ini adalah induk kepada DirtyAryan Jr dan pastinya anak ini akan menarik perhatian SMk sendiri kerana rekod bagi pasangan ini amat memberangsangkan dengan lahirnya DirtyAryan dan Puteri Santubong yang merupakan satu lonjakan baru bagi reban SMk. 

SMk akan menyimpan anak kali ini untuk dilatih sendiri bagi pelapis reban SMk untuk 2019 / 2020 nanti.  

SMk

Sunday, 9 December 2018

Kunjungan Sahabat





Hari ini reban SMk dilawati sahabat-sahabat sehobi dan berkongsi cerita tentang hobi serama dan hobi ayam ratu.

Beberapa ekor anak reban turut bertukar tangan hari ini, termasuk seekor betina line Peruvian turut dipinang sahabat yang berminat.

Induk-induk baru turut dimasukkan dengan pembaka reban pada hari ini bagi meneruskan projek breeding yang telah dirancang. Setakat ini, hasil amatlah memberangsangkan dengan tetasan anak-anak reban yang amat positif dan berpontensi untuk dilatih menjadi ayam game.

Insya Allah SMk akan memasukkan laporan akhir tahun reban selewat-lewatnya pada 5hb januari 2019.

SMk