Friday 16 January 2015

Pawah

image

Semalam petang, Abg Din Pekan datang rumah dengan 2 ekor betina. Ingat nak buat apa, rupanya nak Pawah. Oleh kerana memang FireStorm tengah kosong rebannya jadi persetujuan telah dibuat untuk 2 ekor betina ni di masukkan terus dengan FireStorm untuk projek awal 2015.

Apa yang dimaklumkan oleh Abe Din, induk 2 ekor ini berdarah ayam dari Ganu. Baka apa masih tak diketahui tetapi antara baka yang molek dari reban yang agak sohor di terengganu.

Insya Allah dengan izin Allah pasti menjadi anak ayam dah tentu, menjadi ayam game tu tak tahu lah kikih. Takpa yang penting cubaan harus dilakukan.

SMK

No comments: